Wednesday, January 2, 2013

Kisah Zizzi, Cumi dan Ciki


 Gambar lama Cumi dan Ciki

Sejak beberapa bulan lepas, hati Zz sangat lembut pada kucing. Kalau dulu dia mengeluh bila aku cakap kucing kat rumah mak banyak sampai waktu makan pun dia orang teman, sekarang dia tak kisah lagi asalkan kucing tu jangan melompat kat peha dia. Kadang-kadang kucing tu melepak kat tengah-tengah kaki time dia baring pun dia dah tak kisah. Dulu, dia tak bagi kucing tuan rumah masuk dalam rumah kami sekarang dia yang buka pintu bagi kucing main kat dalam rumah. Dulu dia pandang je kucing tanpa perasaan, sekarang dia dah pandai baca air muka kucing especially bila kucing tu merajuk dia umpan balik dengan bagi makanan. Dulu dia tak kisah pun kucing tu lapar ke tak, sekarang dia yang belikan makanan kucing. 

Kalau kat kampung dia pulak, dia belikan bakul kucing untuk kucing adik dia, Nia. Main permainan kucing dengan kucing pastu siap carikan spray kucing dengan vitamin lagi. Dan dia tak kisah bila Nia ‘paw’ dia untuk barangan kucing. tapi benda lain Nia nak ‘paw’ tak dapat..hanya untuk kucing sahaja. 

Seminggu lepas kucing belaan bersama dengan tuan rumah hilang. Ada 2 ekor. Yang jantan namanya Ciki dan yang betina bernama Cumi. Rasa sedih sebab selalunya kucing-kucing tu akan tunggu masa pegi dan balik keje. Kalau berjalan kemana-mana dan kami balik lewat malam pun kucing-kucing tu akan sambut kat pintu pagar. Kadang-kadang kami bagi kucing tu masuk dalam rumah untuk bermain dan lepas kucing tu akan tetido sambil tengok tv.

Dah ronda dekat kawasan berdekatan kot-kot dia lupa jalan balik tapi tak jumpa. Semoga Cumi dengan Ciki dapat tuan yang baik hati dan boleh bagi makan sedap-sedap sampai gedempol.

 

No comments: