Dulu-dulu…first time aku mendengar perkataan Sarawak menjadi
perbualan dalam rumah aku adalah disebabkan abang aku dapat offer matrik kat
Sarawak. Ouh..masa tu mak aku rasa dah terlalu jauh tempatnya, tapi disebabkan
dia nak jugak anak dia masuk universiti..dengan berat hati dia bagi jugak abang
aku pegi belajar kat sana…ala..bukan lama pun..1 ½ tahun je.
Abang aku pun dengan bangganya cakap dialah orang pertama
naik kapal terbang, study kat obersea (padahal masih Malaysia). Masa yang
setahun setengah tu macam lama sangat..kadang-kadang bila dia telipon, aku buat
nada-nada sayu tanya bila dia nak balik..padahal sebab aku nak dia hantar n ambik aku dari sekolah je hari-hari pasal malas kayuh beskal...hahahaha…
Teng..teng..teng…
Tiba-tiba..takdela tiba sangat..kami kawan lama jugak sempat
la mak aku coba-coba suh cari orang lain buat laki..hahahahaha.....aku
berlakikan orang Sarawak, namapun jodoh..nah….hambikkkk…aku balik kampong tak
kuasa naik kete k…naik belon je…seumur hidup!…bukan takat setahun setengah kena
ulang alik naik flight...(eleh..cam aku sorang je ada laki orang sana..puii..)
Yang aku pulak masa berkawan tak terpikir pulak dia dok kat
mana dia asik cakap Bintulu, Bintulu, Bintulu..dah la aku tak pernah pegi sana.
Aku tak terpikir pun yang dia ni dok rumah panjang ke, pendek ke, dalam hutan
tebal ke, kena naik land rover or sampan baru sampai kampong dia. Apehal sengal
sangat kepala? Chenta la sangat time tuhhh….ecece…sekarang punnnn….
Sekarang..alhamdulillah…keluarga dia adalah dari kalangan
Melayu Sarawak, rumah dia pun 10 minit je dari airport Bintulu tu, walaupun
airport tu kecik tapi lebih cantik dari airport kat Hanoi tau, kalau Hanoi
airport belum renovate la.. keluarganya termasuk kaum kerabatnya menerima aku
seadanya.
Biasanya kalau aku pegi rumah mertua balik pasti adanya extra
beg. Sebab aku akan beli macam2 kat sana walau orang kata bukan ada apa-apa
pun. Pada aku mesti ada apa-apa untuk bawak balik sini. Yang aku listkan kat
bawah tu adalah the best from Bintulu. Kalau korang sampai Bintulu, jangan lupa
beli 3 benda ni.
- Ikan terubuk masin – untuk pengetahuan korang dalam seluruh Sarawak, the best terubuk/terubuk masin adalah yang berasal dari Bintulu.
- Belacan – must get from Bintulu. The best belacan ever.. serius!
- Cencaluk – caluk kat Bintulu tak berbau busuk, tapi sedap.
Ada banyak lagi, tapi takdela aku usung semua sekali bawak
balik ke sini. Yang kat atas tu kira mudah di bawa dan senang nak simpan. Lagipun, peti ais aku kecikkk je..mana muat
nak simpan segala benda…
3 comments:
sng x dapat mknan halal kt bintulu?
Senang...bersepah mcm kat sini. Sana pun majoriti islam.
Senang...bersepah mcm kat sini. Sana pun majoriti islam.
Post a Comment