Ramai giler orang up entry persiapan raya. Aku pun..hehe..selalu
aku suka berangan best2 dua tiga bulan sebelum raya. Tapi tahun ni aku rasa
tetiba je dah posa pastu eh, dah nak raya la….bukan mama baru je masuk keje
ke???..mana baju mama ni dedi???baju dedi kita fikir kendian2 skit.
Baju Darrien aku dah belikan masa Sogo sale bulan lepas tapi
macam nak tambah je lagi, nengokkan saiz badan anak aku tu..takut pulak baju
yang aku beli tu kotat walaupun dah beli saiz 6-12 months hari tu. Padahal
secara biologi umur dia baru 3 bulan. Hai la anak…cepat nau memberar...mula2 tak plan pun nak sedia
baju melayu kat Darrien tapi Wa Nenny dia pulak dah spon sepasang kaler merah.
Dah aku pulak pening nak beli baju sedondon kaler merah nak sama ngan anak
padahal aku berangan nak pakai kaler hijau tahun ni. Kaler mesti la sama,
takmaula nampak macam keluarga burung raja udang pulak mak pak pakai hijau,
anak pakai kaler merah.. :)
1st week puasa, aku jalan kat Jalan TAR. Ceh,
skit pun takde yang menepati citarasa. Hampa. Tapi aku beli jugak sepasang
kurung Pahang. Zz kate aku nampak really
sweet n seperti mak –mak gitu bila pakai baju corak daun. Ceh..nak tegur aku
punya ‘sign of aging’ la tu. I take it as a compliment ok..TQ. 2nd week, aku pegi Wangsa Maju
dengan butik BAK. Hampa lagi. 3rd week, aku balik kampung sempena
nuzul quran. Dapat 2 pasang terus! Lega…….merah dengan kelabu. Hijau tu kelaut
la jawabnya..seb baik yang kelabu tu ada manik hijau. Nanti aku matchingkan
dengan tudung hijau. Kalau aku tau baju yang aku berkenan ada kat Parit Buntar
takdelah aku buang masa berjalan every weekend. Now, I heart Parit Buntar!
Hujung minggu ni, nak keluar lagi.. Zz nak cari baju melayu
lagi sepasang. Nak match ngan baju kelabu aku pulak..ngehehe… Tahun ni dia
sedia 2 pasang baju melayu. Takpe, kalau beraya kat Bintulu memang akan pakai
pun. Meriah raya aku tahun ni..tak sedar dah ada 4 pasang baju aku. Termasuk
yang aku tempah kurung tradisional kat kampung masa aku dalam pantang hari tu.
Juadah raya pulak, aku dah sedia 2 jenis biskut dengan 5 jenis kek lapis. Asal ade je, kang banyak2 membazir pulak. Kalau takde, aku pulak yang kalut kalau tetamu datang. Sedara-mara aku suke nau buat kejutan, baik aku sediakan payung sebelum hujan.
No comments:
Post a Comment