Aku nak kongsi pengalaman masa
buat facial kat Celmonze The Signature (CTS) minggu lepas. Sebelum tu nak
berterima kasih kat Cik Epal sebab dialah yang membolehkan aku dapat lalui
pengalaman ni! Hehehehe….
If you follow closely her blog,
dia ada tulis pasal dia buat facial kat CTS few months ago dan lepas tu offer
blog reader untuk lalui pengalaman yang sama macam dia. So, aku pun registerlah
tanpa harapan yang tinggi sebab follower dia ada ramai okey kalau yang baca
hari tu semua register memang tak dapat la aku…aku ni picisan je ntah CTS
perasan ke tidak registration aku tu…tup-tup…satu hari tu aku terima call dari CTS
bagi tau aku dapat offer tu dan suruh aku set date. Tapi masa tu sibuk dan aku
pun hampir terlupa sampaila dah nak habis bulan November baru aku kelam kabut
call CTS balik. Aku try nak set date sebelum Disember tapi schedule full pulak
katanya. So, appointment aku ditetapkan pada 10 Disember.
Nak dijadikan cerita, aku silap
tulis note pulak….appointment pukul 12.30pm aku letak 2.30pm…alamak! macam mana
ni…nasib baik staff kat Celmonze tu baik dan accept aku punya apology lepas tu
ubah appointment aku ke 2.30pm...hehehehe…
So, aku pun pegila CTS petang
tu…sampai pun lewat jugak sebab mencari CTS…tak biasa dengan Empire Gallery mall
tu. lepastu isi borang, minum teh yang diorang serve (sedap teh tu..tapi tak
sempat nak minum habis sebab datang lewat).
Masuk bilik rawatan, tukar
pakaian (sebab facial sekali dengan urutan bahagian bahu) lepas tu buka pintu
sikit supaya staff tau kita dah bersedia. Lepas tu buatla rawatan facial and
massage tu. fuhhh….memang best sangat tau…dahla sepanjang rawatan tu aku tutup
mata je sebab bilik pun digelapkan tinggal 2 downlight kecik je atas kepala…asyik
sangat menikmati belaian therapist tu kat muka aku…lepastu dia urut kat muka
dengan bahagian bahu…serius lega sangat rasa urat-urat tu…maklumla…anak-anak
kecik lagi. Asyik nak ngempeng dan berdukung je. Sekali dengan yang sulung pun
kadang-kadang manja ya amat…nak suruh masuk bilik air pun mintak dukung. Kalau
ringan tu takpe…ni dekat 20kg ok…mak dia darab 23/4 je berat dia.
Habis terseliuh urat aku.
Ouh…kalau nak ikut sekuen mula-mula dia bersihkan kulit lepas letak mask yang pertama, lepas tu letak apa tak ingat sebab pejam mata je kejenya…tapi ada buat extraction, letak mask, urut wajah dan letak pelembap kot last sekali..apapun sangat enjoy and bagus juga produknya sebab takde pun red dot timbul kat muka aku ni selepas hampir seminggu.
Ouh…kalau nak ikut sekuen mula-mula dia bersihkan kulit lepas letak mask yang pertama, lepas tu letak apa tak ingat sebab pejam mata je kejenya…tapi ada buat extraction, letak mask, urut wajah dan letak pelembap kot last sekali..apapun sangat enjoy and bagus juga produknya sebab takde pun red dot timbul kat muka aku ni selepas hampir seminggu.
Hohoho..bersinar muka akak lepas facial ditambah pula lampu yang terang benderang |
Sekali lagi terima kasih banyak
–banyak buat Cik Epal dan Celmonze The Signature. Ouh...rawatan yang aku buat tu namanya The Signature Facial + Signature Facelift Massage.
Pssstt…..aku ni macam nak ulang
je buat treatment kat sana…best kot…bila dah 3 series ni terus ambil berat
pasal muka..hehehehe…