Saturday, March 10, 2012

Langkawi - Day 1





Setelah lebih sebulan setengah merancang, akhirnya aku sampai juga ke Pulau Langkawi. Aku dengan Zz pegi sana awal March, seminggu sebelum cuti sekolah. Takde masalah nak cari penginapan dengan kereta. Kami pegi hari Jumaat, jadi Jumaat malam tu kami cuma pegi makan malam dan jalan-jalan sikit sekitar Cenang je.

Fave Hotel



Kami bermalam di Fave Hotel. Dekat dengan pantai Cenang . Daripada yang aku dengar, Fave Hotel ni baru je buka sekitar akhir tahun 2011. Bilik yang disediakan bersih dan harum dengan keluasan yang terhad. Staf yang bertugas di Fave Hotel ni peramah dan mesra. Selain tu, ada juga kolam renang di ground floor dan spa bersebelahan dengan hotel ni. Sebab trip ni pendek je tak sempat aku nak memanjakan diri kat spa tu. Kalau tengok dari booklet yang aku ambik kat airport tu, package yang spa tu offer memang berbaloi dengan harganya.

Selain tu, ada juga kedai makan bersebelahan bangunan Fave Hotel ni, kalau nak makan memang senang dan kedai makan tu ditutup agak lewat juga. Pasar mini pun ada berdepan dengan Fave Hotel ni. Jadi tak payah risau kalau tertinggal ubat gigi macam kitorang. Jalan kaki lintas jalan je. Petang – petang ada orang jual makanan goreng kat sebelah pasar mini tu. Bolehla bersantai kat kolam renang sambil minum petang. Tu pun kalau takde mat salleh baring pakai two pieces kat situ.

Kat hotel ni juga disediakan sarapan pagi untuk tetamunya. Tapi sarapannya tak pelbagai dan berdasarkan pengalaman bersarapan untuk 2 hari tu aku simpulkan makanan kat hotel tu kurang menepati selera aku. Juga ada WiFi free di sini.

Sajian Akis

Sebenarnya kitorang nak pegi satu restoran di Kuah tapi tersalah masuk simpang, jangan tanya kat mana sebab aku tak cam jalan kat situ. Jadi kitorang terus je jalan tanpa berpatah balik. Akhirnya berenti kat Sajian Akis ni sebab dah lapar. Servis tak laju tapi tak la lambat sangat. Kitorang order nasi goreng ayam je tapi tak sedap. Ada rasa masin manisnya tapi nasi yang digoreng tak macam ditanak tak cukup air je. NOT RECOMMENDED.

Cenang di waktu malam


Sepanjang jalan pantai Cenang sangat happening pada malam hari. Seronok melawat Langkawi sebab kawasan Cenang ni meriah hingga ke tengah malam. Pelawat tak akan bosan kalau stay kat Cenang sebab sesetengah kedai makan pun tutup lewat. Tak tau la keadaan tu hanya pada hujung minggu sahaja atau berlangsung setiap hari. Waktu siang tu bolehla menghabiskan waktu di tempat-tempat yang terhad waktu melawatnya dan waktu malam tu dihabiskan untuk berjalan-jalan di sekitar pantai Cenang. Tak perlu risau sangat, sebab kawasan Cenang cerah dengan tiang-tiang lampu yang berderet di sepanjang jalan dan kedai-kedai yang jual souvenir dan pakaian.
                                                       

 

1 comment:

Cenang Plaza Beach Hotel said...

Waah, nnt boleh dtg lagi :)