Showing posts with label Sihat n Cantik. Show all posts
Showing posts with label Sihat n Cantik. Show all posts

Thursday, April 6, 2017

Currently in love with….



BEET  ROOT…woot…woot..

Sebenarnya beli ubi bit ni untuk Inarra…sebab dia kurang zat besi masa admitted dulu. Doktor suruh dia makan makanan yang kaya zat besi macam daging, telur, makanan laut dan bayam. Memang ada buat, tapi mungkin olahan aku kurang sedap Inarra makan sikit je. Ye lah…nak letak macam-macam bagi sedap untuk makanan bayi takut perut dia tak tahan pulak. Lainla orang dewasa boleh letak itu ini nak tutup rasa ubi yang kuat tu. Untuk Inarra aku kukus ubi tu lepas tu kisar campur dengan lobak merah. Tapi rasa ubi tu masih lagi kuat. Tak hairan Inarra tak suka sebab aku pun tak berapa lalu nak telan…hehehe…

Lepas tu aku pun cari maklumat lain pasal ubi bit ni. Salah satunya meningkatkan fungsi hati yang mana mama Inarra ni pun ada masalah bilirubin berlebihan…cari sendiri la apa kaitan bilirubin berlebihan ni dengan hati dan ubi bit. Jadi aku pun cari resepi untuk buat jus ubi bit.

Banyak khasiat ubi bit ni (dari sini);

  1. Membersihkan hati, ginjal serta hempedu
  2. Membunuh sel kanser
  3. Menguatkan kapilari darah dan fungsi darah
  4. Menguatkan sistem peredaran darah dan sistem kekebalan tubuh
  5. Mengatasi anemia dan memperbanyakkan sel darah merah
  6. Menguatkan stamina
  7. Menguragkan kolestrol
  8. Mengurangkan masalah pencernaan
  9. Sebagai pewarna semulajadi
  10. Menurunkan tekanan darah

Sini aku letak resepi beet root yang biasa aku minum.

  1. Bit, lobak merah, tomato & halia
¼ ubi bit (dipotong kiub)
½ batang lobak merah (dipotong kiub)
1 biji tomato
½ inci halia
¼ biji lemon
1 sudu madu

Kisar ubi bit, lobak merah, halia dan tomato. Perahkan lemon kemudian masukkan madu dan kacau.
Sedia diminum. Aku tak tapis, kalau nak tapis boleh juga.

  1. Bit, apel & halia
¼ ubi bit (dipotong kiub)
1 biji epal
½ inci halia
¼ biji lemon
1 sudu madu

Kisar ubi bit, epal dan halia. Perahkan lemon kemudian masukkan madu dan kacau
Sedia diminum.

Kalau tak suka resepi yang aku letak, boleh je guna daya kreatif masing-masing untuk pelbagaikan resepi jus ubi bit ni. Contohnya, delima, strawberi, timun, sayur hijau dan lain-lain lagi.  

Thursday, December 15, 2016

Pengalaman facial di Celmonze The Signature



Aku nak kongsi pengalaman masa buat facial kat Celmonze The Signature (CTS) minggu lepas. Sebelum tu nak berterima kasih kat Cik Epal sebab dialah yang membolehkan aku dapat lalui pengalaman ni! Hehehehe….

If you follow closely her blog, dia ada tulis pasal dia buat facial kat CTS few months ago dan lepas tu offer blog reader untuk lalui pengalaman yang sama macam dia. So, aku pun registerlah tanpa harapan yang tinggi sebab follower dia ada ramai okey kalau yang baca hari tu semua register memang tak dapat la aku…aku ni picisan je ntah CTS perasan ke tidak registration aku tu…tup-tup…satu hari tu aku terima call dari CTS bagi tau aku dapat offer tu dan suruh aku set date. Tapi masa tu sibuk dan aku pun hampir terlupa sampaila dah nak habis bulan November baru aku kelam kabut call CTS balik. Aku try nak set date sebelum Disember tapi schedule full pulak katanya. So, appointment aku ditetapkan pada 10 Disember.

