Wednesday, March 22, 2017

Masa berpantang


Aku tak pernah tulis amalan pantang sendiri…hmmm meh sini nak tulis sebab aku sendiri kadang-kadang lupa apa yang perlu dan apa yang tak perlu. Maklumlah bukannya beranak tiap-tiap tahun, umur pulak makin meningkat penyakit lupa tu sentiasa mencelah. Asasnya aku ikut cara mak aku la...mak orang jawa. Tapi ada yang tambah tolak tu biasalah. Eh, aku tak mengandung ye sekarang...saja tulis untuk ingatan.

Berurut
Mak pesan kalau nak berurut tunggu dalam seminggu selepas pantang. Urut awal sangat pun tak elok sebab urat masih bengkak. Tapi jangan lewat sangat sampai sebulan pulak. Masuk angin nanti. Ouh..aku tak bertungku hari-hari. Aku bertungku masa berurut je.

Bengkung
Aku pakai bengkung jawa. Ada juga yang moden dapat masa beli set bersalin tapi aku suka yang tradisional juga. Sedap pakai sebab badan rasa kejap, perut cepat kempis dan tulang pinggul cepat rapat dan kemas. Ni penting untuk elakkan pinggul melebar selepas bersalin. Biasanya aku pakai 60 hari. 44 hari pertama aku pakai siang dan malam selebihnya malam je dan waktu siang aku pakai bila rajin. Sebelum ikat bengkung mesti pakai tapel. Best…hangat je peru. Tapel boleh kempiskan dan tegangkan kulit perut. Biasanya aku pakai tapel malam je sebab tak suka lantai kotor. Siang sapu minyak herba je. Bila habis tapel aku letak minyak herba je kat perut sebelum ikat bengkung. Kalau ada krim yang boleh hilangkan selulit bagus pakai masa ni. Bengkung aku custom made mak buatkan 8 meter cukup cover dari punggung ke atas perut. Aku pakai sendiri je.

Rambut dan tapak kaki
Rambut mesti ikat kuat-kuat dan tinggi. Biar selesa, kemas dan elakkan angin di kepala. Dahi pakai pilis. Tapi masa beranakkan Inarra kulit dahi aku jadi sensitif lepas 2 kali pakai aku tak tahan asik garu dahi terus aku tinggalkan.

Kaki mesti berstokin 24/7, jalan perlahan-lahan dan berjalan hati-hati jangan sampai ibu jari terlanggar tiang atau seumpamanya nanti bentan. Biasanya aku pakai selipar jugak kat dalam rumah masa pantang dan juga lepas pantang.

Makan
Nasi sepinggan penuh 2 kali sehari tak boleh tambah. Tu embah aku pesan. Aku ada darah jawa ok jadi jangan pelik. Lauk pauk semua rebus, bakar atau kukus je. Masa dalam pantang biasanya aku tak makan makanan bergoreng (deep fry). Ikan bilis pun goreng tanpa minyak. Sayur semua bening je (masak air). Tapi kalau kalau mertua aku yang jaga, dia tumis sayur aku (stir fry), kalau aku cakap nak sup pun dia akan tumis jugak. Tu takpe sebab guna sikit je minyak. Sayur tu sawi, lobak merah, lobak putih dan pegaga je. Tu la sayur yang diulang-ulang selama berpantang kalau ada sayur lain pun ulam-ulaman. Ouh…buah aku makan ye masa dalam pantang tapi aku cuma berani makan epal merah je. Teringat masa di hospital bersalinkan Inarra pagi tu dapat mee goreng. Memang tak sentuh la aku. Badan aku memang tak tahan makanan yang angin-angin ni masa pantang. Aku tengok ada jugak dua tiga orang ibu bersalin yang pasrah makan roti walaupun lapar pagi tu. Di antara waktu makan aku kudap-kudap kismis, biskut meri, biskut lemak cicah air horlick. Memang kelaparan masa pantang tu, sebungkus paling lama 3 hari je tahan. Sapa datang melawat bawa biskut meri dengan biskut lemak memang aku cukup suka J oh ya…aku makan juga multivitamin masa pantang sebab tak boleh makan macam-macam masa ni.

Mandi
Aku mandi 2 kali sehari dengan air rebusan herba. 2 bulan aku mandi air suam je. Selang seminggu biasanya aku scrub badan guna scrub herba. Best…hangat je rasa. Lepas mandi kalau rajin pakai param, sapu minyak dan berbengkung. Minyak sampai tapak kaki. Selalunya aku habiskan 2 botol minyak herba masa pantang. Param memang best pakai tapi hidung aku tak tahan debu bila kering je bedak param tu akan tanggal dari kulit. Hidung aku gatal tu yang pakai bila rajin je. 2 minggu sebelum cuti habis hari-hari aku pakai mask muka…takla nampak sangat muka tu letih bila naik keje. Aku mandi lambat sikit kecuali hari berurut baru mandi awal. Petang mandi lepas asar.

Minum
Minum ni tak boleh sekaligus 500ml ye…kalau waktu biasa bila haus memang aku togok je air sekaligus. Tapi bila pantang kena minum sikit-sikit tapi kerap. Jangan makan bersulam air dan lepas makan seeloknya tunggu lebih kurang 20 minit baru minum, ini tak pantang pun aku buat. korang ikutla kalau taknak perut buncit. Aku memang minum air suam kosong selain horlick. Seminggu sekali kalau rajin aku buat air inai dengan sirih. Kadang aku rebus serai dengan pandan buat mandi aku simpan 1 mug untuk minum. Dua kali bersalin, aku tak boleh minum air jamu walaupun kuning baby dah ok. Sebab baby mesti tak selesa. Ais memang tak sentuh dan elakkan sentuh sampai bila-bila…hahahaa…kejam pulak rasanya…ala lepas 100 hari kalau teringin minum la sikit. Tapi bila anak dah 8 ke 9 bulan ada je aku order air sejuk kat kedai. Tapi jarang-jarang sangat buat lepas teringin lepas tu minum air suam balik. Sapa tahan cubala tak sentuh langsung. Aku tak boleh…memang ada waktu-waktunya aku jadi teringin tapi boleh bilang dengan jari la berapa kali setahun. Konsepnya tak teringin tak perlu minum ais.

Lain-lain
1. Masa mengandung bila rajin sapu minyak zaitun atau minyak kelapa kat perut untuk elak kesan regangan.  Takla sakit hati lepas beranak tengok stretch mark.  Tak buat hari-hari takpe tapi mulakan seawal sah mengandung.

2. Kalau nak kurus, jangan focus pada berat. Fokus pada ukur lilit badan. Berat badan memang lambat sikit turun. Yang penting ukur lilit badan dikecilkan dulu

3. Luka jahitan kalau berdenyut dan rasa tak selesa boleh letak serbuk manjakani yang dicampur sedikit air dan dijadikan pes. Aku dah cuba hilang 80% rasa denyut tu. Baru selesa nak tido dan luka lebih cepat baik. Kalau tak sakit boleh buat air cucian saja tak perlu tempelkan kat jahitan.

4. Arwah embah pesan kalau makan ayam makan bahagian isi saja. Jangan sesekali gigit tulang ayam macam waktu tak pantang. Yang ni aku pernah tergigit serpihan tulang ayam…ngilu gigi aku ya amat…patut dia tak bagi gigit tulang. Mungkin kerana banyak nutrient dalam badan hilang masa proses mengandung dan bersalin sebab tu rasa macam tu kot. Tapi bila dah lepas pantang ok je. Masa recovery proses tu je yang tak boleh.

5. Dua kali bersalin 2 kali jugak jamu tak dapat minum. Hanya bila anak dah 6 bulan baru dapat minum. Tapi masa dalam pantang aku makan manjakani. Itu baby ok takde buat hal.

6. Berpantang masa bersalin Inarra teruk aku kena sembelit. Lepas ni kalau bersalin lagi jangan lupa standby Lactul siap-siap.  Menangis aku dalam tandas.

Cara berpantang aku mungkin bukan yang terbaik tapi sesuai untuk aku. Aku cuba sedaya upaya untuk cukupkan tidur sebab kalau tak cukup tidur memang senang kepala masuk angin.

No comments: