Wednesday, August 5, 2015

Review penuh Kek Lapis Sarawak 2015



Tahun ni aku bawak balik 5 biji kek lapis. 2 aku punya, 2 makcik aku order dan 1 kakak aku dari Perlis order. Tapi kek kegemaran aku tak dapat di order tahun ni….sebab tukang buat takut rosak. Kalau nak tunggu bila Zizzi ada outstation baru aku boleh order.

Kek yang aku order tahun ni ialah Kek Lapis Selipar Jepun, Kek Lapis Evergreen, Kek Lapis Sisik Ikan, Kek Lapis Buku dan Kek Lapis Watermelon Cheese.

Semua memang sedap sebab aku pilih dari senarai favourite pembuat kek. List yang aku dapat hanyalah recommended sahaja. Jadi tak payah susah-susah fikir sedap ke tidak. Memang sedap semuanya. Sebenarnya aku buka offer dekat kawan office aku jugak…tapi diorang pun tertanya-tanya rasa, rupa macam mana lama-lama tak jadi beli. Aku nak komen pun taktau jugak sebab aku sendiri gamble je beli ikut suka hati aku. Nak salahkan diorang pun tak boleh jugak sebab bukan senang nak keluarkan beratus bayar sebiji kek. Senang deal dengan makcik aku, aku bagi list terus dia balas nak dua bijik. Tak tanya langsung apa-apa kat aku. Yang tak beli tahun ni tahun depan aku tak dapat jamin boleh dapat harga sama ye…

Untuk orang semenanjung yang teringin nak makan kek lapis homemade dari  Sarawak, jangan fikir nak beli kek sebijik harga 50-60 hinggit ye…kalau nak murah pegi pusat kek lapis kat Kuching tu beli 10 hinggit seketul. Dah cukup bagus orang tolong bawak balik bagi by hand, kos pos yang mahal dah dapat jimat. Kalau nak pos harga pos je dah melebihi harga kek. Kita yang tolong bawak ni lagi tolong risau kalau-kalau kek pecah atau rosak dalam perjalanan. Pembungkusan dan pengurusan mesti teliti kalau nak bawak balik kek.

Kek Lapis Selipar Jepun

Dari kiri; Kek Lapis Evergreen, Sisik Ikan, Watermelon Cheese, Selipar Jepun dan Buku
Kek ni adik aku pernah order 2 tahun lepas. Disebabkan aku tak puas makan, tahun ni aku order sendiri. Kek ni memang sedap. Lemak manis dan harum. Ada 3 warna kat dalam merah, hijau  dan kuning.

Kek Lapis Evergreen
Gambar ni dari phone pakcik aku, kamera dia lagi cantik gambarnya

Macam namanya, kek ni berwarna hijau dan salah satu kek lapis jenis lama (klasik). Rasanya sedap, dengan haruman pandan dan tahan lama dengan syarat simpan dalam peti sejuk.

Kek Lapis Sisik Ikan

Pertama kali aku cuba kek ni, dulu ingat bukan kegemaran aku sebab aku tak suka hawflakes, tapi bila rasa sekali…ya allah sedapnya kek ni, balance rasa manis dengan masam hawflakes tu….kek ni pun jenis lama. Berwarna kuning dan susunan hawflakes seperti sisik ikan yang menjadikan namanya lapis sisik ikan. Boleh la aku order pulak next time.

Kek Lapis Buku

Kek ni pun pertama kali aku rasa, baunya macam bau susu pekat manis dan harum. Sedap juga bila masuk dalam mulut, lemak manis je rasanya.
Kek Lapis watermelon cheese

Saiz 8 x 8
Kek ni ada tiga lapisan warna, hijau, kuning  dan merah. Di bahagian merah tu ada coklat cip sebagai wakil biji tembikai. Tapi kalau makan tembikai betul semedang cari yang seedless, bila buat kek beria letak effeck biji. Sedap kek ni, Darrien paling suka yang ni antara kelima-lima kek yang ada. Mungkin sebab Darrien suka cheese kot jadi watermelon cheese yang paling dia suka makan.

Dan kat bawah ni adalah kek yang aku makan masa beraya di rumah pembuat kek.

Kek Lapis Idola

Lapisan  yang berwarna gelap tu adalah lapisan berperisa coklat.  Sedap ni…

Kek Lapis 1 Malaysia

Susah nak terangkan rasanya macam mana cuma ia memang sedap dimakan, belang coklat tu adalah coklat ye bukan lapisan kek berperisa coklat.

Kek Lapis Gado-gado

Kek ni kek jenis lama agak lembap dan ‘basah’ sikit. Sedap, berlemak dan kaya rasa.

Kek Hati Pari

Kek ni memang ‘long time’ favorite aku. Rasanya ‘kaya’ di dalam dan tak kosong. Takde unsur-unsur koko di dalam walaupun berwarna gelap.

Kek Lapis Winter Sonata

 

Kek ni susah aku nak komen, makan pun tergesa-gesa sambil tengok Darrien berebut toy dengan anak tuan rumah. Sedap dan menarik rupanya. 

Terhasilnya entri ni senangla lain kali aku nak buat order. Kalau tak, asikla lupa rupa dan rasa kek yang aku order.

3 comments:

Awza Jay said...

kek lapis sarawak sememangnya sedap2

Unknown said...

Nak nombor tepon pembuat kek lapis please

Brat2104 said...

Hati pari!!! Feveret tuh... Buat dr kismis... Tahan bertahun.. Letak dlm peti sejuk, nampak kejung.. Keluarkan, lembut balik... Sedap!!!