Monday, February 27, 2017

Japanese Cotton Cheesecake

Sabtu lepas vitamin “R” tu terlebih. Bangun pagi-pagi terus prepare barang-barang nak adun kek. Dah lama kan simpan cream cheese dalam esbok. Dekat sebulan kot. Mehla buat sebelum tarikh luput sampai. Kena buat cepat sebab lepas tu nak mengemop dan nak pegi kenduri tengah hari nanti.

Lepas bakar sejam setengah keknya menjadi. Cantik dan gebu je. Lantai pun dah siap mop. Ngam-ngam anak-anak bangun bagi susu dan mandikan cepat-cepat. Lepas ni mak bapaknya pulak nak bersiap.
Kek tu dah aku keluarkan dari loyang, letak balik dalam oven bagi sejuk sebelum simpan dalam esbok. Oven letak di bilik no.3 kat lantai bawah sebab counter top tadi sempit masa nak adun kek. Masa bersiap Inarra datang masuk bilik merangkak-rangkak keliling bilik. Adala pegang-pegang oven yang dah sejuk tu. 

Lepas tu aku keluar kejap cari getah rambut dalam bilik air. Aku patah balik……….tangan Inarra penuh dengan kek!!! Jenguk dalam oven setengah kek dia ramas. Tak sangka pandai juga dia buka pintu oven tu. Oh anak….kenapa kurang sabar sangat ni??? Nak makan pun tunggu mama potong dulu. Terjerit jugak aku. Zz cepat-cepat datang ingatkan apa-apa jadi kat Inarra. Tengokkan kek aku yang dah hancur separuh tu, dia gelakkan je...huh!

Part aku kesian, Darrien marah Inarra sambil-sambil tu tangan dia kutip kek yang Inarra ramas tu masuk mulut. Lepas tu cakap “hmm…sedap mama”. Sedih pulak aku….bila aku nak potong bagi dia makan, taknak pulak katanya. Bekas tangan adik ko lagi sedap ye..suka hatila.

Hmmm…apapun kek tu sangat sedap. Baru lepas bakar pun sedap, dah masuk dalam esbok berganda-ganda sedapnya. Walaupun renyah sikit nak buat tapi hasilnya berbaloi. Untuk makan sekali sekala memang boleh beli, tapi untuk kepuasan maksima lebih baik buat sendiri. 

Resepinya ambik dari sini

www.bakewithpaws.com

Ingredients:
140g/5 oz. fine granulated sugar
6 egg whites
6 egg yolks
1/4 teaspoon cream of tartar
50g/2 oz. unsalted butter
250g/9 oz. cream cheese
100 ml/3 fluid oz. fresh milk
1 tablespoon lemon juice
60g/2 oz. cake flour /superfine flour
20g/1 oz. cornflour (cornstarch)
1/4 teaspoon salt
Method:
  1. Melt cream cheese, butter and milk over a double boiler. Cool the mixture. Fold in the flour, the cornflour, salt, egg yolks, lemon juice and mix well.
  2. Make the meringue by whisking egg whites with cream of tartar until foamy. You can beat with a stand mixer or handheld mixer. Add in the sugar and whisk until soft peaks form.
  3. Take 1/3 meringue and fold into the cheese mixture, then fold in another 1/3 of meringue. After incorporated, pour the batter back to the remaining 1/3 meringue and fold. FOLD GENTLY. Pour the mixture into a 9-inch round cake pan (lightly grease and line the bottom of the pan with grease-proof baking paper or parchment paper).
  4. Bake cheesecake in a water bath for 1 hours 30 minutes or until set and golden brown at 150 degrees C (without fan mode).
  5. Leave the cake to cool down in the oven with the oven door open, about an hour. This is to prevent sudden change of temperature that may cause the cake to shrink drastically.
  6. Refrigerate the cake (with or without the cake tin) for at least 4 hours or overnight.
Notes:
  • I used 9-inch non-stick spring form round cake pan and lined the bottom with grease-proof baking paper or parchment paper. I also wrapped the base of the cake pan with 2 or 3 layers aluminium foil to prevent seepage.
  • I used hot water for the water bath. 
Lembut je makan. Buat sendiri memangpuas hati.

Tuesday, February 21, 2017

Kek Belacan

Jadi juga rancangan aku nak cuba buat kek belacan ni. Gigih pagi ahad bangun awal-awal buat kek ni. Kalau buat lewat, nanti lewat juga nak masak untuk makan tengah hari sebab mengukus je ambik masa 4 jam (tapi aku masak 3 jam je sebab untuk makan sendiri, lain kali kalau buat nak cukupkan masa kukusan 4 jam). Aku kukus dalam loyang bulat 9”. 95% habis dalam masa 2 hari. Tinggal 5% tu tinggal sebab kot-kot Darrien tanya mana kek mama.

Masa mengukus tu takut juga aku kalau kek ni tak jadi. Sebabnya periuk kukus aku saiz 28cm, penutupnya pulak jenis rendah. Masa mengukus tu terangkat penutupnya. Gabra jugak aku  kot-kot bila sejuk nanti turunnya tak cantik. Memang kurang cantik la, kat bahagian tengah kek tu berkedut dalam. Mungkin kena kurangkan kuantiti masa tuang adunan tu nanti kalau guna loyang yang sama.

Apa pun kejadiannya, rasa kek ni memang superb. Tak rugi mencuba dan keluarkan modal besar. Aku boleh jamin akan ada percubaan kedua nanti.

Resepi ikut dari blog kak Hasue. Terima kasih ye kak Hasue.
Sebaik sejuk dan keluarkan dari loyang terus potong tak sempat nak cari piring, memang moist betul kek ni.
Kek Belacan

Bahan2:
  • 16oz mentega
  • 10 biji telur
  • 1 gelas gula halus
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin kecil serikaya
  • 1 tin kecil nestle cream
  • 1 peket kecil horlicks
  • 2 gelas tepung gandum
  • Browning sugar secukupnya
  • satu sudu kecil nescafe (dibancuh sedikit air panas)
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara2:
  1. Jerang air pengukus dan pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mengukus kek nanti
  2. Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata(masukkan sebiji telur,pukul lagi sebelum masukkan telur seterusnya)
  4. Masukkan esen vanilla,susu pekat manis,serikaya,nestle cream dan pukul sebati
  5. Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe..sebatikan adunan
  6. Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan browning sugar sehingga warna adunan benar2 kehitaman.
  8. Gaul adunan sehingga benar2 sekata dan sebati
  9. Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung
  10. Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil(jangan rapat kerana adunan akan naik semasa dikukus) untuk mengelakkan air menitik ke atas adunan dan kukuslah selama 4 jam
  11. Sejukkan sebelum dipotong..Selamat mencuba!
Seteleh disimpan semalaman dalam esbok, kek lebih 'set' dan lebih sedap

Kerabu Megi lagi

Bersempena mak datang, aku ulang semula kejadian Kerabu Megi ni kat dapur aku. Hehehe...
Makan beramai-ramai memang sedap kan? Lagi pulak meginya cuma ada 2 bungkus je. Kena pesan dekat kakak atau adik aku tolong beli lepas ni. 

Takde perubahan resepi pun. Sama je dengan Kerabu Megi sebelum ni. Pegi pasar borong cari daun ketumbar, tapi sold out pulak. Jadi buat je la dengan bahan-bahan yang ada je. Kali ni tak letak cili padi...pedas berapi...ganti dengan cili besar hijau je bagi warnanya menarik. Sedap tau!

Kat bawah ni aku tempek resepinya;

Kerabu Megi Thai
Bahan-bahan
Megi 2 bungkus
A
Bawang merah
Lobak merah
Tomato
Bunga kantan
Cili padi - kali ni ganti cili besar hijau
Serai
B
Limau kasturi
Sos ikan
Gula sikit
C
Sotong - dicelur
Udang - dicelur

Caranya
Bahan A semua dihiris nipis. Suka hati nak potong macam mana pun. Ada yang suka besar dan tebal. Aku suka nipis je.
Bahan B dengan megi tu celur. Megi tu celur la sampai kenyal. Seafood tu celur sekejap je.
Lepas tu satukan megi, bahan A dan bahan B dalam satu bekas besar sebab nak senang menggaul lepas tu masuk bahan C dan gaul. Jangan lupa perencah megi tu masukkan jugak. Minyak perencah dalam megi tu pun aku masukkan sikit bagi rupa dia berkilat sikit dan untuk elakkan megi tu melekat sesama sendiri bila sejuk nanti. Kalau guna 3 bungkus megi, guna 2 bungkus perencah pun dah cukup. Jangan masuk bahan C pegi campak limau sebijik-sebijik pulak. Perahla jusnya. Lepas tu sesuaikan rasanya.
Siap!

Monday, February 20, 2017

Berjaya buat Kek Belacan!

Ini satu kejayaan buat aku...hehehe...aku bukannya anak Sarawak kan...laki je orang Sarawak. Tapi suka sangat dengan kek orang Sarawak buat. Semua sedap (manis-manis semuanya...tapi tu la yang aku suka pon...hehehe).

Tapi minggu lepas aku dah berjaya buat kek belacan yang aku teringin sangat nak makan. Bukan tak pernah makan, tapi nak order tu sulit sekarang. Aku dapat buat tekstur dan rasa yang hampir sama macam yang aku biasa order. Lama dah simpan hajat. Nak order, ntah bila nak balik...bila balik, tukang kek pulak sibuk takde masa nak layan order. Maklumla yang buat kek pun ada kerja tetap bukan sepenuh masa buat kek. Kek jenis kukus ni timing kena betul baru boleh order. Sebab kena buat on the spot. Kek ni cepat rosak dan susah nak handle. Silap sikit pecah tapi bila masuk dalam mulut rasa macam huhu...sedap gilos. 

Jalan terbaik, cari jalan nak buat sendiri. Nasib baik ada yang sudi berkongsi resepi kek ni. Lama jugak fikir nak buat ke tidak, buat ke tidak...Bukan apa kek Sarawak ni tak macam kek biasa kat kedai kek tu ok...Bahan-bahan, modal dan masa yang diperlukan tu buat aku fikir banyak kali nak buat ke tidak. Lagipun aku tak pernah tengok depan-depan orang buat kek ni.  Tak tahu teknik yang betul. 

Bila buat sendiri kek ni, aku faham kenapa orang jual kek Sarawak aka kek lapis mahal. Jujurnya aku pun kalau ada orang nak order akan jual dengan harga yang tinggi sebab modal, kesukaran dan masa yang panjang diperlukan untuk hasilkan kek ni. Tu sebab aku tak suka kalau orang persoalkan kenapa aku sanggup beli kek sarawak aka kek lapis ni yang dijual beratus-ratus. Bukannya beli kat kedai yang ada brand macam 'resepi rahsia' pon. Cuba rasa dan ambik tahu sikit cara nak buat dengan bahan- bahan yang diperlukan baru akan hargai dan cakap harga yang di bayar tu setimpal dengan apa kita dapat...haaaa. Terus terang memang gulung tikar la kalau jual sebiji dengan saiz 8x8 tu RM60-70.

Aku sendiri ber'eksperimen' dengan duit aku ni dupdapdupdap je rasa dalam hati ni menunggu kek aku masak. Kalau tak jadi, aku suap jugak kek tu guna sudu sebab sayangkan modal yang dah keluar. Dahla aku ni kalau nak makan cari yang sedap, bahan beli yang premium dah tentula mahal. Takut jugak kalau aku buat rasanya lari terus. Nanti demotivated pulak aku ni dari buat kek ni. Lebur modal aku.

Tapi bila dah siap... hehehehe...terus bangga dengan diri sendiri...sedap wehhhhh....terus kembang kempis hidung sendiri.....walaupun laki aku cakap terlebih manis, I follow sebijik resepi tau...next time kita potong sikit gulanya. Tapi sekurang-kurangnya dapat memadamkan rasa teringin aku setelah sekian lama. Puas dapat makan. Banyak pulak tu. Ceewaaahhhh.... tak jadi order kek belacan raya kali ni. Kita order yang lain yang kita tak pandai buat je......hewhewhew....walaupun rupanya sik sekacak nang dipolah urang saghawak...tapi aku puas. Terima kasih si pemberi resepi. Banyak jasa akak kongsi ilmu dekat semua orang. Semoga diberkati Allah.

Ouh...nanti aku kongsi resepi yang aku guna. Bagus pemberi resepi ni, tak lokek berkongsi.
Kek Belacan pertama yang aku hasilkan. Rupa memang kurang cantik sebab periuk kukus aku kurang besar untuk dia. Tapi rasa memang marvelous!

Tuesday, February 7, 2017

Kerabu Megi Thai


Lama sangat tak post pasal masak memasak ni kan? Mood tu kelaut orang kata. Anak tak sihat macam larian baton. Berganti-ganti je. Tu yang takde mood. Tapi sebenarnya ada je masak memasak tu cuma yang biasa-biasa malas nak tulis. Kerabu megi ni dah lama usha sambil terpikir nak tanya kat kakak aku yang dah jadi pemastautin tetap kat Perlis kot-kot dia jumpa megi special tu. Tup-tup satu hari tu dia call tanya nak tak. I mestila nak....

Jadi, megi tu lama dah dia pass. Dari penghujung 2016 lagi. Sampaila hujung Jan lepas anak-anak sihat sikit baru ada mood buat. Gigih mak bangun menghiris pagi-pagi. Sebab kalau nak buat keje dapur memang suka buat sebelum anak-anak bangun. Tapi minggu tu rajin pulak diorang ni bangun awal. Ambik masa sikitla nak sedia lunch hari tu. Darrien pulak bila sihat memang suka buat aku kelam kelibut. Susu nak aku buat, nak keluar bilik mintak aku angkat, mandi nak aku sabunkan dan lap. Pakai baju pun nak aku pakaikan. Lepas tu, tepat jam 12.30 je dia jerit "Mama, nak nasik!". Kalau nak nasik suap sendiri takpe, ni tunggu aku jugak kaut nasik, suapkan sampai habis. Adiknya pun kena suap jugak. Kalau bagi abangnya makan dulu serupa monster dia panjat aku nanti...hahahaha...

Ok kembali ke kerabu megi. Bahan-bahan senang je. Bagi aku macam buat kerabu ikan bilis tu je cuma ni tambah daun ketumbar kalau ada dengan seafood. Ni kerabu versi aku tau tak dapat nak tunggu daun ketumbar balik rumah dah kita taram je buat guna apa yang ada. Sebabnya ada google tapi kesukaan kan lain-lain. So ni versi aku.

Image result for maggi serda
credit; google
Kerabu Megi Thai

Bahan
Megi - macam dalam gambar

A
Bawang merah
Lobak merah
Tomato
Bunga kantan
Cili padi
Serai

B
Limau kasturi
Sos ikan
Gula sikit

C
Sotong - dicelur
Udang - dicelur

Caranya
Bahan A semua dihiris nipis. Suka hati nak potong macam mana pun. Ada yang suka besar dan tebal. Aku suka nipis je.
Bahan B dengan megi tu celur. Megi tu celur la sampai kenyal. Seafood tu celur sekejap je.

Lepas tu satukan megi, bahan A dan bahan B dalam satu bekas besar sebab nak senang menggaul lepas tu masuk bahan C dan gaul. Jangan lupa perencah megi tu masukkan jugak. Minyak perencah dalam megi tu pun aku masukkan sikit bagi rupa dia berkilat sikit dan untuk elakkan megi tu melekat sesama sendiri bila sejuk nanti. Kalau guna 3 bungkus megi, guna 2 bungkus perencah pun dah cukup. Jangan masuk bahan C pegi campak limau sebijik-sebijik pulak. Perahla jusnya. Lepas tu sesuaikan rasanya.

Siap!

Kuantiti memang sengaja tak letak ye. Buat kerabu ni ikut suka nak lebih atau nak kurang yang penting rasanya nanti cukup masin, manis dan masam. Tapi megi tu aku rasa untuk makan 2 orang maksimum 2 bungkus cukup kot.

Kalau plan nak makan kerabu tu dengan nasik lebihkan tumbuh- tumbuhan dengan seafood tu. Macam aku hari tu celur 3 bungkus terus tak jadi makan nasi. Makan kerabu megi tu dah kenyang sangat dah. Tapi memang sedaplah...bila dah petang rasa sos kerabu tu dah meresap dalam megi n seafood buat kerabu tu lagi sedap. Sebati rasanya.  Masa baru siap tu tak sangat. 

Sunday, February 5, 2017

Langit tidak selalu indah

Aiii...tajuk post lately kemain bak sasterawan. Bak pelangi indah hadirnya cuma sementara, macam tu la kesihatan anak-anakku ini. Ye la...lepas minggu lepas dua-dua anak completely sihat minggu ni mula jatuh sakit lagi. Bukan main happy lagi aku sambut cuti CNY. Dahla aku ni cuti seminggu. Plan nak kemas rumah dengan masak macam-macam. Nak pegi berjalan takut lagi sebab keadaan anak-anak baru sembuh.

Jadi marilah kita dok rumah je. Sekali hari khamis Darrien start selsema. Walau dah cuba supaya dia jangan selalu dekat dengan Inarra tapi apalah dayaku. Diorang cuma 2 beradik. Itulah teman gaduh, itulah juga teman bermain. Esoknya Inarra pulak start meleleh hidung. Mula dengan selsema lepas tu batuk ringan jadi berat hari Ahad pagi. Ape lagi, let's go to the hospital.

Sampai kat hospital masuk yellow zone. Lepas tu terus suruh Zz pegi makan je. Kalau tunggu pun minima 6 jam ok. Baik tinggalkan je aku dengan Inarra. Pandaila nak hidup. Lepas 2nd neb. Masih ada 'crap' dekat dada Inarra terus minta Zz pack baju siap-siap. Nak mula 'bercuti' dah. Hahaha...dengan Inarra dah pandai dah agak apa doktor yang cakap. Bercakap pun ala-ala medical staff. Tak panggil ubat batuk tau, kita panggil salbutamol, tak minta ubat demam, kita minta paraceremol hahaha....2-3 jam lepas neb anak cranky balik dah berani minta neb lagi. Dulu taktau tunggu je doktor datang. Tapi pasal medication berkenaan asma je la. Ouh...Inarra belum confirm asma ye. Budak bawah 2 tahun belum boleh di klasifikasi sebagai pengidap asma. Tapi ubat yang diterima lebih kurang je sebenarnya untuk masalah Inarra.

Pagi ni 'crap' masih banyak. Malam tadi on oksigen dengan antibiotic. Macam lama je 'cuti' kat sini kali ni. Harapnya Darrien pun sembuh sebaik kami balik nanti.