Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Tuesday, July 28, 2015

Raya 2015



Dalam ETS ke KLIA, masa ni elok je perangai
Raya tahun ni raya paling simple dan sederhana. Baju raya pun beli masa minggu terakhir puasa. Aku pilih kaler biru tahun ni sebab Zizzi nak pakai baju melayu yang lama. Lagipun warna biru tu tak ada dalam gambar dulu, nampak macam pakai baju baru jugak. Baju aku pun last minit dah nak balik baru dapat. Dah hampir give up aku menengok sebenarnya. Ingat nak pakai je baju kurung lama. Tapi nak dijadikan rezeki aku dan peniaga tu, aku dapat baju murah kat Bangunan MARA.  Kena pulak dengan kaler yang aku pilih, last piece dan saiz sesuai try sekali terus bayar….gittew…

Tak cukup 1, aku beli lagi sepasang…kebaya pendek kaler hijau. Pon murah jugak…oklah…bajet untuk sepasang dapat 2 pasang pulak. Syukur….dapat salin baju baru tahun ni.

Sehari sebelum hari raya

Selamat pinggang aku dia nak duduk kat troli, kalau tak asyik minta dukung je
Beg konon nak kemas malam Ahad membawak ke malam nak balik baru kemas. Baju raya aku memang tak basuh terus pakai. Tak sempat. Gerak Khamis pagi 16 July 2015. Flight pukul 10.20. kereta parking kat Putrajaya Sentral sebab nak jimat duit. Banyak gila dapat jimat…tapi bersusah payah la sikit angkut beg besar.
Main dengan baby kat seat depan
Cuti raya pun pendek je kali ni. 5 hari je. Kali kedua Darrien naik flight. Dia memang excited sebab dah seminggu aku bercerita dekat dia nak naik aeroplane jumpa maknek dengan Nana (sepupu). Senang je bila dia bangun pagi, walaupun marah sebab kena kejut, tapi bila cakap nak naik aeroplane terus diam.

Laksa sarawak sebelum kuah diletakkan, bahagian atas kiri gambar tu kelupis
Naik train dari Putrajaya Sentral ke KLIA pun dia sangat ok. Excited jugak sebab dia suka semua jenis kenderaan. Dah la kat train station dia jerit ‘train’ kuat-kuat…dalam flight susah sikit nak pakaikan seatbelt. Tu je.flight pergi ada screen, pasang ‘Ice Age’ bagi dia tengok tingkap, dia ok. Cuma nak turun je kena pasangkan seatbelt je dia mengamuk, dahla baru tertido, mengamuk member…nasib dah sampai…takla rasa bersalah sangat dengan penumpang lain.

Petang tu dapat makan laksa Sarawak dan buka puasa pun awal sikit. Malam tu tak larat nak iron baju, lepas tolong mak kat dapur, Darrien mintak susu terus aku tetido sekali dengan Darrien.

Hari raya

Aku bangun awal tapi tak sempat mandi awal. Lepas solat subuh terus iron baju. Siapkan pakaian Darrien dengan Zizzi baru dapat mandi. Lepas semua berbaju raya sesi bersalam-salaman dan bergambar kat rumah. Budak-budak seronok la masing-masing dapat duit raya. Lepas tu apa lagi….makannnnn….mak masak kari ayam, rendang daging dan kuah kacang.

Baju raya Darrien tahun ni, sepasang je, masih aku belikan baju melayu kain t-shirt supaya dia selesa pakai
Hari raya pertama tak beraya ke rumah orang pun. Petang tu kitorang pegi studio bergambar. Rutin bila beraya kat sana, satu family bergambar.

Petang lepas bergambar kitorang keluar balik beli basikal untuk Darrien. Nasib baik dapat voucher RM100 hadiah dari paknek…dapat jimat duit sikit untuk beli basikal. Semua gara-gara Darrien sibuk nak main basikal sepupu dia.

Tak menyabor nak naik beskal...
Malam tu ronda dalam kampung naik motor tengok suasana raya kat sana….meriah sangat diorang…hampir semua rumah pasang lampu berwarna-warni…orang beraya dengan baju melayu, yang perempuan berfesyen-fesyen. Sekali pandang, rasa macam sambutan raya diorang lebih meriah dari di semenanjung.

Raya kedua

Ketammmm.....gggrrrrrrr......
Bintulu panas sangat raya ni, aku sampai hampir demam. Mak masak ketam, ikan pari dengan sayur paku......ketam is my favourite....apalagi....belasah la...Malam baru kami keluar beraya, pegi satu rumah je. Sebelum tu kami memborong roti kat ‘Chef’. Sedap-sedap roti kat situ. Tu yang beli banyak. ‘Chef’ bakeri halal kat Bintulu.

Raya ketiga

Buah ambang/ambeng...rasa macam pelam tapi kulitnya tebal
Siang, ada relative datang…mak masak sedap…tapi tak dapat tolong banyak….Darrien pun sama naik jugak perangai hari tu…nasib baik waktu makan tengah hari dia tido…dapat aku makan puas-puas.

Kek lapis
Malam ni kami keluar beraya lagi. kali ni banyak sikit berjalan…makan kek lapis. Tapi kali ni cepat pulak aku muak makan kek lapis…dulu setiap jenis yang terhidang aku makan. Kali ni aku cuba 2 jenis yang lain tak boleh masuk dah. Padahal nafsu aku teringin nak cuba semua yang ada tapi tak boleh. Faktor penuaan mungkin. Raya kali ni selesa sikit, Darrien dah besar dan tahu jaga kelakuan sikit-sikit. Dia tak boleh tahan perasaan kalau nampak toy je. Rumah lain yang takde toy dia sangat ok. Takde lagi Darrien yang mengamuk bila sampai rumah orang. Kalau dia dah bosan dan nak balik dia cakap elok-elok. ‘ma, jom cepat’.

Kek lapis
Raya keempat

Seronok anak aku tengok water fountain, asyik la panggil fish..tapi fishnya tak keluar-keluar pon
Flight kami ke KL lewat petang. Pagi ni aku dengan Zizzi dating berdua ke pasar. Lama kitorang keluar. Ambil kesempatan…hehehehe…Darrien titip dekat maknek. Cari ikan masin, ramai yang belum mula berniaga. Takdelah…aku pun kecewa jugak sebenarnya…dahla jarang balik, sekali balik takde pulak. Lepas tu Zizzi nak ajak makan mee kolok pun kedai belum buka.

Pasar utama Bintulu atau nama pendeknya PUB
Semua peniaga Muslim masih beraya lagi. Yang mula buka kedai hari tu pun…belum masak. Tak dapat la kami makan kat luar….nasib baik bila balik rumah menu sedapppp giler…..hahaaaa…..ada terubuk kukus, tongkol putih goreng, midin goreng, dengan butter prawn. First time aku buat butter prawn dengan tunjuk ajar mak  mertua...lepas ni boleh la buat sendiri kot. Lepas tu, makan sampai mak mertua lalu pun tak pandang.

Ni la midin, buat midin goreng campur baby corn sedappp...
Tengah hari pack barang…keluar ke airport.Balikkkkk rumah sendiri....

Menu tengah hari tu...midin goreng, butter prawn, terubok stim, ikan tongkol putih goreng
Bintulu epot dari dalam flight

Saturday, January 24, 2015

Raya 2014

Walaupun cerita basi...aku upload sebab dah lama draft.


Sebenarnya aku berangan raya tahun ni dapatla beraya kerumah kawan-kawan lama sebab Darrien dah besar sikit tambah pulak tahun ni raya kat Perak. Tapi, lupakan saje….cuaca yang panas pada raya kali ni jadi sebab untuk kami sekeluarga berkurung kat rumah. Nasib baik sempat atur untuk bergambar kat studio masa raya pertama tu. Kalau tak ke laut raya aku gamaknya.

Baju raya aku beli 2 hari sebelum raya. Baju melayu Zizi 3 hari sebelum raya. Hari nak balik kampung baru la beli kasut dengan sandal raya. Sampai dua. Lagipun memang perlu pun sebab sandal yang dipakai selama ni rasa macam pakai getah sekerap je. Leper je rasa, dah tak rasa shape kat tapak kaki. Last beli masa tahun 2011, sekarang dah 2014 dah berbaloi sangat kalau nak beli baru pun. Baju melayu Darrien ada 2 pasang, kami beli baju melayu kain kapas, macam kain tshirt tu jenis serap peluh, sesuai la untuk bayi macam Darrien. Takla panas sangat kalau dia pakai.

Malam raya, Darrien asyik minta dukung nak keluar rumah je. Nak tengok orang main bunga api. Tapi sebenarnya dia takut kalau dengar bunyi mercun. Tu sebab asyik nak berkepit je. Ikutkan hati malas nak bawak keluar sebab dia ada batuk-batuk dan selsema sikit. Tapi kesian sebab semua orang tinggalkan dia dalam rumah, dia pulak bila dah perasan semua orang keluar mula la mintak keluar jugak. Tapi bawak keluar pun tak la dekat sangat dengan orang main bunga api, nanti bertambah teruk pulak batuk kalau terhidu asap. Tengok dari jauh je. Asal nampak cahaya pelita dan percikan bunga api.

Raya pertama, sempat ambik gambar dengan melawat 3 buah rumah je. Siang 2 buah rumah tupun rumah kedua anak aku dah buat perangai. Seteguk air pun tak lalu kat tekak aku kat rumah kedua tu. rumah ketiga kami pegi malam sebab kepala aku berangin salah makan. Padahal makan kerepek ubi pedas sikit je. Tupun jadi angin satu kepala sampai tak dapat layan anak. Terpaksa pegi berurut baru lega. Urut sambil beraya. Tu je la raya kami. Malam tu ada aktiviti makan sate n ayam bakor.

Raya kedua cuaca panas. Malas giler nak keluar. Tunggu sampai malam baru keluar sambil memenuhi undangan rumah terbuka. Lepas rumah terbuka sambung beraya kat rumah jiran.

Raya ketiga, lari dari kebiasaan, hari ni baru kami gerak pegi rumah embah, selalunya raya kedua dah sampai sana. Hehehe….kami tido kat hotel, siap angkut Heri ngan Ija lagi. Depa volunteer taknak tido kat umah embah. Syok depa dua ber’air cond’ tidoq malam tu walaupun masing-masing kena babysit Darrien yang penting tempat tido confirm selesa, Zizi siap ambik extra tilam bagi semua orang tido atas tilam. Takyah rebut-rebut. Aku ingat 2 tahun lagi ada yang follow jejak aku kot sebab keluarga masing-masing dah berkembang. Sempat la beraya rumah wak Amit dengan rumah wak Wan sebelum sampai rumah embah.

Raya keempat, lepas beraya rumah bik Jah dan rumah embah Yaya kami gerak ke Shah Alam. Ijun berjaya diracun untuk ikut aku pegi Shah Alam. Sempat depa rasa tidoq kat rumah aku. Alhamdulillah, semua sampai kat rumah aku dah, kecuali ayah dan keluarga abang.


Raya kelima, Ijun berangkat balik. Sebelum balik, depa sambung beraya, aku pulak sebab Zizi kerja malas nak ikut. Plan nak pegi beraya esoknya. Duduk rumah kasi setel kain busuk.