Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

Thursday, September 23, 2010

FREE membership card from Watson!!!!

Sebelum ni aku ada tulis pasal Watson membership card kan? Kalau tak ingat check kat sini-->  Passport to Health Wellness Beauty

Hujung minggu ni ada event anjuran Watson kat Pavillion.100 orang yang pertama RSVP untuk setiap hari (24, 25 & 26 September 2010) akan menerima Watson VIP card percuma!!!!! Sape nak free membership card dari Watson? angkat tangan!

Jangan tunggu lagi....cepat-cepat RSVP! Sila klik kat sini -->http://www.dreamrepublic.com.my/rsvp/



 

Sunday, September 19, 2010

Passport to Health, Wellness & Beauty

Passport untuk ke Watson

Jumaat lepas dapat tahu yang Watson offer membership card untuk pelanggan diorang. Tak buang masa, aku pun pegi Watson hari berikutnya.  Sebagai pengunjung setia Watson, kira berbaloi la aku cepat-cepat dapatkan membership card sebab setiap bulan ada je benda yang aku rasa menarik dan berbaloi untuk dibeli kat Watson tu.  Setiap minggu mesti check promosi terbaru di Watson, siap jadi fan lagi kat facebook.


Nak dapatkan membership card ni korang akan dikenakan bayaran sebanyak RM12.  Bayaran tu sekali seumur hidup tau, lepas tu dah takde renewal fee atau apa-apa bayaran lagi. Jadi, takyahlah nak fikir expiry date kad tu lagi. Korang boleh dapatkan kad tu dari mana-mana kedai Watson di seluruh negara. Senang je....

Membership card Watson

Bersama kad tu, disertakan gift vouchers di dalamnya. Bolehla gunakan voucher tu untuk pembelian barangan di Watson.  Sambil tu boleh tambahkan points ke akaun korang.  RM1 untuk 1 point, setiap 200 point = RM1.  Points tak boleh ditukar kepada tunai, tapi boleh digunakan untuk membayar barangan yang anda beli di situ. Contohnya barang yang nak dibeli tu bernilai RM20, jika anda ada 200 points anda hanya bayar RM19 saja. Selain tu, pembelian barangan berjenama Watson akan dapat 2x points dan 5x points untuk pembelian pertama di bulan kelahiran korang. Untungnye....ni yang aku suka membeli belah di Watson!

Banyak voucher yang berguna untuk aku hehehehe...suker!!

Selain tu, akan dapat jemputan untuk promosi eksklusif dan program eksklusif yang dianjurkan Watson. Nak tau lebih banyak?? korang check kat Watson punya website sendiri.


Wednesday, August 11, 2010

Perutusan dari Hada Labo


Sampel dari Hada Labo dah sampai!!!


Ishhh...syoknya..

Appreciation letter. Tengok tu, most selling product in Japan, harus cuba ye.

Dapat sample SHA moisterising lotion & SHA moisterising cream

Dah try pakai SHA moisterising lotion.  Lembut dan lembap je rase kat pipi tu.  Produk ni boleh dipertimbangkan ni, apapun kena tengok bajet dulu.

Tuesday, August 10, 2010

Announcement!!! Sambal goreng.....

Sambal goreng muncul sempena bulan Ramadhan!!!!!!

Sambal ni boleh tahan hingga 1 bulan jika disimpan di dalam bekas kedap udara.  Sangat sesuai dimakan sambil mengadap slot samarinda di tv3 atau di jadikan hidangan sampingan pada waktu sahur.

Sapa nak order boleh email pada saya kat azimahmohd@gmail.com

Harga
1kg = RM15.00
500g = RM8.00

Bagi penghantaran melalui pos, caj penghantaran akan dikenakan.  Sila email untuk lebih lanjut.
COD hanya untuk kawasan Shah Alam sahaja.




Aku dah bagi officemate aku rasa. Semua yang rasa sample aku bawak tu suka dengan sambal ni.  Sambal ni tak pedas sangat.  Cukup rasa..macam iklan maggi cukup rasa tu.