Monday, October 31, 2016

Pai Ayam Melbourne

Pertama kali makan pai ayam masa sekolah dulu…terus teringat-ingat rasanya yang sangat sedap. Masa dulu tak belum popular carian melalui internet ni. Tak macam sekarang, semua di hujung jari tinggal lagi malas atau rajin je.  Keinginan nak makan pai ayam homemade makin kuat bila terjumpa resepi pai ayam Melbourne kat blog kak Azie ni. Mudah je rupanya. 

Resepi ni sangat sedap dan berbaloi buat sendiri.  Dapat makan sampai puas. Kalau beli tentu mahal. Lebihan pai yang belum dibakar aku bekukan. Boleh buat hidangan minum petang kalau teringin nanti.

Oh, mungkin lain kali kalau buat lagi inti pai ni aku nak letak cendawan lebih lagi sebab sedap sangat….sambil buat pai hari tu pun, sambil suap fillingnya dalam mulut…sedap sangat.


Pai Ayam Melbourne 
Sumber resepi - Nora (koleksi resepi "secukup rasa")
Oleh: Azie Kitchen

Olahan semula oleh: Azimah

Bahan bahan:



Untuk inti pai (filling):

1 cawan isi ayam- hiris nipis

1 cawan cendawan butang- hiris nipis – saya guna shitake segar

1 tin sup cendawan butang Campbell

1 tin (kecil) kacang pis - saya guna dice carrot

1 biji bawang besar- potong dadu 

1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus

1 sb lada sulah

2 sb mentega/minyak zaitun

1 biji kuning telur (mengilatkan pastri)

Sedikit air (sekiranya terlalu pekat)

Untuk pastri :

100g tepung gandum

50g mentega

secubit garam

2 cmb air



Saya guna:

Kulit roti pratha jenama kawan – saya pun
Cara cara:

Panaskan mentega. Goreng bawang besar hingga kekuningan. Masukkan isi ayam dan biarkan seketika.

Masukkan sup cendawan butang Campbell, ubi kentang, kacang pis, air dan lada sulah.  Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan  ketepikan seketika.

Canai kulit pai dan letakkan ia sebagai lapisan bawah (base) dan cucuk sedikit dengan garfu.  Bakar selama 5-6 minit. 

Tuangkan isi pai yg dimasak tadi ke atas base pai.

Canai kulit pai lagi setebal 2 cm dan letakan diatas isi pai sebagai lapisan atas.

Sapukan sedikit kuning telur yg dicampur dgn 2 sk air utk mengilatkannya.  

Bakar selama lebih kurang 12-20 minit atau sehingga pastri masak di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pada suhu 200C.


*menghasilkan pai daripada roti paratha sangat mencabar sebab bila paratha dah defrost  tepungnya jadi sangat liat untuk di canai. Mungkin lain kali aku nak cuba guna kulit puff pastry pulak ataupun buat sendiri kulit pai.
*untuk pai yang dibekukan masa membakar lebih lama diperlukan. Mungkin dalam 50-60 minit bergantung kepada oven. 

Monday, October 24, 2016

Apam susu gebu

Rupa memang tak berapa kacak, tapi sekali suap nak berkali-kali
Resepi apam susu yang menjadi. Sebelum ni pernah try resepi lain tapi hasil kurang memuaskan. Yang ni dah buat 2 kali hasil konsisten iaitu lembut dan gebu so bolehla tepek kat blog supaya tak hilang. Pernah buat dalam 1 loyang besar dan kali ni aku buat dalam acuan lompang.

Semata-mata nak tarik perhatian Darrien supaya dia makan la. Banyak juga dia makan semalam.

Apam Susu

Bahan-bahan
4 biji telur
1 tsb ovalet
1 cawan gula
1 tsb esen vanila
4 tsb susu pekat
2 tsb minyak jagung
1 ts baking powder
2 cawan tepung gandum

Cara2
1. Pukul gula,telur,esen dengan ovalet sampai kembang
2. Masuk susu dan minyak kemudian putar lagi sampai kembang dan gebu
3. Masuk b.pwder dan tepung,putar sebati
4. Akhir sekali, asingkan ikut warna ksukaan..
5. Kukus lebih kurang 25-30 minit jika guna loyang besar. 8-10 minit jika guna acuan kecil.

*kalau telur saiz besar aku guna 3 biji telur je dan tambah air lebih kurang 60ml. 

Sebelum masukkan adunan apam sapu sikit minyak dalam acuan supaya senang nak keluarkan apam tu nanti. Kalau nak jimatkan masa boleh buat 2 adunan terus. Apam yang lebih tu boleh bekukan, cuma kukus semula bila nak makan ia akan gebu semula. Jimat masa untuk sediakan minum petang. Biasanya bila aku buat apam susu ni kami 3 beranak makan je dah habis 3/4 adunan sekali hadap.

Thursday, October 20, 2016

Darrien dan Inarra

Darrien adalah seorang budak yang sangat-sangat manja, semuanya perkara dia buat nak mak bapaknya temankan…tak kisahla makan ke, minum susu ke, main ke..masa dia tunggal memang dialah centre of attention kami berdua…kadang-kadang datang moodnya yang kelaut tu,  botol susu yang dia tengah minum pun nak aku pegangkan … 

Sebelum Inarra keluar memang aku risau kalau dia tak dapat terima kenyataan yang dia bukan lagi anak tunggal.  Selepas 6 bulan dia hidup bersama-sama adiknya sekarang dia dah dapat terima kehadiran Inarra sedikit demi sedikit. Dia dah terima yang maknya kena bagi perhatian dekat adiknya jugak. Kami tak paksa cuma ajar sikit demi sikit…bagaimana nak menyayangi, membelai dan bermain bersama-sama. Diorang biological siblings…natural chemistry tu tetap ada.  Cuma kena guide je. 

Sejak Inarra dalam perut lagi aku bawak tangan Darrien pegang perut especially bila baby tengah bergerak. Selalunya dia tarik balik la…sebab terkejut kot…ada benda bergerak dalam perut mak dia. Slowly apabila aku dah hujung trimester ketiga dia rasa bersalah kalau terlanggar perut aku…”sowy baby” katanya. 

Hari pertama bawa Inarra balik rumah, Darrien pun nak menyusu badan balik…hahahaha!...cecepat aku mintak bapaknya buatkan susu. Nasib baik dia tak marah…legaaaa…hari berikutnya dia masih excited lagi bila balik dari rumah babysitter ada baby kat dalam rumah..lama-lama dia bosan..baby tak reti-reti nak balik….dah baby tu anak mama jugak….lepas tu mula la keluar tanduk…awal malam dia ok…time nak tido tu…dia tak bagi aku tido dengan Inarra. Terpaksa aku susukan baby lepas tu bagi bapaknya teman. Aku dengan Darrien tido asing. Dia taknak kitorang satu tilam. Aku ikutkan. 

Tapi dalam masa yang sama tetapla sambil ajar dia yang adik tetap ada dalam rumah, tido sama dengan mama dan macam-macam lagi. Perlahan-lahan nampak penerimaan dia. Dia boleh terima kalau dia nak sesuatu tapi aku tak dapat entertain masa tu jugak sebab baby tengah menyusu. Tiap-tiap hari bagi  dia pegang baby atau letak baby kat riba dia lepastu ajak dia bergambar sama-sama.  Hari-hari aku bebel kalau Darrien sayang baby, nanti baby sayang Darrien banyak-banyak…hahaha…

Hari berganti hari..tak terasa Inarra dah hampir 6 bulan…sekarang kalau berkereta dia memang taknak pisah dengan adiknya.  Main pun sama…nanti dia cakap “daddy, jom ..mama bawa baby jom main train”…hahaha…sebab dia tau kalau dia tak bagi adik main sama kitorang biarkan dia main sorang-sorang. Sebab ada sekali tu dia rampas train adik dia pegang padahal dekat tangan dia dah ada satu lagi…kitorang tak marah dia, tapi angkat baby terus masuk bilik tido. Lepas tu menangis-nangis dia minta bawa baby masuk bilik toy main.  Sejak kejadian tu..tak pernah la dia ulang perbuatan dia tu…kalau ada pun dia bagi adik dia 1 mainan dan dia main train yang lain. Bertolak ansur la jugak . 

