Sunday, March 19, 2017

Bebas lampin cara Darrien



Menghabiskan hari demi hari dengan dua orang anak kecik kadang-kadang lupa nak menulis. Ada banyak memori dengan anak kecik ni. Kadang-kadang menangis lepas marah diorang tapi masa keluar tantrum tu temperature kat kepala ni tak boleh control dah. Kadang-kadang senyum terkenang betapa ‘sweet’ perangai diorang. Especially Darrien la sebab dia dah nak masuk 4 tahun bulan depan. Sedikit sebanyak dia dah pandai ‘express’ emosi dia dengan lebih jelas. 

Favourite pose
Satu perkara tentang Darrien ni, semuanya berdasarkan contoh. Ada bagus dan ada yang tak bagus pasal ni. Yang bagusnya mestila bila ikut contoh yang baik. Yang tak bagusnya bila dia terpandang contoh yang tak baik tapi dia taktau perkara tu tak baik. Itu yang jadi masalah.

Cakap pasal contoh, termasukla nak ajar dia bebas lampin. Aku susah hati macam mana nak ajar buang air dalam tandas. Kalau ada sesetengah budak bila dah besar dan pandai cakap dia sendiri rela hati taknak pakai diaper, Darrien tak ada langsung tanda macam tu. Dia terlalu selesa sampai bila diaper bocor, dia ambik sendiri diaper minta gantikan dengan yang baru. Tapi nak taknak kena ajar juga. Kalau ada sesetengah anak kecik tu aku baca kat blog-blog orang paling cepat 2 hari dan paling lama seminggu. Teknik semua lebih kurang. Belikan spenda comel, tanya anak nak kencing setiap setengah jam, bagi puji-pujian. Itu semua terlalu biasa untuk Darrien. Aku cuba dan gagal.  Tapi aku buat juga la walaupun ambik masa sebab kalau tak buat lagila dia takkan belajar.  Ada waktu memang rasa marah juga…sebab dengan sengaja dia kencing kat lantai. Sebab aku cakap sengaja, dia memang teran kencing bila kena tegur sebab dia sepahkan makanan, main motor mainan dia langgar ke pintu rumah….dia tunjuk protes dengan cara tu.

Rasa macam nak give up toilet train dia masa tu.

Dah banyak minggu cuba tapi gagal. Kesian kat rumah babysitter, babysitter kena lap kencing dia jugak.

Bulan Dec 2016 masa balik kampung, Ijun ajak pegi Zoo Taiping. Mengenang anak-anak takde aktiviti kat kampung. Nak pegi jalan-jalan Penang bajet plak kurang. Kita ikut je le….boleh jugak bagi Darrien tengok segala binatang yang selama ni dia tengok kat skrin je.

Mula-mula masuk zoo Darrien cakap nak masuk ‘jungle’ hahahaaa…sebab banyak pokok kan kat zoo tu. excited dia masuk jungle…tunjuk monyet, orang utan, buaya…suka dia. Attached betul dengan animal zone. Sepanjang dalam zoo tu memang adrenalin dia tinggi. Budak-budak kan….benda yang dia suka memang tak pandai letih. Sampaila ke kandang ostrich. Aku ni bangsa nak cepat je sebab zoo kan ada sesetengah kandang bau najis binatang ni kuat sangat. Kalau boleh nak gerak laju-laju je. Kebetulan waktu tu Darrien nampak sekor ostrich tu berak. Tahi burung kan cair sikit jadi dia nampak macam buang air terus dia tegur “ape tu”…maknye apa lagi ambik kesempatan la…hahahahaha…aku cakap kalau taknak jadi macam ostrich tinggal dalam jungle jangan kencing dengan berak merata-rata. Mesti kencing dan berak dalam tandas. Siapa tak kencing dengan berak dalam tandas pegi tinggal dengan ostrich dalam jungle. Gittewwwww maknye kata…

Malam tu balik Shah Alam. Esoknya Zz konpius nak pakaikan diaper atau tak…aku pulak cakap tak perlu sebab kalau tak, sampai bila? Surprisingly….hari tu dia nak kencing dalam tandas dan paling penting dia bagi tahu nak kencing. Rasa macam kejayaan besar kat kitorang tau…dekat sebulan train baru lekat dalam minda. Terasa kelegaan dalam kepala. Lepas tu perlahan-lahan ajar dari kencing kat lantai kepada kencing kat mangkuk tandas. Termasuk air besar. Ini memang kena slow sikit sebab dia konpius kat rumah babysitter boleh kencing kat lantai bilik air. Rumah sendiri mak dia tak bagi. Tapi Alhamdulillah lama-lama dia faham.

Sekarang Darrien belum 100% diapers free. Cuma dia dah pandai berak dengan kencing pegi masuk bilik air sendiri, buka seluar sendiri dan cuci sendiri. Buang air besar masih lagi kena cucikan. Tido malam masih pakai diaper.  Keluar sekejap pun pun tak pakai diaper…kalau keluar yang tempat jauh sikit atau nak lama-lama kat luar kitorang masih pakaikan…sebab dia pernah kencing dalam hypermarket…..jadi belum berani lagi tak pakaikan diaper. Tapi kalau dia nak buang air besar dia akan bagi tau. Tak de la buang air besar dalam diaper lagi.

Tak sangka pegi zoo tu jadi turning point untuk Darrien. Sangat berbeza dengan tips yang biasa aku jumpa dalam parenting blog. Sama macam nak wean off dulu. Cara aku wean off dia memang berbeza dengan cara tipikal yang biasa aku jumpa. Tak ada 1 pun tips yang aku baca apply kat dia. Semua orang kata ‘tak makan’.  Nanti aku tulis. Buat kenang-kenangan.

2 comments:

iliegaccione said...

Harrah's Ak-Chin Casino & Resort - KTM Hub
Visit 안동 출장샵 Harrah's Ak-Chin Casino & Resort and get a 150% 영천 출장샵 up to 당진 출장마사지 $1000 Welcome Bonus. Discover 하남 출장샵 more 남양주 출장마사지 in this great deal.

Unknown said...

joya shoes 978k0jefjc610 joya sko,joya sko,joya skor,Cipő joya,zapatos joya,joya schoenen verkooppunten,Scarpe joya,chaussures joya,joya schuhe wien,joya schuhe joya shoes 174l7ipqmz639