Saturday, March 24, 2012

Langkawi - Day 3 (last day)

Sambungan...

Makam Mahsuri

Bersiap dalam pukul 10, sebelum pegi mana-mana sarapan dulu. Lepas tu mulakan perjalanan ke Komplek Kraf Langkawi. Tapi, dalam perjalanan tukar arah ke Makam Mahsuri dulu sebab lebih dekat. Pegi la kejap ke situ, bayar tiket 5 ringgit sorang. 

Sejuk je mata...

Pintu gerbang

Peringatan di Makam Mahsuri

Rumah Mahsuri


Bahagian dapur rumah Mahsuri

Kukur kelapa 

Macam main pondok-pondok

Pastu pegi ke Kuah, semata-mata nak bergambar dengan helang terbesar kat dunia. Kat Eagle Square le…rasa macam tak sah kalau pegi Langkawi tak register muka kat sini.
Perjalanan ke Langkawi sah dengan adanya gambar berlatar belakang helang gergasi ini

Underwater World

Siap berposing, ambik nafas sikit terus balik hotel. Nak check out dan buat web check in. Takut terlewat sampai ke airport malam nanti. Siap, beg simpan kejap kat concierge dan kitorang pegi ke Underwater World, tiket untuk warganegara RM28 seorang. Ni adalah target kedua aku ke Langkawi selain naik cable car. Nak tengok penguin sebenarnya. Menatang yang lain-lain tu dah aku tengok masa pegi Aquaria KLCC dulu. Tak berapa heran sangat. Ye la…takde duit pegi Antartika, baik aku tengok peguin yang datang dari Antartika je. Ada beberapa jenis penguin tapi yang paling ohsem adalah Juvenille Rockhopper tu sebab ada bulu warna kuning kat atas matanya. Macho tau bila dia berdiri tegak sambil sayap simpan kat belakang badan!!!

Black swan

White swan

Singa laut 
Kat dinding tu info pasal penguin 

Kitorang terlepas tengok ni..

Tengok betul-betul gambar penguin tu.....

Sama action peguin ni dengan gambar kat perkataan African penguin tu

Tido dalam celah batu

Info Juvenile Rockhopper

Macam posing untuk majalah diorang ni

Muka serius je..

Cantik sebab ada bias cahaya kat tengahnya

Tapak sulaiman

Clown fish tengah main

Obor-obor

Gambar sekeping RM35, kat dalam bekas tu RM55..tak kuasa aku nak beli..eiii...

Tapi kitorang terlepas feeding time penguin tu. Takpela…yang penting aku dapat tengok penguin. Pusing 1 round dalam Underwater World tu dan keluar sebab perut dah lapar. Sebab nak kejar masa, kitorang pegi kat Selera Kampung yang bertentangan Underwater World tu. Nasi dua pinggan, ikan kembung bakar (kecik)  1, sotong bakar (kecik)1, sayur, ikan jaket bakar (kecik), air sirap dan 2 ekor udang galah. Dapat bil RM40. Udang galah tu sekor RM12. Dah lapaq..bayaq je la…

Komplek Kraf Langkawi

Motif flora & fauna

Antara yang boleh di lihat..nak beli pun boleh kot..

Masuk free. Ada dipamerkan  barangan kraf Malaysia macam batik, tembikar, adat perkahwinan dan alatan muzik tradisional. Takde orang pun datang sini sebab membosankan. Nak tangkap gambar pun tak boleh kat tempat adat perkahwinan dengan alatan muzik tradisional tu. TAK ADA DAYA PENARIK.

Cantik udang kristal ni

Tulip kristal 

Kecuali, kat tempat barangan kristal. Boleh rakam aksi peniup kristal tu dan tangkap gambar sekali. Cantik jugak hasil tangan diorang. Aku berkenan jugak dengan tulip kristal yang ada kat situ tapi tunggula dulu….
Lepas tu pegi balik ke Oriental Geopark sebab aku nak beli barang kat sana. Tu la..semalam tengok taknak beli..hehehe..keluar dari Oriental Geopark terperasan tayar kete flat la pulak…pegi kat Telaga Harbour tu pam tayar. Sambil Zz pam, aku snap gambar lagi…cantik kat situ ..cam oversea plak…

Kapal layar tengah bersidai


Idaman Suri

Pastu patah balik Kuah pegi Idaman Suri. Kat sini aku berkenan dengan dinner set murah. Tapi Zz cakap tak perlu beli sekarang sebab luggage yang dia beli cuma 20kg je… tak cukup kalau tambah dinner set ewahhh…pandai die ye tak kasi bini beli barang banyak-banyak….. Sebagai pengeras aku ambik glass baking bowls (set of 3) RM 29.90, beratnya dalam 3kg je. Kang kalau tak beli langsung teringat-ingat aku pinggan mangkuk kat situ.

Selesai bayar, terus balik ke hotel. Pertengahan jalan singgah jap kat kedai gamat tambah lagi sedozen minyak gamat sebab rasa cam tak cukup je yang ada tu. Pastu balik hotel, park kete kat hotel dan jalan kaki ke restoran kat situ untuk dinner. Makan kat airport mahal nanti. Selesai makan pukul 7.30mmlm flight pukul 8.50malam. Cepat-cepat amik beg, masuk kete dan drive ke airport. Seb baik xyah pulangkan kete kat owner, park je kat airport nanti diorang amik sendiri. Kunci tinggal je dalam kete sebab takde orang nak curi kete situ.

Langkawi Airport

Sempat jugak kitorang kejar flight malam tu walau kete tu tersengguk-sengguk sebab minyak nak habis. Mana taknya kitorang isi 5 ringgit je petang tadi. Haha..giler kedekut.

Berakhirlah perjalanan aku ke Langkawi kali pertama, eh cam tau-tau ada yang kedua pulak…tapi ntah bila la…yang penting..sampai jugak aku ke Langkawi tu.

Dah jom balik

                                                       
  

1 comment:

Mohd Faisal Abu Satar said...

mm sy bau brcdg nk p bulan madu kt sana. tp nek kete dari johor ke perlis haha. Ade x tempat2 makan yg sedap kt sane? sy suke test mkanan.