Monday, January 27, 2014

10 perkara yang harus dilakukan bila anda seorang dirumah


1. Memanjakan tubuh
Masa ni la nak scrub, lulur, creambath, pakai mask kat badan dengan rambut tanpa perlu tergesa-gesa. Lagi-lagi kalau ada bath tub kat rumah, boleh berendam sambil dengar muzik.

2. Cuba resepi baru
Kalau tak konfiden dengan hasil sesuatu menu, waktu berseorangan paling sesuai untuk test resepi baru. Kalau tak jadi, takdela malu sangat..ye tak?

3. Bermalas-malasan
Kalau kebiasaan balik keje tu campak beg, buka tudung kemudian terus pakai apron…ni la masa untuk buat semua benda lembap-lembap ala siput babi.. kadang-kadang lelah jugak terkejar-kejar buat itu ini.

4. Baca buku atau novel
Mana-mana buku atau majalah yang beli masa pesta buku 2, 3 bulan yang lepas tu bolehla di selak untuk mengelakkan ia di baca oleh kaum semut kerana menjadi bahan pameran kat rak buku.

5. Menghabiskan masa dengan update blog & sediakan draft untuk entri seterusnya
Kalau anda seorang blogger dan blog anda kerap bersawang, masa ni la paling sesuai untuk mengadap pc/laptop selama 5 jam tanpa henti untuk elakkan pembaca (kalau ada) jemu dengan blog anda…(teehee..aku ler tu) 

6. Masa mandi ikut suka hati
Nak mandi lewat atau mandi lebih dari sejam pun tak ada yang kesah…. ;)

7. Iron baju untuk minggu seterusnya
Untuk kesenangan diri di minggu hadapan……bleh la iron baju siap-siap untuk minggu yang seterusnya, kalau rajin terlebih..iron je satu almari..senang kalau nak keluar nanti.

8. Spring cleaning rumah
Kalau minggu-minggu biasa mengemas ala kadar je, time ni la nak mengemas sepuas hati. Nak lap segala miniature, perhiasan dan majalah yang berhabuk kat rak tu.

9. Muhasabah diri
Sebagai manusia, kita bukanlah sempurna..masa ni la habiskan masa untuk fikir balik kewajaran sesuatu perkara. Yang mana boleh di perbetulkan, betulkan yang tidak elakkan perkara yang sama berulang.

10. Cuti masak
Kalau selalu tertanya-tanya bila la boleh stop kejap daripada tugas masak memasak ni (bukan benci ok, cuma perlukan rehat sekejap) waktu sorang-sorang camni la boleh berenti kejap. Kendian, bleh fikir idea memasak yang lebih hebat dan kreatif dari sebelumnya.

Semua yang kat atas tu adalah aktiviti aku semasa Darrien belum wujud ye…sekarang tiada istilah aku berseorangan dirumah lagi. Paling tidak kalau Zz takde, mesti Darrien dengan aku kat rumah. Semua kat atas tu hanya dapat aku buat bila Zz babysit Darrien atau Darrien tido (yang aku rasa adala dalam setengah jam). Time table aku ditentukan oleh bos baru itu…tapi aku enjoy dengan cara hidup baru ni.

2 comments:

nahmy said...

sepuluh perkara tu dah 'lama' berlalu dik...skrg nak cari masa berdua dgn isteri pun susah..

Azi said...

nahmy, betul tu..memang tak mudah sebenarnya nak create 'Me time' kata orang.