Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Monday, February 27, 2017

Japanese Cotton Cheesecake

Sabtu lepas vitamin “R” tu terlebih. Bangun pagi-pagi terus prepare barang-barang nak adun kek. Dah lama kan simpan cream cheese dalam esbok. Dekat sebulan kot. Mehla buat sebelum tarikh luput sampai. Kena buat cepat sebab lepas tu nak mengemop dan nak pegi kenduri tengah hari nanti.

Lepas bakar sejam setengah keknya menjadi. Cantik dan gebu je. Lantai pun dah siap mop. Ngam-ngam anak-anak bangun bagi susu dan mandikan cepat-cepat. Lepas ni mak bapaknya pulak nak bersiap.
Kek tu dah aku keluarkan dari loyang, letak balik dalam oven bagi sejuk sebelum simpan dalam esbok. Oven letak di bilik no.3 kat lantai bawah sebab counter top tadi sempit masa nak adun kek. Masa bersiap Inarra datang masuk bilik merangkak-rangkak keliling bilik. Adala pegang-pegang oven yang dah sejuk tu. 

Lepas tu aku keluar kejap cari getah rambut dalam bilik air. Aku patah balik……….tangan Inarra penuh dengan kek!!! Jenguk dalam oven setengah kek dia ramas. Tak sangka pandai juga dia buka pintu oven tu. Oh anak….kenapa kurang sabar sangat ni??? Nak makan pun tunggu mama potong dulu. Terjerit jugak aku. Zz cepat-cepat datang ingatkan apa-apa jadi kat Inarra. Tengokkan kek aku yang dah hancur separuh tu, dia gelakkan je...huh!

Part aku kesian, Darrien marah Inarra sambil-sambil tu tangan dia kutip kek yang Inarra ramas tu masuk mulut. Lepas tu cakap “hmm…sedap mama”. Sedih pulak aku….bila aku nak potong bagi dia makan, taknak pulak katanya. Bekas tangan adik ko lagi sedap ye..suka hatila.

Hmmm…apapun kek tu sangat sedap. Baru lepas bakar pun sedap, dah masuk dalam esbok berganda-ganda sedapnya. Walaupun renyah sikit nak buat tapi hasilnya berbaloi. Untuk makan sekali sekala memang boleh beli, tapi untuk kepuasan maksima lebih baik buat sendiri. 

Resepinya ambik dari sini

www.bakewithpaws.com

Ingredients:
140g/5 oz. fine granulated sugar
6 egg whites
6 egg yolks
1/4 teaspoon cream of tartar
50g/2 oz. unsalted butter
250g/9 oz. cream cheese
100 ml/3 fluid oz. fresh milk
1 tablespoon lemon juice
60g/2 oz. cake flour /superfine flour
20g/1 oz. cornflour (cornstarch)
1/4 teaspoon salt
Method:
  1. Melt cream cheese, butter and milk over a double boiler. Cool the mixture. Fold in the flour, the cornflour, salt, egg yolks, lemon juice and mix well.
  2. Make the meringue by whisking egg whites with cream of tartar until foamy. You can beat with a stand mixer or handheld mixer. Add in the sugar and whisk until soft peaks form.
  3. Take 1/3 meringue and fold into the cheese mixture, then fold in another 1/3 of meringue. After incorporated, pour the batter back to the remaining 1/3 meringue and fold. FOLD GENTLY. Pour the mixture into a 9-inch round cake pan (lightly grease and line the bottom of the pan with grease-proof baking paper or parchment paper).
  4. Bake cheesecake in a water bath for 1 hours 30 minutes or until set and golden brown at 150 degrees C (without fan mode).
  5. Leave the cake to cool down in the oven with the oven door open, about an hour. This is to prevent sudden change of temperature that may cause the cake to shrink drastically.
  6. Refrigerate the cake (with or without the cake tin) for at least 4 hours or overnight.
Notes:
  • I used 9-inch non-stick spring form round cake pan and lined the bottom with grease-proof baking paper or parchment paper. I also wrapped the base of the cake pan with 2 or 3 layers aluminium foil to prevent seepage.
  • I used hot water for the water bath. 
Lembut je makan. Buat sendiri memangpuas hati.

Tuesday, February 21, 2017

Kek Belacan

Jadi juga rancangan aku nak cuba buat kek belacan ni. Gigih pagi ahad bangun awal-awal buat kek ni. Kalau buat lewat, nanti lewat juga nak masak untuk makan tengah hari sebab mengukus je ambik masa 4 jam (tapi aku masak 3 jam je sebab untuk makan sendiri, lain kali kalau buat nak cukupkan masa kukusan 4 jam). Aku kukus dalam loyang bulat 9”. 95% habis dalam masa 2 hari. Tinggal 5% tu tinggal sebab kot-kot Darrien tanya mana kek mama.

Masa mengukus tu takut juga aku kalau kek ni tak jadi. Sebabnya periuk kukus aku saiz 28cm, penutupnya pulak jenis rendah. Masa mengukus tu terangkat penutupnya. Gabra jugak aku  kot-kot bila sejuk nanti turunnya tak cantik. Memang kurang cantik la, kat bahagian tengah kek tu berkedut dalam. Mungkin kena kurangkan kuantiti masa tuang adunan tu nanti kalau guna loyang yang sama.

Apa pun kejadiannya, rasa kek ni memang superb. Tak rugi mencuba dan keluarkan modal besar. Aku boleh jamin akan ada percubaan kedua nanti.

Resepi ikut dari blog kak Hasue. Terima kasih ye kak Hasue.
Sebaik sejuk dan keluarkan dari loyang terus potong tak sempat nak cari piring, memang moist betul kek ni.
Kek Belacan

Bahan2:
  • 16oz mentega
  • 10 biji telur
  • 1 gelas gula halus
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin kecil serikaya
  • 1 tin kecil nestle cream
  • 1 peket kecil horlicks
  • 2 gelas tepung gandum
  • Browning sugar secukupnya
  • satu sudu kecil nescafe (dibancuh sedikit air panas)
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara2:
  1. Jerang air pengukus dan pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mengukus kek nanti
  2. Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata(masukkan sebiji telur,pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya)
  4. Masukkan esen vanilla,susu pekat manis,serikaya,nestle cream dan pukul sebati
  5. Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan adunan
  6. Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna adunan benar2 kehitaman.
  8. Gaul adunan sehingga benar2 sekata dan sebati
  9. Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung
  10. Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil(jangan rapat kerana adunan akan naik semasa dikukus) untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan dan kukuslah selama 4 jam
  11. Sejukkan sebelum dipotong..Selamat mencuba!
Seteleh disimpan semalaman dalam esbok, kek lebih 'set' dan lebih sedap

Monday, February 20, 2017

Berjaya buat Kek Belacan!

Ini satu kejayaan buat aku...hehehe...aku bukannya anak Sarawak kan...laki je orang Sarawak. Tapi suka sangat dengan kek orang Sarawak buat. Semua sedap (manis-manis semuanya...tapi tu la yang aku suka pon...hehehe).

Tapi minggu lepas aku dah berjaya buat kek belacan yang aku teringin sangat nak makan. Bukan tak pernah makan, tapi nak order tu sulit sekarang. Aku dapat buat tekstur dan rasa yang hampir sama macam yang aku biasa order. Lama dah simpan hajat. Nak order, ntah bila nak balik...bila balik, tukang kek pulak sibuk takde masa nak layan order. Maklumla yang buat kek pun ada kerja tetap bukan sepenuh masa buat kek. Kek jenis kukus ni timing kena betul baru boleh order. Sebab kena buat on the spot. Kek ni cepat rosak dan susah nak handle. Silap sikit pecah tapi bila masuk dalam mulut rasa macam huhu...sedap gilos. 

Jalan terbaik, cari jalan nak buat sendiri. Nasib baik ada yang sudi berkongsi resepi kek ni. Lama jugak fikir nak buat ke tidak, buat ke tidak...Bukan apa kek Sarawak ni tak macam kek biasa kat kedai kek tu ok...Bahan-bahan, modal dan masa yang diperlukan tu buat aku fikir banyak kali nak buat ke tidak. Lagipun aku tak pernah tengok depan-depan orang buat kek ni.  Tak tahu teknik yang betul. 

Bila buat sendiri kek ni, aku faham kenapa orang jual kek Sarawak aka kek lapis mahal. Jujurnya aku pun kalau ada orang nak order akan jual dengan harga yang tinggi sebab modal, kesukaran dan masa yang panjang diperlukan untuk hasilkan kek ni. Tu sebab aku tak suka kalau orang persoalkan kenapa aku sanggup beli kek sarawak aka kek lapis ni yang dijual beratus-ratus. Bukannya beli kat kedai yang ada brand macam 'resepi rahsia' pon. Cuba rasa dan ambik tahu sikit cara nak buat dengan bahan- bahan yang diperlukan baru akan hargai dan cakap harga yang di bayar tu setimpal dengan apa kita dapat...haaaa. Terus terang memang gulung tikar la kalau jual sebiji dengan saiz 8x8 tu RM60-70.

Aku sendiri ber'eksperimen' dengan duit aku ni dupdapdupdap je rasa dalam hati ni menunggu kek aku masak. Kalau tak jadi, aku suap jugak kek tu guna sudu sebab sayangkan modal yang dah keluar. Dahla aku ni kalau nak makan cari yang sedap, bahan beli yang premium dah tentula mahal. Takut jugak kalau aku buat rasanya lari terus. Nanti demotivated pulak aku ni dari buat kek ni. Lebur modal aku.

Tapi bila dah siap... hehehehe...terus bangga dengan diri sendiri...sedap wehhhhh....terus kembang kempis hidung sendiri.....walaupun laki aku cakap terlebih manis, I follow sebijik resepi tau...next time kita potong sikit gulanya. Tapi sekurang-kurangnya dapat memadamkan rasa teringin aku setelah sekian lama. Puas dapat makan. Banyak pulak tu. Ceewaaahhhh.... tak jadi order kek belacan raya kali ni. Kita order yang lain yang kita tak pandai buat je......hewhewhew....walaupun rupanya sik sekacak nang dipolah urang saghawak...tapi aku puas. Terima kasih si pemberi resepi. Banyak jasa akak kongsi ilmu dekat semua orang. Semoga diberkati Allah.

Ouh...nanti aku kongsi resepi yang aku guna. Bagus pemberi resepi ni, tak lokek berkongsi.
Kek Belacan pertama yang aku hasilkan. Rupa memang kurang cantik sebab periuk kukus aku kurang besar untuk dia. Tapi rasa memang marvelous!

Wednesday, August 5, 2015

Review penuh Kek Lapis Sarawak 2015



Tahun ni aku bawak balik 5 biji kek lapis. 2 aku punya, 2 makcik aku order dan 1 kakak aku dari Perlis order. Tapi kek kegemaran aku tak dapat di order tahun ni….sebab tukang buat takut rosak. Kalau nak tunggu bila Zizzi ada outstation baru aku boleh order.

Kek yang aku order tahun ni ialah Kek Lapis Selipar Jepun, Kek Lapis Evergreen, Kek Lapis Sisik Ikan, Kek Lapis Buku dan Kek Lapis Watermelon Cheese.

Semua memang sedap sebab aku pilih dari senarai favourite pembuat kek. List yang aku dapat hanyalah recommended sahaja. Jadi tak payah susah-susah fikir sedap ke tidak. Memang sedap semuanya. Sebenarnya aku buka offer dekat kawan office aku jugak…tapi diorang pun tertanya-tanya rasa, rupa macam mana lama-lama tak jadi beli. Aku nak komen pun taktau jugak sebab aku sendiri gamble je beli ikut suka hati aku. Nak salahkan diorang pun tak boleh jugak sebab bukan senang nak keluarkan beratus bayar sebiji kek. Senang deal dengan makcik aku, aku bagi list terus dia balas nak dua bijik. Tak tanya langsung apa-apa kat aku. Yang tak beli tahun ni tahun depan aku tak dapat jamin boleh dapat harga sama ye…

Untuk orang semenanjung yang teringin nak makan kek lapis homemade dari  Sarawak, jangan fikir nak beli kek sebijik harga 50-60 hinggit ye…kalau nak murah pegi pusat kek lapis kat Kuching tu beli 10 hinggit seketul. Dah cukup bagus orang tolong bawak balik bagi by hand, kos pos yang mahal dah dapat jimat. Kalau nak pos harga pos je dah melebihi harga kek. Kita yang tolong bawak ni lagi tolong risau kalau-kalau kek pecah atau rosak dalam perjalanan. Pembungkusan dan pengurusan mesti teliti kalau nak bawak balik kek.

Kek Lapis Selipar Jepun

Dari kiri; Kek Lapis Evergreen, Sisik Ikan, Watermelon Cheese, Selipar Jepun dan Buku
Kek ni adik aku pernah order 2 tahun lepas. Disebabkan aku tak puas makan, tahun ni aku order sendiri. Kek ni memang sedap. Lemak manis dan harum. Ada 3 warna kat dalam merah, hijau  dan kuning.

Kek Lapis Evergreen
Gambar ni dari phone pakcik aku, kamera dia lagi cantik gambarnya

Macam namanya, kek ni berwarna hijau dan salah satu kek lapis jenis lama (klasik). Rasanya sedap, dengan haruman pandan dan tahan lama dengan syarat simpan dalam peti sejuk.

Kek Lapis Sisik Ikan

Pertama kali aku cuba kek ni, dulu ingat bukan kegemaran aku sebab aku tak suka hawflakes, tapi bila rasa sekali…ya allah sedapnya kek ni, balance rasa manis dengan masam hawflakes tu….kek ni pun jenis lama. Berwarna kuning dan susunan hawflakes seperti sisik ikan yang menjadikan namanya lapis sisik ikan. Boleh la aku order pulak next time.

Kek Lapis Buku

Kek ni pun pertama kali aku rasa, baunya macam bau susu pekat manis dan harum. Sedap juga bila masuk dalam mulut, lemak manis je rasanya.
Kek Lapis watermelon cheese

Saiz 8 x 8
Kek ni ada tiga lapisan warna, hijau, kuning  dan merah. Di bahagian merah tu ada coklat cip sebagai wakil biji tembikai. Tapi kalau makan tembikai betul semedang cari yang seedless, bila buat kek beria letak effeck biji. Sedap kek ni, Darrien paling suka yang ni antara kelima-lima kek yang ada. Mungkin sebab Darrien suka cheese kot jadi watermelon cheese yang paling dia suka makan.

Dan kat bawah ni adalah kek yang aku makan masa beraya di rumah pembuat kek.

Kek Lapis Idola

Lapisan  yang berwarna gelap tu adalah lapisan berperisa coklat.  Sedap ni…

Kek Lapis 1 Malaysia

Susah nak terangkan rasanya macam mana cuma ia memang sedap dimakan, belang coklat tu adalah coklat ye bukan lapisan kek berperisa coklat.

Kek Lapis Gado-gado

Kek ni kek jenis lama agak lembap dan ‘basah’ sikit. Sedap, berlemak dan kaya rasa.

Kek Hati Pari

Kek ni memang ‘long time’ favorite aku. Rasanya ‘kaya’ di dalam dan tak kosong. Takde unsur-unsur koko di dalam walaupun berwarna gelap.

Kek Lapis Winter Sonata

 

Kek ni susah aku nak komen, makan pun tergesa-gesa sambil tengok Darrien berebut toy dengan anak tuan rumah. Sedap dan menarik rupanya. 

Terhasilnya entri ni senangla lain kali aku nak buat order. Kalau tak, asikla lupa rupa dan rasa kek yang aku order.

Tuesday, July 21, 2015

Teaser: Kek Lapis Sarawak

Sedappp....sekali masuk dalam mulut terus tiada penyesalan duit terbang berkeping-keping

Kek lapis ditempah khas ye bukan terus tunjuk dan bayar. Nak cerita pasal rasa kek-kek yang aku beli dalam 1 entri khas. Supaya mudah aku nak recall bila nak tempah semula nanti.

Sedapppp.....bila dah rasa yang sedap berapa pun sanggup bayar.

Korang macam mana?