Friday, August 2, 2013

Beza raya di tempat aku dengan tempat lakiku


Memula aku nak tulis beza antara semenanjung dengan Sarawak tapi aku blum cukup ilmu nak membezakan budaya antara dua tempat tu, terlalu besar skalanya.

Sebenarnya aku tulis tajuk ni sebab ramai kawan aku tanya beza sambutan hari raya kat tempat mertua sementelah mertua aku berasal dan tinggal di Bintulu, Sarawak. Mungkin diorang ni tengok aku macam happy je bila cakap tahun ni giliran kampung Zz. Well, kalo sedih pun nak buat apa? Kena la ingat, lakiku itu ada mak bapak jugakkan?Lagipun hubungan aku dengan mertua dan ipar baik-baik je. Takkan la balik2 nak beraya kampung bini je. Tolak ansur la sikit. Tak berbaloi pun buat muka sedih bila tiba giliran beraya dengan mertua. Baik enjoy the positive side of beraya dengan mertua..:)

Ok, back to the topic. Sebenarnya ni baru kali kedua aku nak beraya kat Bintulu. Dulu masa tahun pertama kawin kami raya kat sana buat pertama kalinya dan sebenarnya sambutan raya lebih kurang je kecuali beberapa perbezaan.
  1. Kebanyakan orang lelaki kat sini lepas hari raya pertama je dah tak de pakai baju melayu lengkap lagi, tapi bagi diorang selagi dalam bulan raya dan berniat nak ziarah raya diorang akan pakai baju melayu lengkap bersampin especially minggu pertama Syawal.
  2. Dorang takde ketupat nasi dan ketupat daun palas. Tapi ada lemang dengan kelupis. Lemang diorang sama macam semenanjung. Kelupis pulak menyamai ketupat daun palas sebab guna pulut tapi dibalut guna daun khas yang aku taktau nama dia kemudian dikukus. Aku memang rindu ketupat nasi kalau raya kat sana tapi nak compare ketupat daun palas dengan kelupis, aku rasa kelupis lagi sedap dan lemak rasanya.
  3. Rendang tak glamor sangat kat sana tapi diorang ada daging masak hitam. Sedap dimakan dengan kelupis dan lemang.
  4. Kalau kita kat sini atas meja penuh dengan segala macam biskut dan kerepek, diorang pulak meriah dengan Sarawak signature dish iaitu kek lapis. Biskut  pulak ada  satu dua balang je. Masa ni la aku taram segala macam kek lapis. Sedap wehh…
  5.   Kita kan sibuk nak sedia air ribena la, sunquick la, sirap la..kat sana diorang bagi air berkarbonat. Semua rumah sama…Cuma lain perisa je…yang ni aku tak berapa ‘in’, sebab tu hampir tiap rumah aku minta air kosong je. Manis laaaa…
  6.  Kalau kat tempat aku, pakai baju raya dalam rumah hanya pada hari raya pertama je, raya kedua dan seterusnya aku hanya salin baju raya kalau nak berziarah. Kat sana tuan rumah akan pakai baju raya atau baju yang sesuai bila terima tetamu beraya. Takdela sambut tetamu dengan tshirt dan kain batik je. 
  7. Jalan tak jem macam kat semenanjung. 
Masyarakat Islam kat sana memang bersungguh bila tiba Syawal ni. Kalau yang berniaga tu, cuti sampai seminggu tanpa kompromi. Ouh, kalau kaum kerabat lakiku, time raya suka sangat berkaraoke, taktaula kalau ni applicable untuk semua atau kerabatnya saje dan diorang jugak akan beraya ke rumah sanak saudara dulu berbanding jiran. Kalau tempat aku, kitorang beraya rumah jiran berdekatan dulu baru beraya ke rumah sanak saudara. Tempat dia, rumah jiran tu kemudian2 sikit. Aku rasa tu je la kot yang aku perasan masa beraya dengan mertua dulu. Mungkin ada yang aku tak perasan. Disebabkan budaya diorang tu, aku memang sedia baju baru lebih sikit bila tiba giliran beraya dengan mertua.

No comments: