Monday, October 10, 2016

Urus masa II: Jadi pencuri bila ada anak (Ada anak 1)

Bila ada anak ni, dapat pulak jenis yang melekat macam gam UHU kena pandai cari masa. Masa nak masak, mengemas, lipat kain, mandi hatta nak buang air pun kena pandai cari masa. 

Di sebabkan itu….aku selalu mencuri masa. Cara aku curi masa adalah dengan tidur lebih lewat (biasanya ni aku fail) ataupun bangun lebih awal (ni selalu practice). Kalau tak buat macam ni, masuk rumah aku pijak sampah la. 

Biasanya aku settle kerja-kerja mengemas hujung minggu sebab hari biasa masa bersama Darrien tak panjang jadi luang lebih masa dekat dia dan rehat lebih sikit. Kalau ada buat kerja pun setakat basuh dan lipat kain je, sidai kain sebelum pegi keje esoknya. Keje-keje yang tak perlu berjauhan dengan Darrien la. Aktiviti mop atau cuci bilik air memang takkan la. Setakat susun toy kat ruang tamu adela. Walaupun sebenarnya aku suka buat semua tu weekdays, weekend aku boleh memanjakan tubuhku dengan tengok tv sepanjang hari.

Biasa aku bangun awal hari Sabtu. Darrien pulak bangun tido dalam pukul 9. Kalau bangun pukul 6.30 pagi memang banyak dapat selesai awal lagi tak dapat la nak buka mata..kot kalau anak dua nanti boleh di pertimbangkan. Contohnya, lepas je solat terus cuci kain. Lepas tu sapu lantai (kalau Darrien tido tak dapat guna vacuum, nanti dia terjaga), mop sambung terus cuci bilik air dan mandi. Kalau Darrien masih belum bangun masak air, buat sarapan ringkas sambil sedia bahan untuk masak tengah hari nanti. Bila tiba waktu masak nanti senang campak dalam kuali je. Memasak sebenarnya tak lama tapi nak sediakan bahan masak tu yang ambil masa sikit. 

Lepas je Darrien bangun, aku pun dah siap mandi. Terus ajak dia sarapan pagi. Lepas tu layan dia main atau tengok katun. Sementara tu, Zizi pulak ambik alih sidai kain dan cuci kain lagi. Bila hari dah tinggi, aku pun nak start masak Zizi akan mandikan Darrien. Bolehla aku bersilat kat dapur pulak. Kalau makan kat luar, kadang-kadang aku yang mandikan Darrien. 

Petang pulak, tidokan Darrien dan aku nap jugak sekejap. Masa tu, aku akan tidokan dia kat ruang tamu dan amik kesempatan sapu dan mop bilik pulak. Bersihla rumah untuk minggu tu….kalau rajin basuh bilik air satu lagi…kalau tak tunggu minggu depan je. Malam lipat kain sambil main dengan Darrien. Pandai-pandaila lipat kain bila dia masih berjaga dan opkos kerjasama Zizi amat penting untuk elak dia kacau kain yang dilipat.

Hari Ahad pulak, jangan fikir aku bangun lewat yeee….takde maknanya….aku bangun pagi seterika baju keje pulak. Ni je la masa aku boleh menyeterika tanpa gangguan dan risau Darrien datang dekat dan usik iron tu. Dia memang pantang aku buat keje rumah dan tak bagi perhatian dekat dia. Lepas tu, sarapan ringkas. Kemudian, cuci bedsheet and towel, ni wajib sekali seminggu sekurang-kurangnya.  Kalau sempat sambung pulak dengan alas kaki pulak.  Sambil-sambil tu kalau Darrien belum bangun aku cuci la laman belakang sapu sikit kat koridor rumah dengan laman tepi. Aku suka tengok luar dan dalam rumah aku kemas. Menyampah gila kalau tengok penutup longkang berlumut jek…sakit di mata, di hati dan di kepala. 

Tapi yang menyampah tu la selalu aku terpaksa hadap sebab tak larat nak settle semua sekaligus.
Kalau tak sempat, aku buat waktu petang masa dia nap. Aku atau Zizi cuci car porch atau bahagian belakang rumah kemudian sambung cuci kete atau cuci longkang. Kadang-kadang sempat la aku buat minum petang…uli donat ke, buat cekodok ke. 

Ni yang aku tulis banyak kat atas tu kadang-kadang tak jadi macam tu pun dan bukan semua aktiviti tak penting macam sapu koridor tu buat tiap-tiap minggu yer…adakala sempat buat sebulan sekali je. Adakala Darrien surprise kan kitorang bangun awal, taknak tido petang…maka tunggang terbalik la sesi mengemas aku. Tapi aku akan cuba selesaikan yang paling penting dulu contohnya iron baju dan mop lantai. Mop lantai adalah top priority bagi aku sebab Darrien selalu berguling di lantai dan kulit dia sangat sensitive dengan habuk. Kadang-kadang berguling sekejap je habis muka dia merah-merah macam kena alergik seafood. 
 Lepas 2 3 jam baru hilang. Biasanya macam tu la jadual aku, untung perabot tak banyak dalam rumah. Kalau mop lantai tu, kejap je boleh settle. Kalau semua settle pagi-pagi, senang hati aku nak merayap hujung minggu. 

Bulan puasa, memang banyak kerja dapat settle sebab lepas sahur aku tak tidur dah. Lepas je makan terus buat kerja rumah. Weekdays pun dapat buat. Jarang sekali kain baju berlonggok tak berlipat. Tapi badan memang letih sikit sebab malam tak dapat tido awal pun. Cuma bila tengok rumah teratur rasa damai je hati itupun sebelum Darrien sepahkan toy dia.

Kalau nak buat summary lebih kurang camni la bila weekend kat rumah je;

6.30am                 Solat lepas tu terus cuci baju
6.45am                 Sapu lantai dan mop/iron baju
8.00am                 Cuci bilik air dan mandi
9.00am                 Sidai kain/kemas laman belakang/sediakan bahan masak lunch
10.00am               Darrien bangun/Sarapan ringkas
12.00noon            Masak
1.00pm                 Makan/ Solat
3.00pm                 Darrien tido/ sambung kerja cucian dan mengemas.
5.00pm                 Rehat/Lipat kain/Jalan-jalan

No comments: