Thursday, September 5, 2013

Tempoyak goreng

Aku kenal makanan ni sejak kawin ngan Zz la..1st time rasa masa tu mak mertua yang masakkan. Sebelum ni tak pernah aku tau tempoyak boleh di goreng. Yang lagi best, aku tak pernah suka tempoyak sebelum ni. Tapi bila makan tempoyak goreng ni, boleh sampai jilat pinggan dibuatnya..Sebab sedappppppppp….meh sini aku share ngan korang.

4 sudu besar tempoyak
1 tangkai cili merah besar - dihiris
1 biji bawang besar – dihiris
*Sedikit ikan bilis yang digoreng garing
1 sudu besar gula 
1 sudu minyak

Caranya

Panaskan minyak.
Tumis bawang dan cili merah hingga sedikit layu
Masukkan tempoyak, tambahkan gula dan gaul hingga warna tempoyak bertukar sedikit kekuningan.
Tutup api dan masukkan dalam piring untuk di hidang.

Zz kalau aku masak benda ni, confirm dia makan nasi 2 pinggan penuh walaupun dia cakap nak diet. Takkan berjaya punya diet dia kalau aku masak tempoyak ni. Hahahahaha…

* boleh juga digantikan dengan udang tapi tak perlu la digoreng garing, cukup sekadar udang masak.


 

Monday, September 2, 2013

20 tips untuk menurunkan berat badan



1.       Minum air kosong sebaik sahaja bangun tidur. Kalau nak perah limau nipis atau limau kasturi skit pun boleh untuk hilangkan rasa payau.
2.       Minum air asam jawa.
3.       Minum susu sebagai minuman semasa sarapan. Susu baik untuk tubuh, baik untuk perut juga.
4.       Kalau sanggup, boleh juga telan sesudu kecil minyak zaitun (extra virgin) yang diperah sedikit limau nipis padanya.
5.       Rajinkan diri buat jus buah-buahan sendiri. Kalau nak makan pun boleh, tapi aku surrender la nak mengunyah buah je tiap masa, minum lebih senang dan jus tu boleh dicampur dengan sayuran yang tak berapa disukai.
6.       Masak makanan orang malas, contohnya ada masa aku malas nak goreng ikan jadi aku kukus je. Caranya, beli ikan yang siap dipotong macam ikan tenggiri atau ikan merah, lumur ikan dengan lada hitam dan garam kemudian kukus selama 15 minit. Sedappppp dan mejimatkan masa sebab tak payah siang ikan…boleh habis nasi seperiuk..eh, ni kan entry untuk kuruskan badan….
7.       Mesti ada sayur masa makan nasi!!! Tapi bukan sayur masak lemak…rebus atau tumis je yang di benarkan. Kerabu lagi bagus. Aku rasa sejak kawin ni boleh bilang ngan sebelah tangan je berapa kali masakan aku bersantan.
8.       Tipu diri sendiri dengan meletakkan lebih sayur dalam pinggan berbanding nasi..supaya mata dapat hantar isyarat kepada otak “ooo…banyaknya aku makan hari ni, jadi aku sangat kenyang.”
9.       30 minit sebelum lunch time…..sila minum segelas penuh air kosong ye…..supaya otak rasa yang ko tak terlalu lapar. Tambah lagi, boleh jaga air muka bila makan kat kedai. Takdela nafsu nak penuhkan pinggan macam everest ada dalam pinggan ko seterusnya membuatkan lelaki yang baru nak ngorat lari..wakaka…
10.   Variasikan makanan, mana tau ada sesetengah khasiat tak ada dalam makanan yang menjadi kegemaran, jadi kenala lebih terbuka dalam soal pemakanan asalkan bukan yang haram.
11.   Jauhkan diri daripada junk food atau fast food!!! Dulu masa aku naik berat badan, salah satu puncanya adalah keropok dan kerepek goreng…keropok bantal, roda, kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek bla..bla…bla..
Nak tau satu rahsia…Zz cakap orang yang mengusahakan kerepek secara komersil tu akan guna minyak yang sama berulang kali sampai minyak tu hitam legam..takut aku..patut la dulu berat naik. Minyak yang teroksida! Aku guna minyak masak untuk 2 kali goreng je…pastu aku buang…no sayang- sayang ok!
12.   Minum yogurt drink atau makan yogurt selalu, kandungan bakterianya boleh lancarkan penghadaman dan elakkan perut buncit. Sayangilah perut anda setiap hari!
13.   Puasa. Kalau rajin..
14.   Makan masakan sendiri, elakkan makan kat luar selalu. Logiknya kalau kat luar, kita cenderung untuk habiskan makanan tu sebab kita berkira dengan harganya, kalau makan kat rumah pulak boleh simpan makanan yang lebih kalau takut bazir dan hanya makan cukup-cukup je. Lagipun, orang kat kedai tu, basuh sayur pun cincai je…
15.   Bersenam…camla aku buat yang ni..eh, aku yang sapu & mop lantai, cuci kipas, sental bilik air..sekali buat boleh tahan jugak la peluhnya, kira senaman la tu kan?
16.   Minum air kosong…jangan buat-buat lupa plak.
17.   Tidur mesti cukup. Jangan lewat, orang yang tidur lewat cenderung menambah kalori dalam badan. Tak caye ce terai….tengok tv sampai pukul 2 pagi lapar tau.
18.   Bangun awal pagi…jangan malas…orang suka bangun lewat cenderung naik berat badan sebab waktu makan tak terurus, muka sembab dan lebih letih daripada orang yang waktu tidurnya cukup-cukup saja.
19.   Makan dengan kerap tapi jangan banyak.
20.   Elakkan minuman manis kecuali susu dan jus (jus tanpa gula).

Itu antara yang aku amalkan. Terserah pada korang la kalau nak buat ke tak, lagipun segala risiko atas diri sendiri ye. Jadi fahamilah badan sendiri sebelum buat sesuatu perubahan. Taknakla aku dapat komen karang ada side effect tang ni, tang tu pulak bila korang cuba amalan aku nanti. 

Wednesday, August 28, 2013

Kenangan mengandung


26 April 2013 merupakan detik yang merubah status aku kepada seorang ibu. Mengenang balik detik awal aku disahkan mengandung, aku tak sangka masa raya tahun lepas kami beraya bertiga rupanya. Pertama kali haid tak datang, aku mula syak sesuatu tapi malas nak fikir banyak nanti kecewa je, jadi aku biarkan saja. Tapi dalam pada tu ada beberapa kali asal balik keje je aku tido. Letih sangat2 sampai Zz kepelikan tengok aku letih melampau padahal keje aku bukannya buruh binaan dan aku paling tak suka tido dekat-dekat waktu maghrib. 

Masa kakak ipar aku buat open house, aku melahap laksa Sarawak macam esok dah tak boleh makan. Tapi masa tu aku memang tak dapat menahan perasaan. Lepas belasah 4 mangkuk laksa, aku selamba badak je tido kat umah kakak ipar aku (dalam bilik la) padahal tetamu ramai kat luar. Seb baik dapat mak mertua yang sporting. Dia biar je aku buat apa aku suka masa tu. Tapi serius aku tak dapat menahan rasa mengantuk tu. So, aku tido je la. Biasanya aku ni stok-stok menantu sopan gitu…letih cemana pun akan ku tahan sampai balik rumah..cheeewaaaaahhh…... Esoknya, bila datang lagi ke rumah kakak ipar aku, terus loya pulak bila nampak biras aku makan laksa tu. Padahal semalam aku la orang yang asik menambah je kejenya.  Dan selepas tu……aku pantang dengar orang sebut menu Sarawak…especially laksa Sarawak dengan mee kolok..loya terus aku (tapi anak aku dapat mengikut kate nenek dan nenek2 sedaranya adalah kelahiran semula Zz...)

1st stage
Minggu-minggu seterusnya..Zz beli upt test..seperti dijangka, aku pregnant pastu pegi klinik scan. Semua ok. Selepas tu bermulalah bulan-bulan manja aku………kat tempat keje, apa2 barang yang memberi tekanan kat perut semua aku suh colleague aku buatkan. Sebabnya…..sebelum pregnant aku pernah datang period lepas angkat kotak berat k….(ntah-ntah kalau aku tak angkat, period aku tak jatuh aku pregnant lama dah, takpe…takde rezeki maknanya tu…dah keje kau kan...). 

Tak lama pastu, aku tak boleh cium langsung bau segala jenis lauk iaitu ikan, ayam, daging, udang, sotong, ketam etc kecuali telur, ikan bilis goreng dan ikan masin. Masa tu aku rasa bau sayur berdaun hijau adalah sangat menyegarkan kepala. Aku jadi herbivor kejap dalam 3 bulan lebih sampai kandungan aku 4 bulan lebih baru aku jadi omnivor balik. Masa mengandung tu jugak, aku tak suka bila Zz spray perfume dia. Aku suka bau original dia tapi takla sampai sesetengah pompuan ngandung suka cium ketiak laki tu…aku cuma suka dia tanpa perfume…bau perfume dia sangat menyakitkan otak walaupun sebelum tu aku memang suka bau tu. Tapi perfume aku takpe kalau sembur banyak..hahaha…sangat kontra. Sekarang dah ok, perfume dia atau perfume aku bukan masalah lagi…. 

Lagi, masa early stage mengandung tu…aku yang sememangnya kuat sendawa jadi triple kuat sendawa. Waktu tido je aku tak sendawa. Masyallah…..dan ia berjangkit kat Zz jugak (kata sayang bini kannnnnn…share la morning sickness tu…). Tapi lepas pregnant ni, aku rasa kekerapan sendawa aku sangat kurang. Sangat kurang walau dibandingkan dengan sebelum pregnant dulu. Tapi sepanjang mengandung tu, tak pernah aku muntah atau loya bila gosok gigi. Sikit-sikit tu adela. Letih takyah cakap la kan…aku memang dah cop tempat tido dalam surau time lunch sepanjang mengandung. 

Alhamdulillah jugak sepanjang mengandung takde aku mengidam pelik-pelik dan aku memang berdoa supaya tak dilorongkan selera aku kepada benda yang pelik dan susah nak dapat. Kesian Zz karang…kang kalau tak dapat aku merajuk tahap gaban pulak khennnn…..kecuali ada dia beli siakap aku cubit skit je padahal mahal ikan tu n aku teringin nak makan kat Mom’s Place..Zz dah order banyak, lastnyer aku makan nasi dengan sayur je….marah member, bayar mahal tapi makan tak habis….heheheeheheeeee….ala masa tu je…sekarang beli makanan apa pun I licinkan kan??? dan tahun lepas aku memang beria nak balik kampung masa raya haji tahun lepas sebab nak makan karipap, nasi lemak, masak lemak pucuk ubi n sambal ikan tongkol mak aku tu je. Dan akhirnya kitorang terperangkap dalam kesesakan yang amat teruk masa balik ke Shah Alam. Sebelas jam kau dalam kete....tobat taun ni tak buat lagi.

2nd stage
Masa ni, selera aku dah dah naik. Berat aku pun naik mendadak jugak, tapi kakak-kakak kat opis cakap perut aku kecik je..tak berapa nampak sangat cam pregnant. Macam orang makan banyak perut jadi buncit skit je. Adik aku, si ahli farmasi tu pun asik tanya kenapa perut aku tak sebesar pompuan pregnant lain padahal dah 6 bulan pregnant. Masih kategori slim shaddy gitew, tapi doktor dah warning suh jaga makan sebab bila scan baby selalu bigger than average katenyerrrr tak padan ngan saiz perut…..Masa ni musim buah. Semua jenis buah-buahan tempatan yang ada kat kedai semua aku balun. Sedap gilerrrrrrrrr……dan aku amat aktif masa ni. Tetiap hujung minggu jangan la suruh aku dok dendiam kat rumah. Memang cari pasal la jawabnya (kakak ipar aku cakap sebab tu kot Darrien tak kuat tido, aku aktif sangat masa pregnant dulu).

3rd stage
Perut aku hanya nampak besar sikit bila masuk bulan ke-9. Sebelum tu, masa pregnant 7 bulan aku pegi Terengganu, masa 8 bulan PIL aku turun KL aku masih follow diorang shopping. Badan mula simpan air, tapi kaki aku masih ok. Boleh je jalan2 lagi. Kalau kaki cramp pun, sekali dua je..tak sampai menyusahkan. Tapi badan memang rasa panas je..dan aku pun minum air kelapa hampir setiap hari..sedapppppp...sekarang dah tak bleh minum bebanyak cam dulu.

Masuk je 9 bulan, aku merasai sensasi kesakitan perempuan mengandung….nak bangun sendiri tak larat, paling benci bila dah duduk kena bangun dari kerusi…sakit giler, nak jalan lagi la…bertongkat dinding sambil ketap gigi tauuuuuu…masa tu memang air muka tak berapa manis bila orang suruh itu ini tapi buat jugakla sebab keje makan gaji kannnnn….cuti awal memang tak dinasihatkan sebab gynea aku suruh stay active untuk memudahkan proses bersalin. Aktif sangat sampai sepanjang mengandung tu aku drive sendiri ke tempat keje dan sehari sebelum bersalin pun masih drive jugak.

Para suami kalau tak hargai isteri..taktau la manusia jenis apa..ingat proses nak lahirkan zuriat kat diorang tu macam petik jari ke? Ini bini silap sikit je dah naik suara…ada yang lagi teruk tangan kaki semua naik..insafla sikit…dah fitrah wanita diumpamakan seperti tulang rusuk yang bengkok..maka berlembutlah apabila nak memperbetul kesalahan dia. Kalau berkasar pun keadaan takkan berubah jadi lebih baik.

Ok, berbalik semula kisah mengandung.. dua kali false alarm…sakit, memang sakit yang amat-amat…akhirnya kali ketiga sakit datang, masa tu minggu ke 38…aku melahirkan Darrien Rahman dengan berat sebanyak 3.7kg (padahal 3 hari sebelum tu, dapat false alarm, doktor scan cakap berat baby lebih kurang 3.05kg je). Tak sangka jugak aku..patutla sakit sangat bawak perut hujung-hujung tu..padahal perut tak la besar mana tapi besar rupanya orang kat dalam tu. 

Tu je la kisah sepanjang aku mengandung sulung dulu…kenangan yang tak akan dilupakan.No. 2 cemana??? korang ni....tunggula Darrien merasa jadi anak tunggal kejap...nanti-nanti la dulu...

Seorang kidal


Menjadi kidal atau dilahirkan kidal? Aku pun taktau, tapi membesar di kampung yang jauh dari arus pembangunan suatu ketika dulu sebagai seorang kidal adalah suatu proses yang agak mencabar sebenarnya. Masa kecik, selalu kena marah sebab pegang pensel dengan tangan kiri. Tapi keluargaku akhirnya pasrah dengan kebolehan tangan kiri aku asalkan makan nasi guna tangan kanan. Kat sekolah, selalu kena sindir dengan cikgu sebab menulis guna tangan cuci tahi. Tapi apa boleh buat, aku tetap aku yang kidal. Masa remaja bila masak, tok aku selalu cakap aku masak takkan sedap sebab aku pegang sudip guna tangan kiri. Aku tetap tak boleh ubah sebab aku tetap aku yang kidal dan aku tetap rasa masakan aku sedap..haha..
Yang tak best jadi kidal…

  1. Kat sekolah, meja disusun berpasangan dan aku mesti duduk di bahagian kiri sebab taknak berlaga siku dengan kawan sebelah. No choice.
  2. Aku tak boleh main rounders waktu PJ sebab sarung tangan yang disediakan di sekolah hanya untuk tangan kanan. Kalau nak main jugak, dari 10 bola yang orang baling paling banyak 2 je yang aku dapat tangkap.
  3. Aku juga hanya memandang dari tepi padang bila minggu tu cikgu keluarkan kayu hoki untuk main sebab kayu hoki yang ada hanya untuk pemain yang menggunakan tangan kanan. Tapi kadang-kadang aku degil, aku masuk jugak padang buat macam pandai. Kalau main badminton, pasti orang gelak sebab corak hantaran aku lain sikit dari orang tangan kanan.
  4. Kalau pegang gunting, mesti ibu jari aku cepat melecet sebab lubang gunting sebenarnya dicipta untuk orang tangan kanan.
  5. Aku juga tak pandai guna pembuka tin konvensional (yang jenis lama tu), kompem bila penutup tin berjaya dibuka semua isi makanan dalam tin tu dah tumpah dulu. Yang pulas2 tu ok skit sebab guna tenaga skit je.
  6. Pembaris mesti diterbalik bila aku nak guna.
  7. Aku jugak surrender daripada niat belajar menyulam dan mengayam sebab orang menunjuk ajar semua guna tangan kanan. Serius aku tak boleh nak tukar corak diorang dari tangan kanan ke tangan kiri seb baik sekarang dah ada ketupat segera tak payah aku sebok nak belajar menganyam ketupat.
  8.  Dulu masa sekolah rendah, buku latihan aku dengan tangan aku selalu hitam sebab aku terpaksa menulis dari arah kiri kekanan. Tapi aku suka bila waktu matapelajaran agama islam sebab kena tulis jawi. Tulisan jawi mesti ditulis dari arah kiri ke kanan jadi tangan dengan buku aku tak kotor.
Tapi ada jugak yang best jadi kidal ni.
  1. Masa peksa dulu kalau ada yang nak meniru aku amatlah susah sebab tangan aku secara automatik akan menutup semua jawapan yang aku tulis. Jangan harapla ada orang nak copy jawapan aku.
  2. Hidup dalam dunia orang kanan juga membantu aku menguatkan lagi bahagian kanan badan aku sebab aku terpaksa belajar kemudahan diorang. Jadi walaupun tangan kanan aku tak se’power’ tangan kiri, tapi aku mampu menggunakan kedua belah tangan dalam sesetengah keadaan. Tak macam orang tangan kanan yang hanya bergantung kepada kekuatan tangan kanan je. Tangan kiri kalau suh buat keje lemah giler. Contohnya, aku mampu melempang orang tak kira guna tangan kanan atau kiri…hahahaha..ok,tak kelakar.
  3. Kalau kupas buah-buahan aku takkan geli sebab buah yang akan togel tanpa kulit tu sepenuhnya dipegang oleh tangan kanan sebab tangan kiri yang pegang pisau. Kiranya lepas basuh berak pun aku lalu jugak kupas buah. Ok, sapa rasa nak muntah silakan…tapi betulkan?
  4. Kalau aku drive kete (kete aku auto), aku mampu memandu sambil makan tanpa menjejaskan tumpuan aku terhadap pemanduan sebab tangan kiri aku amat dipercayai untuk menjaga stereng dan tangan kanan aku pegang keropok atau cekelat. Eh, pegang stereng guna tangan kanan pun aku no hal. Aku tak suap makanan guna tangan kiri k.
  5. Time buat revision masa study, aku mesti buat latihan sambil makan, sebelah pegang pen sebelah lagi pegang makanan.
  6. Waktu keje, kalau aku nak berfikir mesti ada makanan kat tangan kanan aku. Tangan sebelah kiri ketuk keyboard. Selain tu, aku boleh cakap kat tepon sambil browse internet sebab aku pegang mouse sebelah kanan cam orang tangan kanan jugak, sambil tu angkat tepon kat sebelah kiri.
  7. Kalau pegang sudu garfu pun takde masalah nak pegang cam orang tangan kanan sebab aku dah latih tangan kanan aku untuk makan cam orang tangan kanan gak. Bukan takat tu je, aku boleh pegang dan makan guna chopstick dengan kedua belah tangan.
  8. Demi air tangan, aku buat cekodok guna tangan je(kanan ok) tak guna senduk..bila tiba waktu menggoreng, aku guna tangan kanan masukkan adunan dan pegang sudip tangan kiri. Hasilnya??walla…sedap giler cokodok aku..hahahaa..
  9. Ni dah ada anak..aku handle anak tanpa masalah guna kedua belah tangan. Letih sebelah kanan, tukar sebelah kiri dan sebaliknya. Ok je!
Ada yang cakap orang kidal ni lebih bijak…hmmm…dari pengamatan aku melalui kawan-kawan aku yang jugak kidal….kebijakannya bukan diukur melalui keputusan akademik tetapi lebih cara dia menyesuaikan diri dalam dunia yang cenderung kepada orang yang bertangan kanan. 

Orang takkan tahu seseorang itu kidal sehinggalah dia menulis. Sebab kebanyakan orang kidal mampu untuk makan dan memegang sudu seperti orang tangan kanan, kitorang tak berbeza secara fizikal. 

Bestkan jadi kidal? Boleh multitask.

Monday, August 5, 2013

Elakkan berat badan naik mendadak bila raya


Yeah…raya datang lagi!!!!

Pasti ada yang berhempas pulas menurunkan berat badan masa puasa yang lepas dan berpuas hati dengan hasil yang diperolehi sehingga hari terakhir puasa. Tapiiiiii…macam mana nak kekalkan supaya ia tak naik semula???? Macam keluarga aku, nenek sebelah mak berketurunan jawa dan umum mengetahui orang jawa memang champion bab makanan ni…belum sempat hadam sarapan pagi, dah ada pulak hidangan minum pagi..tengahari, minum petang, malam & minum malam..dan seterusnya…kalau tak jaga memang sia-sia la usaha waktu bulan puasa tu..silap-silap berganda…
  1. Jangan lupa minum air kosong (suam) sebelum menjamah sarapan pagi.
  2. Jangan makan banyak sekaligus, ingatla bahawa bulan puasa sudah berakhir dan korang masih boleh makan di lain waktu.
  3. Jangan terlalu terpengaruh dengan menu yang dihidangkan tuan rumah walaupun sedap, untuk mengelakkan tuan rumah kecil hati mintalah disediakan dalam mangkuk yang kecil atau kuantiti makanan yang lebih kecil.
  4. Masa musim raya, ramai yang akan mengalami sembelit jadi jangan lupa untuk mengambil makanan yang mengandungi fiber  dan minum air kosong secukupnya.
  5. Hadkan pengambilan makanan atau minuman manis dan berkalori tinggi.
  6. Berpuasa sunat enam di bulan Syawal.
Selamat jaga badan korang di bulan raya ni!