Menghabiskan hari demi hari dengan dua orang anak kecik
kadang-kadang lupa nak menulis. Ada banyak memori dengan anak kecik ni.
Kadang-kadang menangis lepas marah diorang tapi masa keluar tantrum tu
temperature kat kepala ni tak boleh control dah. Kadang-kadang senyum terkenang
betapa ‘sweet’ perangai diorang. Especially Darrien la sebab dia dah nak masuk
4 tahun bulan depan. Sedikit sebanyak dia dah pandai ‘express’ emosi dia dengan
lebih jelas.
Favourite pose |
Cakap pasal contoh, termasukla nak ajar dia bebas lampin.
Aku susah hati macam mana nak ajar buang air dalam tandas. Kalau ada sesetengah
budak bila dah besar dan pandai cakap dia sendiri rela hati taknak pakai
diaper, Darrien tak ada langsung tanda macam tu. Dia terlalu selesa sampai bila
diaper bocor, dia ambik sendiri diaper minta gantikan dengan yang baru. Tapi
nak taknak kena ajar juga. Kalau ada sesetengah anak kecik tu aku baca kat
blog-blog orang paling cepat 2 hari dan paling lama seminggu. Teknik semua
lebih kurang. Belikan spenda comel, tanya anak nak kencing setiap setengah jam,
bagi puji-pujian. Itu semua terlalu biasa untuk Darrien. Aku cuba dan gagal. Tapi aku buat juga la walaupun ambik masa
sebab kalau tak buat lagila dia takkan belajar.
Ada waktu memang rasa marah juga…sebab dengan sengaja dia kencing kat
lantai. Sebab aku cakap sengaja, dia memang teran kencing bila kena tegur sebab
dia sepahkan makanan, main motor mainan dia langgar ke pintu rumah….dia tunjuk
protes dengan cara tu.
Rasa macam nak give up toilet train dia masa tu.
Dah banyak minggu cuba tapi gagal. Kesian kat rumah
babysitter, babysitter kena lap kencing dia jugak.
Bulan Dec 2016 masa balik kampung, Ijun ajak pegi Zoo
Taiping. Mengenang anak-anak takde aktiviti kat kampung. Nak pegi jalan-jalan
Penang bajet plak kurang. Kita ikut je le….boleh jugak bagi Darrien tengok
segala binatang yang selama ni dia tengok kat skrin je.
Mula-mula masuk zoo Darrien cakap nak masuk ‘jungle’
hahahaaa…sebab banyak pokok kan kat zoo tu. excited dia masuk jungle…tunjuk
monyet, orang utan, buaya…suka dia. Attached betul dengan animal zone.
Sepanjang dalam zoo tu memang adrenalin dia tinggi. Budak-budak kan….benda yang
dia suka memang tak pandai letih. Sampaila ke kandang ostrich. Aku ni bangsa
nak cepat je sebab zoo kan ada sesetengah kandang bau najis binatang ni kuat
sangat. Kalau boleh nak gerak laju-laju je. Kebetulan waktu tu Darrien nampak
sekor ostrich tu berak. Tahi burung kan cair sikit jadi dia nampak macam buang
air terus dia tegur “ape tu”…maknye apa lagi ambik kesempatan la…hahahahaha…aku
cakap kalau taknak jadi macam ostrich tinggal dalam jungle jangan kencing
dengan berak merata-rata. Mesti kencing dan berak dalam tandas. Siapa tak
kencing dengan berak dalam tandas pegi tinggal dengan ostrich dalam jungle.
Gittewwwww maknye kata…
Malam tu balik Shah Alam. Esoknya Zz konpius nak pakaikan
diaper atau tak…aku pulak cakap tak perlu sebab kalau tak, sampai bila?
Surprisingly….hari tu dia nak kencing dalam tandas dan paling penting dia bagi
tahu nak kencing. Rasa macam kejayaan besar kat kitorang tau…dekat sebulan train baru lekat
dalam minda. Terasa kelegaan dalam kepala. Lepas tu perlahan-lahan ajar dari
kencing kat lantai kepada kencing kat mangkuk tandas. Termasuk air besar. Ini
memang kena slow sikit sebab dia konpius kat rumah babysitter boleh kencing kat
lantai bilik air. Rumah sendiri mak dia tak bagi. Tapi Alhamdulillah lama-lama
dia faham.
Sekarang Darrien belum 100% diapers free. Cuma dia dah
pandai berak dengan kencing pegi masuk bilik air sendiri, buka seluar sendiri
dan cuci sendiri. Buang air besar masih lagi kena cucikan. Tido malam masih
pakai diaper. Keluar sekejap pun pun tak
pakai diaper…kalau keluar yang tempat jauh sikit atau nak lama-lama kat luar
kitorang masih pakaikan…sebab dia pernah kencing dalam hypermarket…..jadi belum
berani lagi tak pakaikan diaper. Tapi kalau dia nak buang air besar dia akan
bagi tau. Tak de la buang air besar dalam diaper lagi.
Tak sangka pegi zoo tu jadi turning point untuk Darrien.
Sangat berbeza dengan tips yang biasa aku jumpa dalam parenting blog. Sama
macam nak wean off dulu. Cara aku wean off dia memang berbeza dengan cara
tipikal yang biasa aku jumpa. Tak ada 1 pun tips yang aku baca apply kat dia.
Semua orang kata ‘tak makan’. Nanti aku
tulis. Buat kenang-kenangan.
2 comments:
Harrah's Ak-Chin Casino & Resort - KTM Hub
Visit 안동 출장샵 Harrah's Ak-Chin Casino & Resort and get a 150% 영천 출장샵 up to 당진 출장마사지 $1000 Welcome Bonus. Discover 하남 출장샵 more 남양주 출장마사지 in this great deal.
joya shoes 978k0jefjc610 joya sko,joya sko,joya skor,Cipő joya,zapatos joya,joya schoenen verkooppunten,Scarpe joya,chaussures joya,joya schuhe wien,joya schuhe joya shoes 174l7ipqmz639
Post a Comment