Jadi juga rancangan aku nak cuba
buat kek belacan ni. Gigih pagi ahad bangun awal-awal buat kek ni. Kalau buat
lewat, nanti lewat juga nak masak untuk makan tengah hari sebab mengukus je
ambik masa 4 jam (tapi aku masak 3 jam je sebab untuk makan sendiri, lain kali
kalau buat nak cukupkan masa kukusan 4 jam). Aku kukus dalam loyang bulat 9”. 95%
habis dalam masa 2 hari. Tinggal 5% tu tinggal sebab kot-kot Darrien tanya mana
kek mama.
Apa pun kejadiannya, rasa kek ni memang superb. Tak rugi mencuba dan keluarkan modal besar. Aku boleh jamin akan ada percubaan kedua nanti.
Kek Belacan
Bahan2:
Masa mengukus tu takut juga aku
kalau kek ni tak jadi. Sebabnya periuk kukus aku saiz 28cm, penutupnya pulak
jenis rendah. Masa mengukus tu terangkat penutupnya. Gabra jugak aku kot-kot bila sejuk nanti turunnya tak cantik. Memang
kurang cantik la, kat bahagian tengah kek tu berkedut dalam. Mungkin kena
kurangkan kuantiti masa tuang adunan tu nanti kalau guna loyang yang sama.
Apa pun kejadiannya, rasa kek ni memang superb. Tak rugi mencuba dan keluarkan modal besar. Aku boleh jamin akan ada percubaan kedua nanti.
Resepi ikut dari blog kak Hasue. Terima
kasih ye kak Hasue.
Sebaik sejuk dan keluarkan dari loyang terus potong tak sempat nak cari piring, memang moist betul kek ni. |
Bahan2:
- 16oz mentega
- 10 biji telur
- 1 gelas gula halus
- 1 tin susu pekat manis
- 1 tin kecil serikaya
- 1 tin kecil nestle cream
- 1 peket kecil horlicks
- 2 gelas tepung gandum
- Browning sugar secukupnya
- satu sudu kecil nescafe (dibancuh sedikit air panas)
- 1 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu teh esen vanila
Cara2:
- Jerang air pengukus dan pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mengukus kek nanti
- Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu
- Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata(masukkan sebiji telur,pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya)
- Masukkan esen vanilla,susu pekat manis,serikaya,nestle cream dan pukul sebati
- Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan adunan
- Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
- Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna adunan benar2 kehitaman.
- Gaul adunan sehingga benar2 sekata dan sebati
- Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung
- Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil(jangan rapat kerana adunan akan naik semasa dikukus) untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan dan kukuslah selama 4 jam
- Sejukkan sebelum dipotong..Selamat mencuba!
Seteleh disimpan semalaman dalam esbok, kek lebih 'set' dan lebih sedap |
No comments:
Post a Comment