Monday, November 28, 2016

Apam beras/Apam nasi

Ahad lepas ada nasi tak habis ngam-ngam sukatan nak buat apam nasi. Teringin buat sendiri. Senang je…. Ingatkan renyah…rupanya simple je caranya. Buat satu adunan tu dapat 2 kali kukus. Banyak jugala…yang lebih tu simpan dalam freezer nanti bila-bila nak makan lagi kukus semula je. Tak payah nak membancuh adunan lagi. Sebab buat malam, tak sempat nak hantar kat jiran bagi rasa. Next time je la…dah la togel je takde kelapa parut.

Resepi ikut dari blog Yatiememories. Terima kasih kak Yatie. Disebabkan mereka-mereka yang rajin menulis ni la aku dapat belajar buat kuih. Nak belajar dengan mak sendiri jarang-jarang jumpa. Bila dah jumpa tak sempat pun nak belajar masak. Asik layan anak je. Tau-tau kuih dah siap masak. Tanya resepi katanya agak-agak saje…aduhhh..macam mana la nak belajar. 

Ni resepi dari blog kak Yatie.


Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.
*semalam tu buat guna tepung beras 1 ½ cawan je. Kalau nak tunggu cukup sukatan alamat takkan jadi la cuma lebihkan sikit tepung gandum tu. Lepas tu gula pulak 1 cawan campur ½ cawan lagi gula perang. Hasilnya lembut juga dan manis pun sedang-sedang.

Monday, November 21, 2016

Roti gula


Ahad lepas buat roti gula ni. Senang je sapu marjerin, tabur gula dan bakar kejap senang je. 

Ni semua gara-gara nak mempelbagaikan juadah roti expired la ni. Bosan asik buat puding roti dengan french toast je. Dah tak tertelan rasanya dok ulang menu tu je. Terbaru ni la. Sedap rupanya...guna roti gardenia yang tak habis tu.Gula pulak boleh tabur banyak ikut suka hati.

Next time kalau banyak tak termakan boleh buat macam ni je. Lepas tu simpan. Sedap cicah dengan teh o. Nyummm...

Resepi? Kita pun main taram je ni...tapi aku pun takut lupa especially temperature setting...meh la tulis sini.

Roti gula

Gula 
Mentega/ Marjerin
Roti putih

1. Panaskan oven 10minit. Suhu 150C.
2.Sapu marjerin ke atas roti. 
3. Potong ikut saiz yang disukai. Aku potong 4 je.
4. Susun dalam dulang dan tabur gula ke atas roti.
5. Bakar dalam oven selama 20-30minit atau sehingga keperangan.
(15 minit pertama aku letak 150C, 15 minit kedua turun jadi 140C. Alhamdulillah, garing dan sedap)


Thursday, November 17, 2016

Ciri-ciri peti sejuk pilihan

Masa nak beli esbok baru awal tahun ni, 2 tahun kumpul duit. 2 tahun jugak aku berdoa supaya ada rezeki nak beli esbok baru. Sampai opismate aku asik tanya bila lagi nak belinya? Niatnya bukan main lama lagi…..aku sabar, sabar dan sabar…sebab tak nak alang-alang membeli…sebab niatnya nak esbok yang saiznya 550liter ke atas. Hahahaha…angan-angan kena besar, barula semangat tu ada.

Esbok pertama aku kecik je, lebih kurang 170liter saiznya….beli second hand je masa tu…baru nak belajar hidup sendiri…beli setakat yang mampu je la…tak nak hutang banyak-banyak, lagipun barang lain pun perlu jugak. Esbok 2nd tu pun banyak berjasa, 5 tahun lebih pakai baru la tukar. Ia masih elok cuma tak sesuai lagi dengan agenda masakan aku…hehehee…sekarang dah sedekah kat orang dah esbok tu. Sebenarnya, duit aku dah nak cukup penghujung tahun 2014 dulu...tapi tahun tu mak dapat panggilan haji ….jadi aku hulurkan duit yang terkumpul tu untuk belanja mak dan ayah ke Mekah…so, kenala kumpul semula…heheheeee…

Selepas tu, perlahan-lahan duit nak beli esbok tu terkumpul semula…sampai la aku dapat beli sebijik esbok bersaiz 700liter. Tu pun, niatnya nak beli side by side door…tapi sebab masa tu pregnant….nak jimatkan duit, beli yang 2 pintu yang biasa tu je… J kalau beli ikut nafsu memang lagi seribu melayang untuk saiz esbok yang sama (eh, macam ayat iklan trivago plak)….tapi tu la…beli ikut keperluan….bukan kehendak…

Masa nak beli esbok besar tu pun agaknya laki aku terkejut jugak…padahal untuk saiz family aku ni patut cukup setakat 400 – 470 liter je. Tapi, sebab aku tau aku ni memang suka ke dapur..aku teruskan jugak. Kalau pasal barang kat dapur, tolong jangan lawan ye…. I know better…hehehe…sebab sekarang esbok tu tak pernah lapang….ade je sesuatu kat dalam tu. 

Banyak kelebihan esbok besar ni, kalau terlebih rajin masak pun tak de nak risau lagi…simpan saja lebihannya dalam esbok…nak makan nanti panaskan je. Boleh juga buat menu ‘in advance’ supaya bila ada hari terlewat sampai rumah, boleh keluarkan frozen food je. Stok lauk pauk memang cukup untuk seminggu sekali beli. Nak beli lebih tak dapat sebab freezer penuh dengan susu Inarra sekarang. Paling selalu bekukan kuih muih. Bila nak makan, cuma kukuskan semula je. Teramat senang dan memudahkan. Bahagian bawah pulak, penuh sebab semenjak beli esbok baru ni aku masak hampir setiap hari. Jadi, bahagian bawah penuh dengan sayur-mayur, perencah makanan dan sebagainya. Hari tu buat kimchi senang-senang sumbat 3 balang dalam esbok dah takyah nak risau tak cukup space lagi dan tak perlu nak buat kerap-kerap. Sekali buat untuk stok sebulan lebih.

Biasanya hujung minggu tu kami luangkan masa lebih kat dapur untuk potong sayur, blend bawang dan sebagainya. ‘Kami’ ye sebab Zz pun tolong sekali bagi cepat proses tu. Senang nak masak bila balik kerja…campak-campak je…setengah jam atau lebih kurang 40 minit hidangan lengkap dah siap untuk di makan. Memang ekonomi dan puas dapat makan hidangan yang keluar dari dapur sendiri. Dengan ekonomi yang terlalu menekan zaman sekarang ni, aku rasa berbaloi investment aku beli esbok besar gabak tu. Daripada amaun yang sama tu beli handphone…barbaloilah beli benda gabak tu. Terjaga perut keluarga aku.

Setakat ni, penggunaan elektrik untuk esbok besar tu ok lagi. Sesiapa yang berhajat esbok baru, nak beli tu pastikan ada esbok dengan inverter, sebab esbok ‘on’ 24/7. Inverter tu amat membantu untuk kawal penggunaan elektrik.  

Walaupun dah ada esbok gabak, aku tetap simpan angan-angan nak esbok yang side by side jugak….suatu hari nanti pasti beli…iyelah…lifespan esbok kan 10-15 tahun je….nanti kite belilah baru, dapat refresh suasana dapur...hehehehe….

So, ciri-ciri untuk aku beli esbok masa tu adalah…..
  1. 550 liter ke atas – untuk storage yang besar, tapi aku beli 700L. Untuk esbok aku, kapasiti untuk bahagian sejuk beku saja dah 150L. Berguna sangat untuk mak beranak kecik macam aku.
  2. Inverter – wajib ni, nak jimat tenaga elektrik
  3. Side by side – tak dapat…beli normal 2 door je
  4. Deodorizer – ini untuk keep food fresh longer n esbok tak berbau. Lain brand lain namanya.
  5. LED lighting – supaya interior menarik…hehehe…
  6. Kaler hitam
  7. 2 vege drawer – ini untuk separate tempat buah dengan sayur atau bahan mentah kering yang berbau dengan bahan kering yang tak berbau. Contoh, satu simpan stok ikan bilis, ikan masin atau belacan so sebelah lagi simpan sayur dan buah. Tak lah terjejas bau antara satu sama lain. Tau-tau je la…simpan ikan masin dalam bekas bertutup pun kadang-kadang keluar lagi baunya.

Monday, November 7, 2016

Apam Balik

Petang-petang lapar nak makan...nak apam balik. Dulu pernah buat apam balik mini. Masa tu nak sangat makan apam balik homemade. Tapi tak puas sebab letak inti kaya dengan coklat je.

Kali ni buat apam balik letak inti gula, kacang dan jagung manis. Huh! Taste n feel memang sama la dengan apam balik yang orang jual, rupa  je lain sikit sebab dapur gas kat rumah tu api paling kecik pun panas jugak….hahaha…walaupun tak guna acuan apam balik. Guna non stick plate je……….puas dapat buat sendiri, sukati nak letak banyak mana kacang dengan jagung. 

Senang je buat apam balik ni. Tengok kat blog Mat Gebu, mekasih ye Cik Mat…mudah dan senang membuatnya..sap..sap ..sui je…orang kata. Tak payah nak keluarkan mixer guna whisk je dah cukup. Sesiapa yang baru nak belajar hidup sendiri tu bila beli sudip dengan senduk jangan lupa beli whisk sekali penting tau benda ni di dapur.  Sukatan pulak ngam-ngam untuk 2-3 orang makan. Bukan nak makan banyak sangat sekali buat tu. Lain kali pasti nak buat lagi. Kacang tumbuk memang ready je dalam esbok tu. Ambikkkk….sekali buat banyak terus kacang tu. Senang, takde la tiap-tiap kali nak menggoreng kacang je kan. 

Resepi Apam Balik

BAHAN - BAHAN APAM BALIK :-)
130 gram tepung gandum
1/2 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh instant yeast
2 camca besar gula halus
1 biji telur gred A
160 ml air
1/4 camca teh esen vanilla (optional)

BAHAN - BAHAN INTI :-)
50 gram kacang tanah
2 camca besar gula pasir (che mat guna 1 1/2 camca besar gula perang)
2 camca besar bijan – tak letak
1/2 cawan jagung krim dalam tin
Sedikit mentega atau majerin
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK ADUNAN APAM BALIK :- Masukkan tepung, soda bicarbonate, instant yeast dan gula ke dalam mangkuk sederhana besar. Kacau rata, tuang air dan masukkan telur; Kacau dengan whisk hingga semua rata dan sebati. Kalau ada bintil2, anda boleh tapis bancuhan tadi. Tutup dengan plastik wrap dan perap 45 minit.
  2. UNTUK INTI :- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan dan buang kulit, kemudian kisar kasar atau anda boleh tumbuk dalam lesung. Bijan digoreng tanpa minyak hingga perang dan wangi. Masukkan kacang tumbuk, bijan dan gula perang dalam satu mangkuk dan kacau rata. Ketepikan. - tak gaul dalam satu mangkuk, tabur berasingan.
  3. UNTUK APAM BALIK :- Panaskan non-stick frying pan saiz 8 inci, sapu dengan sedikit minyak makan (che mat cuma celopkan tissue dapur bersih dalam minyak masak dan lenser nipis pada permukaan pan tadi). Kemudian kecilkan api. Adunan apam balik dikacau rata dan bagi kepada 3 bahagian sama banyak. 
  4. Tuang satu bahagian, kemudian ratakan. Tutup permukaan pan dengan tudung periuk dan masak untuk 4 - 5 minit atau hingga permukaan nampak berbuih2. Kemudian taburkan 1/3 bahagian inti dan 1/3 bahagian krim jagung. Tutup kembali pan dengan tudung periuk dan masak untuk 2 - 3 minit lagi. 
  5. Tarukkan sedikit mentega atau majerin dibeberapa bahagian apam balik dan berhati2 lipat dua apam balik tadi, tekan2 sedikit dan alihkan dalam pinggan. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 dan inti. Pastikan anda sapu nipis permukaan pan dengan tissue yang dicelop minyak makan setiap kali membuat apam balik. Potong dan hidangkan untuk minum petang..Selamat mencuba!!
Sendukkan adunan
Tabur gula...ikut suka ye...taknak pun takpe
Tabur kacang
Tabur lagi kacang
Letak jagung manis
Dah masak, lipatkan...apam balik siap!
Untuk jimatkan masa, kacang tu goreng dan tumbuk lebih awal. Buat banyak terus dan simpan dalam esbok, senang kalau nak buat lagi. aku simpan sebalang kecik kacang tumbuk dalam esbok, jangan risau memang tahan lama sebab dah buat dah…hahaha…sebelum aku buat kek kacang hari tu, 3 bulan aku simpan kacang tanah tumbuk dalam esbok crunchy je, tak lemau pun. Cuma pastikan esbok tu high efficient. Tak mudah rosak kalau makanan simpan lama pun...

