Showing posts with label Zaitun. Show all posts
Showing posts with label Zaitun. Show all posts

Wednesday, April 1, 2015

Tips menghalus dan melicinkan kulit


Scrub beras pulut
2 sudu besar serbuk beras pulut*
2 sudu besar madu lebah
1 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar asam jawa

1.       Dalam satu bekas gaul sebati semua bahan.
2.       Scrub seluruh badan kemudian biar selama 5 – 10 minit sebelum bilas.
3.       Mandi seperti biasa
4.       Ulangi proses 1 minggu sekali dan  rasai kulit halus dan licin!

*Serbuk beras pulut
1 cawan beras pulut
Goreng beras pulut hingga keperangan kemudian tumbuk atau kisar halus.
Simpan dalam bekas.

Monday, July 29, 2013

Lulur susu


Raya dah dekat. Berangan nak mandi susu tapi duit ciput je..beli barang lain lebih baik daripada melabur kat spa. Tapi nak jugak memanjakan diri, akhirnya aku buat sendiri je. Simple je aku punya versi, mula-mula cam mahal tapi bila dikira balik takde la mahal mana pun. Jadila…tu je yang aku mampu.

Caranya: 
4 sudu besar susu tepung (aku guna hypermarket brand sebab murah, takkan nak guna susu anlene kot..)

1 sudu besar madu (yang biasa je, sedih la kalau guna madu Manuka…aku beli kat Eu Yan Sang tuuuu….)

2 sudu besar minyak zaitun (aku guna extra virgin olive oil sebab tu yang ada kat rumah)

Campur semua bahan, nak ekstra lembap lebihkan la madu dengan minyak zaitun tu.

Kacau sebati pastu biarkan dalam 10-15 minit baru lumur kat badan. Kalau pekat sangat, tambah air sikit.

Lumur sambil urut perlahan kat setiap anggota badan selama 15 minit.

Selalunya aku akan bilas lepas tu guna Johnson milk bath sebab kalau bau lulur susu je badan tak berapa harum.Tapi sekarang aku tengah suka sabun susu beras, jadi aku guna sabun tu je untuk mengharumkan badan.

Tuesday, May 15, 2012

Tips menjinakkan rambut super kering

Rambut aku jenis yang tebal dan kering dihujung. Dah banyak kali tukar syampu yang mahal, yang murah, yang glamor, yang tak glamor semua aku dah try tapi masalahnya tetap sama. Dah guna syampu untuk melembap tapi tak berkesan. Kat sekitar hujung rambut tu tetap rasa kering dan kasar.

Teringat dulu ada pegi rumah cousin roommate, kitorang minta izin nak solat kat situ, anak cousin dia ikut kitorang jugak, masa aku buka tudung tiba-tiba salah sorang budak tu cakap "kakak, you have beautiful hair". Belum sempat aku cakap jangan, dia dah pegang rambut aku.....aiyoooo...pastu dia cakap "kakak, why your hair so dry?"...ala dik, akak bukan ada duit nak buat treatment kat salon tiap-tiap bulan. Kalau pegi salon, dengan panjang rambut sekarang paling kurang RM150 melayang..kalau tiap-tiap bulan alamat kering la poket....

Macam-macam dah buat sejak dulu, lumur pati santan, rambut hitam tapi keras, lumur lendir bunga raya, hitam dan lembut tapi sekejap je..yogurt pun sama, tak jalan jugak. Akhir sekali cuba lumur minyak zaitun (extra virgin) sebelum mandi. Alhamdulillah...kesannya lebih baik daripada petua-petua tradisional yang lain.

Caranya, sebelum mandi dan bersyampu, lumur rambut dengan minyak zaitun secukupnya. Ramas perlahan dan biar selama 10-15 minit kemudian mandi dan syampu seperti biasa. Jangan lupa pakai perapi sekali ye. Aku dah buat. Best! main rambut bila dah kering..licin dan lembap je. Bukan selalu, seminggu 1 atau 2 kali je. Hari lain, syampu dengan perapi je aku guna. 

