Malam tadi Darrien aka bambam tu tido lewat. Pukul 11 wehhh…sangap
aku tunggu dia tido. Plan nak rendam baju raya aku dalam baldi pun cancel. Dahhhhhh….tak
terbasuh lagi. Hujung minggu ni nak kena pack barang dah. Ni semua gara2 Zz la.
Malam sebelumnya dia outstation. Aku dah story mori kat si bambam tu yang
bapaknye takde malam ni, then kul 9 dia dah tido. Settle.
Malam tadi, Zz balik sebelum buka puasa. Dia dengar je suara
dedi dia..terus dia berenti menyusu…ok. Buka puasa dulu, aku pegang Darrien. Lepas
Zz berbuka, aku pulak. Zz pegang bambam. Pas makan aku bagi dia susu balik. Ok dia
tido…Zz pun keluar. Katenye nak gi bank…………………………………….tak lama pas Zz keluar
bambam jaga..aku layan..dia ok2 je..sampai la aku boring..bagi susu dia toleh2
kepala..aku ajak sembang dia tak layan.
Lastnyer aku terlelap..tak lama aku terjaga balik dengar
bunyi merungut-rungut dari bambam. Aku ambik sua susu…dia taknak! Tapi bila aku
letak dia pusing2 badan kesebelah kiri dia sambil hisap ibu jari. Dua-dua belah
tangan plak tu..cam lapar giler..bila aku angkat bagi susu dia tolak ngan
lidah...jam dah kul 10.30 apsal la ko tanak tido nak oiiii…pampers kering je,
perut tak kembung…Lastnyer aku terpikir…aku baring kat sebelah kanan dia..which
is tempat tido bapaknye..aku pun pegi sebelah kiri and offer susu kat dia..ok
dia nak…tak lama pastu Zz balik. Zz pun dengan suara perlahan bercakap ngan
aku..dengar je suara dedinye yang perlahan tu..terus stop menyusu….terpikir
lagi..adekah budak ini nakkan bapaknye???
Terus aku suh Zz angkat dia…tapi Zz takmau..nak mandi dulu
katenye…ok. Darrien pun sambung susu..mata layu sesangat tapi usaha bukak
kelopak mata menahan tido…terus aku cakap dekat dia, “Darrien nak dedi ke? Kalau
nak dedi tunggu 5 minit dedi mandi…” tengok muka dia dah super layu, macam
paham je apa aku cakap..mata dia tinggal 1mm je lagi nak terkatup tapi dia try
bukak balik jugak…(kalau la aku terpikir
nak record malam tadi..) masa tu rasa kesiannya kat anak aku…bila Zz lambat
kuar bilik air sebab cuci baldi yang ada cicak mati kat situ, aku rasa cam
geram je..padahal aku yang mintak dia cucikan pasal aku geli ngan cicak. Zz
masuk je dalam bilik, pas pakai baju terus aku suruh dia ambik si bambam tu. Dia
kata kejap lagi pun aku tak boleh..sekarang jugak..ambik anak dan dodoikan dia
sekarang..Zz ambik letak kat atas riba tak sampai 2 minit dia dah lena. Hai la
anak..macam2 peel ko ye..macam mane la agaknya kalau bapak ko kena outstation 1
minggu pulak nanti.
Dah bambam lena..dengan selamber badak bapaknye cakap “Darrien
dah jadi geng abang, sayang xnak geng ke? “
Ptfffftttt…..puiii..aku rela takdak geng lagi.. anak baru 3
bulan dah tanya. Ko hengat beranak tu cam cabut gigi bang? Lepas cabut terus
lega urat saraf tu?? kalau ye apsal la gigi yang satu tu blum pegi buang lagi, sanggup
telan ponstan je??? sabar leh tak???? Pikir seronok dia aje..kesusahan aku
mengandung, berpantang tak dipedulikan pon. Seb baik ari tu aku tak sampai
meroyan kena berpantang sorang-sorang sekejap. Takat nangis-nangis je. Memang la
sonok ada anak lagi, tapi sila tunggu troma aku hilang dulu ye.
1 comment:
hahahahha....
anak dedi
Post a Comment