Menjadi kidal atau dilahirkan kidal? Aku pun taktau, tapi
membesar di kampung yang jauh dari arus pembangunan suatu ketika dulu sebagai
seorang kidal adalah suatu proses yang agak mencabar sebenarnya. Masa kecik,
selalu kena marah sebab pegang pensel dengan tangan kiri. Tapi keluargaku
akhirnya pasrah dengan kebolehan tangan kiri aku asalkan makan nasi guna tangan
kanan. Kat sekolah, selalu kena sindir dengan cikgu sebab menulis guna tangan
cuci tahi. Tapi apa boleh buat, aku tetap aku yang kidal. Masa remaja bila masak,
tok aku selalu cakap aku masak takkan sedap sebab aku pegang sudip guna tangan
kiri. Aku tetap tak boleh ubah sebab aku tetap aku yang kidal dan aku tetap
rasa masakan aku sedap..haha..
Yang tak best jadi kidal…
- Kat sekolah, meja disusun berpasangan dan aku mesti duduk di bahagian kiri sebab taknak berlaga siku dengan kawan sebelah. No choice.
- Aku tak boleh main rounders waktu PJ sebab sarung tangan yang disediakan di sekolah hanya untuk tangan kanan. Kalau nak main jugak, dari 10 bola yang orang baling paling banyak 2 je yang aku dapat tangkap.
- Aku juga hanya memandang dari tepi padang bila minggu tu cikgu keluarkan kayu hoki untuk main sebab kayu hoki yang ada hanya untuk pemain yang menggunakan tangan kanan. Tapi kadang-kadang aku degil, aku masuk jugak padang buat macam pandai. Kalau main badminton, pasti orang gelak sebab corak hantaran aku lain sikit dari orang tangan kanan.
- Kalau pegang gunting, mesti ibu jari aku cepat melecet sebab lubang gunting sebenarnya dicipta untuk orang tangan kanan.
- Aku juga tak pandai guna pembuka tin konvensional (yang jenis lama tu), kompem bila penutup tin berjaya dibuka semua isi makanan dalam tin tu dah tumpah dulu. Yang pulas2 tu ok skit sebab guna tenaga skit je.
- Pembaris mesti diterbalik bila aku nak guna.
- Aku jugak surrender daripada niat belajar menyulam dan mengayam sebab orang menunjuk ajar semua guna tangan kanan. Serius aku tak boleh nak tukar corak diorang dari tangan kanan ke tangan kiri seb baik sekarang dah ada ketupat segera tak payah aku sebok nak belajar menganyam ketupat.
- Dulu masa sekolah rendah, buku latihan aku dengan tangan aku selalu hitam sebab aku terpaksa menulis dari arah kiri kekanan. Tapi aku suka bila waktu matapelajaran agama islam sebab kena tulis jawi. Tulisan jawi mesti ditulis dari arah kiri ke kanan jadi tangan dengan buku aku tak kotor.
Tapi ada jugak yang
best jadi kidal ni.
- Masa peksa dulu kalau ada yang nak meniru aku amatlah susah sebab tangan aku secara automatik akan menutup semua jawapan yang aku tulis. Jangan harapla ada orang nak copy jawapan aku.
- Hidup dalam dunia orang kanan juga membantu aku menguatkan lagi bahagian kanan badan aku sebab aku terpaksa belajar kemudahan diorang. Jadi walaupun tangan kanan aku tak se’power’ tangan kiri, tapi aku mampu menggunakan kedua belah tangan dalam sesetengah keadaan. Tak macam orang tangan kanan yang hanya bergantung kepada kekuatan tangan kanan je. Tangan kiri kalau suh buat keje lemah giler. Contohnya, aku mampu melempang orang tak kira guna tangan kanan atau kiri…hahahaha..ok,tak kelakar.
- Kalau kupas buah-buahan aku takkan geli sebab buah yang akan togel tanpa kulit tu sepenuhnya dipegang oleh tangan kanan sebab tangan kiri yang pegang pisau. Kiranya lepas basuh berak pun aku lalu jugak kupas buah. Ok, sapa rasa nak muntah silakan…tapi betulkan?
- Kalau aku drive kete (kete aku auto), aku mampu memandu sambil makan tanpa menjejaskan tumpuan aku terhadap pemanduan sebab tangan kiri aku amat dipercayai untuk menjaga stereng dan tangan kanan aku pegang keropok atau cekelat. Eh, pegang stereng guna tangan kanan pun aku no hal. Aku tak suap makanan guna tangan kiri k.
- Time buat revision masa study, aku mesti buat latihan sambil makan, sebelah pegang pen sebelah lagi pegang makanan.
- Waktu keje, kalau aku nak berfikir mesti ada makanan kat tangan kanan aku. Tangan sebelah kiri ketuk keyboard. Selain tu, aku boleh cakap kat tepon sambil browse internet sebab aku pegang mouse sebelah kanan cam orang tangan kanan jugak, sambil tu angkat tepon kat sebelah kiri.
- Kalau pegang sudu garfu pun takde masalah nak pegang cam orang tangan kanan sebab aku dah latih tangan kanan aku untuk makan cam orang tangan kanan gak. Bukan takat tu je, aku boleh pegang dan makan guna chopstick dengan kedua belah tangan.
- Demi air tangan, aku buat cekodok guna tangan je(kanan ok) tak guna senduk..bila tiba waktu menggoreng, aku guna tangan kanan masukkan adunan dan pegang sudip tangan kiri. Hasilnya??walla…sedap giler cokodok aku..hahahaa..
- Ni dah ada anak..aku handle anak tanpa masalah guna kedua belah tangan. Letih sebelah kanan, tukar sebelah kiri dan sebaliknya. Ok je!
Ada yang cakap orang kidal ni lebih bijak…hmmm…dari
pengamatan aku melalui kawan-kawan aku yang jugak kidal….kebijakannya bukan diukur
melalui keputusan akademik tetapi lebih cara dia menyesuaikan diri dalam dunia
yang cenderung kepada orang yang bertangan kanan.
Orang takkan tahu
seseorang itu kidal sehinggalah dia menulis. Sebab kebanyakan orang kidal mampu
untuk makan dan memegang sudu seperti orang tangan kanan, kitorang tak berbeza
secara fizikal.
Bestkan jadi kidal? Boleh multitask.
1 comment:
Best sbb sy pun dominan kanan tp menggunakan tangan kiri utk menggunakan pisau, boleh melakukan kebanyakan aktiviti menggunakan tangan kiri sperti iron melipat kain dan memegang peralatan lain yg sellau didominadi olrh tabgan kanan
Post a Comment