Sunday, August 4, 2013

Ye ye…raya…


Dah 2 tahun raya as couple, tahun ni raya as triplet pulak. Tahun ni kitorang beraya kat Bintulu. Apa yang best bila raya kat sana?? hmmm...no traffic jam. 
Tapi aku ada pesan untuk sesapa yang berkereta balik kampung nanti.
  1. Jangan lupa servis kete..check spare tyre jugak tau & letak rain repellent kat windscreen dan side mirror..tak la juling mata kalau drive dalam hujan nanti….
  2. Car charger
  3. Tidur /rehat yang mencukupi
  4. Bawa bekal air dan makanan dalam kereta – kalau jammed nanti ade gak benda nak di kunyah (selepas buka puasa la)
  5.  Ipad/Tab & phone etc, fully charged
  6. Kamera, bleh jadi stalker kat jalan raya nanti sambil-sambil tu posing dalam kete bila jammed.
  7. Pilih waktu yang selesa untuk mula perjalanan. Ada yang selesa sebelum/selepas sahur, petang, selepas berbuka atau tengah malam yang penting tiada paksaan kepada driver.
  8. Pakaian yang selesa
  9. Bekalan ubat-ubatan (sekiranya memerlukan
  10. Minyak kete penuh dan baki TnG yang mencukupi, tidak dilupakan Smart Tag..memang membantu waktu musim raya ni.
  11. Tinggalkan rumah dalam keadaan yang kemas, jangan lupa tutup gas memasak dan cabut semua plug di rumah.
  12. Last sekali…jangan lupa bawak balik baju raya.
Selamat Hari Raya!

No comments: