Entry lama ni...kejadian pada Januari 2013..baru jumpa..pos la jugak buat kenangan..
Kalau perumpamaan lama patutnya macam ni “sudah jatuh
ditimpa tangga”. Alkisahnya Jumaat minggu lepas kete terlanggar lopak yang
dalam dan pomm! Pecah…sebab dah dekat dengan rumah, aku gigih drive jugak bawak
balik kete tu. lagipun dalam kete ada barang basah..nak tunggu bantuan mau
busuk ikan aku dalam kete. Jadi …bawak je balik..3 minit je pun lagi nak sampai
rumah. Dalam hati cakap takpe sebab
memang ada hajat nak ganti rim dengan tayar.
Pastu aku masuk rumah…call Zz bagi tau kejadian tu..hujan
pun dah berenti kat area rumah..tengok jalan kering je..takde la fikir
bukan-bukan..aku pun mula masak memasak sebab malam nanti ada tetamu seramai 4
orang. Masak…masak…masak…jam dah pukul 7.30..Zz balik. Tak hujan tapi air naik
sampai atas jalan. Zz drive kete masuk dalam pagar, pastu keluar cari KFC nak
tambah lauk. Bajet pas dinner nak ganti tayar pecah dengan tayar spare esok
bleh bawak gi workshop.
8.30 malam..aku pun siap masak..baru teringat nak jenguk
keadaan semasa…sekaliiiii….hambik kau..air dah
naik sampai kawasan pagar. Dah separuh tayar….kompom keadaan kat luar
lagi dalam..aku call Zz cakap air dah naik. Call Ijun cakap rumah banjir….aku
pun panik sebab perlahan aku nampak air makin tinggi. Seb baik kucing semua
bijak2..awal-awal lagi dah panjat tangga selamatkan diri. Selamatlah semua
nyawa kucing. pastu sepupu aku
call..bagi tau benteng sungai pecah…alihkan kete cepat..nak alih apanya tayar
dah pecah, air kat jalan dah makin dalam…aku tak berani nak alihkan dalam
keadaan banjir tambah pulak perut dah besar. Zz pulak belum sampai rumah sebab
jam nak masuk area rumah..semua pakat keluarkan kete park kat tepi jalan.
9.30……aku call Ijun dengan Mail…suruh cari tempat tido kat
tempat lain…banjir dah tinggi..lauk pauk yang aku masak tu jadi habuan cik tong
la jawabnya… malam tu aku buat bayam masak lemak, ikan goreng siap dengan
sambal belacan ulam timun, nasi aku masak sampai 5 pot. Tak lama pastu Zz pun
sampai tapi tak dapat buat apa-apa..air dah masuk dalam kete..aku cuma mampu
pandang je kete tu tenggelam..malam tu jantung aku bukan main berdegup-degup
risau nak keluar belanja untuk repair kete..tak cukup dengan tu..yang dalam
perut ni pun bukan main lagi dia menendang..bagi peringatan kot..duit belanja
dia mesti ada. Rasa cam patah hati pun ada jugak. Stress giler, main game kat Ipad air mata
meleleh-leleh. Tido pun kul 2 pagi.
Sabtu pagi…air dah mula surut. Nak hilangkan perasaan yang
tak keruan tu…aku buat jemput-jemput ikan bilis…haha…masak adalah salah satu
daripada terapi aku. Lagipun tuan rumah yang tinggal kat bawah aku jemput dia tido kat umah aku sebab rumah dia
tenggelam. Kucing aku bagi makanan kering dengan bagi minum susu je. Nasib baik
ada bekalan makanan dengan susu kucing kat dalam rumah. Nak bagi nasi, aku
takut diorang melepas pulak bila kenyang. Mana nak bagi tanah suh kucing berak
kalau semua dah naik air.
Pukul 10 datangla Ijun dengan tentera dia meredah banjir
melawat aku. Aku dah malas dah nak pegi shopping..mana ada nafsu nak
bershopping lagi bila tengok kete tenggelam. Tapi dalam pukul 1 tengah hari,
air dah surut sepenuhnya, Zz pun ada appointment nak service kete sambil tu
Ijun masih pujuk aku keluar shopping dengan dia. Sebab stress duduk dalam
rumah, aku pun keluar la jugak ikut dia pegi shopping lagipun kete aku dah
ditarik ke workshop.
Plan asal aku nak la rembat set cadar dengan towel sebab
murah dari hari biasa..tapi mengenangkan duit nak guna untuk repair kete..aku
simpan dulu hasrat tu. Aku cuma beli 1 mangkuk hidang, sehelai jeans sebab
seluar aku dah ketat, sehelai kemeja Zz, basin bayi dengan 1 set lampin untuk
persediaan bayi. Yang lain-lain mood nak membeli dah kelaut…malam tu baru la
diorang tido kat rumah aku.
Hujung minggu yang panjang tapi tak best…..
**********
Sekarang, baby dah besar...kete pun masih ok...Ijun dan Mail dah pun hidup berteman..dah susah diorang nak lepak kat umah aku cam dulu..tunggu aku pindah rumah yang selesa sikit..baru boleh jemput diorang overnight lagi kat umah aku. Aku suka je bila adik beradik aku reramai datang umah, yang laki main game, yang pompuan bergosip mak jemah, shopping etc..sekarang masing-masing dah berteman tinggal 3 orang je lagi belum pas kursus kawen. Dulu-dulu depa ni bila datang tunggu je aku masak...tapi kadang tak sempat aku masak kat kedai je..kadang masak tak sedap pun depa tibai sampai licin.
No comments:
Post a Comment