Thursday, July 29, 2010

Yummy..yummy..tako tao!

Saya sukerrrr.....tako tao.......i'm quite ok with Japanese food.  Makanan Jepun yang saya suka adalah sushi, teppayaki, tempura dan yang terbaru adalah tako.
Sedap tauuu....
Tako tao@ JJ Sunway Pyramid.
(JJ kat tempat lain pun ada jugak)
Flavours: octopus, prawn, chicken ham, unagi and abalone
3 pcs for RM 4.30 - 4.50

Jangan risau...tako tao ni halal.

Diiktiraf gred A lagi. Jadi jangan risau ye, gerai ni dikendalikan dengan bersih.  
Kalau tak, macam mana bleh dapat sijil halal betul tak?

Setiap bekas tako akan diletakkan kicap jepun, mayonis dan fish flakes, 
kalau nak extra tambah lagi 0.50sen. 

Tako. Panas lagi ni sebab dimasak ketika ada permintaan sahaja. 
Saya ambik perisa abalone dan octopus. Rupa adalah sama, rasa sedap pun sama. 

Sebagai sampingan, sushi. Nampak tak crab stick die besar2...sedapppp...

Kalau dah makan, mestila ada minumnya kan?  

Bubble black tea dari Cup Bon, RM2 (large)

Tako adalah dibuat daripada adunan tepung khas (taktau tepung apa) dan didalamnya ada inti. Contoh, kalau perisa octopus tu kat dalam tu ada octopus la. Digoreng garing tapi lembut didalam. Dimakan bersama campuran mayonis, kicap jepun dan fish flakes. Pada aku bahan-bahan tu agak masin, tapi ok je kalau orang yang memang suka makan makanan masin. Sebab tu kalau beli aku tak minta extra bahan2 tu.  Sebab aku rasa yang dia bagi tu pun dah cukup rasa.  Lainla kalau nak dapat darah tinggi dan tambah kolestrol dalam badan, sila la tambah especially mayo ngan kicap tu.

Kalau hari-hari dapat makan tako kan best???

9 comments:

masjuliana|masjuju said...

mmg sangat best! =)

Azi said...

uhh...bace komen akak ni..rasa cam nak tako plak hari..ngehehe..

Mohd Fauzi said...

logo halal yang ada tu bukan logo halal yang diiktiraf JAKIM..ni je antara logo halal yang diiktiraf jakim http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf..

Anonymous said...

kawan yg belajar kat jepun kata sos tako tao tak halal maa.. kalo nak makan beli bebola tu je, sos bole beli kat jusco..

Anonymous said...

Kalau nak berusahalah google resepi buat sendiri sosnya. So sendiri buat sendiri tahulah halal ker tidak. Ready-made kat Japanese shop contains alcohol. So tukarlah ke Unagi Sauce ker... sebagai option :)

Anonymous said...

BETUL.. ATAU SEKARANG DH ADA YG MUSLIM BUAT..... JD KITA LEBIH YAKIN LA NK MKN.....

Anonymous said...

baca kat main http://takotao.com/. seme ingredient dia import dari jepun. lepas tu baca plak apa resepi dia dan dia rendam dalam apa. harap tak kembang tekak. makanlah makanan yang betul2 diyakini halal

Anonymous said...

Kat aeon seremban ade jual tako tao.. punye laa ramai melayu beli. Tapi aku tercari2 mana sijil halal nya??? Kiri kanan atas bwh aku cari tp xde.. yg masak tu plk bkn Islam.. uweekkk kembang tekak dohhhh.. melayu2 nie xde cop halal pun diorg balun.. maklum laa xnak dikatakan ketinggalan zaman.. xkisah yg msuk dlm perut halal haram..byk lg benda lain blh mkn.. x mati pun klu x mkn benda tuu..
#saperugi???

Iruzent said...

Tako Tao ni dah lama tapi saje je taknak amek sijil halal jakim..nampak sangat tak halal..tapi ramai melayu yg beli..pelik betul