Tuesday, May 6, 2014

Salt Cheese Cracker Cheesecake

Last month Zz ada meeting kat Sarawak. Aku minta dia belikan Nestle cream dengan salt cheese cracker. Sekali dia belikan 1 tin biskut, mula la akal ni berangan nak transform biskut jadi kek. Resepi asal dari blog Sky Blue Kitchen. Cuma kuantiti biskut yang aku gunakan lebih sebab nak bagi nampak macam mille crepe. Kek ni tak perlu bakar cuma perlu simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam dan sangat sedap.

Bahan

125 g mentega
250 g cream cheese
1 cawan gula aising
170 g Nestle cream (1 tin kecil)
3 bungkus Khong Guan salt cheese cracker
1 cawan susu segar - semalam takde, ganti dengan secawan susu anmum

Caranya

1. Pukul gula aising dengan mentega sampai kembang dan gebu.
2. Masukkan cream cheese dan pukul sampai gebu.
3. Masukkan Nestle cream dan pukul sebati. Ketepikan.
4. Celup biskut dalam susu dan susun dalam bekas/loyang hingga tertutup permukaan bekas yg dialaskan dengan baking paper.
5. Kemudian, lapis permukaan biskut dengan adunan krim tadi dan ratakan.
6. Ulang proses tadi hingga dapat ketebalan yang diingini atau sehingga biskut/krim habis.
7. Pastikan krim merupakan lapisan terakhir.
8. Akhir sekali, ayak sedikit milo di permukaan kek ( boleh diganti dengan nestum, atau serbuk biskut).
9. Masukkan kek ke dalam peti sejuk semalaman.

11 comments:

Azie Leo said...

Biskut ni di semenanjung mmg susah dpt ke sis? Teringin nak rasa.. ada member d sana leh pos kan tak?

Azie Leo said...

Biskut ni di semenanjung mmg susah dpt ke sis? Teringin nak rasa.. ada member d sana leh pos kan tak?

Azi said...

Xpernah jumpa kat sini. Mungkin boleh. Awak tggl kat mana?

Shasha Fadiella Othman said...

biskut ni ada di semenanjung tp agak mahal sebungkus rm4.70.. tu pown sy jumpa di kedai jual barang2 kek..

halimaton nor said...

Nak biskut ni...wasap saya 0192921526

halimaton nor said...

Nak biskut ni...wasap saya 0192921526

Hanis Amanina said...

konsep dia macam buat layer tiramisu ke?

hanisamanina.com

Shakina 401 said...

tlng wsup sy. sy nk biskut tu 0172244283

Shakina 401 said...

tlng wsup sy. sy nk biskut tu 0172244283

Anonymous said...

Shakina, saya tanya pada sedara di Sarawak dulu ye. Kalau dia setuju saya akan forward no awak pada dia dan dia akan contact awak. Sebab suami saya dah jarang outstation ke sana. Jadi saya tak dapat tolong belikan sendiri.

Azi said...

Shakina, saya tanya pada sedara di Sarawak dulu ye. Kalau dia setuju saya akan forward no awak pada dia dan dia akan contact awak. Sebab suami saya dah jarang outstation ke sana. Jadi saya tak dapat tolong belikan sendiri.