Monday, April 1, 2013

Maryam


Lepas beberapa minggu aku kehilangan Cumi dan Ciki, aku jumpa Maryam. Aku jumpa Maryam di Tesco. Masa tu aku masih bersedih teringatkan Cumi dengan Ciki. Lepas shopping groceries, dah masuk dalam kete aku ternampak sekor kucing warna putih yang kurus kering. Terus aku mintak Zz pusing dan ambik dia. Jodoh agaknya, masa aku pegi kat dia, dia tak lari pun siap mengiau manja lagi. Kesian sungguh keadaan dia masa tu, lapar dan berkurap. Pandai pulak masa dalam kete elok je dia duduk atas riba. Takde pulak nak mencakar sebab takut atau terkejut. Jangan tanya kenapa nama dia Maryam, sebab tu je yang terlintas kat kepala masa tu. Dia pun nampak macam serasi dengan nama tu.


Ni sehari lepas disuntik, tak dapat angkat leher tu yang menonggeng aje..

Hari pertama Maryam kat rumah, dia kencing atas selimut aku. Aku hukum dia dengan menjentik telinga dia sikit dan tak bagi masuk dalam rumah dah. Masa tu Zz masih baring kat atas katil, kelam kabut dia terjun pegi bilik air..hahahaahaha…sekarang kalau Maryam masuk rumah dia macam fobia nak masuk bilik aku dah. Lepas beberapa hari, Maryam dibawa ke klinik untuk rawatan kurap. Doktor tu suntik dia, lepas tu 2 hari dia tak dapat makan nasi akibat kesan ubat suntikan tu. Nasib baik lepas 2 hari dia dah ok, kalau tak aku dah bawak pegi klinik sekali lagi takut dia mati tak makan pulak. Sedih aku tengok dia masa tu. Tak lama lepas tu, kuping kurap dia tanggal dan sekarang Maryam dah sembuh. Bulu dah cantik dan kuat makan. 


Maryam sekarang, dah cantik dan gemuk

Maryam ni lebih manja dengan Zz berbanding aku. Kalau Zz sidai kain mesti dia datang teman. Sama jugak kalau Zz panggil dia masuk rumah, mesti dia datang. Lepas tu landing kat celah kaki atau kat tepi perut macam nak dengar orang bercerita dengan kaki depan mesti park kat badan orang. Kalau dengan aku, dia kurang sikit. Sampai Zz nak usung Maryam kalau pindah nanti. Lagipun berbanding aku, Zz lagi kerap bagi makan dan susu kat dia sebab aku tak larat nak turun naik tangga sangat sekarang. Sebab tu kot dia lagi manja dengan Zz. Maryam ni pantang nampak kita pegang kotak susu. Susu adalah kegemaran dia. Tapi sekarang dah jarang bagi susu sebab susu kucing mahal ooo…sekotak dah 7 ringgit…kalau sehari sekotak dia minum, abis la duit…kalau makanan kucing tu tahan lagi..sekotak boleh tahan 2 minggu camtu.

Sekarang hidup aku dah happy semula, pegi keje dengan balik keje atau balik dari berjalan walau pukul 1 pagi sekalipun ada yang menyambut aku kat pintu pagar. Walau dalam hati aku masih mengharap keajaiban Cumi dengan Ciki balik rumah semula. Maryam jugak diterima baik oleh tuan rumah aku dan kucing-kucingnya jugak. Disebabkan tu, tuan rumah aku yang bagi Maryam nasi hari-hari. Aku cuma bagi makanan kering je. Hujung bulan aku bagi duit ikan kat tuan rumah tu. Taknak la menyusahkan tuan rumah banyak sangat. Lagipun Maryam tu kuat makan, dia yang pertama makan nasi dan yang terakhir tinggalkan pinggan. Sekarang Maryam ada gelaran kat belakang nama pulak, Maryam Gemok..seperti yang dipanggil oleh tuan rumah aku.

 

No comments: