Dah beberapa lama Darrien asik batuk dengan selsema je. Kejap ok, kejap tak.
Lepas beberapa hari, baru terfikir kot-kot ada petua kalau
cari kat internet. Nasib baik jumpa petua minyak bawang putih ni. Taktau la
sama ada Darrien dah semakin sembuh atau petua tu memang serasi dengan Darrien,
semalam tidonya nyenyak sangat. Cuma ada sekali je dia terbatuk sepanjang malam
semalam.
Caranya buatnya senang, ada banyak blog tulis pasal ni. Sebab
Darrien baru setahun, aku cuma gunakan seulas bawang putih yang dibakar
bersama-sama kulit kemudian dilenyek sedikit dan dititis minyak kelapa dara dalam
piring bawang lenyek tu dan disapukan ke dua belah tapak kakinya dan pakaikan stokin
dan aku jugak sapu nipis di bahagian dadanya semasa dia tidur.
Pagi ni, tengok kulitnya takde pulak kemerahan atau ruam, aku sapukan lagi sebelum hantar dia kerumah pengasuhnya. Harapnya elok la
keadaan dia hari ni. Pada pengasuhnya juga aku kongsikan petua ni supaya dapat
dia gunakan bila perlu sebab dia pun ada anak kecil. Biasanya, Darrien dan
anaknya akan menjangkiti sesama sendiri bila salah seorang kurang sihat,
maklumlah anak kecil kalau bermain…bukannya tahu sakit. Semoga mereka berdua
sihat sentiasa.
Tapi, pengasuhnya pulak yang teruja, katanya nak cuba untuk
diri sendiri jugak sebab dia pun jenis tak tahan sejuk. Hmm..apa salahnya kalau
menjadi. Cuma, kalau untuk dewasa bawang putih mungkin kena banyak sikit la
kot.
No comments:
Post a Comment