Monday, April 28, 2014

Surat cinta untuk sayangku

Sebenarnya mama dah tulis awal...26 April 2014 Darrien dah genap setahun…macam sekejap je..eh, bukan hari tu sebab Darrien la mama dapat cuti 2 bulan, pastu Darrien tu nangis-nangis tak kasi mama tidur. Kamu xnak tido takyah la kacau mama kan???

Kamu tahu dah setahun mama tak masuk jalan-jalan kat midvalley..ntah-ntah ada kedai baru atau makanan sedap kat sana. Dah setahun jugak mama tak jalan-jalan kat Bukit Bintang cuci mata dan bakar kalori cantikkan kaki. Sekarang mama banyak habiskan hujung minggu dekat rumah. Baik sungguh mama kan? Dulu kena set appointment kalau nak tengok mama ada kat rumah masa hujung minggu. 

Dah lama mama tak keluar malam dan balik rumah pukul 3 pagi. Tahu tak mama pelik tengok diri mama yang tak lagi berjimba kat luar.  Jangan fikir bukan-bukan mama tak pegi mane pun, tengok wayang atau pegi makan je pun. Lagipun kalau keluar malam selesa sebab tak panas dan tak payah kejar waktu solat. Mama tak lagi makan tengah malam kat Murni tau…takde lagi mama order Dragon Bread atau Mee Raja atau order air I Love You. Tak lupa jugak mama dah setahun tak tengok wayang dan mama larang daddy sekali tengok wayang tanpa mama tapi rindu jugak nak tengok midnite movie kat Sunway Pyramid…hahaha…..

Tapi, walaupun mama tak lagi dapat buat semua tu…mama tak menyesal pun…takde pun rasa Darrien menghalang aktiviti mama tu.. kamu buat mama rasa tak perlu nak buat semua tu dan rasa macam buang masa pulak..

Dulu mama tak rasa macam buang masa…hahaha…

Mama rasa lapang dada bila tengok kamu makan, sihat, tido nyenyak, senyum, ketawa dan merepek dengan bahasa kamu yang tersendiri tu..mama tak paham kamu cakap apa, tapi kamu paham apa yang mama cakap, Cuma kadang-kadang kamu ada pangil mama, mama atau ma....kamu memang lebih bijak daripada mama.

Insyaallah…

Mama susah hati bila kamu kurang sihat…kalau la mama dapat ambik sakit kamu masa tu…mesti mama ambik. Mama menyesal kalau kadang-kadang mama terlepas pandang akan kamu. Mama takut jagaan mama kurang sempurna.  Mama rasa bersalah tak jaga kamu 24/7 macam mak mama jaga mama, ye mama untung sikit sebab mbah kamu dulu bukan career woman, dia full time housewife..untung kan mama? Sori, mama kamu kena kerja sebab mama ada tanggungjawab sendiri tak boleh la nak bebankan daddy dengan masalah mama.mama bukan pentingkan duit atau harta benda..belum lagi mama guna duit gaji mama kearah perkara yang tak perlu setakat ni. Cuma mama pentingkan kesejahteraan keluarga. Kamu fahamkan?

Mama selalu nak cepat-cepat balik kerja sebab nak jumpa kamu, nanti mama dapat tengok muka kamu senyum, merangkak laju-laju dan berleter pada mama bila mama bagi salam. Kadang-kadang kamu gelojoh betul nakkan mama sampai mama tak sempat sarung baju dah kamu panjat-panjat badan mama sambil henjut kaki. Kadang-kadang tu mama tengah masak dah kamu pegang hujung baju mama nak belajar berdiri, mama pulak risau kalau sudip terpelanting kat kamu. Harap-harap sampai kamu besar la kamu clingy kat mama..hahaha..tapi kamu mesti pandai berdikari tau…bila besar nanti kamu nak clingy bila kamu berdua je dengan mama bolehla…depan orang lain mesti pandai cover tunjuk kamu tu macho.

Tapi ingat ye sayang, besar nanti kalau memandu…mama tak kasi guna kereta mama tau…kamu boleh memandu kalau kamu dah berkemampuan dan ada kereta sendiri. Belajar dapatkan sesuatu dengan usaha sendiri sayang. Macam tu, lega sikit hati mama kalau mama dah sampai masa nanti. 

Terbaru, gigi kamu dah keluar 7, 4 atas dan 3 di bawah. Mama nampak macam ada lagi yang nak keluar dalam masa terdekat ni. Teether kamu ada 5 tapi satu pun kamu tak berminat. Plastik roti dengan cabel charger pulak yang kamu gigit…..bahaya nak oiiii……kadang-kadang pipi, bahu, paha mama jadi mangsa gigi kamu. Semalam, kamu dah pandai kenakan mama…apa2 yang mama larang semua kamu nak capai dan bila mama panggil kamu cepat-cepat kamu lepaskan barang lepas tu merangkak laju-laju kat mama sambil gelak-gelak…..oooo…nak kena kamu ni…nanti mama gigit baru tau…

Kegemaran kamu sekarang, menyibuk masa mama buka peti sejuk. Mama pun tak paham apa yang kamu suka sangat dengan isi peti sejuk tu. tahan pulak kamu berdiri mengadap peti sejuk tu lama-lama. Nak kata kamu suka sejuk, kan bilik kita ‘on’ je aircond bila kamu ada kat rumah? Cuba cek berapa amaun dalam bil elektrik kita sekarang….3 kali ganda daripada sebelum kamu ada tau…kamu punya pasal daddy bayar je tanpa merungut. …Nanti cepat pulak habis gas peti sejuk tu kalau buka lama-lama sayang……

Kamu dah pandai turun dari katil sekarang, lega hati mama dan kamu jugak pandai cari mama kat bilik air bila mama sedang mandi. Terpaksa la mama mandi koboi untuk elakkan kamu main air pagi-pagi. Nanti kalau main sejuk-sejuk lagi selsema dan batuk pulak. Mama rasa cukupla sekali mama hantar kamu ke hospital. Dengar kamu meraung kena ambik darah pun jiwa mama dah tak keruan. Lagi masa kamu kena ulser hari tu, mama terpaksa paksa kamu minum sebab takut kamu dehydrate. Sebab lemah dan letih, sampai tetido kamu. Akhirnya mama sendiri menangis tengok kamu, kalaula sakit kamu tu mama boleh ambik……. Maaf sayang, mama terpaksa berkasar demi kebaikan kamu. 

Bila bangun pagi, mama raba-raba tilam cari kamu tetiba mama jumpa kaki kamu je..mama dok fikir-fikir bila masa kamu pusing 180° ni? Tak kisahla asalkan kamu tido nyenyak. Mama risau kamu kena tendangan power je nanti kalau baring dekat dengan kaki…mana la tau mama mimpi bersilat ke, jatuh basikal ke…

Kamu dah faham erti kehilangan dan rindu. Susahnya bila mama nak pegi keje sekarang, kamu melekat macam gam UHU. Kamu rela bangun pukul 4 pagi bila kamu sedar daddy dah balik dari outstation dan peluk daddy penuh manja.

Kamulah permata hati, penenang, penyembuh luka mama dan kamulah sebab untuk mama mengukir senyuman setiap hari. Semoga kamu dilimpahi rahmat dan kasih sayang yang tidak terhingga oleh Allah swt dan kasih mama takkan pernah berakhir untuk kamu.   

Selamat Hari Lahir yang pertama sayangku Darrien Rahman.

Thursday, April 24, 2014

Minyak bawang putih


Dah beberapa lama Darrien asik batuk dengan selsema je. Kejap ok, kejap tak. 

Lepas beberapa hari, baru terfikir kot-kot ada petua kalau cari kat internet. Nasib baik jumpa petua minyak bawang putih ni. Taktau la sama ada Darrien dah semakin sembuh atau petua tu memang serasi dengan Darrien, semalam tidonya nyenyak sangat. Cuma ada sekali je dia terbatuk sepanjang malam semalam. 

Caranya buatnya senang, ada banyak blog tulis pasal ni. Sebab Darrien baru setahun, aku cuma gunakan seulas bawang putih yang dibakar bersama-sama kulit kemudian dilenyek sedikit dan dititis minyak kelapa dara dalam piring bawang lenyek tu dan disapukan ke dua belah tapak kakinya dan pakaikan stokin dan aku jugak sapu nipis di bahagian dadanya semasa dia tidur.

Pagi ni, tengok kulitnya takde pulak kemerahan atau ruam, aku sapukan lagi sebelum hantar dia kerumah pengasuhnya. Harapnya elok la keadaan dia hari ni. Pada pengasuhnya juga aku kongsikan petua ni supaya dapat dia gunakan bila perlu sebab dia pun ada anak kecil. Biasanya, Darrien dan anaknya akan menjangkiti sesama sendiri bila salah seorang kurang sihat, maklumlah anak kecil kalau bermain…bukannya tahu sakit. Semoga mereka berdua sihat sentiasa. 

Tapi, pengasuhnya pulak yang teruja, katanya nak cuba untuk diri sendiri jugak sebab dia pun jenis tak tahan sejuk. Hmm..apa salahnya kalau menjadi. Cuma, kalau untuk dewasa bawang putih mungkin kena banyak sikit la kot.

Kenangan lalu mengusik jiwa



Teringat masa raya haji 2 tahun lepas kami balik kampung. Bukan sebab nak beraya tapi sebab aku dah tak tahan keinginan nak makan karipap yang mak buat. Salah ke? Dah sebulan aku tahan..dari lepas raya puasa ada macam-macam menu terlintas kat kepala. Bila teringat je jadi teringin.

Tapi kebanyakannya aku tak layan sangat. Yang paling aku teringin adalah karipap yang mak buat. Memang tak boleh dapat rasa yang sama hatta yang lebih kurang pun jauh sekali kalau beli kat mana-mana pun. sebab karipap mak buat bukan inti kari ayam+kentang. Intinya ubi keledek tumis. Rasa? Mestila sedap..dan sebenarnya aku memang suka kalau makan karipap yang berinti keledek berbanding kentang.  Ekceli…aku bukan taktau langsung buat karipap tu..tapi bak kata jiran aku..”orang ada mak”..lagipun air tangan aku tak sama dengan air tangan mak. Apa mak masak sedap je kat tekak ni.
Alang-alang dah balik, aku minta mak buat masak lemak pucuk ubi, sambal belacan goreng, ikan kayu masak cabai (padahal bila dah masak, aku senduk kuah je..ikan tak sentuh pun, masak nak makan tetiba aku terbau ikan tu hanyir semacam terus tak lalu), ikan pekasam dan nasi lemak. Biar puas hati aku…jarang aku buat permintaan banyak cam tu, dulu-dulu aku cuma request goreng pisang ranum dengan cok kodok je...selalu mak layankan sebab mudah dan senang…hik..hik..hik..

Yang tak terduganya adalah Ijun pun turun padang kelim karipap, Ija plak tolong goreng…aku duduk je tercongok sebab aku taknak karipap tu ada sentuhan aku langsung kecuali part makan..hahahaa… yang untuk masak lemak pulak Ijun tolong aku petik pucuk ubi sampai kena tungau..hahahaaa…menggaru je dia masa kami pegi jalan-jalan cari makan kat Kuala Gula…

Hari raya kedua tu, Mail belanja seafood kat Kuala Gula. Yang betulnya, dia ajak time petang hari raya tu jugak..tapi sebab aku bantai tido sampai pukul 5 terus dia postponed…walaupun aku tak boleh enjoy seafood sekarang, hanya mampu telan nasi putih dengan sup sayur..yang penting adalah semangat berkumpulan…
Apa yang penting..kerjasama!!

Sekarang turn kakak aku pulak, ntah apa la dia mengidam nanti. Harapnya senangla dia membawak perut. Kalau mengidam pulak janganlah yang pelik-pelik. Biarla yang senang dapat. 

Thursday, April 17, 2014

Pavlova

Semalam buat pavlova. Gigih aku membaking malam semalam semata-mata nak kejar pukul 12 tengah malam. Terima kasih kat Darrien jugak, malam tadi dia sangat baik. Dahla tido awal, tak terjaga langsung sampai dah habis celebrate baru dia bergerak mintak susu. Barula surprise birthday kate ko. Nasib baik berbaloi segala penat lelah bila birthday boy sanggup makan walau jam dah tengah malam. Sedap kata dia. Pavlova aku topping guna cream cheese ye sebab birthday boy suka cheese sepenuh jiwa. Kalau guna whipped cream tak menepati citarasa dia pulak.

Ni resepinya,

4 biji putih telur
3/4 cawan gula - kalau nak kurang manis kurangkan jd 1/2cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka - aku terletak 1 sudu besar,tp elok je kejadiannya
1 sudu teh esen vanilla

Topping

125 g cream cheese
75g butter
1/2 cawan gula ising
Strawberi n anggur

Buat meringue

  1. Pukul putih telur sampai berbuih,lepas tu masukkan gula dan pukul sampai dapat soft peak.
  2. Kemudian masukkan tepung jagung,cuka dan esen vanilla. Menggunakan spatula,gaul sampai sebati.
  3. Nak bakar meringue tu,buat bulatan dgn diameter 6" kat baking sheet. Letakkan meringue kat baking sheet ikut bulatan yang di lukis tadi.
  4. Bakar dalam oven, 1 jam 15 minit. Suhu 15 minit pertama 150°, pastu turunkan jadi 140°. Pastikan oven dipanaskan terlebih dulu selama 15 minit dengan suhu 150°.
  5. Bila dah masak,buka sikit pintu oven untuk sejukkan meringue tu secara perlahan.
Topping
  1. Pukul cream cheese,butter dan gula ising sampai kembang.
  2. Ratakan atas meringue,hiaskan dengan buah kesukaan. Aku letak strawberi dengan anggur.
 
Happy birthday to my beloved husband!

Sunday, April 13, 2014

Cheesekut

Dah lama aku belek resepi cheesekut ni. Tapi blum dapat keberanian nak mengolah. Maklumla....cheese bukan mainan aku kat dapur. Kalau kuih melayu tu ok skit sekali tengok resepi aku dah boleh imagine camna nak buat. Sekali Zz tunjuk kat aku resepi cheesekut ni,ada orang attach kat fb. Aku tau bila suh aku tengok, dia teringin la tu.

Senang ja resepi ni.

1 bungkus Hup Seng deluxe cream cracker (aku pakai yg biasa ja,salah beli tp tetap sedap)
250g cream keju
1/2 tin susu pekat
1 kotak susu segar (aku pakai susu tepung anmum je, Zz makan sedap je)

Caranya,
1. Pukul cream cheese sampai kembang pastu tuang susu pekat, sebatikan.

2. Tambah 4 sudu susu segar dan kacau rata.

3. Sediakan loyang,celup biskut 2 saat dalam baki susu segar dan susun dalam loyang.

4. Lapiskan dengan adunan cream cheese. Sapu nipis je.

5. Ulang langkah 3 dgn 4 sampai dapat ketebalan yang diingini. Aku tak habiskan sebungkus biskut tu. Ada lebih skit lagi.

6. Bila dah habis, kalau suka bleh letak topping kesukaan. Aku ayak nipis milo sebab cam pucat je kaler biskut ngan cream cheese tu. Jadi, letak kaler skit.

Tuesday, April 1, 2014

Dah pecah, tenggelam pulak


Entry lama ni...kejadian pada Januari 2013..baru jumpa..pos la jugak buat kenangan..

Kalau perumpamaan lama patutnya macam ni “sudah jatuh ditimpa tangga”. Alkisahnya Jumaat minggu lepas kete terlanggar lopak yang dalam dan pomm! Pecah…sebab dah dekat dengan rumah, aku gigih drive jugak bawak balik kete tu. lagipun dalam kete ada barang basah..nak tunggu bantuan mau busuk ikan aku dalam kete. Jadi …bawak je balik..3 minit je pun lagi nak sampai rumah.  Dalam hati cakap takpe sebab memang ada hajat nak ganti rim dengan tayar. 

Pastu aku masuk rumah…call Zz bagi tau kejadian tu..hujan pun dah berenti kat area rumah..tengok jalan kering je..takde la fikir bukan-bukan..aku pun mula masak memasak sebab malam nanti ada tetamu seramai 4 orang. Masak…masak…masak…jam dah pukul 7.30..Zz balik. Tak hujan tapi air naik sampai atas jalan. Zz drive kete masuk dalam pagar, pastu keluar cari KFC nak tambah lauk. Bajet pas dinner nak ganti tayar pecah dengan tayar spare esok bleh bawak gi workshop.

8.30 malam..aku pun siap masak..baru teringat nak jenguk keadaan semasa…sekaliiiii….hambik kau..air dah  naik sampai kawasan pagar. Dah separuh tayar….kompom keadaan kat luar lagi dalam..aku call Zz cakap air dah naik. Call Ijun cakap rumah banjir….aku pun panik sebab perlahan aku nampak air makin tinggi. Seb baik kucing semua bijak2..awal-awal lagi dah panjat tangga selamatkan diri. Selamatlah semua nyawa kucing.  pastu sepupu aku call..bagi tau benteng sungai pecah…alihkan kete cepat..nak alih apanya tayar dah pecah, air kat jalan dah makin dalam…aku tak berani nak alihkan dalam keadaan banjir tambah pulak perut dah besar. Zz pulak belum sampai rumah sebab jam nak masuk area rumah..semua pakat keluarkan kete park kat tepi jalan.

9.30……aku call Ijun dengan Mail…suruh cari tempat tido kat tempat lain…banjir dah tinggi..lauk pauk yang aku masak tu jadi habuan cik tong la jawabnya… malam tu aku buat bayam masak lemak, ikan goreng siap dengan sambal belacan ulam timun, nasi aku masak sampai 5 pot. Tak lama pastu Zz pun sampai tapi tak dapat buat apa-apa..air dah masuk dalam kete..aku cuma mampu pandang je kete tu tenggelam..malam tu jantung aku bukan main berdegup-degup risau nak keluar belanja untuk repair kete..tak cukup dengan tu..yang dalam perut ni pun bukan main lagi dia menendang..bagi peringatan kot..duit belanja dia mesti ada. Rasa cam patah hati pun ada jugak.  Stress giler, main game kat Ipad air mata meleleh-leleh. Tido pun kul 2 pagi. 

Sabtu pagi…air dah mula surut. Nak hilangkan perasaan yang tak keruan tu…aku buat jemput-jemput ikan bilis…haha…masak adalah salah satu daripada terapi aku.  Lagipun tuan rumah yang tinggal kat bawah aku jemput dia tido kat umah aku sebab rumah dia tenggelam. Kucing aku bagi makanan kering dengan bagi minum susu je. Nasib baik ada bekalan makanan dengan susu kucing kat dalam rumah. Nak bagi nasi, aku takut diorang melepas pulak bila kenyang. Mana nak bagi tanah suh kucing berak kalau semua dah naik air. 

Pukul 10 datangla Ijun dengan tentera dia meredah banjir melawat aku. Aku dah malas dah nak pegi shopping..mana ada nafsu nak bershopping lagi bila tengok kete tenggelam. Tapi dalam pukul 1 tengah hari, air dah surut sepenuhnya, Zz pun ada appointment nak service kete sambil tu Ijun masih pujuk aku keluar shopping dengan dia. Sebab stress duduk dalam rumah, aku pun keluar la jugak ikut dia pegi shopping lagipun kete aku dah ditarik ke workshop.

Plan asal aku nak la rembat set cadar dengan towel sebab murah dari hari biasa..tapi mengenangkan duit nak guna untuk repair kete..aku simpan dulu hasrat tu. Aku cuma beli 1 mangkuk hidang, sehelai jeans sebab seluar aku dah ketat, sehelai kemeja Zz, basin bayi dengan 1 set lampin untuk persediaan bayi. Yang lain-lain mood nak membeli dah kelaut…malam tu baru la diorang tido kat rumah aku. 

Hujung minggu yang panjang tapi tak best…..

**********

Sekarang, baby dah besar...kete pun masih ok...Ijun dan Mail dah pun hidup berteman..dah susah diorang nak lepak kat umah aku cam dulu..tunggu aku pindah rumah yang selesa sikit..baru boleh jemput diorang overnight lagi kat umah aku. Aku suka je bila adik beradik aku reramai datang umah, yang laki main game, yang pompuan bergosip mak jemah, shopping etc..sekarang masing-masing dah berteman tinggal 3 orang je lagi belum pas kursus kawen. Dulu-dulu depa ni bila datang tunggu je aku masak...tapi kadang tak sempat aku masak kat kedai je..kadang masak tak sedap pun depa tibai sampai licin.