Wednesday, March 22, 2017

Masa berpantang


Aku tak pernah tulis amalan pantang sendiri…hmmm meh sini nak tulis sebab aku sendiri kadang-kadang lupa apa yang perlu dan apa yang tak perlu. Maklumlah bukannya beranak tiap-tiap tahun, umur pulak makin meningkat penyakit lupa tu sentiasa mencelah. Asasnya aku ikut cara mak aku la...mak orang jawa. Tapi ada yang tambah tolak tu biasalah. Eh, aku tak mengandung ye sekarang...saja tulis untuk ingatan.

Berurut
Mak pesan kalau nak berurut tunggu dalam seminggu selepas pantang. Urut awal sangat pun tak elok sebab urat masih bengkak. Tapi jangan lewat sangat sampai sebulan pulak. Masuk angin nanti. Ouh..aku tak bertungku hari-hari. Aku bertungku masa berurut je.

Bengkung
Aku pakai bengkung jawa. Ada juga yang moden dapat masa beli set bersalin tapi aku suka yang tradisional juga. Sedap pakai sebab badan rasa kejap, perut cepat kempis dan tulang pinggul cepat rapat dan kemas. Ni penting untuk elakkan pinggul melebar selepas bersalin. Biasanya aku pakai 60 hari. 44 hari pertama aku pakai siang dan malam selebihnya malam je dan waktu siang aku pakai bila rajin. Sebelum ikat bengkung mesti pakai tapel. Best…hangat je peru. Tapel boleh kempiskan dan tegangkan kulit perut. Biasanya aku pakai tapel malam je sebab tak suka lantai kotor. Siang sapu minyak herba je. Bila habis tapel aku letak minyak herba je kat perut sebelum ikat bengkung. Kalau ada krim yang boleh hilangkan selulit bagus pakai masa ni. Bengkung aku custom made mak buatkan 8 meter cukup cover dari punggung ke atas perut. Aku pakai sendiri je.

Rambut dan tapak kaki
Rambut mesti ikat kuat-kuat dan tinggi. Biar selesa, kemas dan elakkan angin di kepala. Dahi pakai pilis. Tapi masa beranakkan Inarra kulit dahi aku jadi sensitif lepas 2 kali pakai aku tak tahan asik garu dahi terus aku tinggalkan.

Kaki mesti berstokin 24/7, jalan perlahan-lahan dan berjalan hati-hati jangan sampai ibu jari terlanggar tiang atau seumpamanya nanti bentan. Biasanya aku pakai selipar jugak kat dalam rumah masa pantang dan juga lepas pantang.

Makan
Nasi sepinggan penuh 2 kali sehari tak boleh tambah. Tu embah aku pesan. Aku ada darah jawa ok jadi jangan pelik. Lauk pauk semua rebus, bakar atau kukus je. Masa dalam pantang biasanya aku tak makan makanan bergoreng (deep fry). Ikan bilis pun goreng tanpa minyak. Sayur semua bening je (masak air). Tapi kalau kalau mertua aku yang jaga, dia tumis sayur aku (stir fry), kalau aku cakap nak sup pun dia akan tumis jugak. Tu takpe sebab guna sikit je minyak. Sayur tu sawi, lobak merah, lobak putih dan pegaga je. Tu la sayur yang diulang-ulang selama berpantang kalau ada sayur lain pun ulam-ulaman. Ouh…buah aku makan ye masa dalam pantang tapi aku cuma berani makan epal merah je. Teringat masa di hospital bersalinkan Inarra pagi tu dapat mee goreng. Memang tak sentuh la aku. Badan aku memang tak tahan makanan yang angin-angin ni masa pantang. Aku tengok ada jugak dua tiga orang ibu bersalin yang pasrah makan roti walaupun lapar pagi tu. Di antara waktu makan aku kudap-kudap kismis, biskut meri, biskut lemak cicah air horlick. Memang kelaparan masa pantang tu, sebungkus paling lama 3 hari je tahan. Sapa datang melawat bawa biskut meri dengan biskut lemak memang aku cukup suka J oh ya…aku makan juga multivitamin masa pantang sebab tak boleh makan macam-macam masa ni.

Mandi
Aku mandi 2 kali sehari dengan air rebusan herba. 2 bulan aku mandi air suam je. Selang seminggu biasanya aku scrub badan guna scrub herba. Best…hangat je rasa. Lepas mandi kalau rajin pakai param, sapu minyak dan berbengkung. Minyak sampai tapak kaki. Selalunya aku habiskan 2 botol minyak herba masa pantang. Param memang best pakai tapi hidung aku tak tahan debu bila kering je bedak param tu akan tanggal dari kulit. Hidung aku gatal tu yang pakai bila rajin je. 2 minggu sebelum cuti habis hari-hari aku pakai mask muka…takla nampak sangat muka tu letih bila naik keje. Aku mandi lambat sikit kecuali hari berurut baru mandi awal. Petang mandi lepas asar.

Minum
Minum ni tak boleh sekaligus 500ml ye…kalau waktu biasa bila haus memang aku togok je air sekaligus. Tapi bila pantang kena minum sikit-sikit tapi kerap. Jangan makan bersulam air dan lepas makan seeloknya tunggu lebih kurang 20 minit baru minum, ini tak pantang pun aku buat. korang ikutla kalau taknak perut buncit. Aku memang minum air suam kosong selain horlick. Seminggu sekali kalau rajin aku buat air inai dengan sirih. Kadang aku rebus serai dengan pandan buat mandi aku simpan 1 mug untuk minum. Dua kali bersalin, aku tak boleh minum air jamu walaupun kuning baby dah ok. Sebab baby mesti tak selesa. Ais memang tak sentuh dan elakkan sentuh sampai bila-bila…hahahaa…kejam pulak rasanya…ala lepas 100 hari kalau teringin minum la sikit. Tapi bila anak dah 8 ke 9 bulan ada je aku order air sejuk kat kedai. Tapi jarang-jarang sangat buat lepas teringin lepas tu minum air suam balik. Sapa tahan cubala tak sentuh langsung. Aku tak boleh…memang ada waktu-waktunya aku jadi teringin tapi boleh bilang dengan jari la berapa kali setahun. Konsepnya tak teringin tak perlu minum ais.

Lain-lain
1. Masa mengandung bila rajin sapu minyak zaitun atau minyak kelapa kat perut untuk elak kesan regangan.  Takla sakit hati lepas beranak tengok stretch mark.  Tak buat hari-hari takpe tapi mulakan seawal sah mengandung.

2. Kalau nak kurus, jangan focus pada berat. Fokus pada ukur lilit badan. Berat badan memang lambat sikit turun. Yang penting ukur lilit badan dikecilkan dulu

3. Luka jahitan kalau berdenyut dan rasa tak selesa boleh letak serbuk manjakani yang dicampur sedikit air dan dijadikan pes. Aku dah cuba hilang 80% rasa denyut tu. Baru selesa nak tido dan luka lebih cepat baik. Kalau tak sakit boleh buat air cucian saja tak perlu tempelkan kat jahitan.

4. Arwah embah pesan kalau makan ayam makan bahagian isi saja. Jangan sesekali gigit tulang ayam macam waktu tak pantang. Yang ni aku pernah tergigit serpihan tulang ayam…ngilu gigi aku ya amat…patut dia tak bagi gigit tulang. Mungkin kerana banyak nutrient dalam badan hilang masa proses mengandung dan bersalin sebab tu rasa macam tu kot. Tapi bila dah lepas pantang ok je. Masa recovery proses tu je yang tak boleh.

5. Dua kali bersalin 2 kali jugak jamu tak dapat minum. Hanya bila anak dah 6 bulan baru dapat minum. Tapi masa dalam pantang aku makan manjakani. Itu baby ok takde buat hal.

6. Berpantang masa bersalin Inarra teruk aku kena sembelit. Lepas ni kalau bersalin lagi jangan lupa standby Lactul siap-siap.  Menangis aku dalam tandas.

Cara berpantang aku mungkin bukan yang terbaik tapi sesuai untuk aku. Aku cuba sedaya upaya untuk cukupkan tidur sebab kalau tak cukup tidur memang senang kepala masuk angin.

Sunday, March 19, 2017

Bebas lampin cara Darrien



Menghabiskan hari demi hari dengan dua orang anak kecik kadang-kadang lupa nak menulis. Ada banyak memori dengan anak kecik ni. Kadang-kadang menangis lepas marah diorang tapi masa keluar tantrum tu temperature kat kepala ni tak boleh control dah. Kadang-kadang senyum terkenang betapa ‘sweet’ perangai diorang. Especially Darrien la sebab dia dah nak masuk 4 tahun bulan depan. Sedikit sebanyak dia dah pandai ‘express’ emosi dia dengan lebih jelas. 

Favourite pose
Satu perkara tentang Darrien ni, semuanya berdasarkan contoh. Ada bagus dan ada yang tak bagus pasal ni. Yang bagusnya mestila bila ikut contoh yang baik. Yang tak bagusnya bila dia terpandang contoh yang tak baik tapi dia taktau perkara tu tak baik. Itu yang jadi masalah.

Cakap pasal contoh, termasukla nak ajar dia bebas lampin. Aku susah hati macam mana nak ajar buang air dalam tandas. Kalau ada sesetengah budak bila dah besar dan pandai cakap dia sendiri rela hati taknak pakai diaper, Darrien tak ada langsung tanda macam tu. Dia terlalu selesa sampai bila diaper bocor, dia ambik sendiri diaper minta gantikan dengan yang baru. Tapi nak taknak kena ajar juga. Kalau ada sesetengah anak kecik tu aku baca kat blog-blog orang paling cepat 2 hari dan paling lama seminggu. Teknik semua lebih kurang. Belikan spenda comel, tanya anak nak kencing setiap setengah jam, bagi puji-pujian. Itu semua terlalu biasa untuk Darrien. Aku cuba dan gagal.  Tapi aku buat juga la walaupun ambik masa sebab kalau tak buat lagila dia takkan belajar.  Ada waktu memang rasa marah juga…sebab dengan sengaja dia kencing kat lantai. Sebab aku cakap sengaja, dia memang teran kencing bila kena tegur sebab dia sepahkan makanan, main motor mainan dia langgar ke pintu rumah….dia tunjuk protes dengan cara tu.

Rasa macam nak give up toilet train dia masa tu.

Dah banyak minggu cuba tapi gagal. Kesian kat rumah babysitter, babysitter kena lap kencing dia jugak.

Bulan Dec 2016 masa balik kampung, Ijun ajak pegi Zoo Taiping. Mengenang anak-anak takde aktiviti kat kampung. Nak pegi jalan-jalan Penang bajet plak kurang. Kita ikut je le….boleh jugak bagi Darrien tengok segala binatang yang selama ni dia tengok kat skrin je.

Mula-mula masuk zoo Darrien cakap nak masuk ‘jungle’ hahahaaa…sebab banyak pokok kan kat zoo tu. excited dia masuk jungle…tunjuk monyet, orang utan, buaya…suka dia. Attached betul dengan animal zone. Sepanjang dalam zoo tu memang adrenalin dia tinggi. Budak-budak kan….benda yang dia suka memang tak pandai letih. Sampaila ke kandang ostrich. Aku ni bangsa nak cepat je sebab zoo kan ada sesetengah kandang bau najis binatang ni kuat sangat. Kalau boleh nak gerak laju-laju je. Kebetulan waktu tu Darrien nampak sekor ostrich tu berak. Tahi burung kan cair sikit jadi dia nampak macam buang air terus dia tegur “ape tu”…maknye apa lagi ambik kesempatan la…hahahahaha…aku cakap kalau taknak jadi macam ostrich tinggal dalam jungle jangan kencing dengan berak merata-rata. Mesti kencing dan berak dalam tandas. Siapa tak kencing dengan berak dalam tandas pegi tinggal dengan ostrich dalam jungle. Gittewwwww maknye kata…

Malam tu balik Shah Alam. Esoknya Zz konpius nak pakaikan diaper atau tak…aku pulak cakap tak perlu sebab kalau tak, sampai bila? Surprisingly….hari tu dia nak kencing dalam tandas dan paling penting dia bagi tahu nak kencing. Rasa macam kejayaan besar kat kitorang tau…dekat sebulan train baru lekat dalam minda. Terasa kelegaan dalam kepala. Lepas tu perlahan-lahan ajar dari kencing kat lantai kepada kencing kat mangkuk tandas. Termasuk air besar. Ini memang kena slow sikit sebab dia konpius kat rumah babysitter boleh kencing kat lantai bilik air. Rumah sendiri mak dia tak bagi. Tapi Alhamdulillah lama-lama dia faham.

Sekarang Darrien belum 100% diapers free. Cuma dia dah pandai berak dengan kencing pegi masuk bilik air sendiri, buka seluar sendiri dan cuci sendiri. Buang air besar masih lagi kena cucikan. Tido malam masih pakai diaper.  Keluar sekejap pun pun tak pakai diaper…kalau keluar yang tempat jauh sikit atau nak lama-lama kat luar kitorang masih pakaikan…sebab dia pernah kencing dalam hypermarket…..jadi belum berani lagi tak pakaikan diaper. Tapi kalau dia nak buang air besar dia akan bagi tau. Tak de la buang air besar dalam diaper lagi.

