Sunday, June 28, 2015

Absolute Thai, Mainplace USJ 21

Disebabkan Ally tak join dinner minggu lepas, bos insist nak adakan welcome dinner untuk dia sekali lagi. Kitorang cadangkan Absolute Thai memandangkan 2 bos Jepun tu boleh makan pedas. Asyik pegi chinese restaurant je, sekali sekala tukar selera apa salahnya.

Tempatnya pun dekat je dengan opis, dalam 10 minit drive. Kat Absolute Thai Mainplace ni ada 2 private room. Tapi masa buat reservation tu dah penuh. Dapat meja bulat untuk 6 orang je. Ngam-ngam soi untuk 1 department aku.

Aku sampai awal, dalam pukul 6.10pm. Check kedudukan meja dan nasib baik dapat ubah meja ke tempat yang kurang laluan orang. Bukan apa bila department dinner kitorang lepak lama, kalau ramai yang lalu lalang rimas la. Lepas tu round dalam mall kejap. Pukul 7 aku masuk restoran tunggu colleague yang lain.

Disebabkan bosses ada meeting dengan CEO petang tu dia lewat sikit. Takkan kitorang nak makan dulu. Mula-mula order air dengan starter je. Cukup-cukup untuk kitorang berempat. Cepat-cepat kitorang habiskan, pinggan pun suruh angkat terus bila habis...hahaha...

4 Platter
Lepas tu dalam 7.30pm dia text kitorang suruh place order. Dah dapat lampu hijau kannn....kitorang order........
Tomyam Merah
Sotong Rangup
Kangkung Belacan
Ayam Pandan
Asparagus
Air tembikai ni aku punya diorang order air lain
Paling aku suka malamtu adalah ikan kukus cukup pedas masam manisnya
Wahhhhh....semua sedap tau...Licin kitorang kerjakan sampaikan order semangkuk Green Curry lagi.
Kari Hijau
Dessert pulak semua dah pakat nak share je sebab perut hampir penuh....hehehe..mana tak penuhnya minimum sorang 2 kali order air. Paling win sorang designer tu la...dia punya air sampai 4 kali order.

Pulut Mangga
Kitorang order Pulut Mangga. Ni pun sedap....sedap untuk aku yang pertama kali cuba. Aku percaya ada lagi sedap daripada ni. Total bil RM427, pukul 9.30 malam baru ada tenaga angkat kaki keluar dari restoran. Sebenarnya harga makanan takde la mencekik sangat kat sini, tapi tengok order kitorang macam mana, dengan air minimum 2 gelas sorang... tak termasuk air kosong lagi. Kalau bayar sendiri kompom 5 tahun lagi baru masuk lagi restoran ni, nasib duit department.


Saturday, June 20, 2015

Park Royal Hotel KL


Sebelum makan, aku pegi recce bilik kat hotel. Bilik yang aku masuk tu Deluxe dengan Club Room. Superior dia tak tunjuk, sama je dengan Deluxe katanya cuma Superior Room takde bath tub.

Deluxe Room




Orchid Club Room









Toilettries

Park Royal Hotel ada spa sendiri yang juga dibawah Park Royal Group. Disebabkan tu, hotel ni guna toilettries dari jenama yang sama iaitu, St. Gregory.


Pendapat aku, lokasi hotel ni sangat strategik berdekatan dengan segitiga emas KL, kebanyakan top spot KL penginap boleh pegi dengan hanya berjalan kaki. Stesen monorail, stesen Imbi juga dekat. Times Square sebelah hotel je. 



Buffet Ramadan di Chatz Brasserie, Park Royal Hotel KL


Hari kedua Ramadan, buffet Ramadan di Park Royal. Department dinner dan pelan asal adalah welcoming dinner untuk staff baru. Tapi dia tak sihat pulak. Tempahan dah buat kitorang teruskan je la.


Tema buffet tahun ni 'Selera Kampung' dan watak utama adalah '18 Porridge' aku rasa sebab bersusun je belanga bubur aku tengok. Sebelum ni tak pernah tengok kat tempat lain. Ada banyak gila jenis bubur, bubur lambuk, ketam, lobster, dan ikan. Kategori bubur manis pulak pulut hitam, kacang hijau bersama durian, dan sebagainya.


Peminat kambing pulak boleh makan nasi beriani tanam. Sedap nasinya....dan tema pun selera kampung, siapa yang rindu nak makan rendang daging, rendang ayam, masak lemak telur itik, ketupat palas, lemang dan macam-macam lagi sesuaila makan kat sini. Terutama golongan expart yang suka makanan tradisional Malaysia.


Selain tu ada sate, sate kambing pun ada jugak tau...siu mai, char kuey teow, paratha, murtabak........nak tulis banyak sangat...Kuih muih pulak ada seri muka, talam keladi, koci dan bamyak lagi.



Tuesday, June 16, 2015

Kerabu tomato daun kemangi

Hari ni ternampak daun kemangi kat pasar. Tak fikir panjang cepat je tangan capai. Nak buat kerabu tomato daun kemangi. Jarang dengar kan? Kalau cari kat google biasanya daun kemangi orang buat ulam nasi kerabu atau masukkan daunnya dalam kuah singgang. Baunya seakan lemon boleh hilangkan hanyir ikan.

Kerabu tomato daun kemangi

3-5 tangkai kemangi (buang batangnya jika tak suka)
1 ulas bawang merah
1 biji tomato (dibelah 4 & buang biji)
1tangkai bunga kantan
1 tangkai cili padi
1 sudu kecil cencaluk
1 biji limau kasturi
Garam gula secukup rasa

Caranya
Daun kemangi, bawang merah, tomato, bunga kantan dan cili padi dihiris nipis.

Masukkan kedalam mangkuk.

Masukkan cencaluk, sedikit gula dan garam jika suka kemudian perah limau kasturi ke dalam mangkuk.

Gaul rata dan hidangkan.

Kerabu ni lebih sedap letak cencaluk sebab rasanya 'ngam' dengan adanya daun kemangi. Kalau tak letak cencaluk rasanya jadi biasa sangat. Macam kerabu tomato biasa je.

Cubala!

Sunday, June 14, 2015

Sambal taun wong jowo

Dalam periuk lagi ni
Salah satu makanan kegemaran yang dicari masa balik kampung embah sambal taun ni la. Kalau makan yang embah buat memang 'kick'. Tak sah kalau tak makan. Kira macam pi melancong oversea tapi passport takde cop. Boleh? Bolehla kan....

Tapi embah dah semakin veteran, nak tak nak kena belajar jugak. Anak-anaknya merangkap mak dan makcik-makcik memang pandai masak. Tapi sampai bila nak mengharap orang masakkan. Kalau rumah dekat takpe jugak. Nasib baik makcik aku sudi menulis resepinya letak kat fb walaupun sukatan tak lengkap. Camtu la orang kalau dah biasa masak sesuatu menu mana dia sukat-sukat dah. Semua pakai campak je. Tapi tetap sedap. Jauh lagi level aku nak sampai ke tahap campak mencampak nih.

Tapi takpe, aku cuba jugak dan hasilnya??? Jadi jugak cuma tak se'kick' versi embah. Takpe, prektis dulu dan lebih baik aku tulis resepi ni dalam blog supaya tak hilang ditelan masa. Takle mengagau nak cuba lagi lain kali.

Sambal taun

1 kilo kerang (rebus dulu n kopek)           
Lombok rawit semangkuk kecil  
Lengkuas dua ringgit
Halia seringgit
Bawang merah (agak2 la yea)
Bawang putih
Ikan bilis
Taucu
Air asam jawa
Garam gula ajinomoto secukup rasa

Cara-caranya:

Panaskan minyak
Tumis lengkuas...halia...bawang...ikan bilis (ikut turutan tuu...step by step)
Dah naik bau...boh taucu 3 sudu
Boh air asam dan boh air
Pastu boh kerang 
Pastu boh lombok rawit
Mendidih boh la perasa
Didihkan lama sedikit bagi masakan benar benar meresap..(selain kerang boleh juga guna tetel lembu)
Masak siap...selamat mencuba.

Ni aku salin sebijik-sebijik resepi dia bagi. Sapa jarang beli bahan mentah memang takdak idea la lengkuas 2 ringgit dengan halia seringgit banyak mana. Harga barang kat Selangor especially Shah Alam ni mahal sikit nak dibandingkan dengan kat kampung. Semua ni main agak je. Lengkuas dengan halia dalam 3 inci boleh dah. Bawang merah tu 4-5 ulas, bawang putih 3-4 ulas. Ikan bilis aku suka banyak, aku letak semangkuk kecik.

Stail famili aku suka yang tak letak santan, sebab nak tahan lama. Kalau letak santan cepat basi. Letak santan pun sedap, pedas, lemak, masin, masam, manis semua ada.

Oh ya! lombok rawit tu cili padi ye. Sambal taun ni sedap makan dengan nasi putih, jemput bilis atau jeweran (cucur kembung). Resepi jeweran tu nantila kalau terbuat baru boleh letak.

Tuesday, June 9, 2015

Pancit

Semalam balik keje tayar pancit. Apa daaa....batal niat balik awal. Mula-mula tak perasan sebab pancit sebelah kiri bahagian belakang. Sekali bawak, rasa berat je....macam terseret...berentila...cek tayar, betulla pancit.

Nasib naik masih dalam kawasan opis. Guard opis nampak, cepat je dia tolong. Dengan seorang lelaki dari next building. Dia nampak aku berenti terus tak jadi balik.

Nasib baik spare tyre boleh pakai walau dah 2 tahun tak cek...hehe...kete pompuan, cliche betul. Tools pun takde. Guard dengan orang bangunan sebelah tu pakai tools diorang sendiri. Mekasih ye encik-encik.

