Monday, January 20, 2014

Raya 2013


Patutnya aku up entry ni tahun lepas...tapi xpela...better late than never...


Baru nak update raya 2013. Macam mana raya kitorang?? Ok la…best sebab kali ni bawak balik Darrien. Pertama kali Darrien menjejakkan kaki ke bumi Borneo. Ye..jejak kaki la pasal dia dah suka lompat-lompat sekarang. Berat weiii baru tiga bulan setengah dah 8.2kg…duduk belum pandai dah nak spring-spring kaki…kena pegang dia betul2. 

Sepupu dia yang lagi 4 orang tu pun ada. Mak mertua aku ada 5 cucu termasuk Darrien, 3 laki 2 pompuan..tapi aku rasa sorang budak pompuan tu tak macam pompuan langsung. Hari-hari dengar suara dia yang macam loud speaker tu. Darrien pun dah anggap suara diorang macam muzik sebab balik rumah takde suara budak2 dia start merengek, thanks to Barney show…aku pasang berulang-ulang supaya dia tak merengek sepanjang masa. 

Kitorang balik Bintulu sehari sebelum raya. Agak kelam kabut kejar masa sampai tertinggal kamera. Dua-dua pulak tu..bertabahla kitorang ambik gambar guna Nokia tu je. Dapat la merasa sekali tahun ni buka puasa awal. Dapat mee kolok dengan bubur pedas….alhamdulillah…sedappppp..
Raya pertama, tema adalah merah sebab baju melayu Darrien kaler merah. Lepas sesi bermaafan, dok kat rumah je terima tetamu walau bukan aku yang melayan. Darrien ni taknak berenggang ngan aku langsung. Lepas geram kot. Sepanjang cuti plak tu..

Raya kedua ngan ketiga pon kat rumah je. Bosan jugak…tapi apekan daya aku pun taktau nak kemana lagipun panas giler kat sana..syukur jugakla tak keluar beraya.

Raya keempat, baru kitorang beraya. Pagi ambil ambil gambar dulu, pastu isi perut kat secret recipe ..sebab raya kat sana tak macam kat semenanjung…belum tentu pegi beraya perut kenyang dengan makanan berat. Kalau nasib baik dapat la, kalau tak..mengadap biskut dengan kek je mana tahan. Kalau kat semenanjung, memang tak payah susah-susah pikir bab makan ni…kompom 10 buah rumah kita pegi ziarah, 8 sediakan makanan berat. Mee, laksa, nasi, spaghetti..blablabla…

Raya kelima, kitorang beraya malam. ZZ plak outstation ke Miri sampai raya ke tujuh.  Maka, aku menggendong budak berat tu sorang. Bukanla PIL aku tak tolong pegang tapi kalau bapaknye ada, xla rasa segan. Walaupun raya waktu malam, berlendir jugak badan aku ni..bestnyer kalau rumah diorang ada aircond….balik beraya lepas dodoikan Darrien mesti aku mandi supaya selesa tido.

Raya ketujuh, raya malam jugak..tapi kali ni ZZ dah ada. J sedap la skit…dia boleh tolong bawak Darrien. Sakit dah pergelangan tangan aku. Pegi 1 rumah tu, orang rumah dia pengajar kat Kemas. Guru baking…sedap giler kek lapis kat rumah dia…next time aku nak order. 

Raya kesembilan, kitorang keluar bertiga je. pegi rumah uncle ZZ..belum panas bontot anak aku dah meraung-raung..maka minum air segelas, terima duit raya dan balikla kitorang. Yang geramnya..sampai je rumah..bleh pulak dia senyum, gelak dan sebagainya..taula rumah orang tu panas xde aircond macam rumah makneknya. PIL aku, cucu punya pasal 6 bijik aircond dia pasang kat rumah tu sambil komplen 3 phase electric tak cukup untuk rumah tu…haha..apeapejela..

Raya kesepuluh, kenduri doa selamat plus open house. Kat rumah je la. Baru dapat melaram dengan kurung peplum aku tu..hehe…Kenduri untuk 2 baby sebab kakak ipar aku pun baru bersalin baby girl awal Julai ari tu.  Sebab Darrien bersaiz besar walau baru 3 bulan dan tak nampak seperti baby yang dirai..dia di overshadow oleh sepupu dia yang kecik comel tapi kuat minum susu tu. Takpe Darrien..yang penting kita happy.

Raya kesebelas, cuti sudah habis..pulangla ke tempat asalmu nak..dalam flight punyala liat nak tido. Akhirnya dia tido sejam, dapatla aku makan dengan tenang. Sampai je rumah, bagi mandi, susu terus tido sampai esok paginya..lapang sekejap aku. Dapat rehat sebelum mula keja esoknya.
Semua baju raya yang aku sedia memang berbaloi aku beli, hari hari aku pakai baju raya walau dok kat rumah je siap aku rembat lagi blouse mak mertua aku sebab dah bosan rotate baju. Nanti saya ganti dengan benda lain ye makkkkkk…..menantu hantu betul. Tahun lagi 1 aku nak tambah lagi kuantiti baju raya aku…hehehehe... Tu je la cite raya tahun 2013. Bila dah habis raya, mak bapak hidup dalam kekempisan poket menunggu hari gaji sementara si anak kaya raya.. Darrien, nak balik kampung mama nanti boleh pinjam duit buat isi minyak???

No comments: