Teringat masa raya haji 2 tahun lepas kami balik kampung. Bukan sebab
nak beraya tapi sebab aku dah tak tahan keinginan nak makan karipap yang mak
buat. Salah ke? Dah sebulan aku tahan..dari lepas raya puasa ada
macam-macam menu terlintas kat kepala. Bila teringat je jadi teringin.
Tapi kebanyakannya aku tak layan sangat. Yang paling aku teringin adalah karipap yang mak buat. Memang tak boleh dapat rasa yang sama hatta yang lebih kurang pun jauh sekali kalau beli kat mana-mana pun. sebab karipap mak buat bukan inti kari ayam+kentang. Intinya ubi keledek tumis. Rasa? Mestila sedap..dan sebenarnya aku memang suka kalau makan karipap yang berinti keledek berbanding kentang. Ekceli…aku bukan taktau langsung buat karipap tu..tapi bak kata jiran aku..”orang ada mak”..lagipun air tangan aku tak sama dengan air tangan mak. Apa mak masak sedap je kat tekak ni.

Alang-alang dah balik, aku minta mak buat masak lemak pucuk
ubi, sambal belacan goreng, ikan kayu masak cabai (padahal bila dah masak, aku
senduk kuah je..ikan tak sentuh pun, masak nak makan tetiba aku terbau ikan tu
hanyir semacam terus tak lalu), ikan pekasam dan nasi lemak. Biar puas hati
aku…jarang aku buat permintaan banyak cam tu, dulu-dulu aku cuma request goreng
pisang ranum dengan cok kodok je...selalu mak layankan sebab mudah dan senang…hik..hik..hik..
Yang tak terduganya adalah Ijun pun turun padang kelim karipap, Ija plak tolong goreng…aku duduk je tercongok sebab aku taknak karipap tu ada sentuhan aku langsung kecuali part makan..hahahaa… yang untuk masak lemak pulak Ijun tolong aku petik pucuk ubi sampai kena tungau..hahahaaa…menggaru je dia masa kami pegi jalan-jalan cari makan kat Kuala Gula…

Hari raya kedua tu, Mail belanja seafood kat Kuala Gula. Yang betulnya, dia ajak time petang hari raya tu jugak..tapi sebab aku bantai tido sampai pukul 5 terus dia postponed…walaupun aku tak boleh enjoy seafood sekarang, hanya mampu telan nasi putih dengan sup sayur..yang penting adalah semangat berkumpulan…
Apa yang penting..kerjasama!!
Sekarang turn kakak aku pulak, ntah apa la dia mengidam nanti. Harapnya senangla dia membawak perut. Kalau mengidam pulak janganlah yang pelik-pelik. Biarla yang senang dapat.

1 comment:
Dh minta mak masak sup ikan. Nyum nyum....sdap. Nnt nk mkn pekasam plak. Yg lain2 xde nak mengidam truk2 sgt lagi.
Post a Comment