Nak dijadikan cerita, aku silap tulis note pulak….appointment pukul 12.30pm aku letak 2.30pm…alamak! macam mana ni…nasib baik staff kat Celmonze tu baik dan accept aku punya apology lepas tu ubah appointment aku ke 2.30pm...hehehehe…

So, aku pun pegila CTS petang tu…sampai pun lewat jugak sebab mencari CTS…tak biasa dengan Empire Gallery mall tu. lepastu isi borang, minum teh yang diorang serve (sedap teh tu..tapi tak sempat nak minum habis sebab datang lewat). 

Masuk bilik rawatan, tukar pakaian (sebab facial sekali dengan urutan bahagian bahu) lepas tu buka pintu sikit supaya staff tau kita dah bersedia. Lepas tu buatla rawatan facial and massage tu. fuhhh….memang best sangat tau…dahla sepanjang rawatan tu aku tutup mata je sebab bilik pun digelapkan tinggal 2 downlight kecik je atas kepala…asyik sangat menikmati belaian therapist tu kat muka aku…lepastu dia urut kat muka dengan bahagian bahu…serius lega sangat rasa urat-urat tu…maklumla…anak-anak kecik lagi. Asyik nak ngempeng dan berdukung je. Sekali dengan yang sulung pun kadang-kadang manja ya amat…nak suruh masuk bilik air pun mintak dukung. Kalau ringan tu takpe…ni dekat 20kg ok…mak dia darab 23/4 je berat dia. Habis terseliuh urat aku.

Ouh…kalau nak ikut sekuen mula-mula dia bersihkan kulit lepas letak mask yang pertama, lepas tu letak apa tak ingat sebab pejam mata je kejenya…tapi ada buat extraction, letak mask, urut wajah dan letak pelembap kot last sekali..apapun sangat enjoy and bagus juga produknya sebab takde pun red dot timbul kat muka aku ni selepas hampir seminggu.

Hohoho..bersinar muka akak lepas facial ditambah pula lampu yang terang benderang
Memang sangat best buat facial kat situ, kalau ada bajet bolehla pegi lagi. Rasa segar, cerah, bersih, lembab dan berseri je lepas buat facial tu.  Plus, massage yang dia buat tu boleh facelift muka jugak…rasa la otot kat muka ni lebih relaks…otomatik rasa muka manis je sebab tersenyum selalu..ni selepas 6 hari rawatan pun rasa muka masih lembab dan cerah provided kat rumah pakai basic treatment je (bacisla sangat...sebab cuci n tempek essence je..) hikhikhik….
I am a happy customer :)
Sekali lagi terima kasih banyak –banyak buat Cik Epal dan Celmonze The Signature. Ouh...rawatan yang aku buat tu namanya The Signature Facial + Signature Facelift Massage.
Pssstt…..aku ni macam nak ulang je buat treatment kat sana…best kot…bila dah 3 series ni terus ambil berat pasal muka..hehehehe…

Wednesday, August 19, 2015

Madu Manuka istimewa dari New Zealand

Madu Manuka
Pada sesiapa yang berhajat ke New Zealand....aku cadangkan selain korang melawat tempat menarik kat sana, jangan lupa beli madu Manuka ni. Tak semestinya beli brand Avoca ni, korang boleh dapat brand lain jugak yang penting Manuka Honey.

Madu Manuka mendapat nama kerana lebahnya hanya menghisap manisan daripada bunga manuka yang banyak terdapat di New Zealand.

Madu yang terhasil daripada bunga manuka pula mempunyai khasiat lebih tinggi daripada madu biasa. Bukan sejadar tulis je tau....ada kajian pasal khasiat madu ni. Siap ada rating lagi, rating pun macam-macam jugak ada yang guna MGO ada yang guna UMF. Macam aku punya tu MG265. MG265 tu ialah methygloxyl content per kg dalam madu tu. Nak tahu apa itu methgloxyl dan kelebihan madu manuka? klik sini What is Methgloxyl.

Madu dalam gambar tu aku dapat daripada kawan aku yang melawat NZ beberapa bulan lepas. Harga sebenar tak diketahui sebab dia mintak RM50 je. Aku check kat dalam website dia harga dalam NZD32. Hmmm....mahal harganya.....bertuahnya aku dapat kawan yang baik. 

