Kami dah pindah!!! Rumah dah lama siap, nak pindah asik
bertangguh sebab rumah baru xde line internet. Sekali tuan rumah cakap nak
naikkan sewa terus buat keputusan pindah….macam lipas kudung, laki bini sama
je…internet lebih penting berbanding tinggal di rumah baru.
Rumah aku, jangan
expect macam rumah orang lain ye kawan-kawan…ala kadar je. Kalau aku dengar
korang complain rumah aku takde itu, takde ini…sila keluarkan duit
masing-masing masukkan dalam akaun bank aku.
Semua perabot dalam rumah tu dari
rumah sewa. Kecuali aku beli meja makan 4 kerusi dengan cabinet dapur (bukan
built in ye…). Kitchen cabinet tak buat lagi, xde modal. Takpe…bukan kitchen
cabinet yang penting, tetapi makanan apa yang keluar dari dapur aku lebih
penting. Pening jugak nak susun dengan ruang storan yang terhad ni. Dapurnya lebih
luas dari rumah lama, tapi tempat menyimpan yang kurang. Dalam dok susun-susun
tu, terpikir gak rupanya barang dapur aku selama ni banyak gila. Ye lah aku pun
gila jugak, gila membeli… asal aku teringin je aku beli. Patutla dapur dulu
walaupun kecik macam –macam berjaya aku hasilkan. Memang banyak kenangan
masak-memasak kat rumah lama tu. Akhirnya berjaya jugak kususun walaupun masih
ada lagi ketidakpuasan hati.
Hari pertama, memang ‘disaster’. Aku ni ada sifat
gemuruh sikit bila tengok barang berlonggok. Nak buat kerja lain memang tak
boleh kepala asik fikir barang yang belum berkemas. Pindah hari Sabtu, Ahad
masih ke rumah lama bersihkan yang tertinggal, nak mengemas besar-besaran tak
boleh. Nak pikir barang, nak kelek Darrien lagi. Isnin, aku cuti.
Dengan
bantuan adik aku , Ija, kami gigih mengemas sampai 70% barang berlonggok tu
berjaya kami berdua kemas. Lapang mata aku, lapang jugak otak aku, lapang lagi
otak Zz pasal dia tak perlu kerah tenaga mengemas. Balik kerja semua dah
tersusun dan tak perlu dengar bebelan aku. Tinggal barang-barang kecik-kecik
dia je. Itu biar dia kemas sendiri, nanti aku kemas bising pulak aku rasa
kejap-kejap tanya skru kat mana, buku nota dia kat mana. Biar dia kemas, kalau
cari tak jumpa salahkan diri sendiri.
Rumah ni besar dari rumah lama, memang
selesa untuk keluarga kecil aku dan tetamu yang bakal bertandang. Bolehla orang
tua dengan mertua aku datang bermalam. Semoga rezeki untuk kami sekeluarga
sentiasa mengalir dari-Nya. Insyallah.
2 comments:
Ija juga yang tolong kemas. Hahaha....dulu2 kat rumah aku...ija juga yang tolong kemas.
salam.
nice blog. kak liney datang follow. jemput follow blog akk jugak =)
lineyghazali.blogspot.com
Post a Comment