Sunday, July 11, 2010

Memburu laptop Din

Tengah tengok2 laptop

Minggu lepas aku bawak adik aku pegi survey laptop kat Plaza Alam Sentral.  Kenapa kat situ?Sebab, kekangan masa tak membolehkan aku bawak dia pegi survey kat Low Yat.  Lagipun, takat bajet yang dia ada tu pegi Low Yat pun bukan dia bleh beli latest edition pun.  Sama ja. Barang2 IT ni harga lebih kurang je pegi mana pun.  

Kes dia camni, bajet tak berapa besar dan bukan computer literate pun (ecece...camla aku ni terer pun).  Kalau takat main game, facebooking dan  taip assignment guna word tu dia blehla.  Aku dah suruh survey laptop  dengan bajet yang dia ada tu pun aku rasa dia tak tau nak explore tang mana.  Yang dia tau dia nak laptop besaq macam cam kakak aku punya.  Aku suh ambik yang kecik punya takmau..yang kecik dapat la yang terbaru kat pasaran dengan bajet dia tu.  Tapi takmau, yang kecik xdak dvd player walaupun aku dah kata zaman sekarang mana da student tengok guna dvd player lagi, orang simpan movie suma kat external hard disk atau thumbdrive ja.  Nak mesti yang bleh main game, nak tengok movie, download segala macam ntah apa yang budak sebaya dia la ni buat aku pun taktau. Ni nak study ka apa????jawab sat.....

Aku rasa semalam badan aku penuh dengan angin, nasib baik angin pus-pus tak keluar tengah2 orang ramai semalam.  Dah la alam sentral semalam penuh dengan manusia yang audition reality show Pilih Kasih musim kedua dan penonton2 bersidai merata-rata tempat tengok drama amatur free. Dok kat umah lagi best.

Bila suma kedai dah masuk, adik aku buat keputusan untuk masuk balik kedai pertama yang kami masuk.  Nama kedai...Tak ingat..Last2 aku nampak la laptop kecik brand Toshiba.  Harga RM1199 ja. Ok la laptop tu takat nak facebooking dan wat assignment. Nak online game takleh la, dvd player pun takdak. Aku pun persuade la dia suh ambik yang tu.  Pastu aku rasa dia dah dapat terima keadaan yang berapa kaya tu..dia pun angguk la dengan separuh hati....Tup2 pusing kepala nampak la 1 laptop skrin 14" harga RM1599.  Tak tanya-tanya aku pun.   Main hangguk ja nak yang tu.  Kot2 aku taknak topup camna?  Processor laptop bukan yang terbaru, RAM pun kecik 1GB ja.  Dah lama skit.  Tu yang harga dia murah.  Tapi dah dia nak sangat yang, ha ..apa lagi..hambik la..lepas ni ada masalah settle sendiri.  Pandai2 la..k..Memandang sangat kat saiz.  Nak yang skrin besaq jugak.  

Last-last aku pun topup jugak 100 hinggit tu kat dia.  Dah nak sangat, aku suh tunggu sem depan baru beli pun dah tak sanggup tunggu. Dah la semalam tu aku ada jumpa laptop skrin 17", brand Acer, processor Intel Core i3, DDR3 4GB RAM dengan harga RM2399 plus Window 7 starter.  Murah tu..... Takpa, lepas ni  dia tak leh la pau aku punya 5hinggit lagi pasal aku dah jarang jumpa dia. Kalau tak, asik kena ja ngan dia bila aku hantar dan ambik laptop ijun kat dia.  Hahahaha.....


Ni la laptop Din, brand Toshiba jugak.  Nasib baik tak memilih brand, kalau pilih jugak aku memang tinggal ja dia kat situ.




Nampak la Din happy dapat barang baru.. Selalu dia asik dapat barang second ja..huhu..sian kat hang Din...jaga elok2 barang hang...



Syoknya kira cash cashier ni...




Yang bagus adik aku ni, dia mesti tunggu sampai keta aku hilang dari pandangan baru dia masuk dalam bilik.  Kalau aku dulu, aku lari masuk bilik dulu baru bagi orang masuk dalam keta tinggalkan aku..hehehehe....


Sebenarnya, aku jatuh chenta dengan laptop kecik Toshiba tu,  aku suka dengan barang yang mudah dibawa dan praktikal....murah la..tapi benda tu tak membantu aku buat masa ni...jadi aku lupakan dulu.. mana tau esok2 aku dapat yang lagi murah. kan? Sabar ye Che Jimah...

Enhanced by Zemanta

3 comments:

~*irjune*~ said...

huyooo..brand toshiba..kalau dia pi cari yg acer pun ok je...tapi tak kisah la...aku nye brand compaq..tq..

Azi said...

in this case, acer lagi mahal sebab semalam acer offer processor yang lagi baru. so, harga lebih mahal.

miss_raha said...

aku selalu je dapat barang second hand???
xkesah pon....hidup ku gumbira jeeee....