Thursday, August 12, 2010

Kunyit

Sekali-sekala aku rindu makan nasi berulam kunyit muda.  Sedap tau...memangla bau ibu kunyit tak berapa sedap (eh, ye ke? pada aku wangi sangat..). Dulu-dulu kalau mak aku buat ikan bakar sambal kelapa, mak suka balut ikan tu dengan daun kunyit tua.  Kena guna daun kunyit yang matang sebab lebih lebar dan daun lebih tebal. Nak resepi? Nanti ek aku masukkan (tu pun kalau ada permintaan).  Sedapppp.......

Daun kunyit muda, yang rasanya semua orang pun tau dihiris halus dan dimasukkan dalam masakan rendang.  Paling glamer daun kunyit muda ni bila time nak raya. Sehari sebelum raya time tengah sibuk masak tu adala yang bagi salam pastu "Kak Sitiiiiii.... (mak aku), nak mintak daun kunyit skit boleh". Ada jugak yang masukkan hirisan daun kunyit dalam masak lemak cili api.  Ikut kesukaan orang la. 

Ibu kunyit pulak ada macam-macam kegunaan.Yang berpantang minum air perahan ibu kunyit untuk cepatkan  luka bersalin sembuh.  Kat dapur, kaum ibu yang rajin bila goreng ikan yang digaul dengan campuran kunyit hidup bercampur garam(zaman sekarang semua pakai serbuk kunyit je), masak lemak pun tumbuk kunyit hidup jugak.

Kegemaran aku, makan nasi berulamkan kunyit muda.  Bila balik kampung rajin la aku pegang pisau korek kunyit muda ni.  Dok kat bandar ni, mana ada tanah nak tanam.  Dalam pasu?hmmmm..kalau tanam untuk ambik daun 2 3 helai tu bolehla..tapi kalau tujuan nak berulam payahla sikit..ubi kunyit tak boleh membesar dengan baik dalam pasu.  Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku ni suka makan kunyi muda ni. Ada beberapa sebab yang menyebabkan aku tertarik jadikan benda ni sebagai ulam.

  1. Menceriakan wajah - kunyit ni panas dan boleh melancarkan aliran darah. Apabila darah mengalir ke seluruh tubuh dengan baik wajah akan tampak segar.
  2. Membantu proses penghadaman dan mengurangkan gas dalam perut - hahaha...yang ni memang membantu aku. klik kat sini khasiat-kunyit-yang-perlu-anda-tahu
  3. Mewangikan badan - pada pendapat aku, makan makanan yang wangi akan mengelakkan bau badan yang tidak disenangi.  We are what we eat! Kalau makan makanan yang berbau kurang enak, mestila bau badan tak sedap.
  4. Antioksida - melambatkan penuaan. I like!
  5. Lain-lain sila rujuk artikel ni http://www.rainforestherbs.com/kunyit.pdf
Macam mana nak makan kunyit ni?  Terpulang pada korang la..Petua ni aku ambik kat forum ni wanitaniaga.com
Untuk lepas bersalin:

3 hari (pertama)
minum 1 cawan air kunyit (ambil ibu kunyit..blender dgn air masak ..tapis dan minum..1 x sehari selama 3 hari)

3 hari (kedua:maksudnya hari 4,5dan 6)
minum 1 cawan air inai (segenggam daun inai blender dgn air masak) .

3 hari (ketiga:hari ke 7,8 dan 9)
minum 1 cawan air pegaga) (segenggam daun pegaga ..blender dgn air masak)..
 

Aku punya cara, ambik dalam 1cm kunyit muda (kenapa yang muda?? sebabbbb.......kunyit muda warnanya kurang pekat, kalau makan takdela melekat warna kuning kat gigi), buang kulitnya kemudian diracik halus dan di gaul dengan nasi.

Tapi, kunyit tak boleh dimakan berlebihan.  Buat ibu-ibu yang baru bersalin, jangan la taksub sebab nak luka cepat sembuh pegi telan bergelen jus kunyit tu.  Memang la kunyit bagus, cepatkan luka sembuh, kecutkan rahim, cuci darah, dapat panaskan badan, serikan wajah.....tappiiiiii.....harus diingat kunyit jika diambil berlebihan boleh mempercepatkan wanita menopaus. Nak ke menopaus cepat????fikir-fikirla sendiri yek...seeloknya ikut je petua kat atas tu, minum air kunyit untuk 3 hari pertama selepas bersalin. Untuk yang belum bersalin atau masih single, jangan makan kunyit terlalu kerap.  



6 comments:

DrSalwa Hassan said...

Assalamualaykum,
Info dan blog yang bagus,untuk pencerahan dari segi pengunaan kunyit yang efektif mungkin arttikel saya yang bertajuk"kunyit-Mak bidan telah mengetahui fakta ini jauh sebelum saintis membuat penemuan" http://www.klinikkeputihan.blogspot.com

Semoga bermanfaat

Blossommommy said...

Terima kasih atas info. Masa saya berpantang anak pertama pun kena minum air kunyit 3 hari pertama. Jemput ke blog saya untuk kita bertukar-tukar info.

Hafidah Khaja Mohideen said...

Saya baru lepas keguguran. Pegi scan tadi, doktor cakap rahim masih tak kecut. Boleh la saya cuba air kunyit. Thnx sis

Hafidah Khaja Mohideen said...

Saya baru lepas keguguran. Pegi scan tadi, doktor cakap rahim masih tak kecut. Boleh la saya cuba air kunyit. Thnx sis

Hafidah Khaja Mohideen said...

Saya baru lepas keguguran. Pegi scan tadi, doktor cakap rahim masih tak kecut. Boleh la saya cuba air kunyit. Thnx sis

tikah_rasha said...

Kalau buat jus kunyit ni byk sekali kemudian simpan dlm peti sejuk / bekukan dlm freezer, bila nk minum cairkan ke room temperature, boleh ke?