26 April 2013 merupakan detik yang merubah status aku kepada
seorang ibu. Mengenang balik detik awal aku disahkan mengandung, aku tak sangka
masa raya tahun lepas kami beraya bertiga rupanya. Pertama kali haid tak
datang, aku mula syak sesuatu tapi malas nak fikir banyak nanti kecewa je, jadi
aku biarkan saja. Tapi dalam pada tu ada beberapa kali asal balik keje je aku
tido. Letih sangat2 sampai Zz kepelikan tengok aku letih melampau padahal keje
aku bukannya buruh binaan dan aku paling tak suka tido dekat-dekat waktu
maghrib.
Masa kakak ipar aku buat open house, aku melahap laksa Sarawak macam esok dah tak boleh makan. Tapi masa tu aku memang tak dapat
menahan perasaan. Lepas belasah 4 mangkuk laksa, aku selamba badak je tido kat
umah kakak ipar aku (dalam bilik la) padahal tetamu ramai kat luar. Seb baik
dapat mak mertua yang sporting. Dia biar je aku buat apa aku suka masa tu. Tapi
serius aku tak dapat menahan rasa mengantuk tu. So, aku tido je la. Biasanya
aku ni stok-stok menantu sopan gitu…letih cemana pun akan ku tahan sampai balik
rumah..cheeewaaaaahhh…... Esoknya, bila datang lagi ke rumah kakak ipar aku,
terus loya pulak bila nampak biras aku makan laksa tu. Padahal semalam aku la
orang yang asik menambah je kejenya. Dan
selepas tu……aku pantang dengar orang sebut menu Sarawak…especially laksa
Sarawak dengan mee kolok..loya terus aku (tapi anak aku dapat mengikut kate nenek dan nenek2 sedaranya adalah kelahiran semula Zz...)
1st stage
Minggu-minggu seterusnya..Zz beli upt
test..seperti dijangka, aku pregnant pastu pegi klinik scan. Semua ok. Selepas
tu bermulalah bulan-bulan manja aku………kat tempat keje, apa2 barang yang memberi
tekanan kat perut semua aku suh colleague aku buatkan. Sebabnya…..sebelum pregnant aku pernah
datang period lepas angkat kotak berat k….(ntah-ntah kalau aku tak angkat,
period aku tak jatuh aku pregnant lama dah, takpe…takde rezeki maknanya tu…dah keje kau kan...).
Tak lama pastu, aku tak boleh cium langsung bau segala jenis lauk iaitu ikan,
ayam, daging, udang, sotong, ketam etc kecuali telur, ikan bilis goreng dan
ikan masin. Masa tu aku rasa bau sayur berdaun hijau adalah sangat menyegarkan
kepala. Aku jadi herbivor kejap dalam 3 bulan lebih sampai kandungan aku 4
bulan lebih baru aku jadi omnivor balik. Masa mengandung tu jugak, aku tak suka
bila Zz spray perfume dia. Aku suka bau original dia tapi takla sampai
sesetengah pompuan ngandung suka cium ketiak laki tu…aku cuma suka dia tanpa
perfume…bau perfume dia sangat menyakitkan otak walaupun sebelum tu aku memang
suka bau tu. Tapi perfume aku takpe kalau sembur banyak..hahaha…sangat kontra.
Sekarang dah ok, perfume dia atau perfume aku bukan masalah lagi….
Lagi, masa early stage mengandung tu…aku yang sememangnya kuat sendawa jadi
triple kuat sendawa. Waktu tido je aku tak sendawa. Masyallah…..dan ia
berjangkit kat Zz jugak (kata sayang bini kannnnnn…share la morning sickness
tu…). Tapi lepas pregnant ni, aku rasa kekerapan sendawa aku sangat kurang.
Sangat kurang walau dibandingkan dengan sebelum pregnant dulu. Tapi sepanjang
mengandung tu, tak pernah aku muntah atau loya bila gosok gigi. Sikit-sikit tu
adela. Letih takyah cakap la kan…aku memang dah cop tempat tido dalam surau
time lunch sepanjang mengandung.
Alhamdulillah jugak sepanjang mengandung takde
aku mengidam pelik-pelik dan aku memang berdoa supaya tak dilorongkan selera
aku kepada benda yang pelik dan susah nak dapat. Kesian Zz karang…kang kalau
tak dapat aku merajuk tahap gaban pulak khennnn…..kecuali ada dia beli siakap
aku cubit skit je padahal mahal ikan tu n aku teringin nak makan kat Mom’s Place..Zz dah order banyak, lastnyer aku makan nasi dengan sayur je….marah
member, bayar mahal tapi makan tak habis….heheheeheheeeee….ala masa tu
je…sekarang beli makanan apa pun I licinkan kan??? dan tahun lepas aku memang beria nak balik kampung masa raya haji tahun lepas
sebab nak makan karipap, nasi lemak, masak lemak pucuk ubi n sambal ikan
tongkol mak aku tu je. Dan akhirnya kitorang terperangkap dalam
kesesakan yang amat teruk masa balik ke Shah Alam. Sebelas jam kau dalam
kete....tobat taun ni tak buat lagi.
2nd stage
Masa ni, selera aku dah dah naik. Berat
aku pun naik mendadak jugak, tapi kakak-kakak kat opis cakap perut aku kecik
je..tak berapa nampak sangat cam pregnant. Macam orang makan banyak perut jadi
buncit skit je. Adik aku, si ahli farmasi tu pun asik tanya kenapa perut aku
tak sebesar pompuan pregnant lain padahal dah 6 bulan pregnant. Masih kategori
slim shaddy gitew, tapi doktor dah warning suh jaga makan sebab bila scan baby
selalu bigger than average katenyerrrr tak padan ngan saiz perut…..Masa ni
musim buah. Semua jenis buah-buahan tempatan yang ada kat kedai semua aku
balun. Sedap gilerrrrrrrrr……dan aku amat aktif masa ni. Tetiap hujung minggu
jangan la suruh aku dok dendiam kat rumah. Memang cari pasal la jawabnya (kakak
ipar aku cakap sebab tu kot Darrien tak kuat tido, aku aktif sangat masa
pregnant dulu).
3rd stage
Perut aku hanya nampak besar sikit bila
masuk bulan ke-9. Sebelum tu, masa pregnant 7 bulan aku pegi Terengganu, masa 8
bulan PIL aku turun KL aku masih follow diorang shopping. Badan mula simpan
air, tapi kaki aku masih ok. Boleh je jalan2 lagi. Kalau kaki cramp pun, sekali
dua je..tak sampai menyusahkan. Tapi badan memang rasa panas je..dan aku pun minum air kelapa hampir setiap hari..sedapppppp...sekarang dah tak bleh minum bebanyak cam dulu.
Masuk je 9 bulan, aku merasai sensasi kesakitan
perempuan mengandung….nak bangun sendiri tak larat, paling benci bila dah duduk
kena bangun dari kerusi…sakit giler, nak jalan lagi la…bertongkat dinding
sambil ketap gigi tauuuuuu…masa tu memang air muka tak berapa manis bila orang
suruh itu ini tapi buat jugakla sebab keje makan gaji kannnnn….cuti awal memang
tak dinasihatkan sebab gynea aku suruh stay active untuk memudahkan proses
bersalin. Aktif sangat sampai sepanjang mengandung tu aku drive sendiri ke tempat keje dan sehari sebelum bersalin pun masih drive jugak.
Para suami kalau tak hargai isteri..taktau la manusia jenis
apa..ingat proses nak lahirkan zuriat kat diorang tu macam petik jari ke? Ini
bini silap sikit je dah naik suara…ada yang lagi teruk tangan kaki semua
naik..insafla sikit…dah fitrah wanita diumpamakan seperti tulang rusuk yang
bengkok..maka berlembutlah apabila nak memperbetul kesalahan dia. Kalau
berkasar pun keadaan takkan berubah jadi lebih baik.
Ok, berbalik semula kisah mengandung.. dua kali false
alarm…sakit, memang sakit yang amat-amat…akhirnya kali ketiga sakit datang,
masa tu minggu ke 38…aku melahirkan Darrien Rahman dengan berat sebanyak 3.7kg
(padahal 3 hari sebelum tu, dapat false alarm, doktor scan cakap berat baby
lebih kurang 3.05kg je). Tak sangka jugak aku..patutla sakit sangat bawak perut
hujung-hujung tu..padahal perut tak la besar mana tapi besar rupanya orang
kat dalam tu.
Tu je la kisah sepanjang aku mengandung sulung dulu…kenangan
yang tak akan dilupakan.No. 2 cemana??? korang ni....tunggula Darrien merasa jadi anak tunggal kejap...nanti-nanti la dulu...
8 comments:
Teringat kenangan mengandung masa 2010.. =)
My Blog
Tu la...takut jugak lupa, tu yang catakan dalam blog ni.
thanks share pengalaman dan kenangan puan semasa mengandung....:)
Saya pon sama. Scan bb 3 kg je. Masa dia keluar 3.5 kg. Ms nak beranak tu, ms contraction sakit sgt2.. mmg xtahan.. sy surrender je nk belah perut.. nak teran bb mmg rs bb xdtg pon.. heee
Alhamdulilkah..semasa pregnant 2009 tiada alahan..semua bantai makan...
terima kasih share info puan...teringat kenangan mengandung... bagi ibu mengandung digalakkan mengambil supplement .. boleh juga rujuk di sini http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/2015/03/set-ibu-mengandung-trimester-i.html
Dapatkan pemeriksaan antenatal dan 5D ultrasound di Poliklinik Az-Zaara.
5D scan (RM160) + 2D early scan to confirm date + 1 Keping Gambar Berwarna = Harga Promosi RM 75 (kandungan 11-14W)
5D scan (RM160) + 2D Growth Scan + Gender Scan (RM55) + 1 Keping Gambar Berwarna + CD = Harga Promosi RM120 (kandungan 24-32W)
5D scan (RM160) + Detail scan (RM150) + 1 Keping Gambar Berwarna + CD + Full report = Harga Promosi RM200 (kandungan 18-24W,max 28W)
PM kami/ Call/whatsapp kami di 03-42663686/011-52300300
https://www.facebook.com/poliklinikazzaaraampang/
Menyediakan urutan bersalin/berpantang
Area Kuala lumpur.
Sebarang pertanyaan boleh call Kak long 013-2096836 atau wsap 018-3636986.
Post a Comment