1. Memanjakan tubuh
Masa ni la nak scrub, lulur, creambath,
pakai mask kat badan dengan rambut tanpa perlu tergesa-gesa. Lagi-lagi kalau
ada bath tub kat rumah, boleh berendam sambil dengar muzik.
Kalau tak konfiden dengan hasil sesuatu
menu, waktu berseorangan paling sesuai untuk test resepi baru. Kalau tak jadi,
takdela malu sangat..ye tak?
3. Bermalas-malasan
Kalau kebiasaan balik keje tu campak beg,
buka tudung kemudian terus pakai apron…ni la masa untuk buat semua benda
lembap-lembap ala siput babi.. kadang-kadang lelah jugak terkejar-kejar buat
itu ini.
4. Baca
buku atau novel
Mana-mana buku atau majalah yang beli masa
pesta buku 2, 3 bulan yang lepas tu bolehla di selak untuk mengelakkan ia di
baca oleh kaum semut kerana menjadi bahan pameran kat rak buku.
5. Menghabiskan
masa dengan update blog & sediakan draft untuk entri seterusnya
Kalau anda seorang blogger dan blog anda
kerap bersawang, masa ni la paling sesuai untuk mengadap pc/laptop selama 5 jam
tanpa henti untuk elakkan pembaca (kalau
ada) jemu dengan blog anda…(teehee..aku
ler tu)
6. Masa
mandi ikut suka hati
Nak mandi lewat atau mandi lebih dari sejam
pun tak ada yang kesah…. ;)
7. Iron
baju untuk minggu seterusnya
Untuk kesenangan diri di minggu
hadapan……bleh la iron baju siap-siap untuk minggu yang seterusnya, kalau rajin
terlebih..iron je satu almari..senang kalau nak keluar nanti.
8. Spring
cleaning rumah
Kalau minggu-minggu biasa mengemas ala
kadar je, time ni la nak mengemas sepuas hati. Nak lap segala miniature,
perhiasan dan majalah yang berhabuk kat rak tu.
9. Muhasabah
diri
Sebagai manusia, kita bukanlah
sempurna..masa ni la habiskan masa untuk fikir balik kewajaran sesuatu perkara.
Yang mana boleh di perbetulkan, betulkan yang tidak elakkan perkara yang sama
berulang.
10. Cuti
masak
Kalau selalu tertanya-tanya bila la boleh
stop kejap daripada tugas masak memasak ni (bukan
benci ok, cuma perlukan rehat sekejap) waktu sorang-sorang camni la boleh
berenti kejap. Kendian, bleh fikir idea memasak yang lebih hebat dan kreatif
dari sebelumnya.
Semua yang kat atas tu adalah aktiviti aku
semasa Darrien belum wujud ye…sekarang tiada istilah aku berseorangan dirumah
lagi. Paling tidak kalau Zz takde, mesti Darrien dengan aku kat rumah. Semua
kat atas tu hanya dapat aku buat bila Zz babysit Darrien atau Darrien tido
(yang aku rasa adala dalam setengah jam). Time table aku ditentukan oleh bos baru itu…tapi aku enjoy dengan cara hidup baru ni.