Tapikan, kengkadang minggu yang agak sibuk tu cemanala nak spend time lumur minyak zaitun kat rambut. Betul tak? Sooooo....aku stand by siap-siap hair mask kat dalam bilik air. Agak-agak rambut aku mengalami kekeringan melampau tambah pulak tak berapa ada masa aku guna je hair mask tu. Hair mask aku macam ni..pakai tukar-tukar ikut mood je. Lagipun bila guna hair mask, aku dah tak guna perapi lagi, skip 1 langkah. Jimat masa...hahaha..

kredit picture: google

Yang balang hijau tu beli masa promosi kat Guardian RM 10.88 je.

kredit picture: google

Yang tiub kuning tu, beli kat Sasa Outlet promosi beli 1 percuma 1 RM19.90. Wangi!


kredit picture: google

Last sekali, untuk kekalkan kelembapan gunala hair serum. Pilihan aku, Loreal Anti Frizz serum sebab bau dia wangi dan murah *bila sale* dan tahan lama. Serum rambut (apa-apa brand) sebaiknya dipakai bila rambut separa kering. 


Kalau nak ikut kronologi untuk jaga rambut senang je:
1. Pakai minyak zaitun (extra virgin) seminggu sekali
2. Syampu
3. Perapi
4. Serum rambut
5. Hair mist (yang bertudung jarang pakai hair spray ni, kalau pakai pun mungkin masa kat rumah la elak kekeringan bila ada 'air contact')

Bila rambut tak kembang, barula nampak cantik layer cut yang digunting dulu tu. J Yeay!!!

p/s: sori la semua gambar sumbangan google...actually hampir semua produk yang disebut tu ada kat rumah tapi Zz outstation sekarang dia bawak sekali kamera kecik tu termasuk gambar-gambar yang belum pindah ke pc.


 

Wednesday, April 25, 2012

Cantik dengan minyak zaitun


Baru-baru ini aku jadi sangat tertarik dengan minyak zaitun. Mula-mula dulu aku beli minyak zaitun sebab nak buat scrub je. Resepi scrub tu nanti aku tulis. Lepas sedikit desk research, baru la aku tau banyak sebenarnya kegunaan minyak zaitun ni. Disebut sebanyak 7 kali di dalam Al-Quran, sejarah mencatatkan, Muhammad (prophet p.b.u.h) pernah berkata:


`Makanlah minyak zaiton dan urutkannya ke seluruh badan kerana ia adalah pokok yang suci’ (“Eat the olive oil and massage it over your body since it is a holy (Mubarak) tree.”) –Tirmizi, Ibn Maja


Klasifikasi minyak zaitun:


Extra virgin olive oil
hasil perahan pertama (tanpa haba) buah zaitun itu.

Virgin olive oil
perahan kedua buah zaitun dan dicampur sedikit minyak dari perahan pertama.

Pure olive oil / Olive oil
melalui beberapa pemprosesan seperti menapis dan memperelokkannya.

Extra Light olive oil
hasil banyak pemprosesan dan mengandungi hanya sedikit sahaja kuantiti minyak zaitun di dalamnya kerana dicampur dengan pelbagai minyak lain.

Kat bawah ni adalah cara aku menggunakan minyak zaitun secara luaran:


1. Scrub badan
    3 sudu minyak zaitun
    2 sudu madu
    ½ cawan gula pasir

    Gaul sebati dan gunakan sebagai scrub pada badan dan wajah.

2. Rambut
Lumur minyak zaitun pada rambut, urut kulit kepada dan biarkan 10 – 15 minit. Kemudian syampu dan gunakan perapi seperti biasa. Kalau nak cuci keesokan hari pun boleh, tapi tak praktikal kat aku.


3. Lulur badan dan wajah
Untuk melambatkan penuaan, lumur minyak zaitun pada badan dan wajah dan urut lembut. Elakkan bahagian mata. Kalau ikut petua dari halaman lain, cuci dengan air suam tapi aku cuci dengan pembersih muka macam biasa. Tetap terasa kesannya selain takdela oily sangat lepas tu.


4. Perawatan tangan dan kuku
Urutkan minyak pada tangan dan kuku.


5. Melembutkan kulit (belum buat lagi)
Kalau ada masalah kulit kaki atau tangan mengelupas, lumur minyak dan pakai stoking semalaman. Esoknya baru cuci.


Minyak zaitun (extra virgin) juga boleh diminum untuk mengurangkan risiko kanser, melambatkan penuaan dari dalam, mengurangkan kolestrol jahat atau LDL dan sebagainya. Tapi rasa minyak zaitun meloyakan bila dah masuk dalam tekak. Tips untuk mengelakkan rasa loya tu lama kat tekak adalah dengan menelan sesudu madu lebah selepas minum sesudu the minyak zaitun.


Cara-cara mengekalkan khasiat minyak zaitun:
Tutup rapat dan letakkan di tempat yang terlindung daripada cahaya dan sejuk. Cahaya dan haba adalah musuh kepada minyak zaitun.

Sumber: