Saturday, January 24, 2015

Raya 2014

Walaupun cerita basi...aku upload sebab dah lama draft.


Sebenarnya aku berangan raya tahun ni dapatla beraya kerumah kawan-kawan lama sebab Darrien dah besar sikit tambah pulak tahun ni raya kat Perak. Tapi, lupakan saje….cuaca yang panas pada raya kali ni jadi sebab untuk kami sekeluarga berkurung kat rumah. Nasib baik sempat atur untuk bergambar kat studio masa raya pertama tu. Kalau tak ke laut raya aku gamaknya.

Baju raya aku beli 2 hari sebelum raya. Baju melayu Zizi 3 hari sebelum raya. Hari nak balik kampung baru la beli kasut dengan sandal raya. Sampai dua. Lagipun memang perlu pun sebab sandal yang dipakai selama ni rasa macam pakai getah sekerap je. Leper je rasa, dah tak rasa shape kat tapak kaki. Last beli masa tahun 2011, sekarang dah 2014 dah berbaloi sangat kalau nak beli baru pun. Baju melayu Darrien ada 2 pasang, kami beli baju melayu kain kapas, macam kain tshirt tu jenis serap peluh, sesuai la untuk bayi macam Darrien. Takla panas sangat kalau dia pakai.

Malam raya, Darrien asyik minta dukung nak keluar rumah je. Nak tengok orang main bunga api. Tapi sebenarnya dia takut kalau dengar bunyi mercun. Tu sebab asyik nak berkepit je. Ikutkan hati malas nak bawak keluar sebab dia ada batuk-batuk dan selsema sikit. Tapi kesian sebab semua orang tinggalkan dia dalam rumah, dia pulak bila dah perasan semua orang keluar mula la mintak keluar jugak. Tapi bawak keluar pun tak la dekat sangat dengan orang main bunga api, nanti bertambah teruk pulak batuk kalau terhidu asap. Tengok dari jauh je. Asal nampak cahaya pelita dan percikan bunga api.

Raya pertama, sempat ambik gambar dengan melawat 3 buah rumah je. Siang 2 buah rumah tupun rumah kedua anak aku dah buat perangai. Seteguk air pun tak lalu kat tekak aku kat rumah kedua tu. rumah ketiga kami pegi malam sebab kepala aku berangin salah makan. Padahal makan kerepek ubi pedas sikit je. Tupun jadi angin satu kepala sampai tak dapat layan anak. Terpaksa pegi berurut baru lega. Urut sambil beraya. Tu je la raya kami. Malam tu ada aktiviti makan sate n ayam bakor.

Raya kedua cuaca panas. Malas giler nak keluar. Tunggu sampai malam baru keluar sambil memenuhi undangan rumah terbuka. Lepas rumah terbuka sambung beraya kat rumah jiran.

Raya ketiga, lari dari kebiasaan, hari ni baru kami gerak pegi rumah embah, selalunya raya kedua dah sampai sana. Hehehe….kami tido kat hotel, siap angkut Heri ngan Ija lagi. Depa volunteer taknak tido kat umah embah. Syok depa dua ber’air cond’ tidoq malam tu walaupun masing-masing kena babysit Darrien yang penting tempat tido confirm selesa, Zizi siap ambik extra tilam bagi semua orang tido atas tilam. Takyah rebut-rebut. Aku ingat 2 tahun lagi ada yang follow jejak aku kot sebab keluarga masing-masing dah berkembang. Sempat la beraya rumah wak Amit dengan rumah wak Wan sebelum sampai rumah embah.

Raya keempat, lepas beraya rumah bik Jah dan rumah embah Yaya kami gerak ke Shah Alam. Ijun berjaya diracun untuk ikut aku pegi Shah Alam. Sempat depa rasa tidoq kat rumah aku. Alhamdulillah, semua sampai kat rumah aku dah, kecuali ayah dan keluarga abang.


Raya kelima, Ijun berangkat balik. Sebelum balik, depa sambung beraya, aku pulak sebab Zizi kerja malas nak ikut. Plan nak pegi beraya esoknya. Duduk rumah kasi setel kain busuk.

Tuesday, June 3, 2014

Kami dah pindah!!!


 

 
Kami dah pindah!!! Rumah dah lama siap, nak pindah asik bertangguh sebab rumah baru xde line internet. Sekali tuan rumah cakap nak naikkan sewa terus buat keputusan pindah….macam lipas kudung, laki bini sama je…internet lebih penting berbanding tinggal di rumah baru.
Rumah aku, jangan expect macam rumah orang lain ye kawan-kawan…ala kadar je. Kalau aku dengar korang complain rumah aku takde itu, takde ini…sila keluarkan duit masing-masing masukkan dalam akaun bank aku.
Semua perabot dalam rumah tu dari rumah sewa. Kecuali aku beli meja makan 4 kerusi dengan cabinet dapur (bukan built in ye…). Kitchen cabinet tak buat lagi, xde modal. Takpe…bukan kitchen cabinet yang penting, tetapi makanan apa yang keluar dari dapur aku lebih penting. Pening jugak nak susun dengan ruang storan yang terhad ni. Dapurnya lebih luas dari rumah lama, tapi tempat menyimpan yang kurang. Dalam dok susun-susun tu, terpikir gak rupanya barang dapur aku selama ni banyak gila. Ye lah aku pun gila jugak, gila membeli… asal aku teringin je aku beli. Patutla dapur dulu walaupun kecik macam –macam berjaya aku hasilkan. Memang banyak kenangan masak-memasak kat rumah lama tu. Akhirnya berjaya jugak kususun walaupun masih ada lagi ketidakpuasan hati.
Hari pertama, memang ‘disaster’. Aku ni ada sifat gemuruh sikit bila tengok barang berlonggok. Nak buat kerja lain memang tak boleh kepala asik fikir barang yang belum berkemas. Pindah hari Sabtu, Ahad masih ke rumah lama bersihkan yang tertinggal, nak mengemas besar-besaran tak boleh. Nak pikir barang, nak kelek Darrien lagi. Isnin, aku cuti.
Dengan bantuan adik aku , Ija, kami gigih mengemas sampai 70% barang berlonggok tu berjaya kami berdua kemas. Lapang mata aku, lapang jugak otak aku, lapang lagi otak Zz pasal dia tak perlu kerah tenaga mengemas. Balik kerja semua dah tersusun dan tak perlu dengar bebelan aku. Tinggal barang-barang kecik-kecik dia je. Itu biar dia kemas sendiri, nanti aku kemas bising pulak aku rasa kejap-kejap tanya skru kat mana, buku nota dia kat mana. Biar dia kemas, kalau cari tak jumpa salahkan diri sendiri.
Rumah ni besar dari rumah lama, memang selesa untuk keluarga kecil aku dan tetamu yang bakal bertandang. Bolehla orang tua dengan mertua aku datang bermalam. Semoga rezeki untuk kami sekeluarga sentiasa mengalir dari-Nya. Insyallah.

Saturday, May 17, 2014

Cheesekut ll

Minggu ni adik aku,Ija datang. Plan asal nak ke kenduri kahwin sepupu tapi cancel sebab Darrien kurang sihat. Saja je nak bagi dia rasa kesedapan cheesekut jadi buat la malam tadi lepas Darrien tido. Kali ni guna Deluxe cracker pulak. Deluxe cracker memang sedap sebab biskut lebih lemak dan sedikit masin. Warnanya coklat gelap, jadi warna cheesekut kali ni lebih menarik. Resepi kali ni ada sikit 'kederhakaan' sebab aku tambah Nestle cream. Memang berlemak....takpe makan sambil minum green tea ye....aku punya green tea nama je import dari Jepun tapi  belum luak lagi. Tapi percayalah, bila cheesekut ni masuk mulut....hmmmm....nak lagi dan lagi dan lagi.....

250g cream cheese
1/4 tin susu pekat
150g Nestle cream
3 sudu besar gula icing
1 bungkus Hup Seng Deluxe Crackers
Secawan susu suam (susu segar/susu tepung yang dibancuh)

1. Pukul cream cheese sampai kembang.
2. Masukkan susu pekat,Nestle cream dan  gula icing.
3. Celup biskut dalam susu kemudian susun dalam bekas.
4. Masukkan adunan cream cheese dan ratakan menjadi lapisan nipis.
5. Ulang langkah 4 dan pastikan adunan cheese menjadi lapisan teratas/terakhir.
6. Letak topping kesukaan seperti milo atau nestum. Aku pilih milo.
7. Sejukkan semalaman sebelum dipotong.

Wednesday, May 14, 2014

Penkek pisang

Zz rajin beli pisang, kadang habis dimakan mentah kadang tak. Semalam dah buat cekodok 4 biji, hari ni ada lagi 2 biji. Nak makan macam tu je tak sedap sebab dah terlebih ranum. Buat lempeng sedap iugak....tak la membazir.

Bahan

2 biji pisang - dilenyek
1 cawan tepung berserbuk penaik - kalau nak guna tepung gandum biasa pun boleh tambah baking soda je.
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar nestle cream - xletak pun xpe
1 biji telur
1 sudu besar gula
Secubit garam
Air - kepekatan adunan ikut citarasa sendiri.

Gaulkan semua bahan dah rehatkan 5 minit.

Panaskan non stick pan dan sendukkan setengah cawan kecil

Balikkan selepas bahagian bawah agak keperangan dan biarkan sekejap kemudian angkat dan hidangkan.

*batter aku terlebih air, nipis je lempeng. Kalau nak lempeng jadi tebal tambah pisang atau kurangkan air biar pekat sikit.

Tuesday, May 6, 2014

Salt Cheese Cracker Cheesecake

Last month Zz ada meeting kat Sarawak. Aku minta dia belikan Nestle cream dengan salt cheese cracker. Sekali dia belikan 1 tin biskut, mula la akal ni berangan nak transform biskut jadi kek. Resepi asal dari blog Sky Blue Kitchen. Cuma kuantiti biskut yang aku gunakan lebih sebab nak bagi nampak macam mille crepe. Kek ni tak perlu bakar cuma perlu simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam dan sangat sedap.

Bahan

125 g mentega
250 g cream cheese
1 cawan gula aising
170 g Nestle cream (1 tin kecil)
3 bungkus Khong Guan salt cheese cracker
1 cawan susu segar - semalam takde, ganti dengan secawan susu anmum

Caranya

1. Pukul gula aising dengan mentega sampai kembang dan gebu.
2. Masukkan cream cheese dan pukul sampai gebu.
3. Masukkan Nestle cream dan pukul sebati. Ketepikan.
4. Celup biskut dalam susu dan susun dalam bekas/loyang hingga tertutup permukaan bekas yg dialaskan dengan baking paper.
5. Kemudian, lapis permukaan biskut dengan adunan krim tadi dan ratakan.
6. Ulang proses tadi hingga dapat ketebalan yang diingini atau sehingga biskut/krim habis.
7. Pastikan krim merupakan lapisan terakhir.
8. Akhir sekali, ayak sedikit milo di permukaan kek ( boleh diganti dengan nestum, atau serbuk biskut).
9. Masukkan kek ke dalam peti sejuk semalaman.