Tuesday, January 10, 2012

Demam Denggi


Bila masuk je Januari terkenang pengalaman  demam denggi . Lepas 3 tahun kena denggi baru la terpanggil nak menulis pasal pengalaman denggi ni. Saya pernah kena denggi jenis kedua iaitu demam denggi klasik. Hohoho..denggi ada banyak jenis ok (4 jenis), kalau dah pernah kena denggi risiko terkena lagi tetap ada. 

APAKAH demam denggi klasik?
Kalau mengikut sumber ni kumpulanperubatanelektronikterengganu pesakit akan mengalami demam yang tinggi secara tiba-tiba, dengan suhu badan mencecah 40°C. Pesakit juga akan berasa sakit serta sengal pada sendi di seluruh badan(yang ni tak berasa sangat, Cuma hilang tenaga sampai nak angkat dua belah tangan ke atas pun tak larat) disamping sakit kepala dan sakit di dalam bebola mata. Simptom lain ialah rasa mual, muntah-muntah, pedih ulu hati dan senak perut, hilang selera makan dan cirit birit. Pada hari ketiga atau keempat selepas demam ruam kemerahan dan gatal-gatal mula timbul.

PENGALAMAN SAYA

Ketika saya mengalami demam denggi, saya merupakan seorang pelatih pengurusan yang baru di lantik di sebuah syarikat bertempat di KL. Waktu tu, bulan Januari tahun 2008. Pada minggu tersebut saya dijadualkan untuk menguruskan satu seminar 4 hari (maaf saya terlupa namanya). Ia salah satu daripada rekod penilaian saya sebagai pelatih pengurusan. 

Khamis
Rasa tidak selesa bermula daripada hari Khamis minggu sebelumnya, saya dapat rasakan keadaan badan saya tidak selesa tetapi tidak saya ketahui puncanya kerana sangkaan saya ia kerana saya sedang stress sebab jumlah peserta belum cukup untuk seminar tersebut. 

Jumaat
Keesokan harinya, ketika dalam komuter ke tempat kerja (Shah Alam  - Bank Negara), saya mengalami perasaan mual yang teramat sangat. Pada separuh perjalanan pertama saya masih bertahan lagi, bermula daripada separuh perjalanan yang kedua saya mula rasa tidak selesa, perut saya seperti penuh dengan angin, dunia ini saya rasakan seperti berputar dan saya mula tersandar sambil memeluk tiang (ye…saya tak dapat duduk hari tu, komuter penuh waktu pagi). 

Sampai di stesen pantai dalam, saya seolah tidak mampu bertahan untuk berdiri lagi. Disebabkan tiada tempat duduk yang kosong, saya hanya mampu bertinggung di atas lantai komuter. Ketika ini, ada beberapa orang yang perasan keadaan saya dan menghulurkan gula-gula dan minyak angin. 
Alhamdulillah. 

Saat itu saya rasakan perjalanan ke tempat kerja terlalu jauh. Ketika sampai di stesen bank Negara ada beberapa orang yang baik hati ingin menghulur bantuan memimpin tangan namun saya tolak dengan baik kerana mereka juga pasti mengejar masa ke tempat kerja. Lalu saya keluar dari komuter dan berehat sebentar di stesen. Selepas beberapa ketika saya berjalan perlahan-lahan menju ke pejabat. Nasib baik saya masih mampu memanjat tangga dan melintas jalan. 

Di pejabat, saya bersarapan dan bekerja seperti biasa walaupun keadaan kurang cergas. Petang sebelum pulang, bimbang terjadi sesuatu saya titipkan pesan pada penyelia saya. Semua dokumen dan info yang patut dia ketahui saya maklumkan. Maklumlah, seminar tu hari Isnin..kalau saya terlambat ke, ape ke..ada yang cover.