Nak buat bancuhan tepung apam balik tu pulak 5 minit pun tak sampai. So, kalau nak sediakan apam balik untuk minum petang, buat bancuhan tu dalam pukul 4.00-4.30 macam tu sebab kena perap adunan lebih kurang 45 minit.

Thursday, November 3, 2016

Home Tester Club


Sebelum membeli barang terutamanya untuk anak-anak, aku prefer kalau dapat  guna sample dulu sebab…ye lahh…budak kecik ni sensitif sikit…salah ingredient kang ruam, sakit perut…tak pun muntah-muntah…nak-nak lagi zaman sekarang yang semuanya naik kecuali jumlah duit yang makin menurun.

Jadi taknak la buang duit beli normal saiz untuk sesuatu produk contohnya susu tepung sebab kalau tak sesuai kan membazir nanti. Jadi aku suka la tengok-tengok kalau ada jenama tertentu offer sample untuk cuba, bolehla request untuk anak. Bila dah cuba, ada kesesuaian barula kita boleh beli ye tak? Taknak la sembrono je beli barang.

Jadi, aku terjumpa page ni…Home Tester Club namanya. Ni aku pun baru nak try, mintak-mintak dapat sample yang aku request tu.  Sesiapa yang terbaca entry ni jomla join jugak. Bukan produk untuk anak-anak je tau yang ada…macam-macam ada. Jom join sekali kat sini Home Tester Club.

Wednesday, November 2, 2016

Kek Kacang Tanah

Dulu masa remaja dan masih bujang suka sangat makan kek yang diselaputi krim. Rasa puas dapat makan kek 'mewah' macam tu. Masa praktikal dulu setiap bulan makan kek sampai satu tahap tengok kek pun dah tak mahu kecuali kek yang jarang-jarang di dapati.

Tapi bila usia semakin meningkat, selera pun semakin berubah. Semakin hari semakin menghargai sesuatu yang ringkas dan klasik. Tak pandang lagi pada kemewahan dan ‘prestige’ luaran sesuatu makanan. Tetapi lebih kepada ‘rasa’ dan ‘memori’ yang ada pada makanan tu. Betulla orang kata, pengalaman mematangkan dan pengalaman adalah guru yang paling berharga.

Kek kacang ni pernah makan masa raya puasa lebih sedekad lepas. Sedap sangat. Entah siapa yang bawa pulang ke rumah embah pun tak tahu. Tapi selepas itu, tahun-tahun berikutnya tak pernah lagi jumpa kek kacang di dapur embah…kecewa rasanya. Sekarang embah pun dah tak ada. Tiada lagi anak cucu berkumpul serentak bermalam di rumah embah macam dulu. Suatu hari teringat nak cari di google. Mana tahu kalau ada yang bermurah hati menulis. Rupa-rupanya ada…ramai yang sudah cuba. Jadi aku sengaja tengok resepi daripada kak Dayang Jack. Hmm.. ringkas saja caranya. Boleh la cuba.

Kek Kacang Tanah

olahan semula: Azimah

bahan-bahan : loyang 22-23 cm
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan kacang tanah (yang sudah digoreng/panggang dan dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 5 biji telur Gred B – guna 4 biji telur saiz L
  • 1/2 cawan susu segar (boleh tambah jika perlu) – saya guna susu tepung yg dibancuh
  • 200 g mentega 
  • 1  1/4 cawan brown sugar  (DJ guna 1 cawan brown sugar + 1/4 castor sugar) 
  • 2 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 170-180C. Lengserkan loyang kek dengan mentega. 
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat di dalam satu bekas. Kemudian, masukkan kacang tanah kisar dan kacau rata-rata. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun, putar mentega bersama gula hingga kembang. (HIGH SPEED)
  4. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
  6. Tuangkan susu segar sedikit demi sedikit sambil diselang-selikan dengan tepung. Kacau sebati dan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. (JANGAN DIPUTAR DENGAN MIXER)
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 45 minit atau hingga masak keperangan.
  8. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. 
Pertama kali buat, guna kacang yang ditumbuk. Agak kasar teksturnya. Semasa makan kek dapat rasa butiran kacang. Mungkin lain kali kalau buat lagi nak guna kacang yang dikisar halus pula. Kek kacang ni jika dipotong semasa panas agak berderai namun selepas disimpan dalam peti sejuk semalaman rasa kek lebih ‘set’ dan rasa lemak kacangnya lebih terasa.

Terima kasih kepada DayangJack kerana mengembalikan memori kek kacang di rumah arwah embah untuk kenangan saya.

Tuesday, November 1, 2016

Easy Overnight French Toast



Godek-godek internet tetiba terpandang overnight french toast a.k.a baked french toast. Wah! Ape tu?….baca la resepi..eh..macam menarik je…roti pun ada je dalam esbok. Mehla kita buat. Beli krim je yang lain semua ada kat rumah dah. 

Tak pernah terpikir boleh buat camni…selama ni roti ku recycle jadi french toast biasa tu je tak pun buat pudding roti. Sampai dah tak lalu dah….last-last simpan je la dalam esbok tunggu selera ada balik. Sekali buat overnight french toast ni….Ya Allah..sedap la pulak..senang plak tu, hari kerja pun sempat nak buat. Sedap sikit sarapan pagi. 

Resepi overnight french toast ni ada banyak sebab ikut kreativiti individu tu la…kalau google memang tak ada yang betul-betul sama. Ada yang letak letak adunan mentega dan gula di bahagian bawah loyang ada juga yang curahkan aduan tu keesokan harinya atas roti tu. Suka hati lah nak buat cemana pun yang penting bila kena sejukkan semalaman dan bakar. Tu je kekdah asasnya. Aku buat yang aku rasa suka nak makan. 

Boleh tengok resepi kat bawah. Tapi lain kali nak tukar cara plak kot…mempelbagaikan rasa dan kaedah…kita yang buat dia kannnnn….


Easy Overnight French Toast

4 keping roti putih
½ cawan heavy cream/whipping cream
1 cawan susu segar
1 biji telur
Sedikit serbuk kayu manis (jika suka)
Sedikit perisa vanilla (jika suka)
25g mentega
2 tbs gula perang
2 tbs madu (jika suka)

Susun roti dalam dulang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
Kacau heavy cream, susu segar, telur, sebuk kayu manis, dan perisa vanilla bersama hingga sebati menggunakan whisk.
Tuang adunan ke dalam dulang pembakar, tutup dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
Keesokan pagi, kacau mentega, gula perang dan madu di dalam periuk dengan api perlahan hingga cair.
Kemudian curahkan ke dalam dulang pembakar semalam yang berisi roti.
Bakar 20-30minit denga suhu 175-180°C
Hidangkan. Boleh juga ditabur dengan gula icing atau curah madu kalau nak manis lagi.