Yeah…raya datang lagi!!!!
Pasti ada yang berhempas pulas menurunkan berat badan masa
puasa yang lepas dan berpuas hati dengan hasil yang diperolehi sehingga hari
terakhir puasa. Tapiiiiii…macam mana nak kekalkan supaya ia tak naik semula????
Macam keluarga aku, nenek sebelah mak berketurunan jawa dan umum mengetahui
orang jawa memang champion bab makanan ni…belum sempat hadam sarapan pagi, dah
ada pulak hidangan minum pagi..tengahari, minum petang, malam & minum
malam..dan seterusnya…kalau tak jaga memang sia-sia la usaha waktu bulan puasa
tu..silap-silap berganda…
- Jangan lupa minum air kosong (suam) sebelum menjamah sarapan pagi.
- Jangan makan banyak sekaligus, ingatla bahawa bulan puasa sudah berakhir dan korang masih boleh makan di lain waktu.
- Jangan terlalu terpengaruh dengan menu yang dihidangkan tuan rumah walaupun sedap, untuk mengelakkan tuan rumah kecil hati mintalah disediakan dalam mangkuk yang kecil atau kuantiti makanan yang lebih kecil.
- Masa musim raya, ramai yang akan mengalami sembelit jadi jangan lupa untuk mengambil makanan yang mengandungi fiber dan minum air kosong secukupnya.
- Hadkan pengambilan makanan atau minuman manis dan berkalori tinggi.
- Berpuasa sunat enam di bulan Syawal.
No comments:
Post a Comment