Tuesday, July 24, 2012

Pandai Masak


Jika lelaki hanya mempunyai 1 pilihan, yang mana lebih penting antara perempuan yang pandai masak yang berpenampilan biasa sahaja atau yang perempuan yang cantik menawan dan biasa bergaul dengan golongan atasan untuk dibawa ke majlis formal/tidak formal supaya terjamin air mukanya tetap terjaga dikalangan tetamu lain? 

Ada yang kata, tak pandai masak takpe janji ada duit boleh upah pembantu rumah asalkan isteri menyenangkan mata dan tidak terasa rendah diri akibat penampilan sang isteri. Ada juga yang kata, tak mengapa penampilan biasa yang penting kemas dan tahu menguruskan rumah tangga dan takdela asyik makan makanan berperisa msg saja. 

Setakat ni, belum pernah seumur hidup aku jumpa perempuan yang benar-benar tidak tahu ke dapur. Tapi, yang malas ke dapur tu banyakla dan dengan gaya hidup sekarang yang memenatkan terutama yang bekerjaya tak hairanla banyak yang tak rajin ke dapur. Tapi tak tahula pulak kalau betul wujud perempuan yang tak dapat membezakan diantara bawang putih dengan bawang merah. Memalukan betul. Zz pun tau bezakan bawang, kupas bawang pun tau..malu la skit anak dara yang taktau nak kupas bawang tu..hik..hik..hik..




 

No comments: