Sunday, July 18, 2010

Pasar Ahad Seksyen 13, Shah Alam

Pagi-pagi pukul 6 lagi Ina dah message. Tanya jadi tak plan untuk pagi Ahad. Aku yang masih melingkar atas katil membalas message Ina dengan mata separuh terbuka. Lepas balas message, aku kejut Ija suruh bangun.  Tepat pukul 7, kami keluar dari bilik. Aku tengok bilik Wakdah gelap lagi, semalam dia mengadu pening kepala jadi tido balik kot lepas solat Subuh. Aku cuma hantar sms je bagi tau aku keluar pegi Sc.13. Lepas panaskan enjin, terus pegi Sc.16 ambik Ina. Dalam pukul 7.40pg kami sampai.

Kami sampai agak cepat, gerai belum seratus peratus dibuka.  Takpe,yang penting aku tak pening nak cari parking. Lepas jalan2 dua tiga line gerai nampak la gerai sandal ni.


Ija berusaha jugak cari sandal yang sama dengan sandal yang dia ada sekarang. Dalam dia dok pilih2 tu aku sambar jugak sepasang. Takla asik berebut selipar ngan Ijun nanti..yuhuu...jun..aku beli sama cam hang, kaler je lain...hehehehehe...


Sweetkan baju bereben ni? Auwww!

Macam kebaya recepcionist hotel.

Kalau beli beg ni, bleh melaram raya nanti.




Banyaknye beg...I like!

Ina tengah belek brooch.  

Semua cantik



Yang ni ok tak? Hmmm..aku ok je..



Kain pasang



Pengunjung mula ramai.

Sila la menjamu selera....



Ina..ambik skit je k..

Eh, yang ni nampak sedapla..



Haipp!!! nak makan banyak belila...



Barangan kraf pun ada.



Pokok-pokok



Orkid laa...



Yumm..yummm..



Nak satu..laparla..



Jom gi tempat lain plak..di belakang adalah pengangkat barang sebab aku sibuk jadi camera gurl cum driver. 

Pasar pagi ni bermula seawal 7 pagi. Kalau datang awal lagi, tunggula penjual2 tu punggah barang buka gerai. Kalau nak datang, dinasihatkan supaya datang awal pagi dalam pukul 7.30pg - 8.30pg. Kalau lewat, susah nak park kereta nanti plus panas nanti. Jangan risau kalau tak sempat sarapan kat rumah sebab gerai2 makanan banyak. Korang boleh bersarapan sambil berfikir barang apa yang perlu dibeli. Ada macam2 barangan kat sini, tudung, kain, telekung, baju, kraftangan, blanket, langsir, comforter, sandal, beg, tali pinggang, brooch, jeans, barangan penjagaan kesihatan, makanan, kereta, dll. Bila berkunjung ke pasar Ahad, korang tak payah nak susah2 pegi beli pasar basah lagi sebab bahan2 memasak basah dan kering juga dijual disini. Senang kan? 

1 comment:

NikShah said...

sayalah yang paling banyak merasa tue..hikhikhik