Sunday, July 4, 2010

Eeeiiii..awak busuk...

Pernah tak alami masalah bau badan atau berhampiran dengan orang yang kuat bau badan?  Seksa kan? Tambah lagi kalau terpaksa berhimpit dalam bas atau komuter, bersebelahan dalam kelas atau rakan sekerja.

Untung orang kat ofis aku ni walaupun bukan semua wangi belaka..mereka ini tidak tergolong dalam golongan itu.....aminnn...

Manakala aku sendiri walau pun bukan terdiri dari golongan tersebut secara total, aku tetap ambil berat mengenai bau badan sendiri.  Maksud aku, bukanla aku ni wangi sentiasa ada jugak keadaan yang membuat aku rasa tak selesa terutamanya bila aku melakukan kerja2 yang mengeluarkan peluh macam mop lantai, cuci tingkap (tingkap kat umah aku banyak tau, penat angkat air kehulu kehilir cuci tingkap), kemas rumah (kemas tahap memunggah semua barang, tapis yang mana perlu buang/simpan pastu susun balik elok2), berlari 100 meter dan keadaan pre-menstrual aku.  Takkan la buat keje rumah pun ko nak siram badan ngan minyak wangi wei???..tak sesuwei ok!

Dalam fasa hidup aku, adala beberapa produk yang aku pakai untuk memastikan aku tidak busuk walaupun selepas membakar sampah.hehe...masa aku sekolah menengah dulu mula2 mak aku tak bagi beli deoderan kat kedai tu dia suh aku pakai bedak hibka je. Senang dapat benda ni, pegi kat pasar melambak dijual.  Sekarang pun aku tengok ada lagi kat pasar malam.  Bedak tu dijual dalam paket atau botol. 

Ni la rupa bedak hibka tu.
Selepas jemu pakai hibka, aku mula beli deoderan yang melambak kat kedai tu banyak la jugak aku try. Maklumla usia meningkat remaja..keinginan nak mencuba tu sentiasa ada. Bila umur semakin mengkat kadang2 ada produk yang tak sesuai lagi nak dipakai.  Peluh makin banyak.  Deoderan pulak bukan mengurangkan peluh keluar cuma meneutralkan bau peluh.  The Difference Between Antiperspirant and Deodorant. Lagipun, bila pakai deoderan, kalau peluh terkena pada baju akan merosakkan baju.  Tak lama lepas tu, aku jumpa Dr.Mist.

Dr. Mist
Pakai Dr. Mist aku rasa ok.  Bau takda dan baju-baju pun tak rosak.  Dr. Mist hanya elakkan baju aku daripada rosak dan tiada bau badan.  Tapi aku masih berpeluh banyak bila buat aktiviti lasak.  Terutama bila aku memanjat tangga sambil berlari masuk kelas bila dah terlewat.

Tahun 2005, aku tertengok iklan kat paper.  Ada iklan pasal Perspirex.  Baca iklan buat aku teruja nak cari produk tu.  Kat dalam iklan tu pulak takde tulis jual kat kedai mana.  Lama jugak aku cari Perspirex tu kat pasaran.  Selepas 6 bulan, baru aku jumpa Perspirex tu  kat Guardian. Rupa-rupanya, diorang letak tak banyak dan kalau tak tenung satu persatu rak kat bahagian deoderan dan anti-perspirant tu memang tak jumpa. Tambah lagi, bukan semua Guardian boleh jumpa Perspirex tu. Gambar kat sebelah tu kotak lama, yang baru ada warna oren kat kotak dia.  Tapi design kotak sama, tulisan kat kotak tu pun sama.


Pakai perspirex baru la aku rasa selesa sangat.  Ni bukan ayat nak membangga diri, tapi kalau mandi kul 6 pagi pastu lepas waktu ofis ada dinner pun aku masih rasa konfiden nak pegi dinner. Tak bau....tu cara-cara kat opis aku yang sejuk tahap gaban nilah dan dah tentula memakai perfume satu kewajipan bagi aku.  Perspirex tak perlu dipakai hari2.   Satu botol bleh tahan sampai 4-5 bulan bergantung kepada keperluan seseorang.  Walaupun harga perspirex boleh membuat mataku buntang apabila melihatnya buat pertama kali, tapi sangat berbaloi dengan kualiti produk ni dan keyakinan diri yang tak ternilai harganya.  Tetapi harus diingat, perspirex datang tanpa bau. Pakailah wangi-wangian untuk lebih rasa yakin.  Alah, one drop perfume tu kan murah je..

* bagi pengidap hyperhidrosis, Perspirex juda menawarkan Prespirex Hand and Foot Lotion. Ia mungkin dapat membantu anda.
* tulisan ini bukanlah promosi produk.





10 comments:

~*irjune*~ said...

nak ilangkan bau kentut plak camne? kekekkekekkee

Azi said...

bila kentut dah keluar, kipaskan cepat2.

NikShah said...

sebab tue cik azi kte sentiasa wangi..I loike..hehehe

Azi said...

ekekeke...

zenithZ said...

boleh bagitau x guardian mana yang ada jual? dah 2 tahun sy cari guardian area pantai timur semua xde

Azi said...

kawan bagi tau, perspirex tak dijual lagi kat guardian. cuba cek kat website perspirex, cari distributor kat Malaysia.

Unknown said...

hi,,.. awak bleh tolong beli tak. i bank in duit Kt u.

Unknown said...

Yezza.. memang best gila pakai ni. Before this tiak berpeluh tak hingat! pakai baju pun yg malap2 je sebab tkut ketiak nmpak basah.. skrg tak lagi! Hehe semua warna&jenis baju i bole sarung dah.. tiak tak basah langsung! Keyakinan diri pun betambah.. rugi tak jumpa product ni masa sekola dlu sebab baju sekolah smpai kuning2 sebab peluh. Hiihii.. belilah, hrga dlm rm50+ .. dekat guardian je ad juai.. setakat ni dah 7 bulan pakai still tak hbs2 lagi. Best Forever!😘😘😘

Unknown said...

Yezza.. memang best gila pakai ni. Before this tiak berpeluh tak hingat! pakai baju pun yg malap2 je sebab tkut ketiak nmpak basah.. skrg tak lagi! Hehe semua warna&jenis baju i bole sarung dah.. tiak tak basah langsung! Keyakinan diri pun betambah.. rugi tak jumpa product ni masa sekola dlu sebab baju sekolah smpai kuning2 sebab peluh. Hiihii.. belilah, hrga dlm rm50+ .. dekat guardian je ad juai.. setakat ni dah 7 bulan pakai still tak hbs2 lagi. Best Forever!😘😘😘

Anonymous said...

Guardian mne tu ad jual?