Balik semalam pegi tampal je...nak tukar......nanti dululah....nak puasa dan raya ni...nanti lari bajet. Sabar dulu...kete pun bawak gi opis je..tak jauh. Kalau pancit lagi roger lah sapa-sapa yang terdekat.

Hari ni nak skodeng orang bangunan sebelah tu, nak bagi token sebab tolong semalam...nasib baik ramai 'kaki'...kejap lagi aku tanya mesti dapat jawapan terus. Untung cinema pass aku ada lagi...bg 3 keping seorang kat guard dengan orang tu ok kot.

Sunday, June 7, 2015

Bakar KitKat, bolehke?

Bungkusan KitKat Bake
Member office baru balik dari Jepun bawak balik Kitkat bake. Kitkat ni boleh makan macam biasa, koyak plastik masuk mulut atau dibakar beberapa minit dalam oven baru dimakan. Rasanya kalau makan gitu je sedap.Kalau dibakar aroma menyerlah dan lebih sedap.

Rupa bungkusan kecil kat dalam
Coklat putih yang manis. Bila dibakar baunya lebih harum macam bau puding manis, wafer dan coklatnya lebih rangup dan manis sangat...tapi jangan sesekali guna Kitkat yang biasa kita nampak kat kedai ye.

Yang sebelah kiri tu rupanya kurang senonoh sebab dah cair letak kat rumah
Kitkat yang boleh dibakar ni hanya terdapat di Jepun ye..jangan nak memandai pulak letak dalam oven Kitkat coklat kat Malaysia ni. Pada yang plan nak pegi Jepun tu, sila masukkan Kitkat bake ni dalam shopping list korang. Kawan aku beli kat Osaka. Tempat lain kat Jepun, aku taktaula kat mana ada jual.

Rupa setelah beberapa mini dibakar

Cara nak bakar Kitkat ni korang boleh tengok kat link ni - KitKat Bake

Tuesday, June 2, 2015

Hotel Lagenda, Hutan Melintang



Masa balik kampung, embah buat kenduri tahlil. Tapi tak tido kat rumah embah, kitorang tido kat hotel.



Maklumlah dah bertaraf cucu cicit ni bila kenduri kumpul ramai ruang jadi terhad. Darrien pulak malam kerap merengek.



Taknak ganggu orang lain tido plus nak senangkan Darrien untuk tido kita keluar la duit sikit tido kat hotel. Ambik bilik famili, ada 1 katil queen dan 1 katil single. Bilik bersih.



Ada TV 24", tempat gantung pakaian, kettle, mug dengan kopi untuk buat air. Aircond boleh control sendiri. Arah kiblat pun ada. Bilik air biasa je, ada sabun dan toilettries. Overall hotel ni ok.


Rate hotel, harga masih sama selepas gst dilaksanakan

Pemandangan dari bilik, mengadap jalan besar

Monday, June 1, 2015

Nasi ambeng mee tonggek


Hujung minggu balik rumah embah kat Hutan Melintang. Pada yang pertama kali dengar Hutan Melintang berada di negeri Perak. Tempatnya berdekatan dengan Bagan Datoh dan Teluk Intan.

Untuk tetamu

Embah buat kenduri tahlil. Paling istimewa masa ni la nak menikmati Nasi Ambeng, menu tradisional masyarakat Jawa yang hanya disediakan sewaktu mengadakan kenduri seperti kenduri tahlil atau kenduri doa selamat. Ye....sebahagian daripada darahku adalah darah Jawa. Untuk tetamu ambeng disediakan dalam bekas plastik putih tu je.

Special edition, untuk keluarga bungkus dengan daun pisang

Walaupun embah duduk kat kampung, susah nak dapatkan daun pisang dalam kuantiti yang banyak. Untuk kaum keluarga, wak (pakcik) aku bawak sikit dari Shah Alam. Tengok bahan biasa di kampung tapi kalau nak dapat dalam kuantiti yang banyak lebih mudah di bandar. Dah terbalik pulak zaman sekarang ni. Nasi ambeng style embah kombinasi nasi putih, ayam masak kicap, serunding kelapa, ikan masin bulu ayam dan mee goreng tonggek.

Aku cuba snap cara nak bungkus, tapi cousin aku ni laju sangat buat. Tak sempat.

Hahaha...sebenarnya mee goreng biasa je. Tapi sebab masak dalam kawah dan masa menggoreng mana boleh duduk dan tak boleh berdiri tegak jugak sebab kedudukan kuali rendah sikit kenala menonggek sikit masa menggoreng tu yang kami panggil mee goreng tonggek.

Harumanis

Paman Sidi (pakcik) baru balik dari Perlis bawak Harumanis. Apa lagi....puas la makan..tapi ada yang manis ada yang masam sikit.

Bunga kantan
Kalau dah nama balik kampung tak sah kalau tak kutip hasilnya. Tapi bunga kantan tu bukan aku punya. Cousin punya  aku kutip daun limau purut dengan buahnya je..hehehe....