Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Wangi


Hari tu kat kedai ada sorang budak umur lebih kurang 3-4 tahun. Masuk kedai je dia asyik cakap dengan ibunya…bla..bla..bla..tot..tet..tot..tet…lepas tu nampak patung budak perempuan tergantung kat belakang cashier pastu cakap patung purple tu cantik la…cantik sangat..ibu tengok patung budak perempuan berbaju purple tu..cantikkan? patung tu cantik macam kakak ni…hehe…bla..bla..(tak ingat)..lepas ibunya bayar barang yang nak dibelinya sambil jalan keluar dari kedai budak tu cakap lagi..bye kakak, sayang kakak…eh!

Lagi sekali, ada sorang budak perempuan umur dalam 5 tahun...asal mata terpandang dia je mesti dia tersipu-sipu…lepas bapa dia bayar harga barang…dia keluar sambil lambai tangan kat aku..
Selalu kalau dok kat kedai memang budak perempuan la yang rajin usha-usha…budak lelaki? Hehehe…diorang tak tertarik kat saya la…

Macam cucu tuan rumah saya tu …pantang jumpa…mesti dia akan cakap…”eiiii…nak cubit-cubit dia ni”…budak tu pun boleh tahan mulutnya…

Dulu masa saya kecik-kecik tak de pulak nak geram-geram kat orang macam tu..tapi saya suka kalau jumpa orang cantik yang wangi, kalau salam tangan dia wangi lagi saya suka…sebab tu saya suka wangian bila dah besar.  Kat rumah pun kalau boleh nak wangi 24 jam, tido pun kalau boleh mesti wangi..tapi kalau dah memasak..hilang wangi saya..muka pun berminyak-minyak…hehehe..disebabkan suka wangi ituuuuu…saya berjaya mendapatkan sebotol Vera Wang Princess Disember 2011 yang lepas.

                                                                    sumber: google la..





 

Wednesday, August 4, 2010

Deko Inggeris

Cantiknye bunga-bungaan ni...

Perhatian kepada peminat dekorasi konsep Inggeris!!!!

Nak tau??kat Shah Alam ada 1 kedai yang menjual barang-barang hiasan dan pinggan mangkuk berkonsep Inggeris.  Nama kedai tu Romantika. Macam-macam ada kat sini. Harga pun berpatutan. Nak tau lagi??? Sila scroll down tengok gambar-gambar yang aku sempat ambik kat situ hari tu.

Bunga hiasan
Lampu meja
Lampu meja
Terendak lampu 
Set minum petang. 
Set minum petang (1 dozen)
Set minum petang beserta teko. Cantik!
Set minum petang. Kenapa yang lebih mahal ek?Ooo..tengok ada bekas gula dan susu kat situ.
Macam-macam ada
Lagi macam-macam ada
Kat sini area set minum petang
Rak berbakul.

Cermin gaya Inggeris
Bekas barang kemas ni adalah favourite aku, harga? tengok kat situ RM25 je. Murah!
Bantal comel.  Murah tau kat sini.

Teddy pun ada.
Nak bunga palsu untuk hari raya??kat sini ada dijual, pasu konsep Inggeris pun ada
Nak datang sini???bolehhhh...kedai ni terletak dalam Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Terletak di tingkat 6 kalau tak salah (yang penting naik sampai atas sekali, kalau biasa pegi tengok rakaman muzik-muzik mungkin perasan kedai ni berada di sebelah pintu masuk Studio Sri Pentas). 

Wednesday, July 28, 2010

Sale! Sale! Sale!!!!

Ye jualan pertengahan tahun sudah bermula!!!! Pada kaki shopping yang tegar ini adalah waktu untuk anda melampiaskan nafsu membeli belah anda. 70% 50% 30%..potongan harga di hampir semua kedai di Malaysia!!!!!!

Selepas sebulan Ijun tak turun Shah Alam, kaki dia macam kena garu suruh dia pegi jalan2.  Kebetulan Mid Year Sale 2010 dah mula.  Apa lagi, niat yang baik datang Shah Alam untuk belajar bercampur dengan idea 'nates'nya.
Dalam kereta mulut asik potpet2 je, itula my older sister tapi hati baikkkk.......

Mula2 kelas dia dijangka habis pukul 8.  Maka aku pun sabar je menunggu dia, sampai aku tertido 2 jam dalam kete. Nasib baik aku tak lemas. Tup2 dia suruh aku ambik dia pukul 7ptg.  Alhamdulillah...kalau tak, aku taktau nak buat apa lagi abiskan masa.

Ekceli aku tak pernah drive pegi Midvalley sendiri. Oopps..aku tau la korang terer, kehulu kehilir drive sendiri, independent woman la katakan.  Tapiiii.....aku termasuk dalam kategori lembap bab mengingat jalan2 ni.  Kalau orang yang bawak aku memang haram aku nak ingat.  Takat ingat skit2 tu blehla..Agaknya balik nanti aku kena beli susu yang ada DHA untuk menyambung nueron2 dalam kepala aku.  Lalu aku pun pegi je berpandukan sign board.  Dalam tak berapa konfiden tu, sampai gak aku ke sana.  Tak dilupakan navigator aku pun berperanan jugak menengok signboard sambil bagi arahan kat aku...hehheehhe..


Tempat pertama yang kami tuju ialah kedai Charles & Keith.  Ijun teruja bila aku bagi tau C&K ada sales sampai 70% minggu lepas.  Lalu dia pun sibukla nak masuk C&K tu.  Mula-mula takat register barang-barang kat mata je. Pastu kuar balik masuk kedai lain, dalam dok tengok2 tu sempat dia berkenan kat 1 beg tu.  Hmmm...ok, jom tengok kedai lain dulu. Masuk JJ, Che Che, Carlo Rino, Metrojaya etc la...tak larat aku.  Kat MJ dia berkenan kat 1 purse tu, aku cakap macam nak buat isi tembakau je, buat rokok gulung..terus dia letak balik..hahahahaha......pastu dia balas balik kat aku masa aku try 1 rantai labuh tu, dia kata baik pakai tasbih arwah tokwan aku kat rumah.  Eleh..bukan aku nak beli pun.....
Nak sambar terus, jangan tanya aku. Nanti aku komen bukan2 pulak.

Kat CR pulak dia terbekenan beg tangan.  Harga bleh tahan la buat aku yang gaji ala2 cukup makan ni, nama nak pakai barang berjenama popular jauh sekali.  Aku suruh dia KIV dulu.  Last2 patah balik C&K, kat situ kehulu kehilir dia jalan.




Dia bekenan kat beg hitam tu, mula la belek sana, belek sini. 

Dalam hati: 'mana 1 aku nak ni..rasa macam nak bawak balik semua je.'

Kat dalam cermin itu adalah orang yang hanya mampu menjadi jurupandu sahaja.



Muka tahap excited giler, kalau dia dapat Coach atau LV camne la pulak rupa dia? Ke muntah hijau kalau aku tengok dia time tu? Kakak orang lain camni gak ke?????



Sesi pembayaran.



Happynyerrr....saye hari ini...

OK..jom balik.


Enhanced by Zemanta

Sunday, July 18, 2010

Pasar Ahad Seksyen 13, Shah Alam

Pagi-pagi pukul 6 lagi Ina dah message. Tanya jadi tak plan untuk pagi Ahad. Aku yang masih melingkar atas katil membalas message Ina dengan mata separuh terbuka. Lepas balas message, aku kejut Ija suruh bangun.  Tepat pukul 7, kami keluar dari bilik. Aku tengok bilik Wakdah gelap lagi, semalam dia mengadu pening kepala jadi tido balik kot lepas solat Subuh. Aku cuma hantar sms je bagi tau aku keluar pegi Sc.13. Lepas panaskan enjin, terus pegi Sc.16 ambik Ina. Dalam pukul 7.40pg kami sampai.

Kami sampai agak cepat, gerai belum seratus peratus dibuka.  Takpe,yang penting aku tak pening nak cari parking. Lepas jalan2 dua tiga line gerai nampak la gerai sandal ni.


Ija berusaha jugak cari sandal yang sama dengan sandal yang dia ada sekarang. Dalam dia dok pilih2 tu aku sambar jugak sepasang. Takla asik berebut selipar ngan Ijun nanti..yuhuu...jun..aku beli sama cam hang, kaler je lain...hehehehehe...


Sweetkan baju bereben ni? Auwww!

Macam kebaya recepcionist hotel.

Kalau beli beg ni, bleh melaram raya nanti.




Banyaknye beg...I like!

Ina tengah belek brooch.  

Semua cantik



Yang ni ok tak? Hmmm..aku ok je..



Kain pasang



Pengunjung mula ramai.

Sila la menjamu selera....



Ina..ambik skit je k..

Eh, yang ni nampak sedapla..



Haipp!!! nak makan banyak belila...



Barangan kraf pun ada.



Pokok-pokok



Orkid laa...



Yumm..yummm..



Nak satu..laparla..



Jom gi tempat lain plak..di belakang adalah pengangkat barang sebab aku sibuk jadi camera gurl cum driver. 

Pasar pagi ni bermula seawal 7 pagi. Kalau datang awal lagi, tunggula penjual2 tu punggah barang buka gerai. Kalau nak datang, dinasihatkan supaya datang awal pagi dalam pukul 7.30pg - 8.30pg. Kalau lewat, susah nak park kereta nanti plus panas nanti. Jangan risau kalau tak sempat sarapan kat rumah sebab gerai2 makanan banyak. Korang boleh bersarapan sambil berfikir barang apa yang perlu dibeli. Ada macam2 barangan kat sini, tudung, kain, telekung, baju, kraftangan, blanket, langsir, comforter, sandal, beg, tali pinggang, brooch, jeans, barangan penjagaan kesihatan, makanan, kereta, dll. Bila berkunjung ke pasar Ahad, korang tak payah nak susah2 pegi beli pasar basah lagi sebab bahan2 memasak basah dan kering juga dijual disini. Senang kan?