Kadang-kadang dia rajin juga mengagah adiknya, di ciumnya baby tu sambil main cak-cak. Selalunya bila kami berdua tak nampak atau tengah sibuk buat kerja lain. Ego nak bagi kasih sayang...depan-depan takde pun buat macam tu. Adiknya pulak dah pandai respon. Lagi la dia seronok bila adiknya ketawa kalau dia melompat, mengagah atau menyanyi. Kadang-kadang dia tutup mulut kitorang tak bagi menyanyi..biar dia sorang yang berlagu untuk adiknya. Kalau dia nak melompat atas tilam dia suruh sekali kita dirikan adiknya supaya adik pun boleh join melompat.

Tapi dalam terima pun kena respek dia punya personal zone jugak…baby rocker yang kitorang beli masa dia baby dulu dia tak bagi baby pakai…hahaha…even handkerchief dia pun dia tak bagi baby guna jugak. Bila dia dah bersuara “Darrien punya” tu…baik la dengar je cakap dia hahahahaha….

Wednesday, October 12, 2016

Ayam kacang ma

Hari ni teringin nak makan kacang ma pulak. Senang sangat nak masak. Sap sap sui je dah siap...kalau masak ni memang relaks je...campak je dalam kuali lepas tu tinggal pegi mandi. Siap mandi ayam pun dah masak. Resepi ni dari Sarawak...biasanya banyak dibuat sebagai makanan orang berpantang. Tapi kalau nak makan waktu tak pantang pun boleh. Boleh panaskan badan dan buang angin especially bila hari sejuk dan hujan.

Ayam masak kacang ma
2 inci halia
1 sudu serbuk kacang ma
1 sudu minyak bijan (optional)
Setengah ekor ayam (saiz kecil)
Garam secukup rasa.

1. Tumbuk halia dan perahkan airnya ke dalam bekas berisi ayam. Perap seketika.
2. Sangai hampas halia hingga garing. Kemudian masukkan ayam ke dalam kuali diikuti serbuk kacang ma.
3. Reneh ayam hingga masak. Masukkan minyak bijan dan garam secukup rasa (kalau x tambah garam pun  dah sedap dan lebih sihat).

Monday, October 10, 2016

Urus masa III: Menguruskan masa setelah ada 2 anak

Sebelum ada 2 anak selalu aku tertanya-tanya macam mana keadaan rumah nanti. Sempat ke tidak, larat ke malas nak mengemas…tapi walaupun aku bukan OCD mungkin kerana sifat diri yang tak suka berselerak aku gagahi jugak mengemas walaupun hayat kekemasan rumah tu tak lama. Sekurang-kurangnya aku tau rumah aku boleh dikemas asal rajin. Tapi tak sampai tahap yang membanggakan la…biasa-biasa je. 

Mujurlah anak nombor dua ni sangat ‘baik’ perangainya. Bukan jenis menangis je kerjanya bila aku tak angkat dia atau tak ada kat sebelah.  Penido pulak tu. Jadi dapatla aku laksanakan tugasan mingguan aku dengan berkesan. Semenjak adik ada ni, tak banyak berubah pun tugasan mengemas aku tu. Masih lagi aku gemar mengemas seawal pagi. Cuma aku kena pastikan adik kenyang bila nak keluar dari bilik dan ada ‘break’ kejap selepas 2 atau 3 jam untuk susukan dia semula. Biasanya diorang akan bangun pukul 10 ke atas semasa hujung minggu. Jadi aku ada cukup masa untuk siapkan tugasan mengemas, membasuh etc. Paling magik semenjak beranak dua ni….badan aku pandai pulak bangun pukul 6 walaupun semasa hujung minggu. Dulu jangan harap la…..

Ada sesetengah benda aku ‘terpaksa’ lepaskan untuk tak di selesaikan waktu hujung minggu. Pepandai la aku cari masa time weekdays nak pastikan keadaan rumah bersih dan kemas. Contoh, aku utamakan pakaian keje dan harian untuk di cuci. Jadi bedsheet atau alas kaki terpaksa aku cuci semasa weekdays je. Contoh lain, kain yang kering di hujung minggu terkadang tak sempat pun dilipat jadi aku akan cuba selesaikan masa weekdays je sebab kena bagi perhatian kat anak. Kadang-kadang ada je aku bangun pukul 5 pagi masa hari bekerja sebab nak selesaikan kain yang berlonggok atau iron baju.

Kesimpulannya, tak banyak berbeza rutin mengemas aku sekarang. Sama je…masih lagi bangun awal pagi di hujung minggu untuk mengemas cuma kena turun dari katil lebih awal dari dulu. Habis mengemas je terus uruskan anak-anak yang baru bangun tido. Letih memang letih, tapi lagi letih tengok rumah tak berkemas.

Urus masa II: Jadi pencuri bila ada anak (Ada anak 1)

Bila ada anak ni, dapat pulak jenis yang melekat macam gam UHU kena pandai cari masa. Masa nak masak, mengemas, lipat kain, mandi hatta nak buang air pun kena pandai cari masa. 

Di sebabkan itu….aku selalu mencuri masa. Cara aku curi masa adalah dengan tidur lebih lewat (biasanya ni aku fail) ataupun bangun lebih awal (ni selalu practice). Kalau tak buat macam ni, masuk rumah aku pijak sampah la. 

Biasanya aku settle kerja-kerja mengemas hujung minggu sebab hari biasa masa bersama Darrien tak panjang jadi luang lebih masa dekat dia dan rehat lebih sikit. Kalau ada buat kerja pun setakat basuh dan lipat kain je, sidai kain sebelum pegi keje esoknya. Keje-keje yang tak perlu berjauhan dengan Darrien la. Aktiviti mop atau cuci bilik air memang takkan la. Setakat susun toy kat ruang tamu adela. Walaupun sebenarnya aku suka buat semua tu weekdays, weekend aku boleh memanjakan tubuhku dengan tengok tv sepanjang hari.

Biasa aku bangun awal hari Sabtu. Darrien pulak bangun tido dalam pukul 9. Kalau bangun pukul 6.30 pagi memang banyak dapat selesai awal lagi tak dapat la nak buka mata..kot kalau anak dua nanti boleh di pertimbangkan. Contohnya, lepas je solat terus cuci kain. Lepas tu sapu lantai (kalau Darrien tido tak dapat guna vacuum, nanti dia terjaga), mop sambung terus cuci bilik air dan mandi. Kalau Darrien masih belum bangun masak air, buat sarapan ringkas sambil sedia bahan untuk masak tengah hari nanti. Bila tiba waktu masak nanti senang campak dalam kuali je. Memasak sebenarnya tak lama tapi nak sediakan bahan masak tu yang ambil masa sikit. 

Lepas je Darrien bangun, aku pun dah siap mandi. Terus ajak dia sarapan pagi. Lepas tu layan dia main atau tengok katun. Sementara tu, Zizi pulak ambik alih sidai kain dan cuci kain lagi. Bila hari dah tinggi, aku pun nak start masak Zizi akan mandikan Darrien. Bolehla aku bersilat kat dapur pulak. Kalau makan kat luar, kadang-kadang aku yang mandikan Darrien. 

Petang pulak, tidokan Darrien dan aku nap jugak sekejap. Masa tu, aku akan tidokan dia kat ruang tamu dan amik kesempatan sapu dan mop bilik pulak. Bersihla rumah untuk minggu tu….kalau rajin basuh bilik air satu lagi…kalau tak tunggu minggu depan je. Malam lipat kain sambil main dengan Darrien. Pandai-pandaila lipat kain bila dia masih berjaga dan opkos kerjasama Zizi amat penting untuk elak dia kacau kain yang dilipat.

Hari Ahad pulak, jangan fikir aku bangun lewat yeee….takde maknanya….aku bangun pagi seterika baju keje pulak. Ni je la masa aku boleh menyeterika tanpa gangguan dan risau Darrien datang dekat dan usik iron tu. Dia memang pantang aku buat keje rumah dan tak bagi perhatian dekat dia. Lepas tu, sarapan ringkas. Kemudian, cuci bedsheet and towel, ni wajib sekali seminggu sekurang-kurangnya.  Kalau sempat sambung pulak dengan alas kaki pulak.  Sambil-sambil tu kalau Darrien belum bangun aku cuci la laman belakang sapu sikit kat koridor rumah dengan laman tepi. Aku suka tengok luar dan dalam rumah aku kemas. Menyampah gila kalau tengok penutup longkang berlumut jek…sakit di mata, di hati dan di kepala. 

Tapi yang menyampah tu la selalu aku terpaksa hadap sebab tak larat nak settle semua sekaligus.
Kalau tak sempat, aku buat waktu petang masa dia nap. Aku atau Zizi cuci car porch atau bahagian belakang rumah kemudian sambung cuci kete atau cuci longkang. Kadang-kadang sempat la aku buat minum petang…uli donat ke, buat cekodok ke. 

Ni yang aku tulis banyak kat atas tu kadang-kadang tak jadi macam tu pun dan bukan semua aktiviti tak penting macam sapu koridor tu buat tiap-tiap minggu yer…adakala sempat buat sebulan sekali je. Adakala Darrien surprise kan kitorang bangun awal, taknak tido petang…maka tunggang terbalik la sesi mengemas aku. Tapi aku akan cuba selesaikan yang paling penting dulu contohnya iron baju dan mop lantai. Mop lantai adalah top priority bagi aku sebab Darrien selalu berguling di lantai dan kulit dia sangat sensitive dengan habuk. Kadang-kadang berguling sekejap je habis muka dia merah-merah macam kena alergik seafood. 
 Lepas 2 3 jam baru hilang. Biasanya macam tu la jadual aku, untung perabot tak banyak dalam rumah. Kalau mop lantai tu, kejap je boleh settle. Kalau semua settle pagi-pagi, senang hati aku nak merayap hujung minggu. 

Bulan puasa, memang banyak kerja dapat settle sebab lepas sahur aku tak tidur dah. Lepas je makan terus buat kerja rumah. Weekdays pun dapat buat. Jarang sekali kain baju berlonggok tak berlipat. Tapi badan memang letih sikit sebab malam tak dapat tido awal pun. Cuma bila tengok rumah teratur rasa damai je hati itupun sebelum Darrien sepahkan toy dia.

Kalau nak buat summary lebih kurang camni la bila weekend kat rumah je;

6.30am                 Solat lepas tu terus cuci baju
6.45am                 Sapu lantai dan mop/iron baju
8.00am                 Cuci bilik air dan mandi
9.00am                 Sidai kain/kemas laman belakang/sediakan bahan masak lunch
10.00am               Darrien bangun/Sarapan ringkas
12.00noon            Masak
1.00pm                 Makan/ Solat
3.00pm                 Darrien tido/ sambung kerja cucian dan mengemas.
5.00pm                 Rehat/Lipat kain/Jalan-jalan

Urus masa I: Menguruskan masa (sebelum ada anak)

Aku selalu takde kat rumah. Hampir setiap minggu pulak tu. Hingga kalau kawan-kawan, adik beradik atau saudara mara nak bertandang selalu pesan SMS atau call dulu. Sebab tiada jaminan dirumah. Kalau tak bagi tahu awal-awal, bimbang aku punya perancangan lain. Dalam dok sibuk-sibuk tu ada jugak yang bertanya macam mana urusan rumah tangga, tapi setakat ni semua ok. Rumah takdela bersepah, kain berbasuh dan berlipat, bahan mentah pun takde yang berkulat kat dapur. Cara-cara bagi orang yang hujung minggu tak lekat kat rumah adalah………………………….sila baca kat bawah.

Isnin
Laundry day!!!! Hari ni basuh baju hasil daripada hujung minggu yang lepas. Sambil-sambil basuh baju, masak untuk dinner sekali. 

Selasa
Membasuh lagi, kali ni cuci pakaian putih/cerah kemudian cuci sekali lagi untuk fabrik bukan pakaian contoh, cadar dengan tuala. Juga sambil mencuci, jangan lupa masak untuk dinner.
Lepas dinner, lipat kain basuhan hari Isnin yang dah kering tu.

Rabu
Hari ni pegi kedai kawan buat part time. Sebab hari ni waktu opis habis awal, selalunya aku akan seterika baju sama ada untuk hari khamis ataupun untuk minggu berikutnya (kalau sempat la..kalau tak lipat kain je). Selalunya hari rabu cuti daripada masak memasak. Ni la time nak rasa air tangan Zz pulak.

Khamis
Ok, jika perjalanan tu bermula hari jumaat (malam, lepas keje). Hari ni cuci kain dan iron baju untuk minggu berikutnya. Iron baju hari khamis, jumaat perjalanan bermula kemudian jika hari ahad sampai rumah lewat malam tak perlu risau lagi sebab baju untuk dipakai ke tempat kerja dah ready. Hari ni dinner selalunya sangat sempoi, kalau  tak sempat masak order je kat cik abang. Hari ni jugak, akan sapu dan mop lantai. 

Jumaat
Jika Jumaat merupakan hari mula perjalanan - Balik keje terus lipat kain kemudian kemas dapur. Buang barang-barang yang dijangka rosak sepanjang peninggalan. 
Jika sabtu merupakan hari perjalanan – balik keje, masak, lipat kain, iron baju untuk hari sabtu. Jika membasuh, ianya adalah seperti kain pengelap dapur atau alas kaki. 

Itulah serba sedikit cara menguruskan rumah. Kadangkala, tak terikut pun dengan plan yang aku buat. Selalunya ikut gerak hati je. Peraturannya tak ketat pun, prinsip utama jangan sampai kain kotor berlonggok macam everest, debu kat lantai boleh buat bedak muka dan sayur busuk dalam peti sejuk. Perkara-perkara lain yang boleh dibuat secara berkala macam cuci kipas, cuci tingkap dan menyusun atur barang aku buat masa yang kurang sibuk sikit. Takdela terasa beban nak buat kerja tu.

Darrien semasa 2 tahun 7 bulan


Lama aku peram ni dalam draft. Sekarang Darrien dah 3 tahun 6 bulan.

Lama dah tak cerita pasal Darrien kat sini…hmm…nanti lama-lama lupa pulak. Meh sini mama Darrien nak coretkan. Sekarang Darrien dah 2 tahun 6 bulan. Dua minggu lagi masuk 2 tahun 7 bulan. Budak ni kadang mencairkan hati kadang memanaskan hati maknya aje…sabo je la…tapi tetap la penawar rindu intan payung sayang segunung.

Sekarang dia rajin sangat menyanyi..petang-petang lepas ambik dia kat rumah mama gie masuk je “grey” (ni nama panggilan kete aku) bye bye ikram kat atas rumah, lepas tu tutup tingkap kete sendiri. Masuk je jalan besar walaupun aku nak u-turn akan terdengarlah suara “mama, straight”.  Kadang aku turutkan tapi semenjak tol dah naik ni rasa rugi je bayar singgit tujuh demi jalan yang tak berbaloi itu. Dia nak jumpa kakak tol je pun. Aku yang kopak. Lepas tu sambil tunggu traffic light, ada lagi suara “ mama, kut”. Dalam kete tak boleh kosong mesti ada biskut walaupun cream cracker hup seng tu. Kalau tak, ada yang hempas kepala kat pintu kereta meski perut masih kenyang makan nasi.  

Sambil makan biskut tengok truck, bus, aeroplane…sumelah nak di tegurnya. Ikutkan je la…lepas tu dengar la suara “mama, bus”…ni start dah la ni…mengasah vocal aku. Dari masuk highway sampai la sampai ke simpang rumah aku menyanyi. Dulu belum kawin zz suka kondem aku menyanyi pitching lari…tapi baik dia berterima kasih kat aku sebab yang pitching dok lari ni la entertain anak dia supaya dia dapat drive dengn tenang. Satu-satu dia mintak aku nyanyikan, wheel on the bus, old mcdonald, itsy bitsy spider, rain rain go away, Thomas n friends, abc song, 123 song,Daddy finger, etc. Daripada pengetahuan aku dua lagu je nursery rhymes sampai la berpuluh lagu aku hafal sekarang.  Kalau ada orang lain dalam kete tu, nasibla….dia panggil suruh nyanyi sama.  Troma sapa tak hafal nursery rhymes.

Darrien ada speech delay tapi doktor kata perkembangan yang lain bagus tak perlu risau apa-apa just keep communicating with him in full sentence. Dia memang malas sikit nak develop sentence tapi kalau kitorang berdua je kat rumah dan biasa masa aku dalam bilik air selalu aku dengar dia menyanyi sorang-sorang lagu yang biasa kitorang nyanyikan. Ada dua tiga lagu dia dapat habiskan walaupun ada sestengah perkataan sebutannya belum jelas macam abc song dan itsy bitsy spider dan daddy finger. Bukan tak buat ayat langsung Cuma kalau ada short cut memang dia pilih short cut. Stail pemalas sikit cam aku..nak senang je.
Sekarang dia hafal ABC sampai Z lengkap dengan kenal huruf dah, tapi huruf besar saje. Bagi huruf kecik tengok…. I boleh jadi 1. 123 dah sampai 10. Nombor pun kenal jugak tapi dari 0 sampai 9 je. Bagi gambar no 10 dia cakap 1. Hehehehe…aku tak dapat nak ajar suku kata je ni…perlu ketabahan tinggi nak ajar suku kata. 

Sekarang pantang cakap perkataan ‘jalan’…kalau nak pegi memana terpaksa la aku ngajak bapaknya speaking dalam rumah. Kalau tak selagi tak keluar, tukar pampers taknak, minum susu taknak, asik nak ke pintu je….

Lepas tu kalau kena marah sikit muncungnya bukan main, bibir terus tukar jadi huruf C terbalik. Siap pakej hantuk kepala sendiri kat dinding. Kalau di pujuk terus memang tak jalan….kena biar dua tiga minit baru panggil ok sikit.  Lagi-lagi kalau merajuk dengan bapaknya, selagi takde kepentingan untuk dia takkan dia pandang bapaknya. Cuba kalau berhenti kat kedai….masa tu suruh peluk, suruh kiss semua dia buat. yang penting dapat benda yang dihajatnya. 

Lepas sebulan dia keluar dari hospital baru la nampak health condition dia bagus sikit. Tapi aku tetap berjaga-jaga ni…tak boleh kena hujan, tak boleh minum air sejuk , bagi makan scott emulsion sekerap mungkin, bagi makan madu, elakkan makanan berminyak. Kalau tak aku jugak yang susah nanti, bapaknya dah la kerap outstation lately, dengan keadaan aku sekarang lagi. Semput tau. Temperature pun cepat naik bila cepat penat ni. Lepas marah anak , menyesal lepas tu nangis sorang-sorang….what kind of emotion la….

Badan dia pun dah start naik balik, hari tu stuck 15kg beberapa bulan. Demam, selsema, batuk, semput…buat dia tak maintain je. Sekarang dah terasa berat bertambah. Elok la…kang balik kampung takde la kata kesian kat anak aku muka dah panjang…padahal makan boleh tahan…kalau kat rumah, celik mata minta toast bread sapu kaya biasanya success sekeping setengah kalau lapar sangat 2 keping pun habis, susu sebotol lagi….tengah hari pukul 12 – 1 makan nasi. Kalau kena selera habis sesenduk penuh. Selang sejam dua, susu lagi. petang makan roti atau biskut. Malam nasi lagi. kalau tak bagi nasi, plastik roti, balang biskut semua dia buka. Sambil tengok tv kadang-kadang susu kotak, biskut la…kalau ada kek makan kek, kadang potong buah takpun pisang sebiji. 

Paling best main tangan dia la sekarang…gebu je…ada isi…hehehehe…jari gemuk…dengan rambut gulung-gulung kaler tak berapa gelap. Bapaknya taknak potong lagi. Ramai jugak yang tanya anak kakak ni laki ke perempuan? Tidur nak kena peluk…kalau aku mengadap arah lain masa nak tidur merajuknya bukan main…berpusing-pusing atas tilam tak puas hati. Paling menyampah bila bayar duit tol, kalau perempuan muka cantik sikit dia punya senyum siap angkat tangan bye bye lagi. Kalau lelaki, buat tak tau je. Perangai menurun bapak ko le tu….lepas daripada to sengih-sengih cakap “huhuhu…kakak..kakak…tik (cantik)”