Tak sangka pegi zoo tu jadi turning point untuk Darrien. Sangat berbeza dengan tips yang biasa aku jumpa dalam parenting blog. Sama macam nak wean off dulu. Cara aku wean off dia memang berbeza dengan cara tipikal yang biasa aku jumpa. Tak ada 1 pun tips yang aku baca apply kat dia. Semua orang kata ‘tak makan’.  Nanti aku tulis. Buat kenang-kenangan.

Monday, February 27, 2017

Japanese Cotton Cheesecake

Sabtu lepas vitamin “R” tu terlebih. Bangun pagi-pagi terus prepare barang-barang nak adun kek. Dah lama kan simpan cream cheese dalam esbok. Dekat sebulan kot. Mehla buat sebelum tarikh luput sampai. Kena buat cepat sebab lepas tu nak mengemop dan nak pegi kenduri tengah hari nanti.

Lepas bakar sejam setengah keknya menjadi. Cantik dan gebu je. Lantai pun dah siap mop. Ngam-ngam anak-anak bangun bagi susu dan mandikan cepat-cepat. Lepas ni mak bapaknya pulak nak bersiap.
Kek tu dah aku keluarkan dari loyang, letak balik dalam oven bagi sejuk sebelum simpan dalam esbok. Oven letak di bilik no.3 kat lantai bawah sebab counter top tadi sempit masa nak adun kek. Masa bersiap Inarra datang masuk bilik merangkak-rangkak keliling bilik. Adala pegang-pegang oven yang dah sejuk tu. 

Lepas tu aku keluar kejap cari getah rambut dalam bilik air. Aku patah balik……….tangan Inarra penuh dengan kek!!! Jenguk dalam oven setengah kek dia ramas. Tak sangka pandai juga dia buka pintu oven tu. Oh anak….kenapa kurang sabar sangat ni??? Nak makan pun tunggu mama potong dulu. Terjerit jugak aku. Zz cepat-cepat datang ingatkan apa-apa jadi kat Inarra. Tengokkan kek aku yang dah hancur separuh tu, dia gelakkan je...huh!

Part aku kesian, Darrien marah Inarra sambil-sambil tu tangan dia kutip kek yang Inarra ramas tu masuk mulut. Lepas tu cakap “hmm…sedap mama”. Sedih pulak aku….bila aku nak potong bagi dia makan, taknak pulak katanya. Bekas tangan adik ko lagi sedap ye..suka hatila.

Hmmm…apapun kek tu sangat sedap. Baru lepas bakar pun sedap, dah masuk dalam esbok berganda-ganda sedapnya. Walaupun renyah sikit nak buat tapi hasilnya berbaloi. Untuk makan sekali sekala memang boleh beli, tapi untuk kepuasan maksima lebih baik buat sendiri. 

Resepinya ambik dari sini

www.bakewithpaws.com

Ingredients:
140g/5 oz. fine granulated sugar
6 egg whites
6 egg yolks
1/4 teaspoon cream of tartar
50g/2 oz. unsalted butter
250g/9 oz. cream cheese
100 ml/3 fluid oz. fresh milk
1 tablespoon lemon juice
60g/2 oz. cake flour /superfine flour
20g/1 oz. cornflour (cornstarch)
1/4 teaspoon salt
Method:
  1. Melt cream cheese, butter and milk over a double boiler. Cool the mixture. Fold in the flour, the cornflour, salt, egg yolks, lemon juice and mix well.
  2. Make the meringue by whisking egg whites with cream of tartar until foamy. You can beat with a stand mixer or handheld mixer. Add in the sugar and whisk until soft peaks form.
  3. Take 1/3 meringue and fold into the cheese mixture, then fold in another 1/3 of meringue. After incorporated, pour the batter back to the remaining 1/3 meringue and fold. FOLD GENTLY. Pour the mixture into a 9-inch round cake pan (lightly grease and line the bottom of the pan with grease-proof baking paper or parchment paper).
  4. Bake cheesecake in a water bath for 1 hours 30 minutes or until set and golden brown at 150 degrees C (without fan mode).
  5. Leave the cake to cool down in the oven with the oven door open, about an hour. This is to prevent sudden change of temperature that may cause the cake to shrink drastically.
  6. Refrigerate the cake (with or without the cake tin) for at least 4 hours or overnight.
Notes:
  • I used 9-inch non-stick spring form round cake pan and lined the bottom with grease-proof baking paper or parchment paper. I also wrapped the base of the cake pan with 2 or 3 layers aluminium foil to prevent seepage.
  • I used hot water for the water bath. 
Lembut je makan. Buat sendiri memangpuas hati.

Tuesday, February 21, 2017

Kek Belacan

Jadi juga rancangan aku nak cuba buat kek belacan ni. Gigih pagi ahad bangun awal-awal buat kek ni. Kalau buat lewat, nanti lewat juga nak masak untuk makan tengah hari sebab mengukus je ambik masa 4 jam (tapi aku masak 3 jam je sebab untuk makan sendiri, lain kali kalau buat nak cukupkan masa kukusan 4 jam). Aku kukus dalam loyang bulat 9”. 95% habis dalam masa 2 hari. Tinggal 5% tu tinggal sebab kot-kot Darrien tanya mana kek mama.

Masa mengukus tu takut juga aku kalau kek ni tak jadi. Sebabnya periuk kukus aku saiz 28cm, penutupnya pulak jenis rendah. Masa mengukus tu terangkat penutupnya. Gabra jugak aku  kot-kot bila sejuk nanti turunnya tak cantik. Memang kurang cantik la, kat bahagian tengah kek tu berkedut dalam. Mungkin kena kurangkan kuantiti masa tuang adunan tu nanti kalau guna loyang yang sama.

Apa pun kejadiannya, rasa kek ni memang superb. Tak rugi mencuba dan keluarkan modal besar. Aku boleh jamin akan ada percubaan kedua nanti.

Resepi ikut dari blog kak Hasue. Terima kasih ye kak Hasue.
Sebaik sejuk dan keluarkan dari loyang terus potong tak sempat nak cari piring, memang moist betul kek ni.
Kek Belacan

Bahan2:
  • 16oz mentega
  • 10 biji telur
  • 1 gelas gula halus
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin kecil serikaya
  • 1 tin kecil nestle cream
  • 1 peket kecil horlicks
  • 2 gelas tepung gandum
  • Browning sugar secukupnya
  • satu sudu kecil nescafe (dibancuh sedikit air panas)
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara2:
  1. Jerang air pengukus dan pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mengukus kek nanti
  2. Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata(masukkan sebiji telur,pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya)
  4. Masukkan esen vanilla,susu pekat manis,serikaya,nestle cream dan pukul sebati
  5. Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan adunan
  6. Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna adunan benar2 kehitaman.
  8. Gaul adunan sehingga benar2 sekata dan sebati
  9. Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung
  10. Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil(jangan rapat kerana adunan akan naik semasa dikukus) untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan dan kukuslah selama 4 jam
  11. Sejukkan sebelum dipotong..Selamat mencuba!
Seteleh disimpan semalaman dalam esbok, kek lebih 'set' dan lebih sedap

Kerabu Megi lagi

Bersempena mak datang, aku ulang semula kejadian Kerabu Megi ni kat dapur aku. Hehehe...
Makan beramai-ramai memang sedap kan? Lagi pulak meginya cuma ada 2 bungkus je. Kena pesan dekat kakak atau adik aku tolong beli lepas ni. 

Takde perubahan resepi pun. Sama je dengan Kerabu Megi sebelum ni. Pegi pasar borong cari daun ketumbar, tapi sold out pulak. Jadi buat je la dengan bahan-bahan yang ada je. Kali ni tak letak cili padi...pedas berapi...ganti dengan cili besar hijau je bagi warnanya menarik. Sedap tau!

Kat bawah ni aku tempek resepinya;

Kerabu Megi Thai
Bahan-bahan
Megi 2 bungkus
A
Bawang merah
Lobak merah
Tomato
Bunga kantan
Cili padi - kali ni ganti cili besar hijau
Serai
B
Limau kasturi
Sos ikan
Gula sikit
C
Sotong - dicelur
Udang - dicelur

Caranya
Bahan A semua dihiris nipis. Suka hati nak potong macam mana pun. Ada yang suka besar dan tebal. Aku suka nipis je.
Bahan B dengan megi tu celur. Megi tu celur la sampai kenyal. Seafood tu celur sekejap je.
Lepas tu satukan megi, bahan A dan bahan B dalam satu bekas besar sebab nak senang menggaul lepas tu masuk bahan C dan gaul. Jangan lupa perencah megi tu masukkan jugak. Minyak perencah dalam megi tu pun aku masukkan sikit bagi rupa dia berkilat sikit dan untuk elakkan megi tu melekat sesama sendiri bila sejuk nanti. Kalau guna 3 bungkus megi, guna 2 bungkus perencah pun dah cukup. Jangan masuk bahan C pegi campak limau sebijik-sebijik pulak. Perahla jusnya. Lepas tu sesuaikan rasanya.
Siap!