Madu Manuka ni pekat, ada rasa kasar bila kat lidah dan sangat manis.
Pada yang tak dapat pegi New Zealand, jangan sedih pulak...madu manuka ni ada je jual kat Malaysia ni. Yang ada rating ni ada jual kat Eu Yan Sang dan rangkaian farmasi Health Lane brand Honey Mart. Cuma harganya memang tinggi sikit kat sini. Kalau korang jumpa kat kedai lain, tolong bagi tau kat ruangan komen. Manala tau ada orang tercari-cari. Senang la sikit.

Wednesday, May 13, 2015

Tanjung Wellness Spa



Company aku ada sediakan bajet untuk aktiviti rekreasi. Aktiviti rekreasi tahun lepas kitorang pegi spa. Biasanya kitorang pegi dinner je. Tapi tahun lepas banyak sangat dinner sampai muak. Aku pun cadangkan pegi massage je. Kalau department besar bleh la rancang aktiviti best sikit sebab bajet ikut no of pax, pegi Legoland ke, white water rafting ke, ni ada 7 ketul je. Sugar rush level tak sama plak tu.

Yang bagusnya bila department kecik senang nak capai kata sepakat dan attendance mesti full. Tak la sepakat sangat sebenarnya diorang malas nak fikir jugak tu yang follow je apa aku cakap.

Ada jacuzzi
So kitorang pegi Tanjung Wellness Spa. Spa ni dipilih sebab dia ada sembilan katil dan boleh operate semua dalam 1 masa. Permintaan bos la ni. Dia nak treatment kitorang serentak.

Kitorang sampai awal. Lepas tu dia suruh duduk kat waiting room. Kat situ ada tv dan dihidangkan air teh halia. Selepas semua sampai satu-satu dipanggil masuk treatment room. Aku taktau la bilik diorang macam mana tapi aku dapat bilik besar lengkap dengan jacuzzi dan sauna tapi tak termasuk dalam package.

Bilik sauna

Package yang kitorang ambik tu ada scrub dengan urut seluruh badan. Nama pakejnya dah lupa. Sesi bermula dengan rendaman dan urutan lembut dibahagian kaki sambil menikmati teh halia. Lepas tu dia bagi dispose panty dengan baju ala yukata. Tukar kat dalam bilik air.

Pandangan dari dalam bilik
Lepas tu, walnut body scrub....ermmm...memang best dan selesa sangat bila ada tangan yang tolong scrub badan ni. Memang betul-betul enjoy 'me time' la waktu tu. Tau-tau je la bila dah ada anak mana ada lagi masa nak memanjakan diri sendiri kat rumah.

Habis je dia scrub badan, pegi mandi. Masa ni ikut suka hati la berapa lama nak mandi. Dia tak kisah sangat walaupun dalam pakej treatment untuk 2 jam. Tapi tak boleh la mandi lama sangat nanti keluar tak sama dengan orang lain.

Lepas mandi urut badan pulak. Aiiii...nak cakap apa lagi badan yang letih kena urut. Selesanya...........Kalau bukan sebab dia suruh tukar-tukar position memang dah tertido aku. Haiii...masa tengah taip ni rasa macam nak pegi berurut sekarang jugak.

Baju ala Yukata

Dah siap urut. Tukar baju, dia bagi lagi teh halia tu lepas tu keluar dari bilik rawatan. Rupa-rupanya aku orang last keluar...aiii..diorang x enjoy ke? Hehe...bukan tak enjoy tapi ada yang tak ambik body scrub, ganti dengan foot refleksology, ada yang pendekkan treatment sendiri.

Tak kisahla....janji misi aku tercapai. Merasa jugak buat treatment kat spa mahal. Nak pegi sendiri memang jauhla lagi waktunya.

Teh halia dan tuala lembap untuk segarkan wajah

Pemeriksaan perubatan tahunan - bhg 2 (keputusan yang mengejutkan)

2 hari lepas sesi bersama doktor. Bangun pagi tak sabar nak tengok laporan makmal.

Sebelum pukul 9 dah kena panggil turun. Mula-mula doktor cek tekanan darah. Ok. Lepas tu dia cek perut. Dia cakap kalau sakit bagitau. Sakit sangat tu tak...sakit sebab belum makan pagi adela, tak sempat hehehe...
Ni result tahun lepas, tak dapat capture full. Yang 5.1 tu total cholesterol, yang bold 3.11 tu LDL tinggi sikit tahun lepas
Lepas tu baru dia bukak fail. Laju je dia review, semua cun katanya.....dan tahun ni LDL level aku masuk dalam kategori selamat.....yeeehaaaaaaa! Total kolestrol pulak turun banyak gila......tahun lepas 5.1 tahun ni cuma 4.3 je.....level yang disarankan adalah kurang daripada 5.2. Ni penangan jus tomato ke teh hijau ke aku taktau....tapi pemakanan aku takdela berubah sangat pun. Makan nasi gitu gak.

Ni yang terbaru, total cholesterol 4.3, LDL 2.5 je....besar perbezaan tu....harapnya cun lagi tahun depan.
Lagi tak sangka kadar bilirubin yang sebelum ni tinggi pun turun jugak masuk dalam range selamat. Setiap tahun doktor akan pesan minum banyak air, minum banyak air....macam baby jaundis la...banyakkan menyusu, susu dan susu......tapi aku takde jaundis, lever function pun ok.

Ini analisis kandungan berat badan, semua cukup.

Pemeriksaan perubatan tahunan - bhg 1

Dah 4 tahun dengan company ni, dah 4 kali jugak buat medical check up. Masa 1st time buat dulu terketar-ketar aku. Maklumla tak pernah kena ambik darah. Lama-lama, macam tertunggu-tunggu pulak. 


Sebab nak tau status kesihatan terkini. Kalau ada yang tak kena boleh ambik tindakan cepat. Tak perlu tunggu sampai melarat.


Biasanya kena ambik sampel  darah lepas tu urin kemudian cek tinggi dan berat. Selepas ujian makmal keluar, sesi bersama doktor pulak. Masa ni doktor akan ambil tekanan darah lepas tu go through laporan makmal. Kalau ada masalah dia akan beri nasihat yang sepatutnya. Kalau ada kemusykilan masa ni la masanya nak tanya. Biar soalan tak berapa cerdik pun doktor akan terangkan satu persatu.

Wednesday, April 22, 2015

Sabun Chandrika atasi masalah ekzema


Darrien sejak baby ada masalah kulit. Tak boleh panas sangat, tak boleh terdedah dekat habuk dan tak boleh pakai sabun wangi. Biasa kulit baby lembut je tapi kulit badan dia kasar dan kering. Pipi dia lagila...merah dan mengelupas je....petua orang bagi takyah cakapla...sampai tahap merepek x masuk akal pun ada. Dah bagi pakai sabun murah, sabun mahal tapi kulit dia tetap kasar especially kat betis dengan paha, yang sesuai terlebih mahal sampai tak mampu nak beli. Senang cakap dia ada masalah ekzema.

Nasib baik masa dia umur 6 bulan kalau tak silap ada sepupu cadangkan sabun ni kat kami. Anak dia pun ada masalah kulit yang sama. Sensitif. Kami pun cubala bagi Darrien pakai. Tak harap apa pun asalkan x memburukkan keadaan dah la. Tapi lepas 3 hari pakai. Ok la pulak kulit dia. Eh, bagus ni. Dapat la jimat duit beli sabun berpelembab yang harga tak masuk akal tu. Bukan la nak kedekut dengan anak sendiri cuma kalau ada alternatif yang baik dan menjimatkan apa salahnya kan? Kalau ada duit lebih boleh guna untuk barang lain pulak.

Sabun ni kami bekalkan kat rumah pengasuh jugak. Sekali pengasuh sabunkan semua anak yang dia bela dengan sabun yang sama. Budak- budak kat rumah dia semua bebas masalah kulit gatal. Keluarga pengasuh dia pun pakai sabun sama. Especially kalau rasa miang atau gatal-gatal. Anak-anak dia pun ada ekzema. Budak-budak kan kalau main berpeluh-peluh tu apa lagi, menggaru je la kerjanya. Ada sabun ni mak diorang lega sangat.

Baru-baru ni borak dengan jiran sebelah dia bagi tahu anak dia mandi tak guna sabun sebab kulit sensitif dan ada ekzema. Kalau nak pakaikan sabun kena pakai yang mahal. Lepas tu bagi la seketul kat jiran tu. Lepas seminggu dia cakap sekarang bukan anak dia je yang pakai,dia sendiri pun pakai sabun tu. Berkesan la tu sampai dia pun guna sabun tu.

Untuk orang yang ada masalah sama tapi nak konsisten pakai sabun yang mahal rasa kurang mampu sebab kos sara hidup sekarang makin tinggi, cubala sabun Chandrika ni. Harga sabun ni sebelum GST RM1.70 je. Biasanya kami beli kat 99 Speedmart je. Sekarang naik sikit kot. Tapi rasanya masih dalam kemampuan membeli.


Thursday, April 16, 2015

3 Cara Kulit Tampak Lebih Muda

kredit picture: google
Terjumpa satu artikel pasal cara jaga kulit. Mehla aku tulis kat sini kot-kot nak prektis nanti.

1. Minum susu badam
Jika tak gemar mengunyah badam, dapatkan khasiat kebaikannya untuk badan daripada susu badam. ia bukan saja sumber mineral dan nutrien malah kaya antioksidan serta vitamin E untuk membalikkan tanda penuaan dari dalam ke luar.

Memandangkan kandungan lemak dan kalorinya lebih rendah daripada susu biasa, susu badam enak dijadikan minuman smothies bagi menggantikan nasi lemak untuk sarapan.

2. Lulur sebelum sapu pelembap
Manjakan tubuh lesu, kusam dan kekeringan dengan lulur antara dua ke tiga kali seminggu. Menurut pakar, 75 hingga 90 peratus habuk di rumah berpunca daripada sel kulit mati pada tubuh.

Justeru melulurnya dengan pembersih khas atau menggunakan berus kering yang lembut dapat  membantu menganggalkan sel kulit mati ini di samping kekotoran yang mungkin sudah terlalu lama melekat di tubuh.

3. Kerap melakukan urutan
Untuk menyerikan lagi kulit, dapatkan rawatan urutan tubuh sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Urutan membantu merangsang peredaran darah yang sangat berguna untuk bahagian badan tidak aktif seperti paha dan bahagian atas lengan.

Dapatkan teknik yang berlainan seperti urutan saliran limfa, urutan tisu hingga jauh ke dalam atau refleksilogi untuk kesan optimum.

Tulisan ini merupakan petikan daripada Khasiat Sel Asli Pokok Badam, Khamis, 16 April 2015 @ 1:09PM

Monday, April 13, 2015

6 Cara Memanfaatkan Teh Hijau Yang Telah Digunakan

 
Kredit gambar: Google

Teh hijau adalah minuman yang penuh dengan kebaikan. Tak hanya di minum, teh hijau punya kebaikan yang lain juga. Satu pembaziran sekiranya uncang teh di buang begitu sahaja tanpa memanfaatkan sepenuhnya kebaikan teh tersebut.

Cadangan menggunakan uncang teh hijau yang telah direndam dan diminum airnya;

1. Scrub teh hijau
Kalau korang suka DIY scrub koyakkan uncang dan tambahkan daun teh kedalam adunan 
scrub yang telah direndam kedalamnya. Boleh guna resepi scrub ni sebagai asas, Scrub gula.

2. Pupur muka
Gunakan daun teh hijau sebagai pupur di kawasan muka.
Caranya; koyakkan uncang the dan letak  rata dikawasan muka. Bilas selepas 15 minit.

3. Mengurangkan lingkaran hitam sekitar mata
Letakkan uncang teh dibahagian mata dengan mata tertutup selama 15 minit. 
Tannin pada teh bertindak mengurangkan bengkak dan hitam di bawah mata.

4. Menyegarkan bau peti sejuk atau bilik
Letakkan uncang teh beberapa ke dalam bekas plastik dan letakkannya di dalam peti sejuk anda 
atau letakkan di dalam bilik dan ia menyegarkan udara di dalam ruangan.

5. Wap muka
Rendam uncang teh ke dalam mangkuk berisi air suam dan stim wajah menggunakan air rendaman teh tersebut

6. Sebagai baja tanaman
Koyakkan uncang teh dan tabur teh ke dalam pasu.

Ini merupakan sebahagian daripada kegunaannya sahaja yang aku praktikkan. Sebenarnya terdapat banyak lagi manfaat teh, korang boleh buat 'desk research' sendiri dan apa yang korang jumpa pasti menarik untuk di praktikkan.


Sunday, April 5, 2015

11 Kebaikan Teh Hijau Yang Kamu Tidak Tahu

Teh hijau pilihanku

Teh hijau dah lama wujud di dunia ni. Teh hijau bukan sekadar minuman biasa tapi mempunyai banyak khasiat selain daripada menjaga berat badan dan membantu menyingkirkan toksin dari badan. Seperti yang yang tercatat di laman www.lifehack.org.
Inilah sebahagian daripada kebaikan teh hijau. Sebahagian kebaikan masih lagi menjadi perdebatan, jadi jalankan kajian sendiri jika berhasrat untuk menjadikan teh hijau sebagai bahan perubatan.
  1. Turunkan berat badan - Polyfenol di dalam the hijau bertindak dengan meningkatkan pengoksidaan lemak dan meningkatkan tahap penukaran makanan kepada kalori.
  2. Diabetes – teh hijau membantu mengawal tahap glukosa seterusnya memperlahankan kadar kenaikan gula dalam darah selepas makan.  Proses ini mencegah kadar pengeluaran insulin mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.
  3. Penyakit Jantung – saintis percaya, teh hijau bermanfaat kepada lapisan di dalam salur darah, membantu ia stabil dan mampu bertahan dengan perubahan tekanan darah.  Ia juga melindungi salur darah daripada tersumbat yang merupakan punca utama serangan jantung.
  4. Kanser Esofagus – teh hijau menurunkan risiko kanser esofagus, juga dipercayai membunuh sel kanser yang lain tanpa merosakkan sel –sel yang sihat di sekelilingya.
  5. Kolestrol – teh hijau menurunkan paras LDL dalam darah and menaikkan nisbah HDL berbanding LDL.
  6. Alzheimer dan Parkinson – teh hijau dikatakan melewatkan penyusutan fungsi otak yang disebabkan oleh Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak daripada rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.
  7. Gigi reput – kajian mencadangkan senyawa kimia "catechin" dalam teh boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan  jangkitan tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain.
  8. Tekanan darah – pengambilan berterusan dikatakan boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.
  9. Kemurungan – Theanine merupakan asid amino semulajadi dalam daun teh. Bahan ini dikatakan memberi perasaan tenang dan santai dan bermanfaat kepada orang yang menikmatinya.
  10. Anti virus dan anti bakteria – catechin dalam teh adalah agen anti bakteria dan anti virus sangat efektif merawat jangkitan daripada selsema hingga kanser. Sesetengah kajian menunjukkan teh hijau menghalang penularan penyakit.
  11. Penjagaan kulit – teh hijau juga membantu melewatkan kewujudan kedut dan tanda penuaan. Ini kerana ciri anti oksida dan anti radang didalamnya. Kajian ke atas manusia dan haiwan menunjukkan aplikasi luaran boleh mengurangkan kerosakan kulit akibat terdedah kepada matahari.

Wednesday, April 1, 2015

Tips menghalus dan melicinkan kulit


Scrub beras pulut
2 sudu besar serbuk beras pulut*
2 sudu besar madu lebah
1 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar asam jawa

1.       Dalam satu bekas gaul sebati semua bahan.
2.       Scrub seluruh badan kemudian biar selama 5 – 10 minit sebelum bilas.
3.       Mandi seperti biasa
4.       Ulangi proses 1 minggu sekali dan  rasai kulit halus dan licin!

*Serbuk beras pulut
1 cawan beras pulut
Goreng beras pulut hingga keperangan kemudian tumbuk atau kisar halus.
Simpan dalam bekas.