Tuesday, June 3, 2014
Kami dah pindah!!!
Saturday, May 17, 2014
Cheesekut ll
Minggu ni adik aku,Ija datang. Plan asal nak ke kenduri kahwin sepupu tapi cancel sebab Darrien kurang sihat. Saja je nak bagi dia rasa kesedapan cheesekut jadi buat la malam tadi lepas Darrien tido. Kali ni guna Deluxe cracker pulak. Deluxe cracker memang sedap sebab biskut lebih lemak dan sedikit masin. Warnanya coklat gelap, jadi warna cheesekut kali ni lebih menarik. Resepi kali ni ada sikit 'kederhakaan' sebab aku tambah Nestle cream. Memang berlemak....takpe makan sambil minum green tea ye....aku punya green tea nama je import dari Jepun tapi belum luak lagi. Tapi percayalah, bila cheesekut ni masuk mulut....hmmmm....nak lagi dan lagi dan lagi.....
250g cream cheese
1/4 tin susu pekat
150g Nestle cream
3 sudu besar gula icing
1 bungkus Hup Seng Deluxe Crackers
Secawan susu suam (susu segar/susu tepung yang dibancuh)
1. Pukul cream cheese sampai kembang.
2. Masukkan susu pekat,Nestle cream dan gula icing.
3. Celup biskut dalam susu kemudian susun dalam bekas.
4. Masukkan adunan cream cheese dan ratakan menjadi lapisan nipis.
5. Ulang langkah 4 dan pastikan adunan cheese menjadi lapisan teratas/terakhir.
6. Letak topping kesukaan seperti milo atau nestum. Aku pilih milo.
7. Sejukkan semalaman sebelum dipotong.
Wednesday, May 14, 2014
Penkek pisang
Zz rajin beli pisang, kadang habis dimakan mentah kadang tak. Semalam dah buat cekodok 4 biji, hari ni ada lagi 2 biji. Nak makan macam tu je tak sedap sebab dah terlebih ranum. Buat lempeng sedap iugak....tak la membazir.
Bahan
2 biji pisang - dilenyek
1 cawan tepung berserbuk penaik - kalau nak guna tepung gandum biasa pun boleh tambah baking soda je.
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar nestle cream - xletak pun xpe
1 biji telur
1 sudu besar gula
Secubit garam
Air - kepekatan adunan ikut citarasa sendiri.
Gaulkan semua bahan dah rehatkan 5 minit.
Panaskan non stick pan dan sendukkan setengah cawan kecil
Balikkan selepas bahagian bawah agak keperangan dan biarkan sekejap kemudian angkat dan hidangkan.
*batter aku terlebih air, nipis je lempeng. Kalau nak lempeng jadi tebal tambah pisang atau kurangkan air biar pekat sikit.
Tuesday, May 6, 2014
Salt Cheese Cracker Cheesecake
125 g mentega
250 g cream cheese
1 cawan gula aising
170 g Nestle cream (1 tin kecil)
3 bungkus Khong Guan salt cheese cracker
1 cawan susu segar - semalam takde, ganti dengan secawan susu anmum
Caranya
2. Masukkan cream cheese dan pukul sampai gebu.
3. Masukkan Nestle cream dan pukul sebati. Ketepikan.
4. Celup biskut dalam susu dan susun dalam bekas/loyang hingga tertutup permukaan bekas yg dialaskan dengan baking paper.
5. Kemudian, lapis permukaan biskut dengan adunan krim tadi dan ratakan.
6. Ulang proses tadi hingga dapat ketebalan yang diingini atau sehingga biskut/krim habis.
7. Pastikan krim merupakan lapisan terakhir.
8. Akhir sekali, ayak sedikit milo di permukaan kek ( boleh diganti dengan nestum, atau serbuk biskut).
9. Masukkan kek ke dalam peti sejuk semalaman.
Monday, April 28, 2014
Surat cinta untuk sayangku
Kamu tahu dah setahun mama tak masuk jalan-jalan kat midvalley..ntah-ntah ada kedai baru atau makanan sedap kat sana. Dah setahun jugak mama tak jalan-jalan kat Bukit Bintang cuci mata dan bakar kalori cantikkan kaki. Sekarang mama banyak habiskan hujung minggu dekat rumah. Baik sungguh mama kan? Dulu kena set appointment kalau nak tengok mama ada kat rumah masa hujung minggu.
Dah lama mama tak keluar malam dan balik rumah pukul 3 pagi. Tahu tak mama pelik tengok diri mama yang tak lagi berjimba kat luar. Jangan fikir bukan-bukan mama tak pegi mane pun, tengok wayang atau pegi makan je pun. Lagipun kalau keluar malam selesa sebab tak panas dan tak payah kejar waktu solat. Mama tak lagi makan tengah malam kat Murni tau…takde lagi mama order Dragon Bread atau Mee Raja atau order air I Love You. Tak lupa jugak mama dah setahun tak tengok wayang dan mama larang daddy sekali tengok wayang tanpa mama tapi rindu jugak nak tengok midnite movie kat Sunway Pyramid…hahaha…..
Tapi, walaupun mama tak lagi dapat buat semua tu…mama tak menyesal pun…takde pun rasa Darrien menghalang aktiviti mama tu.. kamu buat mama rasa tak perlu nak buat semua tu dan rasa macam buang masa pulak..
Dulu mama tak rasa macam buang masa…hahaha…
Mama rasa lapang dada bila tengok kamu makan, sihat, tido nyenyak, senyum, ketawa dan merepek dengan bahasa kamu yang tersendiri tu..mama tak paham kamu cakap apa, tapi kamu paham apa yang mama cakap, Cuma kadang-kadang kamu ada pangil mama, mama atau ma....kamu memang lebih bijak daripada mama.
Insyaallah…
Mama susah hati bila kamu kurang sihat…kalau la mama dapat ambik sakit kamu masa tu…mesti mama ambik. Mama menyesal kalau kadang-kadang mama terlepas pandang akan kamu. Mama takut jagaan mama kurang sempurna. Mama rasa bersalah tak jaga kamu 24/7 macam mak mama jaga mama, ye mama untung sikit sebab mbah kamu dulu bukan career woman, dia full time housewife..untung kan mama? Sori, mama kamu kena kerja sebab mama ada tanggungjawab sendiri tak boleh la nak bebankan daddy dengan masalah mama.mama bukan pentingkan duit atau harta benda..belum lagi mama guna duit gaji mama kearah perkara yang tak perlu setakat ni. Cuma mama pentingkan kesejahteraan keluarga. Kamu fahamkan?
Mama selalu nak cepat-cepat balik kerja sebab nak jumpa kamu, nanti mama dapat tengok muka kamu senyum, merangkak laju-laju dan berleter pada mama bila mama bagi salam. Kadang-kadang kamu gelojoh betul nakkan mama sampai mama tak sempat sarung baju dah kamu panjat-panjat badan mama sambil henjut kaki. Kadang-kadang tu mama tengah masak dah kamu pegang hujung baju mama nak belajar berdiri, mama pulak risau kalau sudip terpelanting kat kamu. Harap-harap sampai kamu besar la kamu clingy kat mama..hahaha..tapi kamu mesti pandai berdikari tau…bila besar nanti kamu nak clingy bila kamu berdua je dengan mama bolehla…depan orang lain mesti pandai cover tunjuk kamu tu macho.
Tapi ingat ye sayang, besar nanti kalau memandu…mama tak kasi guna kereta mama tau…kamu boleh memandu kalau kamu dah berkemampuan dan ada kereta sendiri. Belajar dapatkan sesuatu dengan usaha sendiri sayang. Macam tu, lega sikit hati mama kalau mama dah sampai masa nanti.
Terbaru, gigi kamu dah keluar 7, 4 atas dan 3 di bawah. Mama nampak macam ada lagi yang nak keluar dalam masa terdekat ni. Teether kamu ada 5 tapi satu pun kamu tak berminat. Plastik roti dengan cabel charger pulak yang kamu gigit…..bahaya nak oiiii……kadang-kadang pipi, bahu, paha mama jadi mangsa gigi kamu. Semalam, kamu dah pandai kenakan mama…apa2 yang mama larang semua kamu nak capai dan bila mama panggil kamu cepat-cepat kamu lepaskan barang lepas tu merangkak laju-laju kat mama sambil gelak-gelak…..oooo…nak kena kamu ni…nanti mama gigit baru tau…
Kegemaran kamu sekarang, menyibuk masa mama buka peti sejuk. Mama pun tak paham apa yang kamu suka sangat dengan isi peti sejuk tu. tahan pulak kamu berdiri mengadap peti sejuk tu lama-lama. Nak kata kamu suka sejuk, kan bilik kita ‘on’ je aircond bila kamu ada kat rumah? Cuba cek berapa amaun dalam bil elektrik kita sekarang….3 kali ganda daripada sebelum kamu ada tau…kamu punya pasal daddy bayar je tanpa merungut. …Nanti cepat pulak habis gas peti sejuk tu kalau buka lama-lama sayang……
Kamu dah pandai turun dari katil sekarang, lega hati mama dan kamu jugak pandai cari mama kat bilik air bila mama sedang mandi. Terpaksa la mama mandi koboi untuk elakkan kamu main air pagi-pagi. Nanti kalau main sejuk-sejuk lagi selsema dan batuk pulak. Mama rasa cukupla sekali mama hantar kamu ke hospital. Dengar kamu meraung kena ambik darah pun jiwa mama dah tak keruan. Lagi masa kamu kena ulser hari tu, mama terpaksa paksa kamu minum sebab takut kamu dehydrate. Sebab lemah dan letih, sampai tetido kamu. Akhirnya mama sendiri menangis tengok kamu, kalaula sakit kamu tu mama boleh ambik……. Maaf sayang, mama terpaksa berkasar demi kebaikan kamu.
Bila bangun pagi, mama raba-raba tilam cari kamu tetiba mama jumpa kaki kamu je..mama dok fikir-fikir bila masa kamu pusing 180° ni? Tak kisahla asalkan kamu tido nyenyak. Mama risau kamu kena tendangan power je nanti kalau baring dekat dengan kaki…mana la tau mama mimpi bersilat ke, jatuh basikal ke…
Kamu dah faham erti kehilangan dan rindu. Susahnya bila mama nak pegi keje sekarang, kamu melekat macam gam UHU. Kamu rela bangun pukul 4 pagi bila kamu sedar daddy dah balik dari outstation dan peluk daddy penuh manja.
Kamulah permata hati, penenang, penyembuh luka mama dan kamulah sebab untuk mama mengukir senyuman setiap hari. Semoga kamu dilimpahi rahmat dan kasih sayang yang tidak terhingga oleh Allah swt dan kasih mama takkan pernah berakhir untuk kamu.
Selamat Hari Lahir yang pertama sayangku Darrien Rahman.
Thursday, April 24, 2014
Minyak bawang putih
Kenangan lalu mengusik jiwa
Tapi kebanyakannya aku tak layan sangat. Yang paling aku teringin adalah karipap yang mak buat. Memang tak boleh dapat rasa yang sama hatta yang lebih kurang pun jauh sekali kalau beli kat mana-mana pun. sebab karipap mak buat bukan inti kari ayam+kentang. Intinya ubi keledek tumis. Rasa? Mestila sedap..dan sebenarnya aku memang suka kalau makan karipap yang berinti keledek berbanding kentang. Ekceli…aku bukan taktau langsung buat karipap tu..tapi bak kata jiran aku..”orang ada mak”..lagipun air tangan aku tak sama dengan air tangan mak. Apa mak masak sedap je kat tekak ni.
Yang tak terduganya adalah Ijun pun turun padang kelim karipap, Ija plak tolong goreng…aku duduk je tercongok sebab aku taknak karipap tu ada sentuhan aku langsung kecuali part makan..hahahaa… yang untuk masak lemak pulak Ijun tolong aku petik pucuk ubi sampai kena tungau..hahahaaa…menggaru je dia masa kami pegi jalan-jalan cari makan kat Kuala Gula…
Hari raya kedua tu, Mail belanja seafood kat Kuala Gula. Yang betulnya, dia ajak time petang hari raya tu jugak..tapi sebab aku bantai tido sampai pukul 5 terus dia postponed…walaupun aku tak boleh enjoy seafood sekarang, hanya mampu telan nasi putih dengan sup sayur..yang penting adalah semangat berkumpulan…
Sekarang turn kakak aku pulak, ntah apa la dia mengidam nanti. Harapnya senangla dia membawak perut. Kalau mengidam pulak janganlah yang pelik-pelik. Biarla yang senang dapat.
Thursday, April 17, 2014
Pavlova
3/4 cawan gula - kalau nak kurang manis kurangkan jd 1/2cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka - aku terletak 1 sudu besar,tp elok je kejadiannya
1 sudu teh esen vanilla
125 g cream cheese
75g butter
1/2 cawan gula ising
Strawberi n anggur
Buat meringue
- Pukul putih telur sampai berbuih,lepas tu masukkan gula dan pukul sampai dapat soft peak.
- Kemudian masukkan tepung jagung,cuka dan esen vanilla. Menggunakan spatula,gaul sampai sebati.
- Nak bakar meringue tu,buat bulatan dgn diameter 6" kat baking sheet. Letakkan meringue kat baking sheet ikut bulatan yang di lukis tadi.
- Bakar dalam oven, 1 jam 15 minit. Suhu 15 minit pertama 150°, pastu turunkan jadi 140°. Pastikan oven dipanaskan terlebih dulu selama 15 minit dengan suhu 150°.
- Bila dah masak,buka sikit pintu oven untuk sejukkan meringue tu secara perlahan.
- Pukul cream cheese,butter dan gula ising sampai kembang.
- Ratakan atas meringue,hiaskan dengan buah kesukaan. Aku letak strawberi dengan anggur.
Sunday, April 13, 2014
Cheesekut
Dah lama aku belek resepi cheesekut ni. Tapi blum dapat keberanian nak mengolah. Maklumla....cheese bukan mainan aku kat dapur. Kalau kuih melayu tu ok skit sekali tengok resepi aku dah boleh imagine camna nak buat. Sekali Zz tunjuk kat aku resepi cheesekut ni,ada orang attach kat fb. Aku tau bila suh aku tengok, dia teringin la tu.
Senang ja resepi ni.
1 bungkus Hup Seng deluxe cream cracker (aku pakai yg biasa ja,salah beli tp tetap sedap)
250g cream keju
1/2 tin susu pekat
1 kotak susu segar (aku pakai susu tepung anmum je, Zz makan sedap je)
Caranya,
1. Pukul cream cheese sampai kembang pastu tuang susu pekat, sebatikan.
2. Tambah 4 sudu susu segar dan kacau rata.
3. Sediakan loyang,celup biskut 2 saat dalam baki susu segar dan susun dalam loyang.
4. Lapiskan dengan adunan cream cheese. Sapu nipis je.
5. Ulang langkah 3 dgn 4 sampai dapat ketebalan yang diingini. Aku tak habiskan sebungkus biskut tu. Ada lebih skit lagi.
6. Bila dah habis, kalau suka bleh letak topping kesukaan. Aku ayak nipis milo sebab cam pucat je kaler biskut ngan cream cheese tu. Jadi, letak kaler skit.