Sabtu
Badan terasa sangat lemah pagi itu namun saya gagahkan diri mencuci baju pagi itu dan ketika menyidai pakaian walau kepala terasa berpusing. Disebabkan rasa lemah, saya hanya berbaring sepanjang hari. Mujurlah menumpang rumah makcik, jadi ada la yang masakkan makanan tengah hari. Namun selera makan seperti ditarik apabila cuma menyuap nasi hanya dua tiga suap. 

Ahad
Hari ni, walaupun terasa kurang sihat saya tetap menyeterika baju walaupun mengambil masa 3 jam untuk 5 pasang baju kurung. Segala yang saya buat menjadi perlahan sebab seterika tu rasa sangat berat waktu tu. Untuk habiskan 5 pasang baju, saya terpaksa menyeterika dalam keadaan duduk. Kenapa masih seterika baju walaupun demam? Saya sangkakan demam sekejap je sebab biasanya lepas dua hari akan ok lagipun hari esoknya saya ada acara penting. Seboleh mungkin saya akan berusaha untuk pergi bekerja. Paling tak sangka period datang lagi walau baru 10 hari yang lepas saya mengalaminya. Sangat penat tahu…..demam dalam keadaan tu….

Malam, tidur seperti biasa. Akan tetapi jam dua pagi saya terjaga dan mahu ke bilik air (nasib baik bilik air ada dalam bilik), melangkah perlahan-lahan..masuk je dalam bilik air saya pitam dan rebah dibilik air. Saya tak tahu berapa lama saya pitam dalam bilik tu. Takde orang yang sedar pun sebab hanya saya sorang yang menghuni bilik tu. Setelah terjaga, kepala saya rasa sakit (saya terhantuk kepala paip rupanya) dan pakaian saya basah. Saya cuba bangun tapi tak berdaya, waktu itu terfikir sudah lumpuhkah saya? Hendak berdiri di atas dua kaki pun tak mampu. Bimbang kesejukan saya mengesot keluar dari bilik air dan menukar pakaian kemudian tidur semula. 

Isnin
Sesudah subuh, saya menghubungi penyelia dan katakan saya tidak sihat dan tak dapat hadir ke tempat kerja. Berasakan keadaan saya tidak seserius mana, dia meminta saya cuba hadir sekurang-kurangnya untuk hari pertama seminar, namun bila saya katakana saya terjatuh di dalam bilik air semalam dan tak mahu mengambil risiko menunggang motor ke stesen komuter (saya menunggang motor dari rumah dan parkir di stesen komuter, kalau saya kemalangan waktu tu siapa yang akan bertanggungjawab?)  dia beralah dan sedia mengambil alih tugas saya. Terima kasih!

Pakcik dan makcik saya terkejut bila saya katakan saya pitam di bilik air, dengan segera saya dibawa ke klinik. Sampai di klinik selepas mendaftar,  mengambil giliran dan berjumpa doktor (doktor akan tanya dah berapa hari demam, jika lebih daripada 3 hari darah akan diambil dan kes saya adalah lebih 3 hari). Saya dibawa kebilik untuk mengambil darah. Enam kali kulit saya ditusuk untuk mengambil sampel darah. Semuanya GAGAL. Kemudian saya disuruh berehat diatas katil klinik. Jaraknya hanya beberapa meter, ketika hendak melangkah susunan wayar setinggi buku lali, sekali lagi saya tidak sedarkan diri. Entah siapa yang mengangkat saya tidak tahu. Sedar-sedar saya terbaring di atas katil dan pembantu perubatan menampar-nampar pipi dan tangan sambil memanggil nama saya. Sampel darah saya berjaya di keluarkan sedikit melalui hujung jari dan saya diarahkan datang lagi keesokan harinya selepas di beri MC selama 2 hari.
Saya tak mampu lagi untuk makan. Segalanya amat meloyakan kecuali nasi putih panas berkuah air masak(itu memang menu saya jika demam). 

Selasa
Ke klinik dan sampel darah diambil lagi, kemudian balik. Hari ini, perkara lain pula timbul. Tapak tangan dan kaki timbul bintik merah yang sangat gatal. Pakcik saya belikan air kelapa dan 100 plus dan minta saya habiskan 2 biji air kelapa  2 botol besar 100 plus sehari. Gatal yang teramat sangat, malamnya saya tak dapat tidur. Maksudnya saya telah berjaga selama hampir 24 jam pada hari itu. 

Rabu
Ke klinik dan sampel darah diambil lagi, kemudian saya diarahkan ke hospital Klang!!!!! Saya paling takut pegi hospital dan tak suka hospital. Pakcik saya beria memujuk tapi saya berkeras taknak pegi. Akhirnya dia buat perjanjian dengan saya, jika saya makan nasi hari itu, saya tak akan dipaksa ke hospital. Saya setuju kerana saya mula merasakan tenaga saya sudah pulih cuma bilangan platlet masih kurang. Selera saya juga sudah meningkat. 

Saya jangkakan platlet itu semakin rendah kerana saya tak cukup tidur. Dan saya juga masih berjaga malam untuk kesekian kalinya kerana bintik-bintik merah yang amat gatal itu. Jumlah saya tidak tidur adalah 48JAM!

Khamis
Tak tahan gatal, saya dapatkan rawatan di klinik swasta. Saya tipu doktor tu dengan mengatakan saya baru demam 2 hari dan kaki dan tangan saya mengalami kegatalan (jika tak, saya akan disuruh ke hospital) selepas menelan ubat tahan gatal yang diberi. Saya dapat tidur yang nyenyak malam itu dan saya juga memperolehi dua hari lagi MC.  Bila diberitahu kepada rakan sekerja ramai yang tidak percaya sebab suara saya ceria tidak seperti orang sakit (memangla….sebab saya tak kuasa nak telipon orang masa saya tak larat)

Jumaat, Sabtu & Ahad
Untung hari ini adalah public holiday (kalau tak salah). Dan proses pemulihan telah bermula, saya seperti diri saya sebelumnya yang cergas. Disebabkan cuti, dapatla saya berehat secukupnnya.

KESAN selepas mengalami denggi..
Ketika berehat dirumah, saya tidak berasa apa-apa yang pelik. Segalanya seperti biasa. Saya Cuma rasa perubahan bila kembali bekerja kerana saya tidak dapat ‘recall’ dengan pantas kerja-kerja yang telah saya lakukan sebelum ini. Ianya seperti saya KEHILANGAN SEBAHAGIAN OTAK SAYA!!!!!!   

Saya tak mampu mencongak 7 x 8 pun. Seingat saya lebih seminggu saya dalam keadaan begitu dan ianya sangat menyeksakan sehingga saya cuba mengingat semula nama ibu dan tarikh lahir saya sendiri, Alhamdulillah nasib baik ingat. 

Lain-lain kesan adalah semasa saya demam berat saya turun mendadak (itu normal sebab tiada selera makan) dan saya mengalami peningkatan selera makan yang mendadak hingga ditegur rakan-rakan. Biasaya saya jarang makan tengah hari, namun selepas demam denggi saya seperti tidak sabar-sabar menunggu waktu makan tengah hari dan menghabiskan setiap butir nasi yang ada di dalam bungkusan.

KENAPA saya taknak pegi hospital?
Saya minta maaf pada tuan doktor ye…tapi saya tahu untuk demam denggi masih tiada ubat di temui dan bila saya ditahan di wad, ia hanya untuk memantau keadaan saya disamping memasukkan air yang ditambah glukos  secara paksa kedalam badan saya. Jadi untuk apa? Saya kan dah boleh minum, selera saya dah mula terbuka sewaktu diarahkan ke hospital. Tapi kalau hari pertama tu terus ke hospital memang saya redha. Lagipun saya berasakan jika dihantar ke hospital saya tidak akan bertambah baik kerana faktor psikologi. Kan hospital tu tempat orang berpenyakit, kalau saya duduk kat rumah hanya orang sihat di situ secara otomatik saya mahu cepat sihat. Saya tak mahu melihat orang sakit di depan mata kerana ia hanya akan memanjangkan hayat penyakit saya bukan hayat saya. Bila saya nak baik? Lagipun penyakit saya bukan jenis berjangkit dan bukan denggi berdarah. Memenuhkan katil hospital je.

