Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

Monday, April 1, 2013

Maryam


Lepas beberapa minggu aku kehilangan Cumi dan Ciki, aku jumpa Maryam. Aku jumpa Maryam di Tesco. Masa tu aku masih bersedih teringatkan Cumi dengan Ciki. Lepas shopping groceries, dah masuk dalam kete aku ternampak sekor kucing warna putih yang kurus kering. Terus aku mintak Zz pusing dan ambik dia. Jodoh agaknya, masa aku pegi kat dia, dia tak lari pun siap mengiau manja lagi. Kesian sungguh keadaan dia masa tu, lapar dan berkurap. Pandai pulak masa dalam kete elok je dia duduk atas riba. Takde pulak nak mencakar sebab takut atau terkejut. Jangan tanya kenapa nama dia Maryam, sebab tu je yang terlintas kat kepala masa tu. Dia pun nampak macam serasi dengan nama tu.


Ni sehari lepas disuntik, tak dapat angkat leher tu yang menonggeng aje..

Hari pertama Maryam kat rumah, dia kencing atas selimut aku. Aku hukum dia dengan menjentik telinga dia sikit dan tak bagi masuk dalam rumah dah. Masa tu Zz masih baring kat atas katil, kelam kabut dia terjun pegi bilik air..hahahaahaha…sekarang kalau Maryam masuk rumah dia macam fobia nak masuk bilik aku dah. Lepas beberapa hari, Maryam dibawa ke klinik untuk rawatan kurap. Doktor tu suntik dia, lepas tu 2 hari dia tak dapat makan nasi akibat kesan ubat suntikan tu. Nasib baik lepas 2 hari dia dah ok, kalau tak aku dah bawak pegi klinik sekali lagi takut dia mati tak makan pulak. Sedih aku tengok dia masa tu. Tak lama lepas tu, kuping kurap dia tanggal dan sekarang Maryam dah sembuh. Bulu dah cantik dan kuat makan. 


Maryam sekarang, dah cantik dan gemuk

Maryam ni lebih manja dengan Zz berbanding aku. Kalau Zz sidai kain mesti dia datang teman. Sama jugak kalau Zz panggil dia masuk rumah, mesti dia datang. Lepas tu landing kat celah kaki atau kat tepi perut macam nak dengar orang bercerita dengan kaki depan mesti park kat badan orang. Kalau dengan aku, dia kurang sikit. Sampai Zz nak usung Maryam kalau pindah nanti. Lagipun berbanding aku, Zz lagi kerap bagi makan dan susu kat dia sebab aku tak larat nak turun naik tangga sangat sekarang. Sebab tu kot dia lagi manja dengan Zz. Maryam ni pantang nampak kita pegang kotak susu. Susu adalah kegemaran dia. Tapi sekarang dah jarang bagi susu sebab susu kucing mahal ooo…sekotak dah 7 ringgit…kalau sehari sekotak dia minum, abis la duit…kalau makanan kucing tu tahan lagi..sekotak boleh tahan 2 minggu camtu.

Sekarang hidup aku dah happy semula, pegi keje dengan balik keje atau balik dari berjalan walau pukul 1 pagi sekalipun ada yang menyambut aku kat pintu pagar. Walau dalam hati aku masih mengharap keajaiban Cumi dengan Ciki balik rumah semula. Maryam jugak diterima baik oleh tuan rumah aku dan kucing-kucingnya jugak. Disebabkan tu, tuan rumah aku yang bagi Maryam nasi hari-hari. Aku cuma bagi makanan kering je. Hujung bulan aku bagi duit ikan kat tuan rumah tu. Taknak la menyusahkan tuan rumah banyak sangat. Lagipun Maryam tu kuat makan, dia yang pertama makan nasi dan yang terakhir tinggalkan pinggan. Sekarang Maryam ada gelaran kat belakang nama pulak, Maryam Gemok..seperti yang dipanggil oleh tuan rumah aku.

 

Wednesday, January 2, 2013

Kisah Zizzi, Cumi dan Ciki


 Gambar lama Cumi dan Ciki

Sejak beberapa bulan lepas, hati Zz sangat lembut pada kucing. Kalau dulu dia mengeluh bila aku cakap kucing kat rumah mak banyak sampai waktu makan pun dia orang teman, sekarang dia tak kisah lagi asalkan kucing tu jangan melompat kat peha dia. Kadang-kadang kucing tu melepak kat tengah-tengah kaki time dia baring pun dia dah tak kisah. Dulu, dia tak bagi kucing tuan rumah masuk dalam rumah kami sekarang dia yang buka pintu bagi kucing main kat dalam rumah. Dulu dia pandang je kucing tanpa perasaan, sekarang dia dah pandai baca air muka kucing especially bila kucing tu merajuk dia umpan balik dengan bagi makanan. Dulu dia tak kisah pun kucing tu lapar ke tak, sekarang dia yang belikan makanan kucing. 

Kalau kat kampung dia pulak, dia belikan bakul kucing untuk kucing adik dia, Nia. Main permainan kucing dengan kucing pastu siap carikan spray kucing dengan vitamin lagi. Dan dia tak kisah bila Nia ‘paw’ dia untuk barangan kucing. tapi benda lain Nia nak ‘paw’ tak dapat..hanya untuk kucing sahaja. 

Seminggu lepas kucing belaan bersama dengan tuan rumah hilang. Ada 2 ekor. Yang jantan namanya Ciki dan yang betina bernama Cumi. Rasa sedih sebab selalunya kucing-kucing tu akan tunggu masa pegi dan balik keje. Kalau berjalan kemana-mana dan kami balik lewat malam pun kucing-kucing tu akan sambut kat pintu pagar. Kadang-kadang kami bagi kucing tu masuk dalam rumah untuk bermain dan lepas kucing tu akan tetido sambil tengok tv.

Dah ronda dekat kawasan berdekatan kot-kot dia lupa jalan balik tapi tak jumpa. Semoga Cumi dengan Ciki dapat tuan yang baik hati dan boleh bagi makan sedap-sedap sampai gedempol.

 

Saturday, July 21, 2012

Bab 4 & 5 - Misi Berjaya!


ini Omeng, teman baru Nia
Bab 4
Keluar dari kete, Zz suruh aku yang bagi salam….
Aku:  Assalamualaikum…….
Mak: Waalaikumussalam………

Mak:  Ya Allah, kau rupanya…kenapa tak cakap nak balik, kan ikan, ayam, sayur xde...bla..bla..bla…
Mak:  Mak nak pegi pasar, nak tinggal ke nak ikut?”
Au: Mestila ikut…hehehehehe….
Monyeng dah besar dan.....
Dia ada teman baru...
Kat pasar, terus aku borong 12 ekor ikan terubuk seperti yang dipesan. Tak banyak pilihan balik kali ni, rembat je apa yang ada. Nak keluar lagi, minta maaf la…balik 1 malam je pun..membazir masa je nak keluar dua tiga kali.


Bab 5

Sebelum balik, mak ajak keluar..lagipun ada barang nak dicari. Iaitu…belacan. Jangan la pelik kenapa aku sanggup tunggu balik Bintulu baru beli belacan macam semenanjung tu takde orang jual belacan, sebabbbbbbb…….belacan Bintulu memang sedap…sesapa pun yang rajin masak dan suka guna belacan akan tau perbezaan belacannya. Belacannya tak hitam, kurang berbau dan tak mengaktifkan saraf resdung. Ratah gitu je pun takkan gatalnye hidung. Lagipun, yang aku beli tu homemade punya, makcik Zz yang tumbuk sendiri. Memang terbaeklah!
Ada sapa-sapa nak tempah belacan Bintulu dari aku???


Sempat jugak pegi rumah cousin ZZ, melawat kucing. Cantik-cantik kucingnya. Kalau ke semenanjung boleh berkereta, nak jugak aku mintak seekor.
bersama Bubu

Amoi

Comelnya!!!
Balik petang tu..flight delay sejam…1st time aku merasa flight dari Bintulu delay. Aku ngan Zz pun pegi minum dulu dan makan megi kari dulu walaupun kat dalam flight dah siap-siap order Cheese Baked Rice.
Cheese Baked Rice

Seperti yang dijanjikan, lepas sejam flight dah sampai dan ready untuk gerak ke LCCT semula. Berakhirla perjalanan untuk minggu ni….

p/s: cheese baked rice tu agak sedap..rasa cam nak buat sendiri pulak pasni.


 

Tuesday, March 8, 2011

Kuceng, kuceng, kuceng....

Entry ni khas untuk tatapan peminat kuceng....