Oh ya, mengenai period ketika denggi saya masih belum dapat jawapan.  Sebab sepupu saya yang juga mengalami denggi seminggu selepas saya mengalaminya juga datang bulan walaupun periodnya baru habis tapi dia tak pengsan macam saya la manakala lain-lain simptom semua sama. Ada sesiapa boleh tolong jawab? 

Jika ada yang tertanya-tanya mengapa saya masih dapat mengingati pengalaman denggi saya secara terperinci ia adalah kerana saya jarang dihinggapi demam. Ia (demam denggi) adalah satu-satunya demam yang paling teruk pernah saya alami setakat ini. Kerana biasanya jika saya berasa tidak sihat, kalau pegi klinik pun doktor tak bagi MC sebab katanya tak sampai 37°C pun 36.8°C je, macam mana nak keluarkan MC. Jadi saya cuma diberi antibiotik dan disuruh masuk pejabat semula, buat kerja macam biasa.

                                                      

 

44 comments:

Anonymous said...

hai. nak tanya. lepas ambil ubat gatal tu, terus hilang ke gatal2? saya rasa situasi kita macam sama. sekarang tengah tahap gatal, memang x boleh tido. tapi takut kalau kena masuk hospital.

Unknown said...

hai...bila denggi,mmg akan ada pendarahan mcm period.sy pon sama jugak.bila doc cakap itu simtom denggi baru sy paham.tp gatal2 tu mg xtahan kan...menangis2 waktu mlm sebab gatal teramat sgt.... :)

Azi said...

Eira zafirah: thank you explain pasal pendarahan tu. Dah lama br dapat jawapan. N ttq jugak tinggalakn id awak, xla rasa reply utk komputer je.

Anonymous said...

Berapa lama untuk pulih spr biasa.dari mula kena hingga sembuh.dah 9 hari saya masih rasa pening2 dan sengal tulang walaupon darah dsh ok

MyCherita said...

Semakin hari semakin meningkat kes Denggi ni, harap pihak berkuasa tangani la masalah ini secara lebih aggerasif lagi.

Unknown said...

Sy skg ni dh msuk ari ke 4 demam denggi...ari prtama demam mngejut panas+sengal2 otot..ari kedua naik bintik2 merah gatal...ari ke 3 p hospital ambil darah...ari ke 4 p hospital ambil darah..2 hari lgi kne p hospital lg ambik darah..bila nak hilang ek bintik2 merah gatal ni???

Azi said...

Hairul Azri, saya dulu lepas baik je demam hilang la bintik merah tu.

wanisalleh said...

aduii... masalh saya ni spe lak nk xplen?.. semua simtom2 tu dah saya tgh rsa ni kecuali bintik2 merah je yg x timbul.. tpi gatal2 sluruh bdan ni..Allah sje yg taw.. dh g amik sampel darah kt klinik..tpi xde plak positif denggi,yg krani kt opis dh mmg warded sbb denggi.. adesss.. dh xtaw nk wat mcmne dah ni... huhuhuuu

anntaj said...

Hai..saya baru seminggu discaj sb demam denggi...hari kedua demam kat rumah dah rasa gatal kat badan n kepala...esok pagi keluar bintik merah kat badan. Selera mkn takde. Seharian tidur...mlm tu muka merah. Gi hospital kena tahan. Tapi memanglah denggi hujung2 nak hilang tu akan gatal tapak tangan dan tapak kaki hnya Tuhan yg tahu saya tak dapat tidur sampai saya mandi kat toilet untuk hilangkan gatal dgn mandi air panas. Memang gatal..demam denggi memang sakit teramat...

Hafidz said...

Saya koma 10 hari di hospital, kena denggi & kencing tikus. Di badan tiada bintik2 merah. Badan tiba2 panas & pengsan. 19 hari dalam wad. Selepas keluar wad, saya dibekalkan ubat sawan walaupun saya tiada sawan sebelum ini.

Unknown said...

Salam..blh tlg bgtw ubt gatal2 tu ape?.gatai sgt..nk tdo pn xblh..terpaksa tdo dlm aircond maxima kuat...klu panas lg hebat gatalnya..

Azi said...

Umihani, saya xde nama ubat tu. Saya cuma request ubat untuk hilangkan bintik gatal kat klinik. Maaf x dpt bantu. Semoga tabah melaluinya. Yakinkan diri itu adalah ujian dan semua akan berakhir dgn baik nanti.

MySihat said...

Kalau dilihat statistik kematian akibat demam denggi, sangat menakutkan.

Sepanjang tahun ini sahaja, lebih 50 kes kematian dilaporkan.

Kita sememangnya wajib mengambil langkah-langkah pencegahan dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

sue said...

Demam denggi ni mmg bahaya..teringat cite kawan kene denggi berdarah..mcm mati hidup semula..kene denggi kali kedua..ujian btl utknya..

Memang skrg musim denggi lg..kene makesure kawasan umah sentiasa bersih..nyamuk pun besar2 gabak time maghrib..

smga kita sntsa sihatla hdknya

Ayah Najmi said...

salam semua...memang nak kena nyamuk aedes ni..hehe pakar pemakanan ada bagitau kita kena sentiasa kuatkan sistem imun dengan banyak makan vitamin c, insyaAllah klu imun sistem kuat boleh jadi kebal dr denggi.

wantia said...

Anak saye 6 bln lbih pas dmm dlm 5 hritumbuh bintik2 merah satu badan.....suami asyik ckp tu ruam biase....ambik mudah je

Unknowm said...

saya da kena tiga kali demam denggi..sampai sekarang saya rasa tidak tahu sama ada antibodi saya yang lemah ataupun virus denggi yg kuat..time kena buat second and third time tu mmg sakit dia 2 kali ganda dari first time..saya asyik baring je..dan pertama kali saya kena semasa tingkatan 4..second and third time semasa tingkatan 5..dua kali berturut2 dalam masa setahun..ini amat memeranjatkan saya sbb saya xpnh dgr org kena denggi 2 kali dalam setahun..mohon dipermudahkan segala urusan dan kesihatan kita bersama...

Anonymous said...

Hai...nak tnya. Awak lgsg x g hsptl ke? Hanya buat rwtn sndri

Unknown said...

Sy dh 2 mnggu demam.. mase cuti CNY aritu ade naik bintik merah di tangan n kaki n langsung x de tenaga, nk angkt tngan pon x boleh tp sy bnykkn minum air n 100 plus.. skrng ni dh sminggu rase mcm mabuk laut. Kwn ckp maybe sbb bnyk mkn ubat, jd panas badan n die suruh minum air cap badak tp x de kesan jgk... x tau la mcm mne nk buat

Unknown said...

Sy dh 2 mnggu demam.. mase cuti CNY aritu ade naik bintik merah di tangan n kaki n langsung x de tenaga, nk angkt tngan pon x boleh tp sy bnykkn minum air n 100 plus.. skrng ni dh sminggu rase mcm mabuk laut. Kwn ckp maybe sbb bnyk mkn ubat, jd panas badan n die suruh minum air cap badak tp x de kesan jgk... x tau la mcm mne nk buat

Azi said...

:)

Azi said...

X..tp jgn ikut ye..baik pegi hospital.

Azi said...

Minum air kelapa atau amalkan makanan mcm madu atau kurma pun bgs utk kembalikan tenaga awak yg hilang tu.

Azi said...

Minum air kelapa atau amalkan makanan mcm madu atau kurma pun bgs utk kembalikan tenaga awak yg hilang tu.

Azi said...

Air kelapa, madu atau kurma mungkin boleh bantu kembalikan tenaga yg hilang tu.

Anonymous said...

assalamualaikum akak..please help meeee...saye pun kena macam akak...dah seminggu lebih saye rase macam otak kurang berfungsi n lambat pikap...senang citer saye rase mcm MAMAI...apa perlu saye buat akak...

Azi said...

Bertenang dik, amalkan makan kurma, kismis, badam dan lain2 makanan yg membantu fungsi otak. Ambik masa sikit nak pulih sepenuhnya.

Unknown said...

Assalam kak, saya punya darah dah ok, dah masuk hari ke 6. Bintik merah masih belum hilang. Agaknya bila akan hilang & apa perlu buat untuk hilangkan bintik merah ni? Terima kasih

FK said...

Sy demam dh dkat 3 ari..pg klinik ari ke2..doktor kata xde paper..tp demam x kebah..selera mkn xla hilang cme klu dmam biasala krg cket selera..xde bintik merah,xde gatal2,xde sakit sendi ,xde loya or pitam,dh minum 100plus cume demam je xkebah..denggi ke ni?

Unknown said...

Sy dh hampir sbulan lepas swmbuh denggi tp sengal kaki dan sendi lain masih terasa.sy xboleh berjln seperti biasa..pergerakan kena slow..

Unknown said...

salam kak sy baru dua hari demam ni. sy taktaw la denggi ke ape. tp sy rasa sakit kepala yg amat then bebola mata ni berdenyut and xde selera mkn dan minum cuma bole telan air suam dan sebuku roti itu pun paksa.itu simptom denggi ke?

Sentiasa d hati said...

betul, sama dgn saya. dah 26 hari lepas kena demam denggi. saya tak boleh jalan jauh... kaki rasa sakit dan tak berdaya nak jalan. mata juga jadi kabur. keadaan akan pulih seperti asal ker?

lamansusuibu said...

Br kena ni. Mcm xpercaya pula kena denggi. Check drh, platlet rendah skit. Tapak kaki n tgn mmg merenyam gila² ni.

lamansusuibu said...

Br kena ni. Mcm xpercaya pula kena denggi. Check drh, platlet rendah skit. Tapak kaki n tgn mmg merenyam gila² ni.

suka kongsi said...
This comment has been removed by the author.
Ely Norsuhaili Ali said...

Saya dah dekat seminggu kene denggi...platlet jatuh sampai bacaan 15..demam 40..sekarang dah semakin pulih cuma gatal-gatal lagi kat kulit..

Unknown said...

Saya amik masa sebulan berbeza dgn ank saya cuma 2 minggu..bila tnya doktor ckp faktor usia.yalah masa saya kena tu umur 50 tahun ..sedangkan ank saya baru berumur 21 tahun masa tu.. tp smpi sekarang denggi ni kacau urat saraf saya..jd dh x kuat .. Allahualam

Unknown said...

Tangan dan kaki yg gatal² tu dia sekali dgn bengkak tak kakinya..mcm bengkak org mngndung tu

Anonymous said...

Saya skrng kena denggi,satu badan ruam2 merah macam pecah darah,gatal miang macam kena buluh šŸ˜­

Anonymous said...

so klau gi klinik ckp mcm tu jela..sis xde ckp bintik2 dri demam denggi?

Anonymous said...

Hi.. awk buat mcmana ye nk hilangkan bintik merah tu? Sy bru lps kena denggi. Skrg bru naik bintik merah. Gatal yg amat

Anonymous said...

Betul... Sangat gatal Dan tak selesa

Anonymous said...

Jd MCM mana ruam Tu Akan hilang

Anonymous said...

How did u confirm itu demam denggi when u not even go to the doctor