Kuceng-kuceng ni adelah kuceng yang dibela oleh penyewa kat bawah rumah aku...dah diorang bagi makan...aku anggap diorang bela la tu...
tapi baru-baru ni aku tengok 2 daripada 3 ekor anak kuceng tu dah takde....ade orang ambik kot...mintak orang yang baik hati jaga dia...jangan jadi santapan dah le...

sila la ye...

Yang kiri & kanan jantan. Tersusun elok je kuceng-kuceng ni minum susu pagi2.



Mak kuceng ni dah pusing-pusing nak jilat bulu tapi anak dia buat bodoh je...

"minum la puas-puas" kata mak kuceng.

"ni yang buat aku hangin ni...elok2 skit bleh tak, jangan macam lebuhraya bertingkat?"

"hishhhh..."


"selesai"...





 

Wednesday, November 10, 2010

Adoiiii....!!!!! sakit perut Cici..



Cari benda tersembunyi........

Nampak tak ada makhluk berbulu kat atas karpet tu???

Makhluk tersebut bernama CICI.  Satu malam, Cici baring. Kedudukan Cici masa tu lebih kurang macam gambar ni la...cuma masa tu dia baring dekat kaki sofa.

Tiba-tiba datang la budak kecik baju merah ni jalan laju-laju ke arah sofa nak naik duduk atas sofa ni.....secara tak sengaja dia terlanggar Cici. Secara otomatik, Cici terkejut lepas tu cepat-cepat dia meniarap macam kat gambar atas tu takut perut dia kena pijak lagi. "Adoiiii...sakit perut Cici..." agaknya camtu la kot dia nak cakap. Aku yang tengah pegang telepon ni apa lagi...sambil paksa budak kecik tu mintak maaf kat Cici, aku ambil gambar la..Cici pulak macam memahami, tak gerak2 dia dari situ. Dia tenung je muka si Iman ni. Banyak kali aku cakap "Adik pijak kucing bibik, cepat mintak ampun kat Cici". Tapi jangan harap la budak kecik ni nak cakap...ego nak mampus. Tapi dari cara dia pandang aku memang dia dah rasa bersalah pun..hehehehehehe...cuma taknak cakap je..pelik kot dia rasa kalau mintak maaf kat kucing. 

Tenungan dari Cici yang masih mengharapkan ucapan maaf dari budak kecik tu.......hahahahahahaha...

"Cepatla mintak maaf kat Cici......."

"Hmmm...hampeh tul budak ni..sakit perut aku dia pijak..bukan nak minta maaf pun, garu kepala aku pun dia taknak".

Tapi masa ni mata budak kecik ni dah berair dah.....lepas tu dia turun dari sofa pegi kat mama dia....hahahahahaha...suka aku dapat mengenakan budak kecik ni...

Cici pulak, aku naikkan atas sofa...biar dia baring sebelah aku...selamat daripada kaki budak kecik tu....



 

Thursday, July 22, 2010

Tutorial bagi kucing makan ubat demam

Bagi yang baru belajar membela kucing, korang kena tau kucing pun akan kena demam dan selsema.  Bila pegi klinik, ubat yang dibekalkan selalunya dalam bentuk cecair.Kalau kucing korang tu baik, senang je bagi ubat.  Buka mulutnya dan masukkan ubat. Kalau dapat kucing yang liat makan ubat (biasala, macam kanak2 jugak...ada yang senang ambil ubat, ada yang selagi boleh elak dia akan berusaha untuk tidak makan ubat). Video kat bawah ni adalah menunjukkan teknik untuk memberi kucing korang ubat.  Nampak kasar, tapi demi kasih sayang kepada kucing dan keinginan melihat mereka sembuh, paksa pun..paksa la....


Sesape yang tengok video ni...aku nak tanya, macam mana nak hapuskan kutu2 kat bulu kucing tu???aku ni dok hari2 belek kucing2 tu demi memburu kutu2 yang ada kat badan diorang...tapi dok ada jugak...ni bukan kutu yang melekat kat bulu tu tau...ni kutu yang warna hitam, saiz lebih kurang sama dengan butir beras dan bergerak laju.

Wednesday, March 24, 2010

Kucing baru

Hai...
Saya nak bagi tau...kat rumah ade kucing baru!!!! Die sangat kiut + manje... Tengokla...

Yang kat bawah tu Ben. Jeles sebab perhatian dah kurang skit kat die..asik nak serang Mimi je (aku bagi name dia Mimi, tapi orang kat rumah bagi nama Tine not Tina k)